Salam,
Aku tak tahu kenapa aku tulis post ini tapi pada aku jarang orang nak menghargai si penghibur jalanan ni. Mereka berasal dari persembahan jalanan yang kebanyakannya datang dari negara Latin seperti Mexico, dan kadang-kadang mereka akan masuk sarkas. Tujuan hanyalah sebagai penghibur yang cuba menghiburkan orang lain. Orang lain akan tergelak dan ketawa, tak kurang juga yang mengeji, mengutuk dan menghina kerana rata-rata insan disebalik mekap putih dan hidup bulat merah ini adalah dari golongan yang susah yang hidupnya diabadikan untuk membuat orang lain tertawa.
Pada yang pernah menonton filem hindustan lama (maaf aku lupa tajuk, ada satu watak yang dimainkan membawa watak sebagai seorang badut. Dia sangat suka menghiburkan orang lain walau hidupnya diselubungi kesedihan, kepayahan dan penderitaan. Dia berkata apabila dia menjadi badut, tiada apa yang melambangkan kesedihan, mekapnya diciptakan untuk senyum bukan untuk menangis.
Jarang orang nak tahu insan-insan yang berpewatakan badut. Mereka penghibur, bila mereka ada, suasana mesti ceria, jarang kesedihan dan pergaduhan berlaku kerana apa yang hidup adalah gelak tawa dan senyuman orang ramai. Biarpun kadang-kadang mereka terpaksa memperbodohkan diri mereka sendiri. Tapi itulah badut. Dan mereka tak pernah dijadikan tauladan yang baik. Malah dianggap sebagai satu entiti yang membawa bad luck atau evil.
Aku menganggap diriku juga sebahagian dari badut cuma aku tidak memakai mekap tapi aku memakai topeng. Topeng kegembiraan yang akan aku bawa ke mana-mana, kecuali tika ku sendirian, topeng itu akan ku buka dan rupa sebenarku menjadi tanda tanya. Pabila berjumpa, aku ingin menghiburkan orang lain seberapa yang boleh walau kadang kala pelbagai masalah menimpa, tidak boleh ditunjukkan ekspresi yang berlainan.
Tapi itulah bila menjadi clown tidak bermekap ini, kadang-kadang kehadiran kita tidak disedari kerana kita datang dan pergi bersama angin. Mereka terasa sesuatu tetapi tidak nampak.
Cukuplah sekadar mana yang mampu aku merepek, kerana badut itu juga manusia, bukan benda.
No comments:
Post a Comment