Followers

Friday, August 20, 2010

Evolusi muzik

Sebut pasal muzik, mesti sumorg dengar kan? Ada yang minat pop, ada yang minat balada, ada yang minat R&B, ada yang minat rock, ada yang minat dangdut, ada yang minat punk rock dan macam-macam lagi. Pernah tak korang kenang balik dari zaman korang kenal apa itu muzik, betapa korang dah membesar dan berevolusi dari lagu tadika, lagu sekolah, lagu negaraku, lagu kanak-kanak sampai la sekarang ni macam-macam jenis genre dah keluar.

Ni aku nak cerita pengaruh muzik dalam hidup aku. Dari apa yang aku kenal sebagai muzik sampailah sekarang aku masih mendengar muzik secara lebih universal tanpa sekatan atau pemisah genre. Layan je asalkan sedap didengar dan mempunyai maksud dan kenangan tersendiri.

Lagu negaraku dan lagu sekolah sumorg tahu kan? Lagu komersial yang aku kenali dulu macam lagu-lagu raya lama, lagu P. Ramlee, lagu Sudirman dan boyband Malaysia yang terawal time tu, Exist. Time ni aku darjah 1, waktu tu layan je lagu Oh Ibu dengan Rahsia Pohon Cemara. Yang lain-lain lagu rock lama-lama macam kumpulan Mega, Iklim, Search, Wings, May dan lain-lain. 

Exist 1st album time mamat kecik lagi, berwarna warni sungguh
Sepanjang waktu aku membesar, means di alam persekolahan aku tak beli kaset sangat since duit belanja aku berapa sen sangat pun parents aku kasi, 60 sen untuk belanja pergi sekolah. Beli mee 20sen, air 20 sen, 20 sen lagi belen masuk tabung. Cukup bulan korek beli mainan (Dindang atau Tora atau Jojo) sebab aku dilarang membeli mainan macam kanak-kanak lain. Permainan aku semuanya turun temurun dari akak-akak aku. Special occasion  je baru dapat permainan baru. So nak membeli kaset yang berbelas ringgit pada masa tu lupakan je la. Dan nak-nak pula time tu dangdut tengah panas dekat Malaysia, sebab aku ingat lagi kaset Salleh Yaacob yang ada lagu Pisang Panas, dan Kopi Dangdut.

Sebabkan aku takde duit nak beli kaset, kebanyakan muzik aku dipengaruhi oleh kaset angah aku yakni boyband. Mesti korang pun pernah layan BSB kan? Aku pun layan je la sebab time tu tak banyak sangat boyband. Cuma lepas tu je la berlambak-lambak macam Nsync, Westlife, Boyzone dan lain-lain. Aku ingat lagi time aku darjah 6, aku layan lagu 'I'll never break your heart' sebab time kuiz kesihatan peringkat negeri aku ada minat sorang awek ni iaitu peserta dari Temerloh kalau tak silap. Nak-nak lak time aku naik bas sama-sama dengan dia, pakcik driver tu pasang lagu tu, so ada la kenangan haha. Kalau lagu melayu boyband siapa lagi kalau bukan KRU. 1st album aku beli Awas da Sountrack.

BSB, 1st album (Nick kurus keding lagi)


Masuk je form 1, orang kata jiwa remaja ni agak rebel. So aku dah start layan lagu heavy, boyband dah tak berapa sangat. Waktu ni nama Metallica naik balik semula sebab ada album baru nak release. 1st album Metallica aku dengar adalah Black Album, dengan lagu pertama Enter Sandman. Peh layan je dengan suara James dan petikan gitar Kirk Hammett, aku pun mula obses dengan lagenda rock ni. Hampir kesemua album aku star collect sebab time ni dah kaya sikit duit belanja dengan duit simpanan dah banyak. 


Dan aku rasa kalau jadi budak asrama lelaki, paling tidak mesti kenal siapa tu XPDC. Aku tak terkecuali walaupun aku tak dok asrama, tapi aku rajin lepak asrama sekolah aku sebab time ni ada crush dengan rakan sekelas. Since lagu-lagu XPDC ni banyak influence dari Metallica so penerimaan tu agak senang. Dalam aku dok ber metal ni, aku layan gak lagu Savage Garden sebab dalam hati ada taman haha. Tak lupa gak time aku form 1, Malaysia hangat dengan pengaruh budak-budak Skinhead dan Ska. Aku layan je sebab muzik diorang catchy, cuma aku tak botakkan kepala la. Aku jadi supporter untuk band kelas tapi tak pernah pun dapat join diorang jamming dekat studio.


Kita Peng-Yu (kawan)

A.C.A.B antara band yang aku dengar lagunya
Masuk menengah atas yakni form 4, since cinta kena rijek, hati dah keras balik, genre muzik aku lebih keras tapi keras mana pun, apa yang aku dapat dengar tu je la aku minat. Since time tu kumpulan heavy/trash/death metal tengah naik iaitu Slipknot, aku pun layan. Satu benda yang buat aku minat band ni sampai sekarang. Muzik diorang memang ganas, tapi apa yang aku suka adalah keunikan band ni yang terdiri dari 9 orang yang memakai topeng. Dan setiap ahlinya mempunyai tugas masing-masing samada memainkan muzik atau menaikkan gimik persembahan. Bayangkan 9 orang main muzik atas pentas? Dan bayangkan betapa bingitnya lagu tu bila semua perform dari drum, gitar, bass, percussion, sampling, turntables dan vokal. Oh ya, tahun ni Slipknot kehilangan sorang ahli diorang iaitu Paul Gray (bassist), siapala yang akan gantikan tempat dia?

2nd album release, 1st album aku beli
Sehinggalah aku masuk UiTM Shah Alam pada tahun 2003 untuk lanjutkan pelajaran dalam Diploma Mikrobiologi, sekali lagi haluan muzik aku berubah, tapi sebab aku ni jenis laggard sedikit. Time diploma aku baru layan SOAD walhal nama ni aku dah pernah dengar masa aku form 3 dulu. SOAD atau System of a down, buat yang tak tahu banyak menggabungkan instrument moden dan tradisional yang membuatkan diorang unik. Aku lagi suka sebab bassistnya punya janggut panjang gila!


Last sekali time Degree, time ni dah start era indie, permulaan dengan band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet, Bunkface dan lain-lain.

Cuma dari sezero knowledge pasal lagu dan genre, sebab dulu-dulu selalu gaduh ikut mazhab genre muzik apa, sekarang ni aku lebih open untuk dengar apa-apa je lagu, janji sodap sudah. Tak perlu nak kutuk atau hina band ini tak bagus la, band ni teruk la, tiru artis tu la, poyo la ape la. Sebab satu fakta yang aku tahu, aku suka dengar muzik dan aku tak reti nak cipta lagu, so dari banyak bunyi baik keluarkan hasil yang lebih bagus kan? Kalau cakap je lebih, habuk pun tarak baik senyap je la. Biar je la orang tu nak suka Siti Nurhaliza ke, nak suka Dato' M Daud Kilau ke, nak suka Tomok ke, nak suka Yuna ke, hak masing-masing. Jangan jumudkan minda dengan 'aku budak indie, budak-budak mainstream ni tah pape' or 'kitorg budak-budak shuffle ni tak geng bebudak metal ni', apa hal?

9 comments:

cEro said...

waahahaha, kebykan yg ko cerita tu aku layan gak...
tp aku bukan jenis yg beli album, aku layan sekadar ada je...
pinjam kawan, pinjam junior, tak penah pon beli...
tp aku pernah ada kaset KRU KRUjaan..
tu pon sbb ade org bg hadiah..
hahaha, nostalgik beb...

Shukjessa said...

eheh aku start beli kaset bila dah sekolah menengah, layan gak ah time tu sebab nak bli cd, nak main celah mane kan? cd player mahal lak time tuu.

kenangan memang kenangan, dengar lagu lama-lama mesti terusik jiwa haha

senandung semalam said...

aku suka S.O.A.D...
hahhahaha...
adk aku A.C.A.B....
semue layan...

theSkycrapper said...

music..=)..

Shukjessa said...

senandung: haha layan SOAD gak? ganas2...

skycrapper: haha muzik aku dengar tabley lawan muzik ko dengar bro. ko lagi dasyat =)

Cik N said...

Aku minat 4U2C n KRU..wahahaaa :p

Shukjessa said...

4u2c hehe ye lah, kalo tak mane dtgnye AC mizal tu.

rata-rata kita membesar dengan lagu KRU, sejak diorg rap sampai lah dah ade studio sendiri

hans said...

m.daud kilau tak ada dalam list ker?
ekekke

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

Shukjessa said...

hahahaha, ade je tp bukan peminat la nak beli kaset or cd. setakat dengor lagu 'senyumlah, senyumlah ahaiii cik mek molekk~~' boleh la