Followers

Wednesday, January 26, 2011

Kamera oh kamera Part 7


Dulu-dulu time aku baru kenal dunia kamera, ramai yang dok racun "kenapa tak angkat D90?", "rugi la ko beli entry level, bukan semua jenis lens ko boleh mount nanti". 


Then bila aku dah tahu serba sedikit dan teknologi makin canggih, baru lah aku tahu apa beza pon kalo aku beli D90 dengan entry level? D5000 aku pun kalo ikut quality lebih kurang je macam D90, yang menjadi bezanya hanya pengkelasan, size body, dan built in motor. Yang lain, ada sesetengah tu aku rasa D5000 aku lagi hebat. Yelah teknologi makin hebat, kamera lama akan jadi semakin lama, so sampai bila pon ia akan jadi hebat?


Mujurlah juga ada geng-geng otai yang masih guna entry level sebab kira nak tolong newbie macam aku ni dulu dari terkena racun kuat orang lain. Body tak kisah sangat, yang penting teknik, knowledge dan juga jenis lens. Aku akui semua tu, semakin mahal kamera tu bukanlah gambar semakin cantik cuma kelecehan untuk menyempurnakan gambar tu makin sikit. Sebab tu photographer professional akan memilih untuk menggunakan full frame camera sebab later diorang tak perlu nak touch up beria-ia untuk melawakan gambar. Ini berbeza kalo guna entry level punya camera. Masalah noise, masalah aberration, masalah ghosting, color lari dan lain-lain tu hanya menambahkan kerja editing je lepas tu. Dan mengedit gambar untuk jadi lawa dari sebuah kamera entry level agak jerih kecuali pakai perisian biasa, hasilnya tak seberapa.


Kembali balik kepada persoalan kamera tadi. Insan A membeli D90 iaitu sebuah prosumer atau intermediate level bagi kamera jenis Nikon. Insan B membeli D3100 sebab under bajet. Insan A meracun B, cakap rugi beli. Then diorang compare teknologi, ternyatalah D3100 akan menang kecuali pada built in motor. "Eleh D90 aku boleh pakai lens takde motor". 

Then one day mereka terjumpa dekat sebuah tempat orang menembak, si B kagum dengan lens yang dipakai A. Lantas bertanya, "eh ko pakai lens apa aaa? Nampak menarik je". "Ooo, aku pakai AF-S bla bla bla, AF-S bla bla bla, dan AF-S bla bla bla". Si B hanya senyap sebab pada pengetahuan si B, AF-S merujuk kepada serie lens Nikon yang bermotor. So apa gunanya pun beli D90 kalo last-last dalam simpanan lens semuanya lens bermotor kecuali satu lens 50mm sebab ianya paling murah, better beli entry level dan duit belen boleh beli lens yang lebih bermutu. Hasilnya akan sama jika knowledge dan teknik mereka on par. Jadi tiada istilah pakai entry level hanya untuk newbie sebab ada juga pro yang still pakai entry level camera sebab mereka sukakan kamera yang ringan dan bukan untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk.



Buat yang tak tahu, Nikon dah tak keluarkan sebarang jenis lens yang tidak bermotor. Ini kerana, satu untuk untung lebih since lens bermotor ni mahal sikit. Tetapi kebaikan lens bermotor ni bila fokus dia senyap, sangat senyap. Hari tu aku try D7000 + AFS 18-105, tau-tau je dah fokus. Sangat-sangat best pada aku. Kalo ada pun lens yang tidak bermotor itu hanyalah lens 2nd hand sahaja.  Tu pun aku rasa jarang orang nak guna dah sangat sebab dari segi bentuk dan teknologinya agak usang, yelah lens lamalah katakan. Kang pakai yang non AFS orang tak nampaklah hebatnya (buat si poyo) sebab cat gold yang tertulis pada body lens tu. Apa-apa pun pastikan beli kamera ikut kemampuan dan pendirian diri bukan kerana diracun dek orang. 

Kalo aku ikut racun orang, aku dah angkat D7000 dah haritu, tapi takde lens la (kes tak cukup bajet)  =)

7 comments:

EB said...

Aku SETUJU! tanpa sebarang bantahan..
Beli la kamera bukan untuk menunjuk..
Setakat gantung di leher tp x tau papa pasal kamera yg gantung kat leher btpa...
Mahal pn lau x tahu guna jd x guna jdnya nnti...

Nice entry i like..

hans said...

nanti kalau aku nak beli DSLR memang aku bertapa dengan ko
yups
kadang2 aku perasan ada kawan2 aku beli tapi tak pandai nak manfaatkan benda2 tu sebab apa yang diorang nak cuma ada jer DSLR
ikut trend la kononnya
haih

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Zufar said...

entry yang sanagt bagus. aku sokong kau. walaupun aku pakai eos. :)

Shukjessa said...

EB: thanx bro, point di sini, beli mane yang mampu, tak perlu terus skip ke prosumer kalo basic pun tak tahu.

hans: hahaha aku pun masih nak bertapa bawah guru nih.

Zufar: EOS aku tahu korang takde istilah motor dalam body, cume dalam Canon istilah lens murah dan lens mahal (L lens). Aku suka konsep tu, lebih mesra pengguna.

Zufar said...

a'ah..betul2, aku beli soe sbb lens murah..nk beli nikon klu nak angkat lens bnyk x mampu. so mcm yg ko cakap n pro cakap, gamabar bergantung pada skill n cr setting bkn pd grade n mahal nye dslr tuh. :)

seposeng karat said...

agreed..nice entry. sesuai bg yg baru nk pakai dslr.
nk pakai dslr biar lah ikut kemampuan bukan ikut racun kwn2. klu ikut nafsu, sape lah taknak pakai gear pro kn.ape pun, tepuk dada pastu seluk poket seluar..heheh

SyafiQ Bleszynski said...

setuju2.. ikut kemampuan diri sendiri la kan. jangan ikut hasutan kawan2. duit kita bukan duit diorang. slow2 dulu..baru la pantas2..hahaha