Followers

Thursday, August 26, 2010

Review: Step Up 3D

Swwweeetttt~!!


Haha, hari ni aku pergi tengok Step Up 3 (3D) dekat One Utama since GSC yang paling dekat dan paling awal tayang movie ni iaitu pukul 11.40am.

Harga tiket macam biasa lah RM17 (12+5) tapi memang puas hati wooo. Sebab apa aku kata puas hati? Sebabnya malam tadi aku tidur 4 jam je (kes layan PSP) tapi berjaya tak tidur macam time aku tengok Airbender itu hari.

Moose (paling kanan) dengan pasangannya (budak kcik dlm Spanglish tu)

Ok, cut the crap. Meh aku cerita apa yang menarik dalam filem ni. Buat yang tak pernah tengok Step Up 2, akan sedikit blur dengan watak, tapi takpe sebab yang kekalnya sorang je pun, iaitu Moose a.k.a Michael Jackson (dia terer tarian ala MJ). Muke dia iras-iras Sandra Bullock tapi dia ni seorang mamat bukan seorang babe. Buat yang pernah tengok cerita Spanglish (Adam Sandler), kan ada watak budak Spanish yg cute tu? Haa dalam filem ni dia ada sekali menari, tapi tak secute zaman dia budak-budak dulu.

Si kembar becok, duo yang sangat laju menari

Grafiti guru (kiri)
Oklah, dari segi pelakon, macam biasa hero akan sentiasa hensem dan tough. Heroin pun tak kurangnye dgn body meow meoww~~. Penari-penari lain antaranya si kembar becok, gadis si rambut merah, grafiti guru, trio gila, abang botak robot dan lain-lain. Sila cari.

Tarian toksah cakap la, memang superb. Gila-gila punya tarian, tak terjangkau dek akal pun. Lebih-lebih bila letak dalam suasana 3D. Muzik pun boleh layan, terasa nak menari je bila tengok filem ni.

Apa yang slack sikit tentang filem ni dari segi jalan cerita. Jalan ceritanya agak biasa. Cuma dibahagikan kepada beberapa masalah seperti kehilangan Vault, heroin tertipu, problem antara cita-cita kita dan cita-cita ibubapa serta problem best friends. Tapi biasa-biasa pun, bila muzik bergema, segala-galanya berubah.

Moose menari ala-ala MJ time paip bocor, superb!

Aku syorkan tengok 3D, serius jauh lebih terang jauh lebih terangkat. Lebih-lebih scene titisan slurpee, battle round 2 masa main air, final battle masa pakai baju LED dengan laser peh memang superb. Bunyi pun sedap je, so takkan rasa rugila bayar rm17 pun.

Cuma aku lebih harap yang battle tu lebih banyak, sbb dalam ni battle ada la 4-5 je yang ada, cuma durasi setiap battle tu lama la.

Abang botak robot (kanan) cool gila menari ala robot

Tarian paling aku suka of coz tarian si abang botak buat robot. Gila ah, macamna dia buat aku pun tak tahu la. Oh ya, masa diorang bersatu balik semula, mereka akan bertemu kembali dengan krew Moose yang lama (dalam filem Step Up 2 dulu) yang juga gila-gila dan pakar menari. Hahaha, serius rugi tak tengok, overall aku bagi 5/5 untuk 3D punya.

2 comments:

hans said...

aku memang bercadang nak tgok step up 3D nih minggu nih
insyaallah kalau sempat

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

Shukjessa said...

sila, sila bro. pastikan yang 3D utk kepuasan maksimum.

3D= full HD, digital, music surround pun digital, mau apa lagi?

RE after life: 3D yang lagi superb, pengasingan antara main character dgn character lain yang tampak timbul dan lebih hidup or nyata.