Followers

Friday, February 5, 2010

Diari seorang lelaki


5hb Februari 2010,

Hari ni menu sangat simple tapi best. Mak masak ayam dan ikan goreng, sambal belacan, sayo taugeh + kucai + tahu. Dan oh ya mak beli petai jeruk dari Mak Mok (mak angkatku). Makan lepas solat jumaat sebab aku dah biasa macam tu (kes takut tidur time dengar khutbah).

Petang tadi ingat nak main game, main kejap je Left 4 Dead 2 tapi ada  problem lak. Asyik error je, last-last aku off kan komputer. Tarik bantal, dan kapal cruise pun berlalu bersama serombong tidak berasap tapi berbunyi kroh kroh kroh kata mak.

Bangun petang, kepala dah berat, aku terasa sejuk. Aku tengah lalok-lalok nampak mak tengah kira-kira buku akaun wadnya. Aku cakap merapu tah apa tah, lepas tu sambung baring atas lantai tidak bertilam. Sejuk! kataku, dan mak kata memang la sejuk hari hujan. Tapi aku dapat rasa lain macam, sebab selalunya sesejuk mana pun aku jarang mengkerekot (ala-ala udang atas kuali). Dan bila bangun tekak dah semacam, suara dah kalah Michael Buble, sah aku nak DEMAM. Solat dan terus ambil limau kecik-kecik dekat peti ais. Tengok air sejuk, aaaa aku dah kene kuarantin air sejuk dan ais.

Takpelah, esok pesan dekat mak tolong belikan lemon, lengkuas dan kicap. Aku nak bakar ayam ala-ala satay punya rasa. Lemon tu nak wat honey lemon tapi madunya tak beli haha.

Tadi nak makan paracetamol, mak kate makan something alas perut. So makan la nasi macam orang tak demam haha, dah tu telan la. Ni dah panas sikit, tapi aku tahu demam aku ni jenis panas membara semangat waja. So apa-apa hal get ready je la tuala basah malam ni, dengan gebar tebal kipas pasang no 1 atau tak pasang langsung, get ready to be wet la this night. Hohoho, dan malam ni maam dah suruh tidur awal, jangan berjaga katanya. Entahla, aku ni makin susah nak tidur awal. Tidur lewat tapi bangun awal, mana tak demam.


Masa nak kunci pintu tadi, tak sedar jari aku dekat daun pintu kayu. Apa lagi, menjerit dalam hati, Tuhan je yang tahu betapa sakitnya terapit jari.

Dan oh, aku nak makan limau tahun baru cina!!!!

Ditulis pada

10.22 malam... sambil tengok TV3

No comments: