Followers

Sunday, June 27, 2010

Cerita pada suatu malam

"Z, cuba ko tengok tu, perghhh~!!!" Joe muncungkan bibirnya.
"Yang mana? Maknya ke? Anaknya ke?" Z garu kepala.
"Hish gila ko mak dia nak buat apa. Tu ko tengok tu, mini skirt beb macam dekat Jepun minah-minah sana pakai. Baju baby T sendat lak tu aduhaii..." Joe menjilat bibir.
"Hahaha ko kalau tengok perempuan, tengah makan pun boleh berhenti" Z menghirup kopi.
"Tapi ko rasa minah tu Islam ke?".
"For sure la, tengok la mak dia pakai baju kurung bertudung" Z mengambil seketul donat dari dalam kotak tertulis Big Durian itu.
"Gila! Mak ok je bertudung sopan, anak-anak dah macam foreigner je aku tengok" Joe masih memandang si gadis berjalan meliuk lentok. Mana-mana lelaki yang melihat pasti melihat lebih dari 2 kali.

"Zaman sekarang, biasa lah, mak bapak tak tegur, buat tak kisah dan tak didik dari kecil suruh pakai proper. Anak-anak nak pakai hot pants, legging, nak berkemban, mini skirt bla bla bla pun diorg tak marah." balas Z.
"Kesian la si bapaknya."
"Kesian kalau dia tegur, tapi kalau bapak pun sama buat-buat tak kisah, kena la tanggung dosa-dosa tu. Eh habiskan lah seketul lagi tu. Jom MPH lepas ni" Z mengajak.

"Ko nak cari buku apa dekat MPH?" mereka menaiki escalator sambil Joe ligat memandang gadis-gadis yang lalu lalang.
"Takde pun, saja je aku nak baca majalah free. Tak larat nak beli semua, ni je la caranya" kata Z sambil tersengih.

"Woh kapcai bulan ni, aku lama tak beli majalah ni" kata Joe sambil menyelak setiap halaman.
"Wah, Yamaha keluar model baru la beb. Yamaha Lagenda 115Z! Bentuk dah macam 135 LC je." Z menatap gambar model terbaru dari Yamaha itu.

YL 115 ZR (R for limited edition)

YL 110 ZR

YL 110 Limited Edition

"Peh! Kalah motor ko Z" kata Joe.
"Yelah tengoklah motor aku tahun berapa punya, stok Lagenda selepas SR, upgrade sikit jadikan limited edition. Tapi kalau ko perasan, setiap Lagenda Limited Edition mesti kaler biru. Mesti ada gas absorber dekat rear. Cuma yang 115 ZR ni disc break untuk front dengan rear. Kaw-kaw break nanti. Lepas tu ada LED dekat bawah seat, dekat suis signal dan panel meter baru lawa siot..." ngomel Z.

























"Hahaha dekat RM5.5K beb kalau yang ZR. Mahal tu... mesti lepas ni jadi hot items untuk dicuri, tengok je la" balas Joe.

"Joe, pasar malam nak? Boleh beli makanan ringan sikit" ajak Z.
"Jom! Aku pun teringin nak cari bontot ni" katanya sambil menjilat bibir.
Z memandang Joe.
"Hoi! Bontot ayam lah, ko janganlah ingat aku ni sangap sangat, aduhai..."
"Mana lah tahu, ko dari hari tu asyik tengok bontot perempuan je, pantang bergoyang lebih sikit" Z balas sambil ketawa.
"Salah diorang la siapa suruh tunjuk! Mujur tak 'kena' je dengan sesiapa yang lagi sangap dari aku haha".

"Mak aih ramainya orang" Z menanggalkan helmet.
"Peh, ni orang nak pergi pasar malam ke nak pergi tengok wayang?" Joe melihat kerumunan manusia.

Tiba-tiba sebuah kereta membunyikan hon sekuat-kuatnya. 
"Hoi! Sabarlah, tak nampak ke orang ramai lalu lalang ni. Kalau ko tak nak jam, jangan nak gatal lalu sini, bodoh!" Joe dah keluar ayat pedas.
"Barua! @#$%!!!!" masih keluar ayat-ayat yang tak sepatutnya.

"Dah la, jom cari makanan, lepas tu blah. Aku tak larat nak lama-lama dekat sini" ujar Z.
"Set!".

Tengah berjalan-jalan tiba-tiba ada lah insan ni yang main lanyak je langgar orang, jenis yang tak nak langsung mengela bila bertembung orang lain.

"Mangkuk ayun! Tengah ramai-ramai macam ni pun nak berlagak macam jalan dia sorang je" ngomel Joe.
"Heh biasa lah tu, ada yang jalan tak tengok orag. Ada yang jalan tak ingat orang belakang, ada yang suka buat hal tengah-tengah jalan. Hey macam-macam la, kalau tak sabar rasa nak pukul je semuorang yang bermasalah ni" balas Z pula.

"Hoi, jalan la cepat sikit, kalau nak bermesra tu pergi la hotel ke mana ke, nak mesra-mesra lak dekat tempat orang sesak ni!" Joe dah naik angin bila satu couple depan diorang ni jalan peluk-peluk slow pula tu.

"Encik, derma bantuan bina masjid..." seorang lelaki berkopiah menghulurkan kotak. Mereka berlalu buat tak tahu.
"Hari tu aku pergi bank pagi sebelum bank buka, ada dah spesis dia tu dekat depan bank. Sepanjang hari termasuk hari Jumaat tiap-tiap hari minta derma. Masjidnya jauh pula tu, dekat Kedah la, Perlis la, Kelantan la. Pelik aku" ujar Z sambil mengunyah keropok yang dibelinya tadi.
"Alah apa nak heran, aku dulu ada sorang mamat foreigner ni lagi best. Dia ketuk cermin kereta minta sedekah. Aku bagi la RM5 kesian dia kata tak makan. Sekali dia cakap apa ko tau?" muka Joe serius.
"Dia cakap thank you ke?".
"Haram! Dia mintak RM10, dia kata RM5 tak cukup nak makan. Angin la aku, gila apa, RM5 tak cukup. Apa, nak makan KFC ke mintak RM10. Lepas tu dia blah dia minta orang lain lak. Rasa nak tendang je mamat tu" balas Joe.
"Hahaha memang macam haram. Diorang ni Tuhan bagi kudrat tapi kerja taknak, tau nak minta sedekah je. Eh jomlah blah, makin panas lak sini dengan banyak orang selfish dekat sini".

7 comments:

cEro said...

lumrah dunia manusia...
byk ragam...
kalau setiap ragam manusia kita catit, aku rasa habis dakwat pen di seluruh dunia digunakan...

Shukjessa said...

hahaha tu yg aku pilih je sbb ade keunikan di situ.

byk lagi, tak larat nak taip pun hahaha.

tulis mane yg dpt jadikan pengajaran utk semuorg

senandung semalam said...

macam2 ragam manusia...
sabar je la...
jd kan bnde yg dilihat 2 pegangan ataw smpadan,,,

Shukjessa said...

hehe mmg, tp kalo rajin bley je bukukan ragam anak melayu hahaha, sure laris kehkehkeh

Ch@ Ch@ said...

hahaha..
nice post..
ragam manusia zaman sekarang...u

White Bird said...

bagus tol penulisan dia..

bab peminta sedekah tu mmg tk bape gemar la.. segar bugar boleh lak minta sedekah,pastu mcm hang ckpla,
wat masjid jauh2 nun.. kedahla,melakala.. ragu betui

Shukjessa said...

hehe sebab skang ni dah macam trend...

pergi mana-mana bank, mesti ada yg mintak derma bina masjid/rumah anak2 yatim yg jauhnya beratus2 km dari sini.

pastu gi pasar malam pun muka diorg gak... ish ish ish...

setahu aku la, nak bina masjid bukan boleh bina sembarangan. dan masjid yang dibina selalunya ada peruntukan dari negeri masing-masing, so kenapa kena minta derma dari negeri orang lain kan???