Followers

Sunday, February 28, 2010

Apabila Syaitan Menangis II


"Weh hari ni ada kelas amali tak?" Pet bertanya kepastian. "Ada kot? Tadi aku dengar ustaz kata macam biasa" balas Mat. "Padanlah mangkuk dua ekor tu takde, haha hantu betul, nak lari tugasan la tu" gelak Pet. "Tugasan?" Mat kehairanan. "Yelah, si Jijoi kan kena jadi bilal, si Ojet kena jadi imam minggu ni" terang Pet lagi. Kedengaran suara garau "Assalamualaikum". "Waalaikumsalam ustaz". "Turn siapa minggu ni jadi bilal dengan imam?" Ustaz Midon bertanya. "Azizul dengan Rohaizat ustaz, tapi diorang takde" jawap Pet. "Ponteng lagi la tu, tau-tau je turn diorang eh? Oklah, Mat kamu jadi imam, Adi kamu jadi bilal, dah pergi ambil wuduk" arah Ustaz Midon.

"Rambo, ko dah ok ke demam?" tanya Mat. "Bolehla, takde la panas sangat dah" perlahan Rambo membalas. "Baguslah macam tu, ni ada air yassin, nanti kau minum la eh?" Mat menghulurkan botol air. "Mat, apa benda yang kita nampak malam tu? Aku tak boleh nak describe la, gerun gila aku tengok benda tu" Rambo ingin kepastian. "Tu aku rasa spesis langsuir kot, cuma benda alah tu tak mengilai. Takpelah, dia tak kacau kita, cuma kita je yang silap masa lalu dekat situ" balas Mat. "Tapi Mat, aku ada nampak benda lain tapi jauh sikit dari benda tu" terang Pet. "Benda lain?" getus Mat.

"Oit ingat awek ke?" jerkah Ojet. "Bontot la korang, terkejut aku" balas Mat. "Hehe janganlah marah Mat, kau pikir apa? Dari tadi kitorang tengok kau asyik termenung je bawah pepohonan jambu ini. Syahdu sunggu haha" Jijoi gelak bersama Pet. "Oi serius la sikit. Aku tengah pikir apa yang Rambo beritahu aku tengahari tadi" Mat sedikit marah. "Hehe ok-ok, apa yang dia beritahu kau? "Hari tu aku ada beritahu korang kan yang aku dengan Rambo ada nampak benda alah ni? Masalahnya sekarang ni Rambo nampak something else selain dari benda tu" terang Mat. "So apa yang masalahnya?" Pet bertanya. "Masalahnya juga, aku tak nampak benda tu" Mat menambah. "Rambo salah nampak kot?" Pet memberitahu lagi. "Pada mulanya, aku anggap macamtu juga. Tapi lepas dia describe dekat aku bentuk benda alah tu, aku teringat something yang atuk aku pernah beritahu dulu. Aku rasa cuti panjang nanti aku nak balik kampung nenek aku la" termenung Mat.

Malam tu malam jumaat, selepas solat isyak dan membaca surah yassin, mereka berlima pulang ke dorm untuk bersiap-siap untuk prep. Adat budak-budak belajar dan duduk asrama, bila time prep lah masa paling mengantuk dan susah nak fokus study. Ini tak terkecuali untuk budak berlima ni. Dalam ramai-ramai tu sorang je la yang bolehlah rajin untuk study, Pet. So tatkala bebudak lain dah pun mamai dan berangan-angan, Pet masih segar menulis nota-nota ulangkaji untuk digunakan ketika exam menjelang tiba. Dan dah menjadi tabiatnya belajar sambil mendengar walkman. Oleh kerana si mamat berempat yang lain ni dah mengantuk sangat, so diorang blah dulu dan pesan dekat Pet jangan balik lewat sangat tanpa sedar si Pet tengah dengar walkman. Dan tinggal la mamat ni sorang-sorang di dalam kelas.

"Binawe punya member, sikit pun tak beritahu nak blah. Eh dah pukul berapa ni, pukul 12.30 pagi? Aish mampus, dah lewat ni" bisik Pet. Sedang dia asyik mengemas buku-buku, melintas satu kelibat putih laju dari celahan tingkap yang luas terbuka. Pet tergamam seketika namun masih berfikiran positif dengan mengatakan bahawa itu adalah imaginasinya sahaja. Sedang dia hendak keluar dari kelas itu, terdengar satu suara yang berbunyi:

kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya...

Pet memberanikan diri bertanya kerana menyangkakan teman-temannya membuat gurauan dengan membacakan pantun sedemikian rupa. "Oit jangan main-main la, dah 12.30 pagi ni, korang? Mat? Jijoi? Ojet? Rambo?". Sunyi... tiada sebarang balasan. Pet membuat keputusan untuk terus keluar dari kelas itu. Dia melajukan langkah dan tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki yang kuat di belakangnya. Dia terhenti dan bunyi tapak kaki masih jelas kedengaran. Tanpa menoleh ke belakang, dia memulakan langkah semula dan semakin laju. Sesekali terdengar bunyi seretan seperti selipar diseret di jalan. Dia kini nekad untuk melihat apa yang ada di belakangnya. Nun dari kejauhan dan kesamaran cahaya dia terlihat sesuatu yang bergolek laju menuju ke arahnya. Dan bila objek itu semakin dekat, barulah Pet dapat mengecamnya, alangkah terkejutnya apabila objek yang bergolek itu adalah hantu pocong. Jelas kelihatan putih kain kapannya di bawah suluhan lampu jalan. Dengan sekuat hati Pet berlari menuju ke dorm dan menjerit minta tolong "Tolong! Tolong! Mak tolong! ada hantu!!!" jerit Pet. Jeritannya membuatkan seluruh ASPURa terjaga termasuk lah warden mereka. "Apa yang kamu terjerit-jerit di tengah malam ni haaa Pet?" jerkah Mr. Potato. "Err..Aaa...Tak..aAa...Takd...Hantu encik!" tergagap-gagap Pet berkata. Membernya yang berempat tadi turut terjaga dan melihat keadaan Pet yang seperti orang berlari pecut 100m. "Pet, kau ok ke?" tanya Mat. "A..A..Aku ok. Mat aku nampak benda yang Rambo nampak" bisik Pet perlahan kepada Mat.

"Hah?!" terkejut Mat. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia makin tidak sedap hati kerana sudah 2 kejadian yang mana kedua-dua sahabtnya dapat melihat bentuk makhluk itu. Adakah ini petanda buruk???

to be continue...

Saturday, February 27, 2010

Info

Salam,

aku terpanggil untuk tulis post kali ni memandangkan makin banyak dah benda ni dekat FB. Tujuan aku bukan lah nak jatuhkan sesapa atau dengki dengan korang tapi sekadar renungan bersama. Sekiranya korang rasa korang masih mencari rezeki yang halal, sila baca link di bawah ini. Ianya berkaitan dengan 'log in FB, dpt rm100'.


So aku taknak komen panjang-panjang sebab ustaz tu pun dah komen panjang lebar. Cuma aku boleh rumuskan sedikit mengikut pemahaman aku.

Kalau kita terlibat dengan bisnes, pastikan ianya bukan scam, untuk mengelakkan ditipu dan kita menjadi orang tengah yang akhirnya kita diburu orang lain.

Kedua, jikalau sekalipun ianya bisnes yang legal dari segi undang-undang, namun harus dipastikan yang bisnes tersebut tidak mengandungi unsur-unsur riba, penipuan atau perjudian. Apa yang aku tahu mengenai bisnes dalam Islam adalah ianya tidak boleh untung semata-mata kerana harus ada kerugian (betulkan kalau aku salah). Dan bisnes yang dibenarkan dalam Islam mestilah mempunyai produk yang nyata boleh dilihat.

Tu je la yang aku tahu, semoga artikel yang aku bagi linknya itu dapat jadi pedoman dan rujukan. Masih belum terlambat untuk berhenti bagi yang dah join. Tiada istilah duit datang bergolek tanpa usaha, kerana setiap hasil mestilah disertakan dengan usaha. Sekian posting aku kali ni

Friday, February 26, 2010

Ikut resmi padi, makin tunduk bila berisi

Salam,

Post kali ini aku nak kongsi sedikit cerita yang telah aku baca dan dengar sejak 2-3 minggu dan paling terbaru semalam. Ianya mengenai manusia yang bila dah makin pandai dalam sesuatu bidang, makin lantang bersuara sehingga kadang-kadang lebih banyak menyakitkan hati orang lain dan menghina orang-orang yang baru nak bertatih. Dan memang terbukti bila kita makin banyak harta, ia mudah membuat kita alpa dan cepat sombong dengan apa yang dah mereka kecapi.

Terlebih dahulu aku nak mintak ampun banyak-banyak sebab cerita ini seperti memburukkan mereka, tapi terus terang bukan aku nak memburukkan cuma nak dijadikan tauladan bagi kawan-kawan yang satu hari akan meningkat naik menjadi orang terpenting di Malaysia. So hati-hati dengan kuasa, gelaran dan duit. Benda-benda camnilah yang selalu akan jatuhkan seseorang balik bila dah dipuncak, jika tak reti nak ingat kita dari mana, asal usul kita siapa, siapa yang mengajar, siapa kawan kita yang pernah tolong. 

Apa yang lebih malang ianya terlibat di dalam hobi yang aku minat iaitu fotografi. Memang agak mengecewakan apabila ianya terjadi, tapi apa boleh buat minat perlu diteruskan. Paling tidak aku mahu memperbaiki kelemahan fotografi dan mencari ilmu untuk menjadi lebih baik dari sekarang.

Baru-baru ni aku ada add seorang fotografer terkenal di Malaysia, seorang yang aku kagumi sejak aku join forum beliau. Cuma ada beberapa insiden yang aku tak senangi, satu kes pasal job wedding yang ditawarkan. Memanglah harganya sangat murah, rm200/400 untuk shoot and burn. Shoot and burn ni buat yang tak tahu, adalah kita ambil gambar dan burnkan dlm dvd tanpa album, tanpa edit. Kire upah je la ambil gambar. Sorang insan ni bertanya la siapa yang sanggup, tapi dihina dan diperkecilkan kerana tawaran harga yang sangat murah. Satu benda yang kena faham, bukan semuorang mampu mengupah fotografer sampai beribu-ribu ringgit. Dan satu lagi kena faham, bukan semuorang faham apa itu seni fotografi, jadi takat ambil gambar yang jelas untuk kenangan, aku rasa sesuai la harga itu.

Kes kedua lebih kepada percakapan beliau sendiri mengenai salah satu cabang seni dari fotografi iaitu editing. Menjadi topik hangat juga ketika itu malah menimbulkan rasa tidak senang pada sesetengah orang yang berminat hendak belajar editing.

Kes ketiga pasal cabang-cabang fotografi. Ada seorang senior fotografer menegur sikap ramai fotografer yang pegang kamera saja, mahu ambil job wedding. Gambar teruk, kompo hancus, editing macam taik, tapi still nak ambil job wedding. Beliau menyarankan agar fotografer menceburkan diri dalam bidang-bidang lain seperti wildlife fotografer, landscape fotografer, macro fotografer dan lain-lain. Namun terjadilah perbalahan antara si orang yang aku kagumi ini dengan orang yang menyarankan ini. 

Dan yang paling latest adalah statement beliau yang menghina fotografer press di mana beliau mengatakan ramai  fotografer press tidak tahu ambil gambar. Ye, kita kena faham untuk sesetengah job press, mereka perlu pantas dan sumber cahaya kena terang, so flash mmg kena tembak direct ke muka so akan jadilah gambar yang overexposed sedikit dan tidaklah berseni sgt seperti wedding, tapi kena faham juga press ambil gambar cukup kalau terang, bukan blur, tidak seperti wedding. Ramai fotografer press tersinggung dengan kenyataan beliau dan akhirnya beliau meminta maaf secara terbuka kepada  semua fotografer press.

Ni insan yang kedua yang aku pada mulanya hormat sebab dia lebih mengenali fotografi dari aku yang baru nak merangkak. Aku pun ada add beliau di FB tapi kenal melalui forum insan di atas. Beliau ni banyak menjual eksesori kamera dan since kami pakai brand yang sama aku pun agak berminat cuma duit je la takde. Mula-mula tu nampak ok la brader ni, tapi lama-lama perasan something wrong. Beliau agak obses dengan kameranya yang dah kira tahap pro. Serata-rata agak sombong bercerita gajetnya itu. Dan serata-rata itu jugalah dok angkat bakul tentang gambar-gambarnya. Tu takpela, aku pun paham kalau gambar memang benar-benar lawa. Tapi... malam tadi membuka satu lembaran untuk aku, apabila aku melihat gambar-gambar job wedding yang diambilnya yang kononnya bernilai 15k. Memang gambar itu sangat sharp, tapi apa yang aku nampak hanyalah style candid, formal yang lawa?? Aku ingat aku sorang je yang fikir macamtu, ye lah takut jugalah kalau-kalau aku ni perasan aku lagi hebat. Tapi lepas tengok orang lain pun komen benda yang sama, too many candid, gambar pengantin ada la sekeping dua tu pun style candid yang pada aku, tak perlu lah nak upload berjuta-juta sebab tak edit langsung.

Edit di sini kena faham, bukanlah kena edit sampai nampak superb, tapi lebih kepada crop gambar, or heal gambar suapaya tiada anasir-anasir pengacau dalam gambar tu yang mencacatkan suasana gambar. Tapi malang buat brader ni, ibarat orang yang baru kenal kamera, main tekan je shutter dan terus upload? Kalau betul la profesional aku rase takkan wat camtu. Sebab gambar-gambar macam ni la yang akan jadi portfolio korang. So takkan nak bagi gambar biasa je kot?

Beza gambar aku dengan dia hanyalah kameranya jauh lebih bagus dan lensnya jauh lebih hebat dari aku yang hanya pakai kamera entry level dan basic lens. Kalau kamer dia boleh support ISO sampai berbelas ribu tanpa sebarang noise, kamera aku up 800 ISO pun dah banyak noise. Dan lens aku juga paling hebat hanyalah 35mm f1.8 tak seperti lens beliau yang UWA pun ada. Tapi entah lah, serius gambarnya hanya gambar biasa. Tapi dekat merata-rata dok gebang kata superb~

And semalam aku ada join satu group yang anti beliau. Ni pulak sebab kes log in facebook dapat rm100 tu. Mula-mula taknak percaya jugak, tapi bila dah baca kisah-kisah diorang ni terpikir juga, ada betulnya jugak. Dan paling menyakinkan aku adalah apabila seorang guru dan otai fotografer pun memberi respon yang same dalam group tu.. So boleh fikir sendiri la kan?

Namun, aku masih mengkagumi bakat-bakat fotografer lain yang lebih down to earth dan tak suka cakap sombong atau hebat tapi lebih diakui oleh fotografer lain melalui hasil kerja mereka. Sorang ni guru gak di forum tersebut, menggelarkan dirinya sebagai KB atau KukuBesi, mukanya memang dibuat wajah bengis namun ramai yang ingin berkawan kerana ilmunya dan bakatnya dalam fotografi + editing. Aku pun memang suka hasil kerja beliau, sangat-sangat mengujakan walaupun gambar beliau hanyalah sebuah mangga di pagar.

Sorang lagi juga merupakan seorang guru di forum yang sama. Digelar cikgu Adhadi, mempunyai sebuah kedai kamera di Putra height dan diakui memang friendly, bagus untuk berurusniaga, dan mempunyai ilmu yang luas dan tidak lokek untuk berkongsi sama. Cara beliau mengajar lebih kepada softly spoken dan tidak mudah melenting walau dikritik hebat oleh orang yang tak profesional pun.

And this duo brader aku baru kenal dekat facebook. Aku tak ingat sangat name diorang berdua tapi nama panjang gabungan diorang adalah Sukabumisebol. Diorang ni yang paling cool,  gambar superb, muda dan tak lokek nak kongsi ilmu editing photoshop. Selalu buat tutorial dekat FB dan sudi menjawab soalan-soalan yang sesetengah fotografer enggan nak jawap pun. 

Aku pun pelik sebenarnya, kenapalah bila dah hebat sikit, perasan hebat gila. Atau bila kamera dah hebat kita pun perasan hebat. Bila orang pakai kamera biasa, kutuk-kutuk? Belajar biarlah dari basic, guna biarlah sampai lunyai. Ni gear dah hebat tapi takde pun pernah dengar nama jadi fotografer of the year. Ada sorang fotografer luar negara, aku lupa namanya tapi hanya menggunakan nikon D60 macam aku tapi gambar memang lawa dan dah ditahap profesional.

Sepatutnya bila dah makin berisi, kita makin tunduk bukan makin bongkak. Kalau macamni bila Melayu nak maju?

Thursday, February 25, 2010

Jessa du freak IV


"Sales girl wanted!, sila hubungi Ijam atau Ita atau datang ke kedai Jessafreak untuk pertanyaan lanjut dan temuduga tertutup". Flyers dan iklan telah pun diedarkan ke serata tempat. Dek kerana makin banyak kerja yang perlu dilakukan, Mie telah mengambil keputusan untuk mengambil pekerja baru di kedainya.

"Next" kedengaran suara Mie memanggil calon seterusnya. "Intan ye? Pernah bekerja sebelum ni?" tanya Mie. "Pernah, tapi takdelah dekat kedai kecil dan sepit macam ni. Nak tanye ye, gaji sebulan berapa? Kerja berapa jam sehari? Cuti hujung minggu cuti tak? Kerja kalau berat-berat ni saya taknak la tapi kalau gaji tinggi ok la" kata gadis tu tanpa henti. "Oh ye? NEXT!" jerit Mie. "Bos dah takde orang dah, ni je la last" terang Ijam. "Ok sambung esok je la, mental aku dengan orang sekarang ni. Kerja nak senang je, gaji nak tinggi, cuti nak banyak, cait. Tak nak bersusah-susah dulu, pemalas punya anak melayu. Yang dah pernah bekerja demand lak, mentang-mentang ada pengalaman, belum apa-apa dah hidung tinggi, pigidah!" luah Mie. "Hehe tu la bos, banyak-banyak bersabar je la" Ita menyampuk.

"Assalamualaikum" kedengaran satu suara merdu sang gadis. "Maaflah ye, emm interview masih dijalankan ke? Maaflah kalau saya terlambat sampai" kata gadis tersebut. "Em maaflah dik, bos kitorang tu nak berehat, adik datang esok jela boleh? terang Ita. "Tapi kak... saya ni datang dari jauh, datang sini nak cari rezeki. Saya tak kisah kak kerja apa-apa pun saya buat" rayu gadis itu. "Cik adik, kalau dia dah kata datang esok tu datang je la esok, yang kau tak reti bahasa sangat ni kenapa? Aku ni dah penat! Dah mental! So tolonglah bagi aku ruang untuk berehat ye?" nada Mie sedikit tinggi kerana terganggu dengan rayuan sang gadis itu. Semenjak kes dia dengan Sofea dulu, dia agak kasar dengan wanita yang tidak dikenalinya. "Em datang esok ye" pujuk Ita yang tidak mampu berbuat apa-apa. Berjuraian air mata sang gadis kerana ditengking sebegitu rupa. Ita dan Ijam sangat kasihan pada gadis itu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa sehinggalah...

"Eh, kenapa ni? Apasal ada perempuan menangis dekat sini?" tanya Farisya. "Kak Sya, bos tengah tensen tu, and adik ni lak baru sampai nak interview job, so..." Ita memberikan isyarat bibir yang difahami Farisya. "Oh adik nak interview job, meh-meh masuk. Akak interviewkan eh?" kata Farisya sambil memimpin tangan sang gadis tersebut. "I've dealt with U later..." Farisya menunjukkan isyarat warning pada Mie. 

"Ok, dah jangan takut, U've hired. Akak suka cara kau, memang menepati ciri-ciri pekerja dekat sini. Siapa nama ye tadi? Farisya bertanya. "Ayu Cinta kak" jawabnya perlahan. "Oh manis namanya, nak dipanggil apa? Ayu or Cinta?" senyum Farisya. "Mana-mana pun boleh, tapi biasa orang panggil Ayu je" balas si pemilik mata hazel ni. "Ok Ayu, esok boleh start kerja. Datang awal tau. Ni nak tanya ada tempat tinggal tak?". "Takde kak" jawapnya simple. " Ok, kalau camtu Ayu boleh tinggal dengan Ita, sebab Ita pun tengah cari housemate. Ita, sini kejap" panggil Farisya. "Ye kak". "Ni housemate baru kamu, Ayu. Duit sewa bulan ni nanti akak bayarkan" terang Farisya. "Orait kak, beres aja. Eh nanti tunggu akak tau, kita balik sekali" kata Ita pada Ayu sambil berlalu. "Terima kasih banyak kak sebab tolong saya dapatkan job dan rumah sewa sekali. Macamna la saya nak balas jasa akak?" balas Ayu perlahan. "Kerja kuat dan cemerlang!" senyum Farisya sambil berlalu pergi.

Dah hampir 3 bulan Ayu bekerja di Jessafreak. Pelbagai kerja yang dilakukan. Mop lantai, lap cermin, sapu sampah, susun barang-barang, beli makanan dan macam-macam lagi. Namun masih ada saja yang tak kena di mata Mie. "Aku suruh kau beli lauk gulai nangka ayam, yang kau beli gulai rebung ni buat hape? Ish dah pergi beli lain" tengking Mie. "Tapi bos...bos juga yang..." terketar-ketar Ayu berkata. "Tapi apa? Kau nak lawan cakap aku? Dah pergi beli lain and tolong cepat sikit, aku lapar ni" teriak Mie lagi. Dengan penuh kesayuan Ayu melangkah pergi untuk membeli makanan tengahari untuk bosnya. Kasihankan Ayu, Ijam cuba menegur sikap Mie "Bos, kenapa bos marah sangat Ayu tu?". "Dah kau toksah nak masuk campur lak, buat kerja kau. Berlambak lagi kerja dekat stor tu" Mie meninggikan suara. "Baik bos" Ijam terdiam dan terus berlalu.

Hari ni merupakan hari paling teruk bagi Ayu, kerja berlambak dan dia tak sedap badan. Apabila dia meminta untuk mengambil cuti kerana tak sihat, Mie menengking "Dah toksah nak berlakon, aku tahu kau nak curi tulangkan? Dulu kau cakap sanggup buat apa-apa kerja kan? Ni baru bagi kerja lebih sikit kau nak cuti? Dah pergi sambung kerja kau sebelum aku naik angin" Mie menolak mentah-mentah kata-kata Ayu. Tiba-tiba...

"Bos tolong bos, Ayu, bos. Dia pengsan!" teriak Ita. Mie bergegas berlari dan mendapati Ita tengah merangkul Ayu di ribanya. Tanpa berfikir panjang, terus dia mengangkat Ayu dan menyuruh Ita mengambil kunci keretanya di dalam. Ayu dikejarkan ke hospital berdekatan.

"Awak keluarga Ayu?" tanya doktor lelaki kepada Mie. "Tak, saya majikan dia. Kenapa dengan dia doktor?" Mie bertanya cemas. "Oh tak mengapa, dia hanya demam dan mungkin kurang rehat. Sila pastikan dia dapat rehat yang cukup dan kerja yang tidak berat-berat sangat." terang doktor itu lagi. Kusut fikiran Mie mengenangkan apa yang terjadi. Terdetik di benak fikirannya, "Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Kejamnya aku Tuhan terhadap hambamu". "Mie...Mie...Ayu macamna? Ok ke?" tanya Farisya cemas. "Dia ok, demam dan kurang rehat" balasnya lagi. "Mie, aku paham keadaan kau, tapi kau tak boleh balas dekat orang lain. Sekarang ni Ayu yang jadi mangsa, apalah yang dia tahu pasal problem kau dulu pun? Dia tak terlibat langsung pun" Farisya cuba memujuk. "Ye, aku tahu Sya, aku silap" perlahan Mie bersuara.

Hari ni Ayu kembali bekerja setelah diberi cuti seminggu. Ayu ditukarkan kerjanya menyusun barang dan menjaga cash. Ayu sedar akan layanan Mie yang sudah tidak menengking lagi cuma masih ada berbaki sikap ego yang tidak mahu menonjolkan belas kasihan padanya. Ayu tersenyum sendirian mengenangkan bosnya itu. Berkata di hatinya "Baik juga bos, ingatkan dah benci aku. Di sebalik kekasarannya dan sikapnya tersembunyi sesuatu yang sangat misteri". Misteri? Kerana ketika ini, walaupun Ayu tersalah beli makanan, Mie tidak lagi menengking malah buat-buat tak kisah pun makanan tu. Dan kadang-kadang secara tidak sedar Mie banyak memberi tunjuk ajar kepada Ayu tentang selok belok bisnes. Tapi apabila masing-masing tersedar di dunia yang nyata, Mie masih bersikap ego dan berlagak bos. Ayu tidak menyangka, sebaran-baran Mie, dia merupakan insan yang suka bercerita, berjenaka, dan sangat menyayangi haiwan dan kanak-kanak. Dalam diam Ayu memendam perasaan pada bosnya itu secara tidak sedar. Namun adakah dia tidak bertepuk sebelah tangan?

to be bersambung lagi...hehe

Monday, February 22, 2010

Apabila Syaitan Menangis


PERHATIAN: Cerpen kali ini berbentuk seram. Jika korang nak tidur lena malam, dinasihatkan jangan membacanya pada malam atau tengah malam hari. Level keseraman adalah bergantung kepada diri.


Hujan masih belum berhenti. Jam pula menunjukkan pukul 11 malam. "Awal lagi" bisik Mat. "Nak buat apa ya?" fikirnya lagi. Lantas dia terpandang akan sahabatnya yang tengah kusyuk membaca komik. "Pet ooo Pet, kau tengah buat apa tu?" Mat bertanya. "Aku tengah tidur" jawab Pet selamba. "Kau ni pun dah nampak aku baca komik, of coz la membaca komik, takkan aku tengah skodeng ASPURI lak" tambahnya lagi. "Hai tanya pun marah, jom buat jenayah sikit nak?" ajak Mat. "Ko nak buat jenayah apa lak malam-malam ni? Tau dek Mr. Potato tu kang, mau lebam kita nanti kena balun" Pet memuncungkan mulutnya ke arah bilik warden asrama, Encik Hilmy yang juga digelar Mr. Potato kerana saiz badannya yang pendek dan comel.

"Lepak mapley nak? Petang tadi aku ada nampak lubang tikus baru gali. Tah siapa punya kerja tak tahu lah" ajak Mat bersungguh. "Gila kau, dah la jauh mapley tu, kena lalu ku..ku..kubur lak tu. Kau tengok jam dah pukul berapa ni?" terang Pet. "Ala kubur je, bukannya ada apa-apa pun. Kalau kau takut aku ajak budak-budak lain sekali. Ramai sikit tak takut sangat kan?" Mat masih berharap. "Em oklah kalau camtu, tapi jangan lama sangat lepak sana, kang mampus kita" ujar Pet lagi.

Dan berangkatlah mereka berlima pergi ke mapley yang agak jauh dari asrama mereka yang mana mereka terpaksa melalui tanah perkuburan. "Psstt... baca doa bai...baca doa...bis..bis..." Rambo tergagap menyuruh kawan-kawannya membaca doa ketika melalui tanah perkuburan. "Korang kalau nampak apa-apa jangan sesekali berhenti atau pandang belakang, jalan terus dan hiraukan je" kata Mat dengan tenang. "Wei, aku tak sedap hati la...jalan la laju sikit, bulu roma aku naik ni" kata Jijoi pula. "Shhh diam...diam... suluh lampu ke jalan bukan ke atas la bongok" marah Ojet pada Jijoi yang asyik menyuluh pokok dan langit. 

Tiba-tiba Rambo terdiam dari membaca doa. Yang lain turut hairan namun kehairanan mereka tidak lama setelah masing-masing tercium bau bunga harum sundal malam. Rambo bersuara "Wei, jom patah balik, aku betul-betul tak sedap badan ni. Kita lepak mapley lain kali je la". Semuanya setuju kecuali Mat yang memang nak lepak di mapley kebetulan dia tidak makan di dewan makan petang tadi. 

Sesampainya mereka di asrama, Rambo terus berselubung dengan selimut seperti kesejukan. Manakala yang lain tidak berani nak ke tandas kecuali Mat. Terdengar jam menunjukkan waktu sudah pukul 12 tengah malam. Satu angka yang ditakuti oleh rata-rata penghuni Sekolah Menengah Maran 1. Mat tidak dapat melelapkan mata, hanya terkebil-kebil di dalam kegelapan malam di asramanya. Hanya kelihatan sinaran mentol kuning di luar kaki lima yang bergoyang-goyang ditiupkan angin. Malam itu sungguh dingin. Kedinginan itu yang akhirnya melelapkan mata Mat yang kelaparan.

Keesokan paginya, semua penghuni ASPURA telah bangun dan bersiap-siap untuk ke kelas. Di dewan makan, kelibat Rambo tiada. Timbul tanda tanya mana perginya Rambo? "Dia demam" jawab Mat pendek. "Tadi aku kejutkan dia, tapi badannya panas. So aku dah repot dekat Encik Hilmy" tambahnya lagi. "Demam? Sebab kes semalam ke?" Ojet bertanya. "Nanti time rehat aku cerita dekat korang" Mat berlalu setelah selesai sarapan pagi.

Kringgggggg!!! Loceng rehat berbunyi dan berduyun-duyun pelajar turun ke kantin untuk menjamu selera. Mereka berempat pun turut sama tapi masing-masing hanya menelan keropok, cuma Pet je yang makan mee rebus "Aku teringin daa" katanya. "Mat, ceritalah benda yang kau nak cerita pagi tadi" Ojet tak sabar ingin tahu.

"Semalamkan kita lalu kawasan perkuburan tu kan. Korang ada bau bunga tak?" tanya Mat. Masing-masing mengangguk. "Tu bau bunga harum sundal malam. Korang ada nampak apa-apa tak?" Mat bertanya lagi. Kali ni, masing-masing keliru dan saling pandang memandang. Lantas mereka menggeleng "Takde lak. Rambo nampak?" tanya Jijoi. Mat mengangguk dan berkata "Aku pun nampak juga semalam. Tapi aku malas nak cakap takut korang lari lintang pukang nanti". "Gila kau Mat, kau nampak tapi kau buat tak tahu je? Habis camne lak Rambo boleh demam kau tak demam?" Pet bingung. "Sebab aku dah biasa tengok, Rambo baru 1st time agaknya nampak benda macamtu" ujar Mat.

"Kau nampak apa Mat? Ceritalah sikit" Ojet ingin tahu. "Yang masa kau marah Jijoi jangan suluh pokok tu, aku nampak macam ada benda atas pokok tapi bukan haiwan. Lepas tu time kita bau wangi tu, aku nampak ada perempuan pakai baju putih lambai-lambai ajak ke sana" terang Mat. "Gila kau, lain kali jangan ajak dah la kami lepak mapley" gerutu Pet.

"Kau dah biasa tengok dekat mana?" tanya Ojet lagi. "Dekat kampung aku lagi banyak. Ramai yang bela benda alah ni" tambah Mat. "Bela? Apa gila bela benda alah ni, bela la kucing ke, biawak ke, beruk ke?" Jijoi pula mencelah. "Nak buat macamna dah memang sebati dalam masyarakat kita" ujar Mat lagi.

"Kau tak seriau ke boleh tengok benda halus ni? Kalau aku takdelah, mau pengsan" tanya Jijoi. "Dulu 1st time aku tengok, demam seminggu macam Rambo gak. Cuba kau bayangkan tengah aku syok-syok tengok tv tiba-tiba ada pocong dekat tingkap rumah atuk aku. Rumah kampung kan tinggi, so bayangkan macamne pocong tu boleh terjungkit dari tanah ke tingkap rumah atuk aku. Tingkap rumah kampung kan jenis buka luas-luas. Lepas aku elok demam tu, kena lagi tapi kali ni dengan toyol lak. Aku bangun tengah malam nak pergi tandas tiba-tiba aku nampak macam bayangan budak-budak berlari dekat dapur. Aku pun pergi la jenguk, dah turun tangga dapur tiba-tiba terkejut gila aku tengok mata merah, gigi tajam kecik je benda tu. Aku pengsan lagi. Tapi lepas tu bila dah banyak kali kena, aku buat tak tahu je, asalkan tak kacau aku sudah. Sampai la atuk aku meninggal, dia ada perturunkan ilmu sikit dekat aku untuk halang benda-benda halus ni dari dok ganggu. Atuk cakap, aku perlu tahu ilmu ni, sebab dia khuatir ada orang nak buat khianat dekat aku dengan nenek." tambah Mat.

Kringggg!! "Eh loceng dah bunyi la jom masuk kelas. Nanti aku sambung cerita" ajak Mat pada rakan-rakannya.

Sunday, February 21, 2010

Jessa du freak III


Dari jauh kedengaran bunyi lagu Anang dan Kris Dayanti, 'Makin aku cinta' yang tengah dipasang untuk mewujudkan suasana romantis di ruang legar Hotel Hilton tengah hari itu. "Huh, boleh tahan juga majlis ni, yela kahwin anak-anak lord" kedengaran rungutan Farisya yang membuntuti Mie. Mie hanya mendiamkan diri, memandang ke sana ke sini melihat tetamu-tetamu yang hadir dan juga ambience di dalam ruang legar itu seperti kegelisahan. "Mie, kau ok ke?" Farisya bertanya bimbang akan keadaan sahabatnya itu. "Aku ok" balasnya pendek sambil disudahi dengan senyuman tawar kepada Farisya.

"Aku pun tak paham kenapalah bos korang ni nak juga pergi majlis kahwin minah gedik tu? Orang tu dah buat dia macam bangkai bernyawa pun, dia nak pergi. Hish kalau aku, tak hingin nak pergi!" marah Farisya kepada pekerja-pekerja Mie. "Bos dah ok kot kak Sya?" balas Ijam, pekerja paling muda dan paling rajin di kedai Jessafreak itu. "Bos kan hati kering, mana nak layan lama-lama sangat benda-benda melibatkan hati dan feeling ni kak" Ita membalas, satu-satunya pekerja perempuan di situ. "Tapi yang ni lain. Korang tengok la kes hari tu, siap sampai bawak diri ke Pangkor" luah Farisya. "Kak Sya tak tanya bos ke, kenapa dia nak pergi juga?" Ijam bertanya sambil menyusun baju-baju yang baru sampai. "Ada, tapi bos korang tu suka cakap dalam, tak paham aku. Dia just cakap nak bagi 'hadiah'?". "Ala kak, hadiah orang kahwin standard la" sampuk Ijam lagi. "Haah, banyak la kau punya hadiah orang kahwin, dah tengahari ni pergi la beli makanan untuk kami" arah Ita. "Balik-balik aku juga yang pergi beli, kau la pulak pergi beli makanan, dah la suruh aku jalan kaki je, kemut betul nak bagi pinjam skuter buruk kau tu" Ijam menunjuk ke gambar Ita bersama skuter Hondanya. "Amboi banyak cantik, dah kau kutuk skuter aku buruk, ada hati nak pinjam. Karang calar skuter aku tu kau nak bayar? Aku sekeh karang" Ita mengepal buku lima. 

"Dah, dah jangan gaduh, jom akak belanja korang makan. Tutup kedai dulu" Farisya cuba meleraikan pertelingkahan Ita dan Ijam. "Tapi kak, bos tak bagi tutup kedai, karang dia tahu mahu kena ceramah free dia tu. Tak tahan la kak, dia cakap dalam, berbekas hati wooo" Ijam memberitahu. "Takpe, kalau dia tanya cakap akak yang suruh, dia mana berani buat apa dekat akak, dah cepat" Farisya membalas. "Korang pun satu, dengar sangat cakap bos korang tu, apa nak takut, dia berfalsafah korang berfalsafah juga la" tambah Farisya lagi. "Tak berani la kak, dia bos kami ni kuli je hehe, kang tak pasal-pasal gaji kena potong, silap-silap mahu kena tendang" Ita mencelah. "Ala bos kau tu nampak je garang hati mat jiwang" seraya mereka ketawa bersama-sama ketika dalam perjalanan menuju ke kereta.

"Selamat datang encik, cik. Emm ok encik di meja sana ye, cik di meja sana" kata penyambut tetamu di reception desk. "Eh kami tak semeja?" tanya Mie. "Oh tak, meja encik special untuk VIP saja, maaf ye encik sebab ianya sudah diaturkan oleh pihak pengantin sendiri" terang petugas itu lagi. "Oh, VIP, Very Important Person?" tanya Farisya. "Tak, Very Inconnu Person" jawab Mie selamba. "Inconnu? Apa tu?" Farisya kebingungan. "Inconnu (ekonyie) in french, maknanya stranger, so Very Inconny Person samalah dengan orang yang sangat-sangat asing" terang Mie. "Haha selamat melayan orang korporat ye Encik Fahmie" tawa Farisya. "Damn, aku dah la anti korporat ni, ah persetankan" getus Mie. Dan haluan mereka berpisah kerana berlainan meja. Mie sangat tidak menyukai bidang-bidang korporat kerana terdapat beberapa prinsipal di dalam bidang itu yang tidak dapat diterima pakai olehnya.

"Hi, U ni Fahmie kan? Kawan si Sofea?" tanya seorang pemuda kepada Mie. "Assalamualaikum, ye saya Fahmie, dan encik ni...?" sindir Mie kepada pemuda yang dikiranya orang Melayu Islam. "Err waalaikumsalam, oh I Bakar tapi U can call me Burn, tak lama lagi nak dapat Dato' so U boleh la praktikkan panggil I Dato' Burn" ucap pemuda itu dengan slanga British. "Muka macam penyapu, nama Bakar tukar Burn ada hati nak cakap pelat British? Pigi dah!" bisik Mie di dalam hati. "U kerja apa?" tanya Dato' Burn. "Oh, saya bisnes kecil-kecilan je, jual rare dan vintage items" terang Mie. "Kecil-kecilan? Kenapa U tak join bisnes korporat macam I? Barulah boleh maju, boleh buat duit" lagak Dato' Burn. "Maaf la kalau kurang sopan, tapi saya bisnes sebab minat saya, bukan kerana duit. Duit boleh dicari di mana-mana di bumi Allah ni. And duit tak boleh bawak mati, saya bersyukur dengan apa yang rezeki Allah bagi" tegas Mie. Tersentak dengan penyataan itu Dato' Burn terdiam, tetapi masih mahu berlagak "Tapi bisnes macam I untung juta-juta, bisnes macam U boleh dapat ke?". "Juta tu takdelah, tapi boleh la nak pergi menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Simpan dalam bank berkepuk-kepuk pun nak buat apa kalau tak zakat. Mati nanti pakai kain kapan juga" balas Mie dengan lebih tegas. Terus senyap Dato' Burn dan perbualan mereka tamat di situ.

Majlis bermula dengan upacara keberangkatan masuk pasangan pengantin. Suasana di dalam hotel digelapkan dan hanya terpasang satu lampu sorot yang menerangi pasangan pengantin. Dan serentak dengan itu, kedengaran lagu 'Aku cinta padamu' yang dipopularkan oleh Dato' Sheila Majid. Kelihatan semua orang berdiri memberi tanda hormat. Sofea mengenakan gaun pengantin ketat yang menampakkan pangkal buah dadanya. Nampak elegan dan moden kedua mempelai ini namun dari jauh ada seorang insan yang menggeleng kepala melihat Sofea berpakaian begitu. Tak terkata apa-apa melihat perubahan Sofea yang begitu ketara. Masakan tidak, semasa dia dan Sofe masih bersama, gadis itu sangat manis bertudung. Kini sudah hilang tudung dan istilah aurat baginya. "Mungkin suaminya tidak suka Sofea memakai tudung kerana nampak kolot dan kekampungan. Nah dan sekarang nampaklah moden dengan baju yang tak cukup kain nak tutup dadanya yang montok itu untuk ditatap oleh ramai lelaki-lelaki di sini" getusnya perlahan.

Pengantin sudah tiba di meja pengantin dan kesemua lampu dipasang semula memperlihatkan suasana yang terang benderang. Tiba-tiba kedengaran suara MC pada majlis itu memanggil nama Mie untuk memberikan ucapan. "Dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Fahmie untuk memberikan ucapan". Terkejut dengan panggilan itu, Mie melangkah berat ke pentas MC untuk memberikan ucapan.

"Assalamualaikum, emm sebenarnya saya terkejut sebab saya kena bagi ucapan. Saya tak tahu menahu sebab pengantin tak pula pesan dekat saya" kata Mie sambil  memandang Sofea yang leka bermesra dengan suaminya. Terbakar hatinya melihatkan aksi mereka, lantas Mie memulakan ucapannya. "Kahwin, cinta, dan sahabat. Apa yang samanya dengan ketiga-tiga benda ini? Komitmen. Namun apa yang membezakannya? Sahabat adalah orang yang menerima kamu seadanya dan berkawan dengan mu dengan tujuan untuk bersosial. Cinta adalah perasaan seseorang insan untuk seorang insan yang lain. Cinta tak semesti bersatu andai putus di tengah jalan. Kahwin adalah salah satu lambang cinta itu dizahirkan, kerana kita berkahwin dengan orang yang cintakan kita bukan dengan orang yang kita cintai. Kerana bila kita mencintai, orang itu bisa lari tapi andai orang yang mencintai kita, dia akan setia menunggu". Sofea dan Farisya masing-masing terkejut. Farisya dah tak senang duduk, risau kalau-kalau Mie akan mengeluarkan ayat berbisanya kerana dia paham benar sikap Mie yang umpama si kala jengking.

Mie meneruskan ucapan pedasnya lagi "Kita hendaklah bercinta dan kahwin dengan orang yang sama, bukanlah bercinta dengan orang lain tapi berkahwinnya dengan orang lain. Sebab tak guna ada mata kalau tak mahu melihat, tak guna ada hati kalau tak tahu menilai. Kalau diberi pilihan memilih benda yang sama rasa tapi lain nilainya seperti gula dan madu, pilihlah madu. Walaupun gula dan madu sama manis, tapi madu tak memudaratkan tidak seperti gula. Gula benda yang common tetapi madu adalah rare. Maafkan saya Sofea, bukan tujuan dan niat saya untuk berbuat seperti ini tetapi saya harus lakukan juga". Farisya sudah bangun dan memberi isyarat pada Mie supaya stop beri ucapan tapi diendahkan Mie.

"Di dalam tangan saya ada sebentuk cincin yang saya ingin sarungkan ke jari manis gadis istimewa ini. Namun saya dikecewakan tatkala hari saya ingin melamarnya kerana dia tidak dapat menerima saya dan ingin meneruskan hidupnya bersama bekas kekasihnya. Saya sedar diri saya yang tidak sehebat lelaki-lelaki lain tapi saya juga tersedar betapa bodohnya saya untuk terus menerus memberi kepercayaan kepada gadis itu walaupun saya nampak tanda-tanda keretakan hubungan kami. Dan dengan ini saya ingin memulangkan semula cincin yang tidak bernilai lagi buat diri saya kerana cinta dan maruahnya telah berkubur bersama-sama dengan cincin ini. Sofea, maafkan saya selama kita bersama" ucapan Mie berakhir dengan dia meletakkan bekas cincin tersebut di atas meja Sofea duduk.

Dengan sinis Mie berkata "Tahniah sebab kau berjaya menghancurkan hatiku dan membuat ku sedar bahawa kau tak layak dicintai kerana hatimu dah buta dek cinta pertamamu. Dan tahniah buat kau kerana berjaya merampas balik teman hidup kau, korang memang 'layak' dan 'sesuai' bersama. Semoga korang dapat hidup 'bahagia'". 

Mie terus berlalu pergi, Farisya hanya berlari mengejar Mie, Sofea menangis teresak-esak bagai budak kecil, dan semua hadirin tergamam.

"Mie, tunggulah, kenapa kau buat macam tu? Malu aku tau tak!" marah Farisya. "Sorrylah Sya, aku just bagi 'hadiah' aku dekat dia je. "So kira dah settle la urusan kau?" tanya Farisya. "Dah, settle, lega hati aku. Eh jom pergi makan, lapar lak perut aku. Jomlah aku belanja" ajak Mie sambil tersenyum puas. "Mie, Mie apalah nak jadi dengan kau, dendam tak habis-habis" geleng Farisya. "Oi jomlah, termenung je kau tak lapar ke?" jerit Mie. "Eh tunggulah kejap beruk, aku dah la pakai heels ni, kau la ni aku dah pakai vogue-vogue ingat dapat la makan hotel" getus Farisya. "Ala jomlah aku bawah ko pergi makan hotel" balas Mie. "Iye? hotel mana? Bluewave? Concorde?" tanya Farisya. "Tak ah, hotel Syed hahaha" gelak Mie. "Cis tu kedai mamak la beruk. Kau pernah makan heels tak?" geram Farisya. Mie sudah pun melarikan diri ke kereta dan hatinya puas, 'hadiah' nya sudah diberikan. Sekarang di hatinya sudah tiada apa lagi, hanya ada bisnes, kawan-kawan, keluarga dan dirinya saja. No love life yang memeningkan kepalanya lagi.

to be bersambung...

Resipi: Ais krim oreo

Salam,

Seperti yang aku telah janjikan malam semalam,so hari ni aku bagi resipi ais krim oreo. Resipi ni originated dekat internet yang menggunakan resipi ais krim basic saja, tapi aku ubah resipinya ikut selera dan kretiviti masing-masing. Aku listkan resipi asas dan yang lain-lain korang boleh guna apa saja bahan untuk cipta ais krim baru.


Bahan-bahan (ni resipi untuk 500ml susu, so kalau nak buat banyak gandakan je la)

-500ml susu (tak kisah apa jenis susu, UHT, segar, full cream, low fat, ikut selera masing-masing)
-Sepeket kreamer coffeemate (yang 270g+-)
-50g gula (kalau nak manis lagi bubuh lebih)
 
*optional:
-oreo, creamo, apa jenis biskut manis
-esen vanilla
-nescafe
-serbuk koko
-coklat masakan
-kacang tumbuk
-chocolate chip atau chocolate rice
-gelatin
-whipped cream 

Cara-cara

1. Timbang gula dan masukkan dalam satu bekas bersama dengan susu dan kreamer. (*optional- masukkan oreo yang dipotong dan sedikit nescafe. Boleh juga letak serbuk koko kalau mahu)

2. Startkan mixer perlahan sehingga semua sebati, lepas tu lajukan kepada kelajuan maximum. Adunkan sehingga adunan nampak sedikit pekat dan berbuih. 

3. Rasa adunan ais krim untuk mengetahui kemanisan. 50g adalah sukatan berjaga-jaga takut terlalu manis. Jika mahu lebih manis tambah gula lagi, jika mahu lebih berkrim letak lebih kreamer. Jika mahu letak benda asing yang manis seperti oreo, chocolate chip atau jika menggunakan susu berperisa, kurangkan gula, takut terlalu manis.

4. Lepas siap diadun, masukkan ke dalam bekas kek (preferable bekas besi supaya ais krim cepat membeku).

5. Periksa ais krim, sekiranya sudah separuh membeku keluarkan dan pukul balik dengan mixer sehingga kembang semula (berbuih) dan masukkan semula ke dalam fridge.

6. Ulang langkah 5, 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur dan ais krim yang lembut dan gebu. Lagi banyak lagi bagus.

7. Dah siap masukkan dalam fridge dan tunggu sehingga sehingga membeku dan siap untuk dimakan.

8. Boleh bubuh whipped cream, sos coklat, apa-apa saja ikut selera korang. Selamat mencuba

Saturday, February 20, 2010

Mari ke dapur

Salam,


Baru je tadi aku siap buat ais krim oreo. Ingat nak buat dadih tapi mengenangkan resipi yang lalu aku terlebih bubuh serbuk agar-agar dan dadih aku jadi puding keras, hahaha so aku rest kejap la. So proceed dengan ais krim oreo, bukan oreo pun sebab aku beli biskut creamo (ala-ala oreo sebab murah sikit). Resipinya mudah je, simple, aku rasa kalau orang yang reti membaca, reti pegang barang pun boleh buat.

So untuk posting kali ini aku nak bincang sikit la pasal memasak. Sejak aku bergelar penggangur berjaya ni, dah macam-macam benda yang aku masak. Dari ayam bakar, sup ayam, sambal sotong, gulai dan macam-macam lagi. Pertanyaan aku kali ini adalah 'Susah sangat ke nak memasak?'.

Ramai kawan yang puji aku hebat memasak la apa la, tapi pada aku la, aku bukanlah hebat mana pun. Masak sekadar boleh dimakan, orang suka tu je. Aku bukannya chef boleh masak sedap-sedap dan buat presentation yang menarik macam dekat hotel. 

Sebab pada aku memasak ni perlu dipraktikkan tak kira la lelaki ke perempuan tapi perempuan MESTI tahu memasak at least lauk paling simple dalam dunia, goreng ikan, ayam atau telur. Persoalannya bukanlah tak berbakat atau tidak cuma adakah kita hendak memasak atau tidak. Dalam dunia ni apa benda pun kita buat mesti ada passion terutama dalam memasak.

Sebab dalam masakan ni lah kita akan curahkan kasih sayang yang tak boleh dilihat secara mata kasar namun kesannya dapat dilihat dengan keakraban si tukang masak dan si tukang makan. Contohnya, masakan ibu kita, walau kita makan di hotel mana sekalipun ada satu masa kita akan merindui masakan ibu walaupun beliau hanya masak ikan goreng atau ayam goreng. 

Aku kalau nak ikutkan tak reti memasak seiring dengan title aku si anak bongsu, tapi sebab dari kecil aku dah dikerah ke dapur tolong memasak so aku merasakan satu keseronokan untuk mencuba resipi baru atau memasak untuk orang yang tersayang. Sama seperti minatku di dalam fotografi, memasak adalah satu cara untuk kita menghiburkan orang dan memberikan senyuman kepada mereka. 

Tak cuba belum tahu. Dan kalau baru cuba memanglah banyak yang tak jadi tapi kalau diamalkan, ianya pasti membuahkan hasil dan kita akan merasa keseronokan untuk memasak. Kita fikir positif je la, kalau masakan tak sesedap chef pun at least ianya masih boleh dimakan pun dah kira ok. Lama-lama nanti pasti sedap.

Buat yang nak kahwin, masakan adalah salah satu cara untuk menambat hati suami. Memang nampak macam tak logik tapi seorang suami yang selalu makan di luar akan berkurangan kasih sayangnya berbanding isteri yang masakkan lauk untuknya.

Sibuk dengan kerja? Tak perlulah nak masak hari-hari, dan aku rasa suami pun paham keadaan isteri yang sibuk. Cuma bila keadaan tidak sibuk, si isteri lebih sibuk dengan benda lain dan mengabaikan makan minum si suami.

Dan di sini aku nak kongsi tips untuk perempuan, bagi aku yang seorang lelaki bukanlah hendakkan seorang isteri yang superb dalam memasak sampai level chef, kalau goreng telur je yang reti pun dah memadai. Apa yang diharapkan adalah kesanggupan isteri untuk belajar memasak dan bukan memberi alasan 'saya tak reti masak'. Tak reti boleh belajar, cuma kalau tak nak belajar tu tak boleh nak buat apa lah, tu mencerminkan sikap sendiri yang tak nak improvekan diri. Jadi jangan terkejut kalau suami lebih banyak melepak di kedai-kedai yang mana tukang masaknya pandai mencurahkan kasih sayang dalam makanan.

Buat lelaki, aku sarankan belajarlah memasak, masak nasi, goreng-goreng pun dah cukup. Dapat berjimat, dapat survive kalau dah bosan dengan lauk kedai, dapat survive kalau masih tidak beristeri. Dapat menjadi tauladan yang baik dalam keluarga. 

Selamat memasak~ ianya tak susah cuma perlu diamalkan selalu

Jessa du freak II


"Aku nak propose dia lah Sya, and aku nak wat surprise untuk dia" Mia meluahkan isi hatinya. "Aku rasa dah tiba masanya untuk kami tamatkan segala keresahan dan ketegangan ini dengan suatu ikatan yang sah, aku nak dia jadi milikku. And aku harap sangat dia dapat terima propose aku ni" tambah nya lagi. 

"Kau dah fikir masak-masak? Hari tu pun kau dapat tahu dia masih lagi in contact dengan ex dia kan?" soal Farisya. "Ye aku tahu tu, tapi aku tanya dia, dan dia hanya menyatakan sekadar berkawan sahaja. So aku tak nak la sangsi dan curiga pada dia, curiga tu doa kan" balas Mie.

"Aku faham Mie tapi kadang-kadang benda tak seperti yang kita nak ianya terjadi, lebih-lebih lagi apabila kita terlalu memberi harapan yang tinggi pada sesuatu yang boleh berubah bila-bila masa saja. Manusia boleh berubah Mie". 

"Tapi aku percayakan dia, sebab kami dah berjanji untuk sehidup semati, aku rela terima dia seadanya. Aku tak minta apa-apa lebih dari kasih sayang dan cintanya saja. Aku yakin dia juga begitu Sya" bicara Mie.

"Em kalau begitu, tiada sebab kenapa aku perlu halang kau untuk melamarnya kan? Mungkin aku tersilap orang agaknya..." bisik Farisya tetapi kedengaran di telinga Mie. "Silap orang? Siapa?". "Eh, takde apa-apa lah aku berangan je" balas Farisya.

"Kau tak nak temankan aku belikan cincin Sya?" tanya Mie. "Takpe lah Mie, aku ada hal sikitlah..." balasnya ringkas. "Ok, kalau macam tu aku pergi dulu ya" kegirangan terpancar di wajah Mie tidak buat Farisya.

"Aku doakan kau berjaya Mie. Aku harapkan apa yang aku nampak tempoh hari bukanlah Sofea dan ex nya yang berjalan bersama berpimpingan tangan. Dan aku harapkan agar kebahgiaan milik kau..." getus hatinya.

Di dalam hujan lebat itu, Farisya mendekati Mie yang basah kuyup sambil memayunginya. "Takpelah Sya, aku tak perlukan payung lagi ketika hujan agar dapat aku lindungi air mata yang berjujuran jatuh ini" tutur Mie di dalam kesamaran hujan yang menimpanya.

"Betul kata kau, manusia ni berubah dan dia masih lagi menyintai ex nya setelah aku berikan segala hatiku padanya. Adil kah dunia ini? Aku cuba bersikap positif tapi aku dikhianati. Apa salahnya aku? Apa kurangnya aku? Hanya kerana aku bukan cinta pertamanya? Hanya kerana aku bukan cinta terindahnya?" soalan bertali arus diajukan kepada Farisya.

"Takpelah Mie, mungkin ini ujian Tuhan untuk kau, kita kena ingat segala kejadian ada hikmahnya kan?" Farisya cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Hati aku sangat sakit, apa yang aku rasakan dengan apa yang aku lontarkan tadi sangat-sangat berbeza. Masakan tidak, aku ingin melamarnya bukan ingin meminta kasihnya lagi tapi ditolak hanya kerana lelaki keparat itu? Bodohnya manusia, menerima seseorang yang sudah melukakan hatinya sebelum ini, masih tidak serik?" nada Mie semakin keras meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Jika aku tak kutip cintanya dulu, agaknya mau dia merempat menagih kasih dan hidup tak tentu hala sekarang ni, dan sekarang dia nak buang aku? Argh, atau aku yang terlalu bodoh sebab percayakan perempuan seperti dia?!" teriak Mie. 

"Mie...janganlah macam ni..." getus Farisya. "Jangan apa?! Jangan apa haa!!!!" teriakan makin kuat lalu mencetuskan tidak senang hati buat Farisya "Kau menakutkan aku...please jangan macam ni, bawa ber istigfar dan mengucap banyak-banyak...".

"Astagfirullah... maafkan aku Sya, aku tak sedar. Sudahlah, kau balik lah dulu. Janganlah kau risaukan pasal aku, aku takkan bunuh diri dan aku takkan mati. Aku kena hidup dan aku pasti akan hidup tanpa perempuan keparat macam tu" nadanya semakin perlahan. 

"Tapi Mie, kau..." kata-kata Farisya dipotong "Sya, please... I need to be alone. Don't worry about me ok, you knew me better than her". Farisya terpaksa mengakui bahawa Mie bukanlah lelaki yang lemah sebab dia tahu perit getir hidup insan tersebut. Pelbagai dugaan yang telah dilalui cukup mematangkan dan membuatnya cekal melalui kehidupan yang tidak pernah adil baginya. Cuma apa yang dikesali dengan sikap Mie adalah kecenderungannya untuk bersikap kejam ke atas orang-orang yang pernah menganiayanya. Tapi itulah Mie yang pernah dia kenal sejak sekolah rendah lagi.

Sebulan hampir berlalu, khabar Mie masih belum diketahui oleh Farisya. Bukan sekali dia cuba menghubungi malah beratus-ratus SMS dan call tidak pernah diendahkan oleh Mie. Bila dia cuba pergi mencarinya di rumah dan di kedai, kawan-kawan dan pekerjanya mengatakan Mie tengah bercuti. Ke mana? Tak siapa yang tahu. Farisya faham, Mie membawa diri untuk mengubati hatinya yang kecewa tapi kenapa perlu lari dari dirinya. 

Suatu hari sedang Farisya makan di sebuah kafe di Kuala Lumpur, datanglah seorang insan yang tidak disenanginya, Sofea bersama boyfriend lamanya. Tanpa dijemput duduk, Sofea pantas menghulurkan sebuah kad dan hanya berkata "Datang tau, and tolong bagi ni dekat Mie sekali ya. I call dia tapi dia tak angkat call I". Selepas mereka berlalu pergi, getus Farisya perlahan "Gediknya la minah ni, macamna la Mie boleh lekat dengan perempuan macam ni". 

Akhirnya Farisya berjaya menemui Mie setelah mendapat tahu bahawa dia pergi berehat di Pulau Pangkor. "Jauh kau bertapa, puas aku cari kau di merata-rata". "Maaflah, aku rasa jiwa aku sangat tenat, so aku ambil keputusan untuk balik kampung". 

"Kampung? Bila masa pula kau jadi orang Pulau Pangkor ni?" tanya Farisya pening. "Tulah kau tak tahu, aku ada seorang makcik yang tinggal di sini. Alang-alang tengah tenat, baik aku lepak sini. Sini aman, pagi-pagi bangun je dengar bunyi desiran ombak, angin dia pun best. Memang tempat yang terbaik untuk melarikan diri dari masalah" terang Mie. 

"Kira kau dah ok lah ye?" tanya Farisya lagi. "Bolehlah, 70% hati aku dah boleh menerima segala yang terjadi. Jauh kau travel dan susah-susah cari aku kenapa? Rindukan aku ke?" Mie cuba berlawak.

"Haah ye la aku rindukan kau. Aku risau je dengan kau. Lagipun alang-alang tahu kau dekat sini, baik aku pergi bercuti sekali. Dan aku bawakkan sesuatu dari 'dia', aku harap kau ok" balas Farisya. 

"Takpe, aku dah ok. Kad? Kad apa?" tanya Mie lantas membuka isi kad tersebut.

WALIMATUL URUS

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

..............................................

ke majlis perkahwinan puteri kami

Sofea Syazlin Saad
dengan
Azroy Affendi

pada 
18 Disember 2009

bertempat di

Hotel Hilton Kuala Lumpur

"Kau nak pergi ke Mie?" tanya Farisya.

"Pergi? Of coz, aku ada 'hadiah' untuk dia" balas Mie tenang.

to be bersambung....

Thursday, February 18, 2010

Money money money it's a mad's man world

Salam,

Dulu aku pernah berkata yang aku akan wujudkan satu post entry tentang bajet. So memandangkan hari ni aku sangat bermatematik so aku akan tunjukkan calculation yang sering aku gunakan time aku study dulu untuk digunapakai oleh sesiapa yang bajetnya tight atau ketat atau sering tak cukup duit sampai ke hujung bulan.

Ok terdapat beberapa rules yang kena ikut kalo korang under tight bajet. Rule yang pertama, kurangkan perbelanjaan makan korang. Kurangkan perbelanjaan tak semestinya korang kena potong atau skip satu sesi makan tapi lebih kepada bertukar cara korang makan kepada yang lebih bajet. 



Kalau dulu korang tiap-tiap hari makan di McD, di KFC, di mana-mana cafe yang harga kopinya aje dah 5 hengget ke atas ubahlah tabiat tu, melainkan korang nak kering di tengah bulan. So ubahlah kepada makan di gerai-gerai yang harga makanannya purata tak lebih dari 6-7 hengget. Untuk air pula, kalau dulu korang suke sangat minum ais blended ke fresh orange ke yang harga minuman je dah 5 hegget ke atas ubahlah ke ais kosong atau air suam aje. Satu sebab jimat dan yang kedua baik untuk kesihatan, less sugar less disease. And kalau korang ada kedai yang memang hari-hari pergi, so agak-agakla dalam satu hari tu makan berapa hengget. Macam aku dulu time praktikal, aku bajet makan sehari dalam 10 hengget pagi sampai malam. So untuk sebulan duit makan aku adalah lebih kurang 300 hengget. Nak jimat, bawa bekal air kosong dari rumah, dah jimat 1 hengget sehari (30 hengget sebulan). Dan untuk seimbangkan dengan badan, korang up la sikit duit makan tu jadi 350 hengget, supaya yang 50 hengget tu korang boleh la beli buah tembikai ke, jambu ke, pisang ke, betik ke. Ingat buah-buahan dan sayuran itu penting dalam diet harian korang. 

Nak lagi jimat korang boleh masak. Untuk beras 10kg yang harganya 26 hengget (medium quality) boleh dimasak sebanyak 40 kali dengan satu pot (250g). So purata sekali masak adalah lebih kurang 70sen. Ayam sekilo dlm 7 hengget, dibelah 4, goreng satu bahagian yang harganya lebih kurang 2.50 hengget (termasuk telur goreng dan timun/ulam). So sekali makan hanyalah lebih kurang 4 hengget. Dan untuk pengetahuan korang, satu bahagian ayam boleh dimasak pelbagai jenis lauk seperti paprik ayam, ayam masak halia, ayam goreng kunyit dan macam-macam lagi. Cari di internet try masak, kosnya sangat murah. Kalau nak murah lagi, masak nasi, sejukkan dan masak nasi goreng, bubuh telur, sedikit ayam atau ikan bilis yang harganya tak lebih dari 3 hengget pun. So pilih yang mana lebih jimat. Aku pasti dekat bandar-bandar besar, hypermarket seperti Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin ada menjual harga yang jauh lebih murah berbanding di pasar-pasar. So takde alasan sebenarnya kalau nak kata harga makanan mahal.

Untuk transportation lak, bagi lelaki aku sarankan pergi kerja naik lah motor. Unless la tempat kerja korang tu jauh gila nak mampus. Lebih jimat duit minyak, kurang jam, kurang masalah, jimat duit tol dan macam-macam lagi. Aku dulu praktikal di Selayang, aku berulang dari S. Alam naik motor, sehari duit minyak lebih kurang 5 hengget je, so sebulan lebih kurang 150 hengget aje. Jangan ingat orang pergi kerja naik motor ni orang sengkek je, orang profesional yang berjawatan tinggi pun akan tukar naik motor kalau diorang tahu lebih menjimatkan. Bagi perempuan, aku tak syorkan sangat naik motor unless tempat kerja dekat dan balik bukan pada malam hari. Jimat memang jimat tapi keselamatan harus diutamakan dulu. So sebaik-baiknya naik la kereta yang jimat minyak, kecik dan senang nak parking. And kalau boleh carilah jalan yang kurang jam, unless dah takde jalan nak buat camna ye tak.

Rule yang kedua adalah tempat tinggal. Kalau boleh carilah tempat tinggal yang dekat sedikit dengan tempat kerja. Janganlah terlalu jauh sampai kos perjalanan hari-hari lebih mahal dari kos makan. And kalo bajet tight janganlah dok menyewa rumah yang high maintenance, cari rumah biasa-biasa sudahla, janji rumah tu selesa walaupun kecik, sewa tak mahal sangat dan paling penting carilah roomate atau cari rumah yang dah ada orang. Kalau takut barang hilang ke hape ke, sewalah bilik yang berpatutan dalam 300 hengget ke bawah. So korang ada privacy tersendiri disamping dapat jaga barang korang dari dicilok orang yang tidak dikenali.

Rule yang ketiga, lifestyle. Tolong ubah cara hidup korang kepada bersederhana. Nak beli pakaian boleh tapi bukan tiap-tiap hari atau hujung minggu. Belilah sebulan sekali kalau ada duit lebih atau 2 bulan sekali. Atau korang inginkan sebuah gajet baru, boleh beli tapi kumpul lah berdikit-dikit, sebulan 200 hengget pon dah ok. 6 bulan dah ada 1200 hengget. Nama pun tight bajet kan. And beriadah tu kalau tak mampu, pergi jelah berjoging hujung minggu. Kalau larat bersenam lepas kerja. Kalau tak larat hujung minggu pun ok. Beli sepasang kasut sukan, seluar track dan stokin. Yang lain boleh gunapakai sampai hancur.

Oklah kalau lah dicampurkan bajet-bajet tadi 350+150+250 = 750 hengget. So dari 1000 hengget anda masih ada baki 250 hengget untuk korang simpan atau bayar apa-apa hutang. So bayangkan kalau korang ada gaji 2000 atau 3000 hengget dan dengan menggunakan bajet di atas, betapa banyaknya lebih duit korang yang boleh disimpan atau diinvest dalam bentuk lain yang dapat memberikan keuntungan. So ingatlah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang di kemudian. Tapi untuk perokok tegar, maafla aku takde tips untuk korang sebab korang memang membakar duit je pun, so pandai-pandailah nak hidup. Selamat menyimpan duit~~

apa yang aku ajar di atas hanyalah basic untuk hidup bukan cara nak hidup senang. Sebab bagi aku bila kita merasa susah, kita lebih menghargai setiap duit yang kita belanjakan dari time kita dah senang.

Tak salah mencari kekayaan tapi kalau kita terlalu mencari duit, duit takkan pernah cukup dalam diri kita. Makin banyak duit yang kita ada, kita makin tak pernah puas dan makin rasa tak cukup. Sedangkan ada orang yang duitnya sedikit, tanggungannya banyak masih mampu membawa kebahagiaan untuk mereka. So hati-hati dengan nombor yang dipanggil duit ini.