Followers

Thursday, August 5, 2010

Review: The Last Air Bender 3D

Berdasarkan waktu dan harga tiket yang aku tengok dekat GSC punya site semalam, aku dah ready dekat IOI Mall Puchong pukul 11. Ingatkan dah buka, belum lagi. So aku pergi main game la dulu, walaupun kalah teruk tapi sakit juga la tangan haha.


Aku buat keputusan untuk tengok yang versi 3D since last time aku tengok 3D yang time tv3 buat dulu. Lebih kurang pukul 12 aku masuk ke dalam naik escalator punya la tinggi sebab cinemanya dekat wing baru. Dapat spek 3D, aku dok belek-belek sebab aku sangkakan spek kertas macam tv3 buat dulu rupanya betul-betul spek. Aih haru ni, dah la aku bermata empat, tambah lak lagi satu spek jadi mata 6. Agak tidak selesa sebab spek mata aku sendiri dah berbingkai lebar tambah lak spek 3D.

Spek 3D, tak selesa untuk mata empat macam aku
Tapi aku memang puji la spek tu memang 3D habis. Tengok trailer cerita pasal burung parrot in 3D, fulawei terasa benda tu keluar dari screen. Lepas tu individu lak diasingkan mengikut layer nampak la perbezaan.

Ok berbalik kepada review filem ni.

Filem ni kalau nak diikutkan memang ikut macam dalam versi kartunnya. Saling tak tumpah, mungkin adalah sedikit perbezaan dari segi rupa sesetengah watak tapi pada aku ok la. Jalan ceritanya agak similar cuma ada la sedikit yang berbeza di mana ianya dipendekkan dan ada yang diwujudkan. Dari segi graphic CGI nya memang menjadi, memang hebat tambahan pula aku tengok yang versi 3D. Satu benda yang aku perasan, kalau kita tengok filem yang bukan 3D, ianya akan dipaparkan pada SD atau standard definition yang mana akan ada garis la, gambar tak berapa lawa la. Tetapi bila aku yang 3D nya, aku perasan gambarnya sangat sharp seperti tengok trailer dekat Youtube versi HD atau high definition. So untuk kepuasan maksimum sila tonton yang versi 3D, sebab aku tengok tadi pun kena RM16 je, RM11 tiket + RM5 spek.

Kekuatan filem ni pada aku adalah dari segi graphic dan juga peminat setia kartunnya. Nak kata lakonan hebat, pada aku biasa je la since yang banyak berlakon adalah dari kalangan kanak-kanak dan remaja je. Kelemahan filem ni adalah beberapa yang sempat aku perasan, iaitu dari segi etnik kaum. Masyarakat kaum api, lebih menonjol dengan imej seperti india atau orang arab walhal satu kesilapannya adalah nama-nama watak panglima kaum api adalah nama cina seperti Zhao. Sebaliknya ditonjolkan masyarakat kaum bumi (earth) yang menyerupai cina. Yang paling pelik sepatutnya kaum air (water) yang menyerupai kaum red indian (kalau ikut versi kartun) tapi Sokka dan adiknya dah nampak sangat orang Caucasian. 

Paling tak ble blah, Sokka dengan Zuko
Lagi satu tentang sebutan nama Aang itu sendiri. Yang ni memang dah jelas dalam versi kartunnya berbunyi (Eng) dan bukan (Ang) di mana versi kartun itu adalah versi English American. 

Lain-lain ok cuma jalan cerita agak slow, seriusly aku banyak tertidur dari tengok cerita ni. Yang paling tak boleh blah, prince Zuko is hero slumdog millionaire? Buat muka cacat Zuko pun tak berapa nampak sangat sebab berlawan dengan ayahandanya iaitu Lord Ozai (see nama-nama takde gaya pun nama India or Arab).

Cuma satu yang best or tak best, filem ni ada sambungannya, maybe dia ikut versi kartun iaitu by chapter skrol yang Aang kena belajar mahirkan. Aku bagi 3.5 bintang je la okey.

Untuk info lebih lanjut boleh lawat SINI!!!

Step up 3D akan melompat di Malaysia pada 26hb Ogos, manakala RE; Afterlife pada 9 September 2010. Nak tengok Step Up 3D hualaweiii~!!

5 comments:

Ch@ Ch@ said...

aku baru tengok semalam..
aku xtau ape motif gune pelakon dari india ramai2 jadi puak api..
rasa mcm xde feel tgk..

aku cuma pujuk hati kate "ok puak api..panas..jadi kulit sume 'tanned' sket"

hans said...

dah tgok tapi tak bestlah bagi aku

P/S : Kadang - Kadang Perlu Ada Pertimbangan Dalam Merencana Percaturan Hidup

Shukjessa said...

sha: kalo ikut logik namanya mmg tak logik pun, name panglima zhao tp india?

hans: ok la bagi aku, cume lakonan diorg biase je, yg hebat lebih kepada graphic semata-mata je

Whoda said...

ouh xbest ker? baru excited nk tgk..hee~

Shukjessa said...

ok je, sila baca btol2 review ye, apa yg kureng apa yang tak.

ni atas penonton sendiri. tidak dinafikan ada yang sedikit mengganggu. tapi ada kekuatannya sendiri seperti graphic dan jalan cerita (untuk yang tak pernah tengok kartunnya la)

utk kepuasan, sila tonton yang 3D, rating sure akan naik =)