Followers

Tuesday, August 24, 2010

Steak oh Steak

Buat penggemar steak dan makanan western.

Nak lagi halal? Masak sendiri, konfirm halalan toyyiba

Dulu aku rasa aku dah pernah postkan pasal restoran western terkenal yang diragui status halalnya. Kini aku tampil pula dengan jawapan dari JAKIM yang pernah ditanyakan oleh insan yang ingin tahu.


Q : Adakah makanan berasaskan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?

A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk makluman , adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dalam masakan

Dan kalau ada yang mengatakan sumber yang aku ambil ini telah berlalu 5 tahun yang sudah, sila check di direktori halal JAKIM Halal JAKIM 


Sudah tiba masanya kita bantu rakan-rakan yang masih berdegil nak makan di restoran-restoran yang menjual arak ni. Sudah tiba masanya kita keluarkan masyarakat-masyarakat yang digelar Muslim dari restoran-restoran seperti ini. Seeloknya carilah kedai Melayu Islam yang kita tahu tidak meletakkan sebarang arak ke dalam masakan. Biarlah tak sedap sikit dari makan yang sedap tapi haram.

p.s: Jangan terpedaya kalau tengok pekerjanya orang melayu, dalamnya ada customer melayu, tapi jual arak. Curi barang, boleh pulangkan balik. Kalau makan benda haram, akan menjadi darah daging dan diteruskan kepada generasi seterusnya. Wallahualam...


4 comments:

cEro said...

seriously, mmg susah dah nak carik restoran halal...
kita kena bijak dlm menilai...
kalo dia jual skali dgn arak, jgn masuk..
kalo ada was-was kat sticker halal dia, jgn masuk..
kalo ada kes tak halal keluar dlm paper, jgn masuk...

yg penting, kita kena pandai pilih, bukan skadar ikut trend..

Shukjessa said...

yg kopitiam tu pun ramai yg still gi walaupun tanda halal diragui...

yg kedai steak ni aku pun keliru, sbb dulu pernah gi, tengok logo halal jakim tp tulis dekat steak tu RUM steak.

sah2 diorg nak sesatkan orang Islam skang ni...

sebar2 kan kalo ada rakan mengajak makan di sane, better makan KFC yg status halalnye mmg konfem halal

theSkycrapper said...

kalau boleh lebihkan mkn dkt rumah..masak sendiri.

Shukjessa said...

heheh dlm setahun mesti nak makan luar kan. pulak tu teringin bona nak makan steak, tu yg masalahnye.

lagi satu masalah org melayu ni zaman skang ni dah main sobat je, asal nampak ade orang melayu sikit, kire halal lah tu