Followers

Friday, August 13, 2010

melayu tipikal

Melayu tipikal...
kalau ubahsuai keretanya, orang tahu ianya melayu, sebab? sebab hupgradenye sikit-sikit dan entah apa-apa style yang pelik-pelik. Ada yang jenis nak tukarkan kereta buatan malaysia ke buatan jepun or europe 100% tapi specs ikut sendiri-sendiri punya kepala.
Melayu tipikal...
sebut soal kawen, hantaran mesti tak boleh kurang dari RM8000. Alasan? Bukan sebab pasal kos sebenarnya, tapi lebih kepada malu kalau duit hantaran sikit sangat. Padahal anak gadisnya tu, masak, mengemas rumah pun tak reti, nak minta RM15000.
Melayu tipikal
pantang nampak orang senang sikit, mula la nak pergi santau la, membomohla, hantar jin la, buat fitnah itu ini, mengumpat toksah cerita la. Pantang berjumpa petang-petang, dah mengalahkan berita perdana pukul 8 tu.
Melayu tipikal
kalau kawen, mesti kena jemput dengan kad. Takde kad, tak nak datang walau jemput by mulut je. Mengalahkan menteri punya songel.
Melayu tipikal
masih mengikut telunjuk orang walau tahu diperbodohkan dan tidak mahu memperjuangkan kebenaran, sebab? Sebab takut periuk nasi terjejas. So jadi bodoh pun jadilah, ikut je rentak walaupun nampak benda tak betul depan mata.
Melayu tipikal
nak anak-anak berjaya jadi doktor, engineer, lawyer, dan pelbagai kerjaya profesional. Terselit pula sorang anak kerjanya hanya pomen kereta, atendance hospital, buruh kasar, petani dan lain-lain, memilih kasih walaupun si profesional tu perangai macam gampang, tetap sayang sebab nama still harum, yang busuk tetap si orang bawahan walau perangai sejuk perut mak lahirkan.
Melayu tipikal
kalau kenduri tak ajak, kecik hati mula la heboh satu kampung. Kadang-kadang orang tu kenduri kecil-kecil je, tak cukup bajet ke hape ke, takkan nak ajak satu kampung or taman perumahan, akai ada???
Melayu tipikal
kalau sebut pasal hak istimewa, bukan main siap menjerit-jerit bergaduh. Tapi bila timbul isu semasa melibatkan bangsa sendiri, buat-buat bodoh je, asal tak menjerit lak?
Melayu tipikal
cakapnya lantang, kuat macam speaker orang kawen, tapi semuanya kosong. Cakap macam kuat, tak gentar tapi bila suruh buat macam pengecut lari awal-awal.
Melayu tipikal
marahkan anak-anak perangai macam gampang, sedangkan diri sendiri perangai macam setan, baru kena tegur dah marah balik.
Melayu tipikal
hanya isu-isu sensitif je mereka bersatu beramai-ramai, tapi time solat fardhu semuanya hancus, nampak sangat tak bersatu, dah ada orang jadi imam, still nak solat sorang-sorang.
Melayu tipikal
bila berjanji susah nak tepati, terutama waktu. Kalau tak takkan wujud istilah janji melayu kan?
Melayu tipikal
semua yang bertudung itu baik, semua yang tak bertudung itu jahat. Baik jahat bukan based on tudung. Tak guna pakai tudung kalau tak faham erti tudung. Tapi sampai bila masih nak tunggu hidayah (pakai tudung) datang jika tidak mencari.
Melayu tipikal
kalau kawen, mesti ada anak. Kalau takde anak, kawen lain sampai ada anak sendiri. Anak angkat adalah perkara yang memalukan. Salah ke ambil anak angkat?
Melayu tipikal
 biar mati anak, jangan mati adat. Adakah semua adat itu mengikut lunas-lunas Islam pun?
Melayu tipikal
hormat yang tua walaupun perangainya macam sial. Hormat tu hormat juga tapi kalau dipijak kepalanya, untuk apa?
Melayu tipikal
anak-anak tidak boleh melawan kata-kata ibu bapanya. Tak semuanya melawan, kalau si anak nak explain pun dikatakan melawan, adakah itu perbincangan yang elok? Kalau si anak buat hal sebab geram parents tak nak faham keadaan mereka, nak salahkan siapa?
Melayu tipikal
kawen mesti grand, mesti ada pelamin, mesti ada kompang, mesti ada bunga telur, mesti ada goodie bags walaupun duit menjerut leher.

Nak bakar ikan? Sila lihat resepi di bawah... 

2 comments:

Suicidal Angel said...

: KAN!!!!!!!

Shukjessa said...

hahaha tak buleh buek apo, udoh namenye melayu, bukan Islam