Followers

Tuesday, March 1, 2011

Review: The Mechanic

The Mechanic,


Aku tak rasa ramai yang pergi tengok filem ni. Sebab kehadiran filem-filem lain yang dikatakan hebat cukup menenggelamkan filem aksi pembunuh upahan ini.


Tapi itulah aku, mencari kelainan. Walau orang dok sebut-sebut filem I am number 4 dan filem lain, aku tetap nak tengok jugak filem ni. Satu je sebab, Jason Statham. 

Jangan salah paham, aku bukan gay, dan aku tidak berminat apa-apa mengenai mamat ni kecuali, martial artsnya, cara dia bawa kereta dan juga stuntnya. Boleh dikatakan hampir semua aksi itu dibuat sendiri. Sejak dari kes tertengok Transporter 2 (nama lame giler) terus aku ternanti-nantikan filem mamat ni. Sebab kita biasa disajikan dengan tipikal hero mesti muka hensem dengan rambut yang macho, tapi muka mamat ni ok lar dengan rambut ala-ala menteri-menteri.

Cuma untuk filem kali ni, agak menghampakan pada aku sebab kurang aksi-aksi seganas filem Transporter. Tapi masih lagi mengekalkan sifat cool dia yang sukakan smart dan ketelitian dalam membunuh. Sempat gak la aku tertidur dalam beberapa part sebab banyak sangat bermain dengan cakap-cakap dan mood gelap. Tambah lak 15 minit terakhir tu ada mamat bangang mane tah kacau aku punya konsentrasi. Boleh lak tiba-tiba nak duduk depan aku padahal seat kosong punya la banyak. Nak duduk tu aku tak kisah, ni nak henyak-henyak lak konon nak selesa sedangkan kaki aku betul-betul tengah tekan kusyen tu (sebelum takde orang duduk, so aku tekan ler). Dia lak wat camtu, mujor aku tak lututkan je kepala hotak dia tu. Kalo tak mau kepala dia aku tuil dengan kaki aku yang berbandage tadi.

Overall filem ni aku bagi 3/5 je la. Jalan cerita tak berapa menarik sangat. Ada beberapa part yang aku sendiri tak paham. Tapi tengok je la sebab mamat tu berlakon. 


Oh ye, nanti filem Fast Five nak keluar, tak tahu la bila. Fast five, filem ke 5 untuk Fast and Furious. Kali ni dia kumpul balik pelakon-pelakon dari 2 fast 2 furious dan polisnya lak? Dwayne The Rock Johnson. Hahaha mesti kaw-kaw punya lah.

Akhir kata, bulan March dah bermula, filem bulan ni pun banyak yang best. Huuuuuuuuuuu mana yang tak sempat, alamatnya ke kedai lanun je la kan. Tipikal rakyat malaysia heh!


5 comments:

nurulcarieyah said...

aku pun suka action movies...but for me cerita ni x bagi aku kepuasan menonton...plot lambat + action x banyak... :(

NA. said...

the rock sebagai policeman ? smart ! :)

Fendi said...

memang betul bro
the mechanic x sehebat transporter
Transporter byk aksi untuk kete
Mechanic ni jalan cite die ok
tapi aksi x byk.

The rock sebagai polis ke?
kena tengok ni

cEro said...

aku macam kurang memahami org yg suka tunggu keluar pirate laa ape sume...
harga tiket kdg2 tu same je dgn cd pirate, tp nk gak yg pirate...

aku tertunggu2 Hikayat Merong Mahawangsa.
tak sabar gile..

Shukjessa said...

nurul: yap, jalan cerita pon agak tipikal.

amie: smart? hahaha tengok trailer pon, the rock sgt ganas.

fendi: hehe tapi yg aku respek ah, mamat Statham ni former driver, so memang hebatla kan bawak kete, fresh dari ladang aksi-aksi. Kuikuikui semua tunggu the rock jadi polis =)

cero: biase la bro, tipikal malaysian begitulah. aku pon kadang-kadang same je, tapi tu pon selepas 1-2 bulan filem berlalu la. takde la time tengah tayang sibuk cari yang pirate. nampak sangat ler desperate nye.

Merong, Rango, uih listnyer bertimbun lah untuk March, kopak ah duit =)