Followers

Tuesday, March 8, 2011

Kamera oh kamera Part 13 (Ngomelan)


Agak bosan bila orang tanya pendapat antara pisang A dengan pisang B, mana lagi ok? Tetiba ada insan lain yang jawap, Limau A. Adakah persoalan terjawap? Tak! Adakah ianya membantu? Tak! Adakah ianya akan menyelesaikan dilema si tukang tanya? Tak! Kita hanya membuatkan ianya jadi lebih teruk.

Tapi itulah politik dunia fotografi. Bila orang tanya pasal entry level, adalah insan-insan yang cukup kuat meracun supaya beli prosumer level (intermediate level). Kenapa yeh? Teruk sangat ke kualiti entry level ni? Adakah semua gambar-gambar dari kamera entry level tak layak untuk dipertontonkan kepada orang ramai? Sila betulkan mentaliti. Yang mahal itu ilmu bukan alatannya. Mahal alatan tanpa ilmu ianya ibarat membakar duit secara rela.

Bagaimana pula dengan perihal "oh saya tak mampu beli DSLR, hanya sebuah kompak biasa saja". DSLR dan kompak hanyalah alatan. Di tangan seorang pakar, hatta kamera handphone pon boleh jadi suatu seni dan gambar yang menarik. Kenapa? Ilmu dan pengalaman yang membezakan. Disebabkan itu, jangan rasa rendah diri kalau hanya ada kamera kompak. Percayalah, dalam tangan si pakar pasti ada terselitnya kamera kompak ni. Even aku sendiri pun mengakui akan kelebihannya.

So dalam persoalan yang sebenar jika meminati dunia fotografi adalah "siapa guru? siapa anak-anak melayu yang berjaya menjadi photog terkenal dengan hasil karyanya? buku apa yang patut dibaca? bagaimana mahu memahami sesuatu? di manakah kelas fotografi terdekat yang diadakan?". 

Sebab mencari ilmu ni banyak cara. Ada orang suka belajar sendiri, ada orang suka berguru, ada orang suka baca magazine lebih dari buku, ada orang bereksperimentasi sendiri dan tak kurang yang menuntut secara formal. Mana-mana cara pon ok, jika dilihat photog pro tak semestinya lahir dari sebuah kolej or universiti, tetapi dari pengalaman, dari kaji selidik tersendiri, berguru dengan pelbagai jenis guru dan berkawan serta bersosial sesama photog.

Jika ditanya aku mengenai photog yang aku kagum dan feveret, aku menyenarai pendek beberapa nama yang pada aku agak popular di kalangan photog. Seperti orang lain, aku tidaklah terlalu tahu photog-photog hebat yang terdiri dari anak melayu dekat Malaysia ni. Tapi cukuplah sekadar paling tidak aku kenal siapa mereka.

Antara yang paling aku suka, KB or KukuBesi. Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tak kenal. Perihal KB selalu gak aku coretkan dalam blog ni macam event yang aku join, baju yang dia jual or apa-apa lah yang pada aku agak hebat. Kalau dilihat cara penyampaian karya KB ni lain sikit dari yang lain. Mungkin ada photog yang tidak menggemari seni fotografik yang menggabungkan elemen gambar dan manipulasi (editing). Dan dari situ kot aku rasa kelebihan KB disamping sikapnya yang lebih terbuka dan mesra alam compare to sesetengah photog yang lebih sukakan politik cantas mencantas. 

Yang lain seperti Cikgu Adhadi (portraiture/wedding), seorang pengajar kelas fotografi dan memiliki sebuah kedai kamera. Hasil karya cikgu Adhadi pada aku lebih natural dan lebih kepada simple things yang menyenangkan peserta kelas beliau untuk senang faham. Ditambah pula dengan sifat peribadinya yang lebih profesional dalam menyampaikan ilmu dan juga urusniaga. Pendek kata, perwatakannya itu yang membuatkan orang menghormati beliau as seorang guru.

Yang ni pon kalau aku sebut, mesti ramai yang kenal. SN or Saiful Nang (wedding), hasil karya beliau memang tak dapat dinafikan. Sentuhan yang diberikan nampak simple tapi mood itu mendalam. Biarpun beliau dilanda banyak umpat keji orang dek kerana kelantangan beliau meluahkan something (harga seorang photog wedding), tapi pada aku itulah yang menjadikan beliau adalah SN. 

Yang lain-lain seperti Didiz (portraiture), Hadi Nor (portraiture/wedding), Mayon (HDR), Kabir Malek (HDR), Dr Ali (Landscape) dan ramai lagi semuanya mempunyai kepakaran masing-masing yang pada aku satu keunikan buat diri mereka. Orang-orang sebegini lah yang patut korang cari dan menuntut ilmu jika mampu. Aku gerenti, hasilnya pasti memuaskan walaupun aku sendiri tak pernah join, tapi insyaAllah one day aku pasti join paling tidak salah satu dari nama-nama besar yang aku listkan di atas.

Mungkin ada lagi photog-photog anak melayu yang pro yang aku tak kenal. Biasalah, aku hanya manusia biasa, takkan semuanya aku kenal. Nampak sangat poyonya.

Sekian dulu edisi kali ni, semoga coretan aku dapat membantu korang-korang yang berminat dengan dunia fotografi. Apa pun coretan aku hanya coretan amatur sahaja, sekian.

p.s: "Tiada rotan, akar pun berguna"

1 comment:

oshinz said...

SN memang mantap!!! suke giler die punye kerja.