Followers

Monday, March 7, 2011

Aku si budak besi Part 1

...6 hari yang sangat celaka...

Berdebar-debar rasanya hati, kaki aku rasa macam tiada darah, dipijak sakit. Time-time macamni la rasa gemuruh tu datang, maklumlah tempat baru. Kegirangan yang aku rasakan 2 minggu yang sudah aku dah tak berapa nak rasa sangat dah pon. Gila! Mata aku dibuka dengan seluas-luasnya. 

Di sana sini aku lihat ramai orang seperti aku. Bingung, gembira, takut, penat dan macam-macam lagi lah. Kiri kanan kelihatan beg bersandaran memenuhi kaki lima dan jalan raya. Time ni kalau ada pencuri pon aku rasa mesti loaded pulangan. 

"Okey, next!" satu suara lantang menyebut, giliran aku lepas ni. Perlahan aku berjalan melalu lorong kecil yang disediakan memisahkan nama-nama mengikut awalan nama. Aku berdiri betul-betul di depan meja yang bertanda M. Aku menghulurkan surat yang aku terima dan namaku disemak. 

"Bilik kamu buat sementara ni blok 4, tingkat 4, nombor 18. Ingat nombor ni 4418. Nanti isikan borang semua ni dan yuran kolej semua termasuk baju RM110. Ok, terima kasih, next!"
Aku berlalu dan melalui beberapa proses lagi termasuk pemberian kunci bilik dan ianya selesai... buat seketika.

Lunch hour, keadaan di sekitar Seksyen 2 yang baru tadi aku kenali. Patutnya rasa lapar tapi entah kenapa rasa lapar tu tak datang pun. Sebab mak asyik suruh makan since perjalanan aku sebagai seorang mahasiswa baru bermula, so aku sumbat jugak lah nasi jangankan tidak nanti aku pengsan sebab minggu orientasi bakal bermula. Seminggu orientasi bakal menyeksa hidup aku akan start on the instant petang karang.

Siap lunch dan beli sedikit barang lagi macam mangga dan kunci, kami bertolak semula masuk ke kolej Perindu. Kolej yang dikatakan kolej terulung buat penuntut siswa-siswa. Tapi aku tengok sekeliling, apa yang best sangat pun? Memandangkan tadi dah ambil sekali borang PTPTN, maka sesi rehat sebelum balik ke bilik digunakan dengan mengisi borang tersebut. Aku sendiri heran, PTPTN perlu ke? Bukanlah nak berlagak, cuma bila aku baca syarat-syaratnya paling tidak aku hanya layak dapat separuh untuk satu semester aje. Kalau aku tak ambil pon still ok kot? 

Sedar-sedar masa berlalu begitu pantas. Sekejap lagi aku dah kena naik ke bilik nak settlekan kemas-kemas sikit cukup la sekadar untuk tinggal seminggu di situ. Mak dan saudara mara pun banyak beri nasihat dekat aku supaya jaga diri elok-elok. Mak kelihatan sugul sebab nak tinggalkan aku. Yelah, tak pernah lagi aku berjauhan dengan dia sebelum ni. Dari kecik sampai lah usia aku dekat 18 tahun, aku tak pernah masuk mana-mana asrama. So ramai yang menjangkakan aku akan homesick atau tak biasa berdikari. Heh silaplah!

Dalam bilik 4418 tu ada 8 penghuni. Dan daripadanya ada 2 orang je dari fakulti aku iaitu Sains Gunaan. Yang lain-lain engineering, kaji ukur, seni dan lain-lain. Dalam 8 orang tu lak, hanya 3 orang je yang mendaftar as pelajar Ijazah, dan yang berbaki 5 tu semuanya diploma termasuk aku. Sesi berkenalan mengambil alih suasana di dalam bilik. Aku yang bukan terkenal dengan sikap mesra alam pun terpaksa mengikut rentak, bak kata orang masuk landang kambing mengembek.

Siap dengan kemas ala kadar, setakat bubuh cadar, sarung bantal, isi barang dalam loker besi, kami masing-masing kemudian berehat di atas katil masing-masing. Memang entah kenapa, nasib aku dengan katil double decker agak kureng. Kalau di rumah suatu masa dulu, aku kena tidur atas. Ni dah masuk universiti pun still aku dapat katil atas. Bukanlah tak suka tapi risau la jugak kan mana la tahu jatuh time tidur ke, katil patah ke ish ish. Sempatlah lelap dalam kurang dari sejam tiba-tiba terdengar announcement dari speaker blok.

"Assalamualaikum, diminta kepada semua siswa yang baru mendaftar untuk turun segera ke tapak perhimpunan sekarang. Anda diberi masa 10 minit untuk bersiap, jika terlambat tindakan akan diambil. Saya ulangi... " pengunguman diulang semula. Selang beberapa minit kemudian beberapa senior a.k.a AJK MMS mula menampakkan kehadiran dan taring mereka yang suatu ketika tadi kelihatan agak mesra.

Pintu diketuk dengan tongkat kayu.
"Cepat! Cepat! Ada lagi 5 minit!"
Aku terus bersiap ala kadar, tak kisah la rambut tengah kusut ke hapa ke janji yang paling penting: kena pakai kasut, baju kena tuck in dalam seluar. Selesai je bersiap, keluar dari pintu kelihatan semua orang tengah berlari kejar masa. Gila betol! Dah la blok 4, kena panjat tangga lagi nak kena lalu blok 2 baru sampai tapak perhimpunan. Tapi dah semuanya garang macam singa, lari je la.

Di tapak perhimpunan, masing-masing beratur ikut blok. Masing-masing tercungap-cungap, gila memang gila. Kiraan bermula...
"10...9...8...7...6...5...4...3...2...1"
"Ok mana-mana yang lambat sila ke hadapan" sorang brader ni memberi arahan.
"Cepatlah sikit, terhegeh-hegeh! Dah lah lambat, jalan macam perempuan!!" kali ni dia memekik.

"Ok, turun 20"
Dan di dataran perhimpunan yang padat dengan siswa semuanya melihat satu acara baru. Denda jika lambat menghadirkan diri pada mana-mana perjumpaan yang telah diberitahu. Aku yang hanya melihat dari barisan belakang, hanya mampu mengeluh dalam hati. "Arghhh parah ni, 6 hari orientasi, masaklah..."

"Korang datang sini nak belajar, bukan nak bercuti, so jangan ingat kami nak layan korang macam pelancong. Sebagai senior korang, korang akan buat dan patuh setiap arahan kitorang, paham?!!" suara itu lantang sekali lagi.
"Faham..." 
"Weh aku tak dengarlah, korang ni tak makan ke pondan? Paham ke tak?!!" 
"Faham!!!"

dan 6 hari yang celaka bakal bermula...

1 comment:

hentakbelipat said...

orentasi kalau tak cilake x orentasi lah kan.masa aku kat samura dlu bkn tkt orentasi..spanjg junior ak rasa mcm orentasi..hahaha pengalaman kot..so ni kau nk bgtau pengalam kau plak ea..nice...aku tunggu next eps beb