Followers

Wednesday, February 17, 2010

Jessa du freak

Hari ini tenang, setenang angin yang berlalu hanya memberikan aman dan damai kepada si insan yang sedang menikmatinya. Namun, ribut yang melanda si hati seorang pemuda tidak memberikan kesan akan lambaian bayu yang berlalun tenang. Di genggaman tangan seorang pemuda kukuhnya sebentuk bekas cincin yang ingin disarungkan kepada jari manis seorang gadis yang terlalu dicintainya yang ingin disunting menjadi teman hidupnya dunia akhirat. Apakan daya, takdir dan jodoh mereka bukan disatukan walaupun mereka telah lama merancang dan bersama. 

Di kesayuan itu kedengaran lagu yang cukup merintih jiwa namun ditelan jua dek gegendang telinga tika hatinya begitu hancur kerana insan ketiga.

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... 
 
Orang kata lelaki yang menangis adalah lelaki yang lemah, tapi buat si jejaka itu apalah ertinya kini. Dia memang lemah, lemah menerima hakikat gadis yang dicintainya selama hari ini begitu mudah meluahkan segala isi hatinya yang beracun itu. Kalau dulu tangisan hanya dipendam, tidak kini yang berjujuran ibarat air terjun yang mengalir deras. 
 
Di saat dia ingin memberikan kejutan kepada si gadis, dia terpempan apabila mendapat panggilan dan ucapan dari kekasihnya itu "Kita putus sajalah, antara kita memang tiada jodoh bersama, I harap U dapat terimanya. I tak dapat nak terima  U lagi seperti dulu". Ringkas dan padat isinya namun cukup berbekas cukup beracun untuk membunuh sekeping hati yang tidak menahu akan apa-apa.

Fahmie atau Mie nama si jejaka di dalam episod malang kali ini. Seorang usahawan muda yang membuka bisnes menjual barangan vintage dan rare items kepada penggemar dan collector yang inginkan barang-barang unik. Mempunyai kedai sendiri yang dinamakan Jessafreak yang diambil dari gabungan perkataan "just a freak". Menurutnya dia merasakan bahawa dia seorang yang unik dan pelik, jadi dia mengambil kesempatan menjual sesuatu berdasarkan minat dan dirinya. 
 
Dan di situ lah juga dia bertemu dengan si gadis yang bernama Sofea. Sofea bukanlah penggemar barangan rare, pelik atau vintage. Tetapi hadirnya di tempat itu sekadar menemani kawannya yang meminati barangan vintage. Dari pandangan pertama, turunnya ke hati, mereka berkawan dan seterusnya menjadi rapat sehinggalah menjadi pasangan kekasih. Dan Mie menyangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Tengahari itu memang hujan, secara tiba-tiba tatkala Mie mahu ke rumah Sofea untuk memberi kejutan tentang niatnya yang ingin melamarnya. Namun dipertengahan jalan, selepas siap membeli cincin dan bunga Mie mendapat call dari Sofea. "Hai sayang, kenapa call? I tengah on the way..." ucapan jejaka berhenti di situ apabila dicelah oleh sang gadis "Mie, I nak mintak putus...". "Tapi kenapa...?" si jejaka minta kepastian. "Ex I datang merayu-rayu minta balik dengan dia. Dia berjanji tak akan sia-siakan I. I takde choice, I masih sayangkan dia. He's my first love. I hope u'll understand" tangis sang gadis.

"Habis I ni siapa dalam hidup U? Habis tu apa yang kita bina selama hari ni nak disia-siakan?" bentak hatinya, sedangkan mulutnya terkunci rapat. Hanya yang keluar adalah "I faham, I hope U akan bahagia bersama dirinya". Kedengaran dari corong telefon "I minta maaf sangat-sangat pada U, I tahu U sangat baik pada I, I pun sayangkan diri U tapi he's came back in my life".

Seperti suara yang tersekat-sekat "Takpelah Sofea, cinta ni kena rela melepaskan. Jangan kita tambat hati yang sudah tidak mahu, biarkan ia pergi, kita bahagia andai dia bahagia. Inilah yang dinamakan tiada jodoh". "Thanx Mie, U deserved to get a better girl than me. Eh tadi U kata on the way, on the way ke mana?" tanya sang gadis.

"Oh Mie on the way nak ke rumah mak, tiba-tiba mak call suruh balik" satu penipuan yang terpaksa dibuat. "Oh, nanti kirim salam dekat mak ye, emm I got to go, hope to see and hear from U again Mie. And I'm really really sorry about what I've done. Bye" sang gadis mengakhiri perbualan.

Pengakhiran kata-kata sang gadis ibarat sudah tidak bermakna lagi padanya. Apa yang bermain di benak fikirannya, cintanya sudah berakhir. Segala usahanya selama hari ini sudah tidak ada membawa apa erti lagi. Cincin di tangannya kini ibarat seperti selonggok najis yang membusuk dan harus dibuang. Cincin yang dibeli dengan sepenuh perasaan dan kasih sayangnya itu sudah tidak menampakkan sinarnya. Dengan berat hati, dia berlalu melangkahkan kakinya yang tidak tahu ke mana arah tuju dengan disimbahi hujan lebat di tengahari.

"Selebat hujan yang turun namun tidak dapat menandingi hatiku yang dihujani kekecewaan dan kehampaan, aku pasrah ya Allah walau hatiku merintih kesakitan" hatinya meluahkan perasaan. Dalam kesamaran hujan lebat itu, munculnya seseorang memayungi dirinya yang kuyup dan lencun itu. "Farisya..."

to be continue...

No comments: