Followers

Saturday, August 21, 2010

Celoteh sabtu

Oklah untuk kali ni sekali lagi aku nak cerita banyak benda dalam satu posting je. So diharapkan korang rajin la nak baca celoteh aku ni.

First sekali aku nak kongsi resepi buat mereka-mereka yang suka makan sambal kicap jawa terutama kalau makan sup atau soto. Resepi sambal ni adalah warisan arwah abah aku sendiri. Simple je, dah tahu nanti mesti kata "laaa tu je ke?".

Sambal kicap jawa

Bahan-bahan

Cili api (ikut kepedasan sendiri)
5-6 biji Bawang putih
1-2 sudu besar gula
1-2 sudu teh garam
Kicap manis (aku prefer cap kipas udang)

Cara-cara
1. Tumbuk je semuanya sampai lumat. Nak pedas letak banyak cili. Nak manis letak banyak gula. 
2. Bubuh kicap. Time bubuh ni korang agak-agak la nak makan berapa ramai, kalo sorang buh sikit pun takpe, tapi boleh tambah sukatan gula (kicap manis name je manis tapi tersembunyi rasa masinnya, so garam jangan letak banyak sangat).
3. Siap dimakan. Boleh makan dengan tempe goreng, tahu goreng, ikan goreng, bubuh atas kuey teow, mee hun pun boleh.

Ok dari resepi kita beralih arah ke evolusi music player.

Sumber; Google

Pernah tengok benda alah di atas ni? Ya, ianya adalah sebuah pemain piring hitam. Kalau korang tanya ayah korang mesti diorang pernah tahu atau pernah memiliki sebuah alat macam ni. Arwah abah aku dulu ada simpan since dia sekali dengan radio. Siap dengan speaker kayu lagi. Tapi semua benda tu dah takde (pemainnya dah rosak, speakernya dah kena makan anai-anai).

sumber; google

Ni kalau tak kenal, sila gelakkan diri anda selama-lamanya. Radio zaman bila tak tahu la, tapi dekat rumah atok aku dulu ada la radio lebih kurang macam ni, casing dia besi, speaker gedabak besar, banyak tombol pusing-pusing dan boleh main kaset. Selalu kita boleh tengok benda alah ni pada zaman 70-80an time diorang suka bawak atas bahu (gila berat siol), tapi tu la trend zaman tu.



Yang ni radio kaset yang agak moden dan dikecilkan khas untuk surirumah yang tengah buat kerja, or orang yang kerja tapi tak boleh tengok tv. Design ni ada balik pada zaman sekarang walaupun ianya dah classic design.



Yang ni dah out of category pun since ni radio cd player. kaset dah tak main dah. Ni yang termoden setakat ni la yang aku tahu untuk kategori ni.

Jom kita tengok kategori mobile punya.



Siapa yang masih ada benda alah ni? Ni generasi terdahulu punya walkman. Time ni walkman sangat la mahal, ratus-ratus gak la ikut brand, kalau sony lagi lah.


Yang ni walkman versi baru sikit. Time ni dah mass production, so harga tengah jatuh dan body pun dah digantikan dengan bahan yang murah seperti plastik. Aku masih ingat 1st walkman aku dapat dari akak aku, memang pulun habis-habisan. 24/7 sumbat earphone je.


Bila walkman dah mencapai tahap kegemilangannya, disc player atau lebih femes dikenali sebagai discman pun mengambil tempatnya. Tapi disebabkan CD ori yang mahal nak mampus (kecuali lagu-lagu band malaysia) dan belum popularnya lagi CD pirate, membuatkan discman ni hanya dibeli oleh orang-orang yang mampu.

Then kita dikejutkan dengan sesuatu yang lagi baru dan moden. Dengar muzik tanpa CD atau kaset. Hoh? Guano tu? Melalui files MP3. Dan terhasilnya MP3 player.


MP3 player pertama aku dari jenama Creative Muvo 512MB je. Time tu pun dekat RM300 burn. Time ni memang heaven la sebab tak perlu beli CD atau kaset dah, just download je dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Sekarang MP3 player dah sangat murah untuk kapasiti yang tinggi.

Dalam masa yang sama, pengeluar handphone lebih-lebih lagi SE yang memang trademarknya Walkman mengeluarkan handphone-handphone walkman series yang ada mp3 player. Handphone aku yang paling latest sampai sekarang, SE W810i putih.


Sekarang ni muzik dah macam-macam device atau gadget ada mp3 player, salah satu daripadanya PSP itu sendiri. So kita boleh lihat bagaimana music player ni berkembang pesat sampaikan dari sebesar-besar gajah akhirnya dikecilkan dan dicomelkan seperti seekor lady bird je. Aneka jenis dan design, tepuk dada tanya wallet haha.


4 comments:

senandung semalam said...

mp3 aku da ilang...
malas beli baru...
hahaahaha...
gne fon je la

Shukjessa said...

mp3 player aku tah mane2 tah. earphone tak best. susah nak main.

last2 stick dgn hp SE aku je, ade megabass lagi hahaha

cEro said...

aku ttap dgn nokia xpress music aku...
hehehe

Shukjessa said...

same la, aku still dgn SE aku tu. orang lain dah btukar ganti sampai ke blackberry lah, iphone lah.

prinsip aku senang je, beli mesti tahu guna sampai hancur. kalo beli takat nak show off, nampak sangat poyo. tp ye la duit masing2, apo nak dikato?