Followers

Monday, January 10, 2011

Cantik di mata lelaki

Cuba korang tanya cantik dekat perempuan dengan cantik dekat lelaki. Adakah jawapannya akan jadi sama meaning? Cuba korang tanya lak dekat wanita yang bukan muslim, apa pengertian cantik bagi mereka? Sama tak pengertian cantik bagi seorang wanita muslim?

Yang pasti, ianya takkan sama. Cantik pada seorang wanita mestilah ada mekap, perfume, baju yang vogue, tas tangan, body yang umphh dan lenggang lenggok yang menarik perhatian. Tapi tu ke definisi dari mata seorang lelaki? Perlu ke korang habiskan duit riban-riban semata-mata nak nampak cantik pada definisi korang tetapi tidak pada lelaki?

Sebut pasal rambut, pasti ada yang kata itulah mahkota seorang wanita. Ye ke? Bukan mahkota tu dara ke? So lebih rela berkorban segala-galanya demi rambut dari kedaraan itu sendiri?  Hehehe, rambut itu memang cantik, tipulah kalau lelaki tak minat pada style dan gaya rambut seorang wanita. Panjang? Pendek? Rebonding? Ikal? Kerinting? Semuanya ada tarikan tersendiri.

Tapi, andai korang kata rambut itu sebahagian dari mahkota, bukankah orang yang lebih layak melihatnya adalah mahram korang sendiri atau insan yang lebih berhak iaitu suami korang? So kenapa perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai? Kenapa perlu ditogelkan ianya tanpa pakaian, ibarat badan tanpa baju dan seluar. Cantik free hair, cantik lagi bila menutup aurat (bertudung yang betul). Tak percaya, tengok artis bila diorang pakai tudung, pada aku lagi lawa compare bila buka tudung.

Muka ni lazim la kan orang akan kata cantik. Seperti kata pensyarah aku dulu, istilah kacak atau cantik atau menawan dalam dunia haiwan adalah apabila kedua-dua belahnya adalah simetri. Tapi tu dunia haiwan, kita manusia muka mestilah simetri kan, kalo tak simetri tu ada masalah urat saraf tu.

Muka wanita ni sebenarnya dah ok tanpa mekap, lebih natural look mungkin kurang saturation warna aje. So kalau diwarnakan sedikit (mekap) akan naik serinya. Tapi bila over mekap, ia akan jadi sesuatu yang agak menjengkelkan dan menakutkan. Kalo tanya lelaki, diorang lebih suka wanita mekap yang biasa aje, gincu, pemerah pipi dan sedikit eye shadow, mugkin bedak sedikit sudah memadai. Tak perlulah nak letak eye shadow sampai kaler pelangi, takut lari lelaki nanti.

Biasa tengok wajah ibu kita yang tanpa mekap, tapi kita rasa sejuk je hati dan suka menatap wajah mereka. Kalo tanya mesti rahsianya adalah???? Wudu' itu sendiri.

Baju atau pakaian. Part ni yang agak penting bagi wanita. Sebab definisi korang sangat berbeza dengan lelaki. Pakaian bagi lelaki, asalkan tak koyak, muat, selesa, bersih itulah yang akan jadi pakaian harian diorang. Beli pakaian, siapa lagi cerewet? Lelaki atau wanita? Aku pernah ikut kaum wanita mencari tudung je sampai nak terbakar kaki aku berjalan sepanjang Jalan TAR tu. Tu baru tudung, baju? seluar? kain? bla bla bla even undies pun sangat cerewet. Kadang-kadang nak cari yang terlalu vogue, padahal si lelaki ni lebih selesa dengan pakaian biasa aje. Tak perlu nak beria-ria sangat dress up kalo setakat nak pergi pasar malam. Tak perlulah nak pakai heels kalo takat nak pergi lepak mamak or mapley je. Be reasonable, unless ada candle light dinner ke or function yang memang kena pakai vogue, barulah pleasant di mata lelaki.

Kadang-kadang aku nak tergelak tengok fesyen wanita ni yang pada aku terlalu over. Kadang-kadang buat si lelaki ni naik takut sebab diorang just pakai jeans, t-shirt round neck dan sandle aje, tapi awek macam nak pergi ambil anugerah bintang populer.

Al kisahnya lagi, pakaian ala-ala barat seperti skirt, spageti, baby tee, skinny jeans dan lain-lain memang lah menarik dan cantik. Tapi itu definisi kalau kita tanpa Islam. Kalau kita seorang muslim or muslimah, agak-agak cantik ke pakai camtu? Aku faham ada yang kata boleh oter kasi tutup tapi kalau still tak ikut syarak, apa gunanya kan? Nak pakai skirt tapi pakai legging? Maaf buat yang tak paham, aurat wanita bukan takat menutupi aje, sebab ada dinyatakan supaya tidak berpakaian ketat seperti orang yang telanjang, so kalo pakai legging still ketat, dan seperti yang aku telah nyatakan pada entry yang lepas, nafsu lelaki bukan pada satu bahagian je.

Ada yang kata pakai jubah tak lawa, pakai jubah macam kolot, kampung. Tak try mana tau? Mak aku pakai jubah ok je, pada aku dia lawa walaupun dia dah tua. Kenapa aku kata jubah dan bukan baju kurung or yang sewaktu dengannya. Sebab jubah designnya memang loose. Tak pernah lagi orang buat jubah fit ikut body. Baju kurung, maaf cakap memang sopan, menutup aurat tapi sikap manusia ni yang suka sangat menunjuk-nunjuk buatkan ianya menjadi salah satu mangsa nafsu serakah. Baju kurung sopan kalo kena gaya, tapi kurang sopan kalau dibuat kain belah nampakkan betis. Tak sopan kalo sengaja diketatkan di bahagian pinggang, dada dan pinggul. Kebaya apatah lagi. Sebab tu dulu pernah ada kes orang kata "pakai baju kurung lagi senang kena rogol, sebab perogol just selak je kain then terus...". Satu lagi sebab adalah material kain itu sendiri yang cukup lembut sehinggakan bila angin bertiup, segala bentuk mukabumi akan kelihatan.

stop dulu, panjang sangat nanti ada yang muntah... sambung nanti...

8 comments:

hans said...

hahahaha
aku sokong bab make up terlampau tu
aku lebih suka pompuan yang make up simple2 jer
itu lebih cantik

P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu

Mra Mastura said...

yeah, dari pandangan mate lelaki.. setuju walaupun aku girl.. =)

mekap mmg xperlu kot nak lelebih..ak pn just bdak aje..xnk nmpk lesu..

baju pn simple,same dgn bf.. hoho.. XD...

nice entry,xde rs nak mntah pn.. =)

hentakbelipat said...

bagi lelaki memang keserdehanann tu sudah ckup..haha aku pun kadang2 selese dangan sederhana..tapi bg perempuan mybe lain kot definasi sederhana...mcm self plessure..kite ad bende yang akan buat kite puas dan kalau x buat selengkp mgkin akan rase x kene..mgkin itu juga yg dirasekan bg permpuan ni? tapi seriusly tang makeup...boleh over, tapi kene pandai..sangat pandai..baru jadi cantik..artis tu makeup over tapi cantik! yang jadi clown nye bile over tapi xreti..

Shukjessa said...

hans: yeah natural look lebih menawan.

Mira: woh best ler bf ko, senang idup takyah tunggu lame2 mekap.

HB: hehe aku tak ske sgt artis mekap over2 nih, biarpun dia lawa mane, aku prefer yg natural look punya mekap. sikit2 sudah la kan, ada banyak benda lagi penting dari mekap. bubuh gincu sekilo takde sebarang erti pon sebab bibir tu je la satu. mekap over lebih kepada nampak plasticity artis tu sampai org akan kate "botox ke? Susuk ke?"

haha ape2 pon itu hanya pendapat, masing2 punya taste masing2 cuma aku meluahkan dari sudut mata aku sendiri. rasionalnya, bila dah berumah tangga, adakah si isteri akan mekap 24hr utk suami?
byk kejutan lepas kawen, rahsia2 yg tak tahu akan keluar (tak semua manusia punya habit yang bagus).

sarah zulk said...

salam.. panduan yang sangat tepat ikut syarak.. dan mudah faham.. keep it up..!! =)

Shukjessa said...

salam sarah, thanx. sebab di mekah ramai wanita berpurdah tapi hampir jatuh cinta hanya memandang matanya tanpa melihat muka, rambut apatah lagi bentuk badan. unik bukan??

missyradziah said...

mantap post! i like!!pedas serta verapi artikel ni..sempat jugak buat lawak sinis..tahniah!

SyafiQ Bleszynski said...

kalau pempuan mekap berlebihan, over2..pehhhh memang tak lawa langsung.

biar simple, biar sempoi. baru la sweet.