Followers

Monday, August 9, 2010

Masihkah kau ingat



Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu kita diajar erti bersopan di hadapan orang lebih tua. Apabila berjalan di hadapan atau di belakang mereka, kita membongkokkan badan sambil berkata "saya tumpang lalu ye", namun kini sudah tiada lagi anak-anak muda berbuat demikian.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu pabila aiskrim padde pop masih 50sen, mamee 10sen, twisties 30sen dan dindang masih lagi 20sen. Ianya sangat heaven untuk budak-budak yang lahir tahun 80-90an. Namun semuanya dah naik harga, dan kenangan hanya tinggal kenangan.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu, hari raya aidilfitri amat bermakna, kerana selain minta maaf, makan lemang dan ketupat, makan kuih raya, pergi beraya, dapat juga duit raya walaupun 50sen. Sekarang, raya dah takde makna sangat. 1st hari raya pun orang dah sibuk nak tengok wayang, lemang dan ketupat all the year jual, biskut raya dah jual walau belum puasa pun lagi dan duit raya 50sen dah tak laku.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu, pelajar takutkan dan hormati guru-guru di sekolah. Jarang sangat dengar pelajar nak pukul guru, paling hebat pun pancitkan tayar kereta je. Sekarang, jumpa guru dah tak hormat, biadap, lepas tu sekarang ni boleh pula trend nak pukul guru sendiri, apa lah nak jadi bebudak sekarang ni.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu, apabila keluar bermain-main dan pulang lewat selepas maghrib, yang menanti adalah sebatan di kaki. Tapi budak-budak sekarang balik tengah malam pun mak bapak buat tak kisah je.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu di mana mercun masih lagi bukan bahan terlarang. Pada saat malam raya, dentaman bunyi mercun saling sahut menyahut menandakan esok hari raya. Ianya dimainkan bersama-sama dengan family yang juga sibuk menyiapkan memasak lemang, ketupat dan rendang. 
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu apabila tok mudim masih lagi digunakan khidmatnya secara meluas untuk majlis berkhatan bebudak yang nak akhil baligh. Sekarang, banyak guna khidmat hospital dengan klinik je. Dah tiada lagi istilah tok mudim nak potong anu.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu, saat permainan tradisi dimainkan ketika petang hari dan hari-hari yang tidak bersekolah seperti ting-ting, konda-kondi, galah panjang, gasing, nyuruk-nyuruk, polis sentri, dan lain-lain. Sekarang ni hanya tinggal beberapa sahaja yang dimainkan, tu pun kalau mereka masih mengenalinya.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu di pedalaman kampung-kampung yang masih tidak menerima elektrik dan air paip, di mana orang-orangnya masih menggunakan lampu gasolin, pelita dan lilin serta mengambil air sungai atau menggali perigi dan mereka masih bersyukur dengannya. Namun kini tanpa elektrik seketika pun, ramai yang dah mengeluh tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
Masihkah kau ingat...
suatu ketika dahulu apabila kita ingin makan fastfood seperti KFC atau McD, perlu kumpul duit belanja harian dan jarang dapat makan. Kalau ada yang nak belanja seketul ayam pun dah terasa nikmatnya hidup. Tapi sekarang, ramai yang suka membazir almaklumla duit dah banyak, beli dinner plate tapi makan seketul lepas tu tak habis tinggal je. Rezeki tu tak baik membazir.

3 comments:

Ch@ Ch@ said...

setuju 100%...

hentakbelipat said...

aku masih ingat beb...waktu ketika dulu mase raye..habis semua rumah2 melayu aku bantai pegi beraye..nak kumpul duit punya pasal

Shukjessa said...

tu ah, aku pun dulu camtu, makan kerepek dengan sirap, pastu minta duit raye. hohoho kenangan waaarghh~!