Followers

Tuesday, March 8, 2011

Aku si budak besi Part 2

... Hari pertama... (Isnin)

Pukul 5 pagi, siren telah dibunyikan. Pembesar suara blok telah berbunyi. Hari pertama yang celaka telah bermula. Aku rasa sempat tidur 3-4 jam je sebab malam tadi merupakan permulaan penderaan MMS atau Minggu Mesra Siswa. Mesra? Hanya nama saje la kot.

Malam tadi selepas solat maghrib dan makan malam, kami dah diarahkan untuk berkumpul di dewan makan untuk sesi suai kenal bersama AJK kolej, MPP, dan juga Biro-biro MMS. Kalau dulu aku dekat sekolah mungkin aku yang paling besar sizenye, tapi dekat Perindu ni aku rasa badan aku kecik sangat. Gila, ini baru betul realiti dunia luar. Selama hari ni dok dalam satu negeri, cakap pun sesama budak daerah je, kali ni orangnya dari satu Malaysia, lain cara percakapan, style dan gaya.

Habis perjumpaan, kami semua dikerahkan bersolat Isya` berjemaah. Bayangkan dengan student yang gila ramai dan surau yang kecik. Nak tak nak, kena 2 turn jugak le. Dah siap solat, bukan masa untuk baring-baring atas katil. Kami diarahkan balik ke bilik untuk mengambil kertas penting untuk malam ni punya program. Latihan menyanyikan lagu UiTM dengan betul. Dan kertas tu ibarat nyawa kami, jangan hilangkan unless dah hafal.

Tapi bila dah sampai dekat dataran perhimpunan tu, lain cerita pulak dah.

"Ok sebelum kita startkan program malam ni, aku ada dengar dari biro-biro kata ada ternampak sesetengah dari korang ni merokok dalam kawasan kolej. So sebelum kami jumpa barang-barang terlarang ni, lebih baik korang pergi ambil. Kalau kami jumpa, lagi teruk korang kena".

Aku buat tak kesah je la sebab aku tak merokok. Tapi bila dia announce gunting, pisau semua jadah tu, ah sudah kena jugak lah berlari ke blok 4 ambil gunting dengan pisau cukur aku bawak sekali tu. Dah la bagi masa 2 minit je, macam nak gila la berlari kejar waktu. Dalam 2 minit je, kotak yang diorang sediakan tu penuh dengan segala barang, rokok, lighter, gunting, pisau dan macam-macam lagi.

Mikrofon bertukar tangan, kali ni bersama dengan MPP. Bahasa lebih mesra dan lebih bernada profesional. Memperkenalkan diri masing-masing dan agenda diteruskan dengan bercerita serba sedikit pasal UiTM dan etika pelajar. Selesai sesi ceramah, agenda penderaan kami diteruskan. Lagu UiTM mula berkumandang. Masing-masing diminta berlatih menyanyikan lagu UiTM dengan sepenuh perasaan. Latihan berhenti selepas pukul 12 tengah malam. Gila penat, kalau hari-hari macam ni boleh kurus aku. Balik bilik, tidur!

"Cepat! Cepat! Semua dikehendaki solat subuh berjemaah".

Dalam surau, dah macam-macam gaya bebudak ni solat. Maklumler, dulu-dulu mana kena bangun pepagi buta lagi nak kena solat subuh. Aku takdelah terkejut sangat sebab time sekolah dulu pon memang rutin pagi aku bangun pukul 6. Siap solat subuh, kuliah Subuh lak bermula, time ni la masing-masing tekun mendengar sampai ada yang terhantuk kepala ke lantai kes terlalu kusyuk mendengar ceramah.

Hari ni hari pertama kami mendaftarkan diri ke Dewan Seri Budiman. Dari penghuni blok kami diasingkan mengikut fakulti. Kali ni aku sorang-sorang lagi, takde kawan nak diajak berborak. Aku lihat sekeliling ramai gak yang dapat satu fakulti dari sekolah yang sama. Agak beruntung la, sebab senang nak gerak. Cuma takdir dan nasib aku sepanjang aku melangkah ke tempat baru, pasti sorang-sorang. Tapi tak kisahlah, sebab dah biasa dari dulu, aku ikut je.

Kalau nak ikutkan perjalanan ke DSB bukanlah jauh sangat, cuma dah nama pun 6 hari yang celaka, so memang celakalah kami kena dera dek Biro-biro MMS. Ada jalan dekat disuruhnya ikut jalan jauh. Ditunjukkannya kami jalan yang paling banyak guna tangga, peh! Time ni kalau nak dibandingkan dengan tangga Batu Caves, silap haribulan aku rasa tangga UiTM ni lagi mencabar bilangannya.

Dengan cuaca yang panas, kena pakai kemeja bertali leher lak tu, aku ingatkan dapatlah settlekan pendaftaran hari ni. Rimas aku nak bawak file ke hulu ke hilir dah dengan filem X ray tu. Sekali tak boleh daftar lagi sebab ada sesetengah pelajar yang masih belum settle bayar yuran, tak buka akaun bank lagi, rambut tak potong, tie tak pakai bla bla bla. Aduh, seksa je la kena jemur tengah panas hari tu. Last-last balik kosong je tengahari. Perut lapar, tekak dah kering, tambah lak aku jenis kuat berpeluh, kapasiti air aku sangatlah tinggi. Rasa nak telan air paip pun jadilah. 

Masuk dewan makan pun kena smart, mesti berkasut dan paling penting baju kena tuck in. Satu benda yang aku tak suka sejak dari zaman sekolah lagi. Ditambah lagi dengan student yang ramai menggila, beratur punya la panjang semata-mata nak lunch aje. Bila dah ambil nasi, tengok lauk... aku dah dapat agak, penderitaan 6 hari tu bakal berpanjangan ke satu semester. Serius aku boleh kurus duduk sini. Tapi bila perut dah lapar, lauk yang macam ****** pun telah je la. Benda paling aku target, air!!

Belum pun habis makan, speaker berbunyi lagi
"Kepada yang dah siap makan, sila bersiap sedia untuk solat zohor berjemaah"

Selesai solat, kami dibenarkan berehat seketika sebelum dipanggil semula untuk sesi ceramah perihal kolej. Belum sempat nak rehat, waktu Asar dah masuk. Macam biasa solat jemaah satu kemestian. Cuma kali ni kami diminta berpakaian riadah terus. Habis solat je terus ke dataran perhimpunan. Sedikit arahan diberikan yang mengatakan bahawa petang tu akan ada sesi jalan-jalan round UiTM. Sedikit seronok sebab nak gak tahu selok belok UiTM. Tapi... gembira sekejap je, sebab lepas tu baru aku tahu azabnya berjalan kaki dekat UiTM ni lebih-lebih lagi kalau betul-betul round satu UiTM. Dan tekak aku mula terasa hausnya! 

Damn!!

No comments: