Followers

Monday, January 3, 2011

Kamera oh kamera Part 5 (Edisi Tahun 2011)

Salam,

Kembali lagi dalam entry kamera oh kamera. Biasanya aku akan tulis review jika ada kamera or aksesori baru masuk melalui kata-kata yang muda faham. Kot aku tulis spec gempak-gempak pun bukan semuorang akan faham ye dok?


Untuk entry kali ni, aku nak sentuh sikit isu kamera selepas ditegur secara non direct oleh otai yang aku kagumi iaitu incik KB. Bukanlah dia tegur aku cuma dia memberi pesanan dalam videonya melalui KukuBesi TV. Menarik, bila ada otai sudi berbicara serba sedikit perihal fotografi dan fotografik, ianya agak membantu dalam sesetengah perkara, pada aku lah, orang lain? No komen.

Isu yang diketengahkan oleh KB adalah mengenai trend DSLR masakini. Aku malas nak cerita balik, kalau korang nak dengar apa beliau kata, tengok sendiri dalam Kukubesi TV.

Cuma aku nak ulas sedikitlah mengenai trend DSLR nih. Aku akui benda ni tak murah, dan tak juga mahal. Sebab mahal atau tidak adalah subjektif ikut mana yang kita faham. Kalau kita kata DSLR ni mahal, kenapa laptop kita tak kata mahal? Kenapa HP macam Iphone or Blackberry tu kita tak labelkan mahal? Dan sanggup lak kita beli tapi beli sebut DSLR, "oh aku tak mampu, aku tak kaya macam ko".

Ada orang beli DSLR ni sebab member-member ramai dah pakai. Salah ke? Tak salah kalau manfaatkan betul-betul. Salahnya bila beli hanya kerana teracun dek kawan-kawan then guna setahun dua, dah tak nak dah. Alasan? Nak berhenti dari dunia fotografi.

Aku sendiri beli sebab aku sukakan kamera sejak kecil. Tapi sebab dulu-dulu kamera hanyalah barangan abah aku, so untuk memiliki sebuah kamera sendiri masa tu agak impossible. Dan aku membeli DSLR kerana kecewa dengan mutu kamera kompak yang telah aku beli sebanyak 2 unit. 2-2 nya ada masalah tersendiri sehingga aku terpaksa mencari jalan penyelesaian yang terakhir DSLR.

Tapi kalau korang sangka ada DSLR gambar akan terus lawa, korang silap. Ada DSLR tapi takde ilmu dan tak cari ilmu pun tak guna. Gambar still akan blur, akan shaky, akan out of fokus dan lain-lain. Ada sekali aku terlihat seorang teman menggunakan DSLR tapi gambarnya? Blur ibarat kompak, so apa gunanya ada DSLR tapi tak tahu guna? Sampai bila nak bergantung harap kepada mode Auto? Baru belajar ok la, tapi kalau dah setahun dua masih guna Auto mode, baik guna kompak aje.

Ada lak member aku nak beli DSLR tapi nak yang murah, sebab harga. Biar aku jelaskan di sini, ada sebab kenapa harga DSLR tu mahal. Dan ada sebab kenapa orang jual terlalu murah. Set lengkap DSLR takkan dapat bawah RM1k, kalau ada mesti ada sesuatu yang tak kena macam body dah nak lunyai, lens penuh fungus.

Kalau dah kumpul RM1k, berkorban la masa lagi kumpul lagi 3-4 bulan dah boleh angkat entry level punya DSLR. Tak perlu nak terus beli ke prosumer atau intermediate punya DSLR sebab perkara utama yang perlu korang tahu adalah asas DSLR itu sendiri.

Paling penting, beli sebab korang minat bukan sebab nak ikut orang or nak nampak cool or hebat. Aku masa first beli segan nak tunjuk dekat orang. Orang dok sorak "wuuu kamera hebat" tapi aku ilmu baru nak merangkak. Lain lah kalau aku dah pro.

Kalau korang jalan-jalan sekitar KL, nampak terlalu ketara ianya menjadi satu trend. Tapi dalam banyak-banyak tu korang boleh tahu lah yang mana fotografer dan yang mana poyo. Biasanya si poyo ni bawak kamera keluar nak menunjuk, ada tu tanpa beg (gila!!!). Dan yang biasa aku tengok, diorang akan pegang di tangan tanpa sorok dan di dalam group tu dia sorang or sorang lagi je yang ada. Means bukan group fotografer pon tapi lebih kepada group untuk tampak macho dan hebat.

Kalau nak kenal die hard fotografer nih, beg dia mesti beg kamera tahan lasak (bukan jenis stok free gift), lens pelbagai jenis dan biasanya diorang gerak dalam satu group. Ada gak lone ranger macam aku tapi mostly dalam grouping, diorang rajin wat outing.

Nak beli tu tak salah, duit masing-masing punya hak. Cuma pada aku kalau tak minat tak payahlah beli DSLR kalau pengakhirannya korang jual balik bila dah bosan. Hanya orang yang minat je akan rasa DSLR ni berbaloi sepanjang hayat.


10 comments:

hans said...

yups
kalau beli semata2 ikut trend memang tak berbaloi kan
kalau minat sangat berbaloi kut beli DSLR

P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

Mra Mastura said...

aku suka! tapi tak ade wit nak beli. so just cilok abg aku nye camera,.since dye fotographer. huhu..

kbanyakan kawan aku.. ada 2 la.. 1 yg mmg minat kamera so the result pic are sumpah lawa..
yang lagi 1, ikut trend, last2 the dslr terbiar pn ade gak.. entah la.. kalau xminat, xyah la ye.. =)

bercita2 mahu beli, tp xtau la ayah bg ke x.. =.=

Shukjessa said...

mira, ko bodek abang ko je hehe

Anonymous said...

serius mnt ambek gmbr, mnt dslr. so far guna digital camera je. tp behajat nak beli dslr.
tp tak tahu nak gune camne hahahhaah

Shukjessa said...

buat sesiapa yang minat dan berhajat nak beli dslr, cara paling mudah nak rasa, nak guna, nak tau function, nak test kejadah aku sarankan pergi dekat Nikon service centre yang dekat Times Square tu. Dekat situ dia ada letak model2 kamera kalo tak silap sampai D90 je yang boleh try guna. as long tak curi, gunalah sampai korang puas hati pon. dekat situ gak la aku decide antara d3100 or d5000 dari feel nya.

p.s: utk canon aku tak tahu la, canon service centre ade ke?

Zufar Najib said...

ada yang aku x berapa setuju.
x semestinya kalu paki beg freegift 2 die x pro. member aku ameen deen, klu ko kenal die la coz di dah glamour skarg kt fb ke mane2. die kitlens pn xde, beg pn xde, pakai beg sek je tp hasil gambar die tip top. 2je aku nak ckp.body lens, beg style 2 bknukurannya tapi mendalam ke tak ilmu dalam fotografi nih. aku ckp awal yg aku ni bkn pro tp sekadar nak kongsi pe yang aku dah nmpak. klu nak add ameen. ko taip ameendeen kat fb cnfirm jumpa. dlm fb dei ad beratus album dan pic2 yg hebat bagi aku la.

Shukjessa said...

Zufar: maksud aku bukan dari segi pro atau tidak, tapi aku rase ko sendiri akan faham benda ni.

ko beli kamera bukan murah2, lens apatah lagi. memang beg bukan ukuran, cuma pada aku beli beg yang berjenama sebab jenamanya diakui tahan lasak (dari segi hujan, wear and tear, padding, dan lain-lain masalah).

beg freegift yang diberi tu pasti ada sebab kenapa percuma btol tak? Salah satu sebab paling nyata kualitinya. Serius, beg percuma yang pernah aku dapat kuran setahun pakai, kalo tak koyak, zip ada masalah or besi tali tu dah berkarat. tu maksud aku. so kalo ko gi outing ke memana ke, sekali putus beg ke, koyak ke, beg terjatuh, kena hujan, kena air kereta lalu, kamera rosak teruk sapa nak ganti beb? lain la kalo kita ada beli insurans.

bende ni pada aku awareness la, kalo pro patut lebih aware. sebab kadang-kadang aku tengok orang jual kamera 2nd, baru pakai 2 tahun tapi dah calar balar, shoe mount dah berkarat, gila babeng punya ganas pakai. Ada gak photog otai aku tengok, buat job pelbagai tapi kamera still ok. Still cun melecun macam baru semalam beli.

So kenyataan aku yang phtog tidak memakai beg yang proper adalah poyo tu sebab diorang tak tahu probability yang boleh terjadi. Patut bila dah pro (no offence) kita lebih aware dan lebih sayang harta kita. Bukan murah beb. Aku kalo ada duit memang nak angkat dry box, gila ko kalo kena masuk fungus, nak jual mahal pun tak laku.

same la macam kalo nak jogging takkan nak pakai selipar kan? boleh memang boleh, tapi lama-lama putus lah di pertengahan jalan. prevention is better than cure =)

Zufar Najib said...

wah..comment yang sangat bagus betul pe yang kau cakap. aku cume x nmpk je, so bile ko dah ternagkan panjang lebar baru nampak dan faham dengan mendalam. aku pun pakai beg freegift jugak.hee tp condition camera tip top, aku jaga elok.xde la calar2 . fungus 2. aku harap dapat beli beg nanti. boleh ko recoment kat aku beg paling murah tapi tahan lasak dari segi hujan panas dan segalanya? lagi sorang pro die pun pakai beg freegift juagk.camera die tip top dah 3tahun die pakai so camne comment ko?

Shukjessa said...

aku tak boleh nak komen kalo orang prefer pakai stock bag yg mcm freegift tu. cume pada aku, the reason why it is so called "free" sebab benda tu tak tahan lama. tu je.

sebab kalo ko fikir elok2, ada ke orang nak bagi percuma beg lowepro free bile beli kamera?

ada, tapi tu pun kalo ko angkat body full frame 3, lens tele or UWA F2.8 5, bateri grip ori 3.

paling hebat yg aku pernah tgk pon member aku beli D3100, dapat la beg nikon ori free. ok lar not bad, aku rase lasting 1-2 year ok kot. Padding semua tahan, except for the strap...

lasak tak lasak tu aku tak berani nak jamin tapi paling tidak kalo ko nak beli beg, tengok jenis material ape luaran, ada raincover tak paling cikai? well padded tak? banyak slot tak? strap die well padded? senang guna? user friendly? dan warranty.

sebab ada orang rase beg winner dah memadai, tapi ada orang rase beg lowepro lagi ok.

aku tak rase photog pro luar negara pakai beg stock biasa (no offence), paling tidak diorang nak durability yang paling maximum untuk tugasan diorang.

so macam aku komen sebelum ni, ni adalah self awareness sendiri. kalo rase beg free tu ok, ok lar kot???? tapi so far untuk aku beg free not ok, bukan sebab design die hodoh, tapi sebab features die yang tak seberapa. Aku sendiri pernah beli beg nikon (suppose beg tu free aje kalo beli kamera) dengan harga rm90 kalo tak silap. last one year only, habis berkarat zip, kain pun dah mula nak koyak. nak jual? hohohoho takde orang nak pon.

lastly, for all and above, "malang tidak berbau", anything can happen. kalo beg yg hebat pon boleh rosak, beg free apetah lagi kan?

p.s: cari beg ikut kesesuaian, sling? shoulder? backpack? waist?

Zufar Najib said...

papae pn thanks bgtaw pe yang aku tataw.. :)