Cinta korang kepada pasangan korang adakah kerana Allah atau nafsu?
Sebab banyak yang aku lihat, kemungkinan lebih kepada nafsu semata-mata.
Awek sikit punya manis bertudung, tapi boyfriend? Shorts dah memang wajib. Setiap kali dating, tak pernah nak ajak or ingatkan solat. Kalau solat jumaat tu selamba je taram. Pegang tangan, peluk-peluk dan segala macam cerita-ceriti (perihal dalam kelambu) pun dah biasa.
Masalahnya, kenapa ye si awek ni tadi masih bersama? Kalau betul cinta kerana Allah, boyfriend yang tak pernah nak ajak gi solat or paling tidak "Dah masuk waktu ni, jom solat" akan kena rijek awal-awal lagi. Lebih-lebih kalau dating hari jumaat. Tak ke perasan waktu tu lelaki lain sibuk nak ke masjid, tapi boyfriend sibuk usung ke sana ke mari dalam shopping complex. Tu belum yang melepak dalam kedai makan buat selambak babun je.
Kalau betul cinta kerana Allah, kenapa kamu (lelaki) memilih awek yang free hair? Maaf cakap, bukan nak hina free hair, tapi kalau betul cinta itu dari Allah, patutnya memilih dari kalangan yang tahu menutup aurat. Bukankah rambut, leher dan sebahagian dari muka itu aurat? Kenapa masih mahu memilih awek yang fesyennya jenis tak cukup kain atau jenis mencuri pakaian adik-adik mereka (ketat).
Kenapa memilih sang gadis yang tak nak mengingatkan kita perihal agama? Yang bukan kaki seronok semata-mata tapi tahu apa itu Islam bukan sekadar agama dalam IC aje. Yang lagi pelik, masih menerima sang gadis yang merokok?
Dan kalau betul cinta kerana Allah atau cinta suci, kenapa tidak menegur dan menasihati pasangan itu? Kenapa membiarkan mereka dan kita mendapat saham dosanya?
Dan kalau cinta itu kerana Allah dan suci, ia terbitnya dari iman dan nur seseorang itu, bukan dari mata ke hati. Sebab apa yang mata lihat dalam dunia yang sekarang ni lebih banyak maksiat dan dosa semata-mata. Lantas dari mata itu turunnya ke hati menerbitkan pula nafsu serakah.
Usah sombong dengan mengatakan itu hak kamu untuk menjadi apa, sedangkan adakah kamu mengerti siapa kamu di hadapan Allah? Apa hak kamu untuk melantangkan suara tanpa memenuhi amanat dan suruhanNya. Dan mungkin kamu merasakan tidak mengapa sebab dosa sendiri tanggung. Usah bebankan orang lain dengan dosa yang kamu lakukan.
2 comments:
terbaik der.. bagus!!! =D
yap..sgt setuju..
Post a Comment