Followers

Sunday, October 31, 2010

Hebatnya lelaki, untungnya wanita

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

Karya asal dari Tok Wan, aku hanya insan yang menyebarkan sahaja =)


p.s: bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dapat suami tak hensem tapi baik dan beriman. Dapat isteri cantik tapi pemalas, buruk perangai. Segala-galanya adalah ujian kehidupan. Jangka terlalu kuat mengeluh tapi berdoalah untuk meminta yang lebih baik. Siapalah kita hendak melawan takdir yang telah ditentukan Nya?

Realiti menjadi seorang photographer


Semalam aku masuk la forum yang agak lama aku tinggalkan. Bukan saja nak tinggalkan tapi sebab owner itself yang dah renovate forum tu untuk jadi lebih berilmiah la katanya. So user name aku semua tu dah habis la kena padam sebab forum ni forum baru betul. 

Taip punya taip sekali salah eja. Tekan "Enter" sekali keluar website Nude Photography. Ah sudah, sah bukan forum yang aku pergi dulu. Yang pasti website tu agak mencairkan iman la siapa yang tengok, apatah lagi kalau jadi photographer nya. 

Nak senang cerita, aku google je dan keluarlah forum yang aku nak masuk tu. Tapi sebab forum ni forum baru, memang lain gila lah. Pada aku agak sunyi sepi dan kurang menarik. 

Memanglah konsepnya sebagai sebuah laman berilmu tapi pada aku terlalu formal. Bila terlalu formal ni orang akan jadi malas. Terasa macam aih kena 'sekolah' lagi la dekat sini. Aku lebih suka konsep dulu yang lebih mesra alam dengan topik yang pelbagai.

Cuma sayangnya, forum tu tak lebih macam tanah perkuburan je. Tiada bayang-bayang guru, bayang-bayang otai-otai photog mahupun mana-mana forumer yang aku pernah kenal dan add di Facebook. Yang ada hanyalah seorang pengetua, seorang tukang kebun dan protege-protege (pelajar-pelajar kelas photography nya).

Topik pun sekadar introduction, komen dan kritik, asah mata, dan sedikit perbualan itu ini mengenai kelas photography). Tiada lagi review gajet kamera, review lens dan sebagainya, tiada lagi ruangan sembang untuk mengeratkan silaturrahim sesama photog, tiada lagi ilmu-ilmu percuma dan tips-tips percuma yang diberikan 'guru-guru' sandaran sementara dan yang paling pasti, tiada lagi tempat untuk photog bertukar-tukar pandangan, idea mahupun menjual beli barangan-barangan kamera.

Jika tiada guru, siapa yang hendak komen kerja kita? So hanya diharapkan pengetua je la yang tastenya agak tinggi. Agak gerun bila aku melihat hasil kerja photog yang sudah pasti mempunyai bisnes tetapi dari 10 gambar yang dipersembahkan, hanya sekeping dua sahaja yang melepasi tahap lulus pengetua tersebut. Aku tidak salahkan pengetua, sebab ada kebenarannya kenapa gambar seperti itu kena rijek pun. Aku yang melihat pun terasa biasa saja, tiada yang istimewa yang boleh membuatkan mulut melopong bila melihat.

Tapi realitinya, mutu gambar aku pun tak jauh bezanya begitu, malah ada yang jauh lebih teruk dari mereka yang sudah menjalankan bisnes wedding photography ni. Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang member yang menyuruh aku ambil job wedding. Walaupun aku sudah jelaskan padanya, aku takkan buat bisnes selagi aku tidak ada trademark atau style aku sendiri, aku hanya dipandang jelek dan sepi. 

Sebagai seorang pelanggan, adakah kita hanya mahu gambar kahwin kita sebagai 'ok lar', 'not too bad', atau 'tak kisah la, janji terang' di tangan seorang photog yang claim buat bisnes ini? Lebih baik upah anak saudara je yang reti guna DSLR, gerenti terang, gerenti lawa juga. Kita bayar dengan harga sekian-sekian, tetapi bila dapat hasil, hasilnya biasa saja dan tak boleh nak bangga mana pun. Pasti kita merasa tak puas hati apabila ada photog lain yang boleh ambil gambar lagi hebat dengan harga yang agak mahal tapi berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan.

Orang yang tidak faham akan dunia fotografi selalu akan berfikiran pendek, sebab matlamat mereka hanya duit sedangkan fotografer sebenar menilai hasil kerja sebagai satu kepuasan lebih dari duit itu sendiri. Biar lambat asalkan selamat, tidak perlu terburu-buru dalam menghasilkan sesuatu. Pokoknya, usaha itu perlu sampai habis, bila ianya berbuah, kita hanya akan tersenyum menuai hasil.

Saturday, October 30, 2010

Pilihanraya oh pilihanraya


Malam-malam hari kalau start pukul 7.45 ke atas biasanya aku akan menonton tv sebab nak tengok berita.
Tapi untuk minggu ni sampai minggu depan, tengok berita adalah perkara yang amat membosankan. Kenapa? 

Dek kerana penangan pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi la apa lagi. Meluat aku nak tengok berita. 20 minit pertama je segala macam "kebaikan" kerajaan ditunjukkan yang konon-kononnya berjiwa rakyat dengan motto rakyat didahulukan? WTF?

Tambah lagi bila dah dekat pilihanraya dan masa berkempen. Maka segala jenis berita dari TV1 sampai la ke Astro Awani, semuanya menjadi kaki ampu kuat kerajaan. Segala jenis "kebaikan" akan ditunjukkan dan diperbesarkan. Dan segala serangan balas serta kutukan akan dipulangkan balik kepada pembangkang. Walhal satu jari menunjuk, 3 jari masih terpalit pada diri mereka sendiri.

Aku tengok berita tadi pun sebab nak tahu apa kisah kes kemalangan bas dekat Genting Sempah tu je. Tapi tulah dalam berita, cerita camtu lambat la sikit keluarnya so terpaksalah mengadap berita-berita pilihanraya yang bagi aku nak muntah tengok. Trendnya sama je dari dulu.

Dekat nak pilihanraya macam-macam lah keluar. Nak bina sekolah la, nak bina masjid la, bagi bas beserta tiket dan pakaian untuk tengok Piala Malaysia lagi tu percuma.  Banyak betul duit kerajaan yek? Seingat aku ada lagi tempat-tempat dekat Malaysia ni yang tidak ada bekalan air dengan elektrik dan jalan yang sempurna. Sebab? Ayat biasa, bajet takde. Kena tunggu RMK, RMK ke berapa? Berdoa jelah pakcik hidup lagi 20 tahun, merasa la air paip tu.

Tu belum kisah klinik yang tak dapat CF, bajet tak cukup nak beli equipment sebagai sebuah klinik dan kisah hospital angan-angan. Semuanya mempunyai kisah tersendiri yang dah nyata, tapi macam biasela kekangan itu dan ini ianya hanya sekadar angan-angan.

TAPI...

Time pilihanraya, bangunan yang berangaran kos RM40 juta ada lak bajet emergency? Masjid boleh lak dibina dengan kos RM5juta? Wah, hebat betul. Tu belum lagi perkhabaran adanya WIFI di sana (Gua Musang). Gila dasat, Bentong pun takde WIFI lagi hehe.

Teringat seorang brader dalam friend list aku pernah berkata dalam nada menyindir "Kalau macamtu, nak la juga doakan wakil rakyat tempat saya mati cepat, boleh lah merasa dan demand macam-macam". 

Dan dengan itu menguatkan lagi semangat aku untuk tidak berdaftar. Biarlah, politik Malaysia bagi aku amat kotor walaupun serumpun dan sebangsa apatah lagi seagama. Selagi tak ubah, jangan haraplah generasi muda nak mengundi dengan adil kecuali mereka-mereka yang dah terbiasa makan suap ni =)

p.s: Beli paper je, baca mana yang penting, abaikan mana yang tak penting.

Eksiden bas? Lagi?

Aku baru dikejutkan dengan status sorang member yang katanya ada bas eksiden. Beberapa orang dah maut dek eksiden, dan ramai yang cedera. Dengarnya baru lepas turun Genting dan nak menuju ke Karak. KM berapa entahlah.

Buat kesekian kalinya, tragedi bas eksiden ni makin menjadi-jadi. Hari tu bas eksiden sampai termasuk laluan bertentangan dan lanyak sekali kenderaan lain. Mengapa masih terjadinya perkara sebegini?

Kalau nak katakan dah takdir, memanglah takdir. Tapi mungkin ianya boleh dielakkan jika bas yang dipandu tidaklah terlalu laju or merbahaya. Tapi siapa dapat sangkal cara pemanduan pemandu bas ni? Aku sendiri tak dapat nak sangkal sebab realitinya memang begitu. 

Dahlah pusat graviti tinggi, bawa laju, even time selekoh pun still nak laju sampai kita yang tengok dari belakang or arah bertentangan pun naik seram "Eh bas tu macam nak terbalik". Buatlah apa benda jenis kempen kesedaran ke, saman ke, komplain ke, bendanya tetap sama. Tiap-tiap bulan pasti ada kemalangan melibatkan bas. 

Pemandu bas harus tahu paling tidak, dia membawa ramai nyawa di atas kenderaan itu. Sekalipun dia terselamat, mungkin ada yang tidak. Tidaklah perlu sampai nak bawa terlalu laju or merbahaya sehinggakan mengakibatkan kemalangan.

Buat pengusaha bas pula, janganlah nak fikir untung je. Main sauk je sesiapa jadi pemandu bas. Lepas tu, bas lak jarang buat selenggaraan. Walhal diorang tahu kerosakan bas juga memainkan faktor penting dalam mengakibatkan kemalangan.

Aku sendiri pun agak seriau nak naik bas untuk long distance punya travel. Lebih-lebih kalau malam. Bior le tunggu esok pagi pun takpe le juge.

Apa-apa pun, takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat. Semoga ianya menjadi pengajaran untuk pemandu bas dan pengusaha bas agar lebih bertanggungjawab akan nyawa-nyawa orang lain.

Wednesday, October 27, 2010

1st job

Semalam tengah surf tenet, dapat satu mesej dari kawan.


"Shuk, nak minta tolong jadi photographer untuk event ni boleh?"

Aku dah menggelabah tikus. Aiseh, amek job? Bukan tak nak, tapi dengan kamera dan skill aku yang seciput tu, agak merisaukan customer je nanti hasilnya. So aku tolak secara baik.


Tapi member sorang ni tak putus asa, dia kata ambil gambar biasa-biasa je, janji objektif dia tercapai. Dan selepas lebih kurang beberapa kali menjelaskan perihal job tu, aku akhirnya terpaksa mengalah. Tapi aku tolak job yang melibatkan ambiance yang agak kelam. Fail! Aku memang fail dalam gelap. Kalau pakai flash, kadang-kadang over atau under. Setakat suka-suka ambil boleh la kan, untuk amek buat job kalau banyak sangat moment yang terlepas nak jawap apa?

So sudahnya satu job je la aku ambil untuk photoshoot pakaian beserta model. Model? Gulp! Tapi member kata budak-budak sekolah je. Ye la budak sekolah pun, yang pastinya diorang tu mesti perempuan. Huaaa!! Kuatkanlah iman aku.

Bayaran biasa je, tak tinggi mana pun, since dia pun tengah tight bajet. Aku pun tak pernah ambil job, so pada aku harga yang ditawarkan kira boleh la. Yang penting, dapat peluang cari pengalaman. Mana yang silap nanti harap-harap dapat dibetulkan. Ish ni yang menguatkan lagi azam aku nak masuk kelas photography ni.

Dan kepala aku berserabut memikirkan guane la aku nak shoot bebudak tu nanti yeh. Aku dah la agak fail dalam portraiture, ni lak nak ambil ala-ala fashion sebab nak nampakkan pakaian semua tu. Ada lagi sebulan dan aku kena study serba sedikit, paling tidak takdelah gambar nampak mati je.

Bila tenung bag kamera, haih dah lama aku tak snap gambar menarik lepas beli gitar. Ish tak boleh jadi ni...

Tuesday, October 26, 2010

Logo sekolah?

Hah, blog aku sudah beberapa hari tak jalan ni. Adoi apa kes. Banyak entry nak buat, tapi bila dah separuh tulis, semua bagai tak kena. Ayat-ayat yang aku teringat masa tengah dapat mentol bercahaya ketika jalan-jalan, naik motor, makan nasi, melepas semua lesap. Semua hilang, yang tinggal hanyalah ayat-ayat tunggang langgang yang tiada emosi, tak lebih seperti sebuah berita jam 8.

Logo terawal yang aku buat, aku rijek selepas orang komen macam lencana sekolah

Dan bila mood nak tulis hilang, aku terpandang sebuah logo baju yang aku pernah buat untuk diploma aku dulu. Minta komen dan pendapat kawan-kawan, dapat respon bagus cuma aku agak kecewa penglibatan orang yang komen amatlah sikit. Aku tahu ada yang betul-betul bz, tapi ada juga yang hari-hari or setiap minggu buka Facebook, tapi tak terlintas pun nak jenguk or nak komen logo baju tu ok ke tak. Walhal aku dah tag dah sekor-sekor nama. So apa alasan lagi ye?

Logo 1, ramai yang suka design ni, aku tak berapa

Then tiba-tiba rasa menyirap lak sebab lama tak design balik logo baru. Rasa semangat yang tak putus-putus membuak-buak masuk  ke dalam saraf-saraf motor tangan menggerakkan jari jemari mencari gambar-gambar untuk dijadikan sebuah logo.

Design yg aku minat, orang lain tak berapa sebab kata ganas sangat

"Logo ni macam lencana sekolah". "Warna kurang menarik". "Kenapa mesti ada sayap yeh?". Antara komen yang kelihatan. Aku terima dan aku tak marah, sebab aku bukan pakar pun bab-bab macam ni. Aku buat pun sebab takde insan yang sudi menghulurkan perahan otak atau seperti jenama pakaian bro Zulkarnain, Pecah Kepala nak design baju ni, macam tulah pecah kepala aku nak cari apa yang boleh jadikan logo nampak ganas, simple yet menarik.

Design ber color, konsep merah, hitam dan putih

Dan semalam sehari suntuk aku cari bahan dan kaji logo-logo terkenal dunia. Tengok kadang-kadang logo or emblem pasukan bola adanya sangat simple. Ada yang memang macam lencana sekolah pun tapi orang tak pertikaikan sebab apa? Sebab emblem tu terletaknya pada antara pasukan terhebat dunia. Who's give a damn about that tiny little shit pun? Lain la kalau nak buat design baju, yela kalau skema orang takkan beli. Tapi ni just logo, logo beb! Logo UiTM tu kalau print besar-besar ikut design asal, sumpah takde orang nak beli. Skema. Tapi tu lah logo, buat orang yang tak tahu, jarang orang letak shading, nak letak effect kejadahnya melainkan duit banyak. Sebab setiap color yang berbeza itu duit!

Design baju tee putih
Simple tetapi ternama

Pernah tengok orang design baju sukan, letak logo sebesar-besar baju? Takde kan, sebab nak elakkan dari keskemaan yang melantun-lantun. So orang letak la kecik je, size duit syiling 50 sen. Dekat dada, dekat tepi lengan or trend baru sikit letak dekat belakang baju.

Design tee hitam

Tapi tulah, aku ni jenis demokrasi, sebab buat baju bukan syok sendiri, so masih lagi bertanyakan pendapat kawan-kawan. Kalau ikut aku, baju style black metal ke, skema lencana sekolah ke, janji ada tulisan dan aku pakai. Nak tunggu orang buat, janggut aku putih pun belum tentu lagi ada.

Ni masih lagi terasa nak buat logo diri sendiri dengan logo bekas pelajar sekolah. Orang tak nak pakai, aku pakai. Biarlah print mahal pun, janji ada. Kita takkan sampai ke destinasi kalau tak gerak, nak harap orang je yang tolong tarikkan or gerakkan, dekat situ je lah kita pun.

Sunday, October 24, 2010

Polygamous


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”. (QS. An-Nisa`: 3)

Sebut je alkisah perkataan di atas, aku rasa dari kalangan wanita pasti ada yang mencebik bibir. Ada yang start berapi macam nak buat kame-kame ha, dan ada yang dah senseng lengan nak berperang.

"Ah, tak dapat payung emas pun takpe, janji adil tetap adil!!!"

Alkisahnya, payung emas di akhirat sama ke dengan payung emas di dunia? Pernah pegang payung emas? Setakat rantai, gelang dan cincin emas tu boleh la. Siapa yang gila sangat nak buat payung dari emas?

Tapi perkataan di atas akan menceriakan sebahagian dari lelaki-lelaki yang merasakan itu hak mereka.
"Itu sunnah Nabi, kenapa perlu dipertikaikan?"

Benda ni dah terlalu lama aku rasa diperdebatkan antara kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Sampai satu tahap, ada lah golongan wanita yang agak jahil meminta agar poligami ini dilarang atau tidak digunapakai. Bercakap seolah-olah tiada otak. Ini bukan rukun negara mahupun undang-undang jalan raya, tapi suatu sunnah yang Nabi amalkan dan ianya bersebab.

Sunnah apa yang tiada bersebab?

Namun di Malaysia, reputasi poligami agak teruk berbanding negara luar. Kenapa?

Sebab, di Malaysia ramai lelaki yang TIDAK MAMPU untuk berpoligami tetapi mengaku layak untuk berkahwin lebih dari satu. Dengan itu, ianya hanya memburukkan keadaan apabila lelaki-lelaki seperti ini hanya mencari getah muda untuk berseronok dan meninggalkan imej buruk pada nama poligami.

Jadi lelaki yang bagaimana layaknya berpoligami? Lelaki itu mestilah MAMPU dari segi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya. Zahiriah semua tahu ianya berkenaan harta seperti duit, pakaian, makanan dan tempat tinggal. Tetapi ramai yang tidak terlalu memahami erti batin itu sendiri. Ramai yang menyangka batin hanya sekadar nafsu seks semata-mata. Tetapi batin adalah sejenis bentuk keperluan yang tidak dapat diselesaikan dengan secara material seperti duit, maka batin juga terdiri daripada segi emosi, perasaan, kasih sayang dan keadilan.

Seseorang pernah berkata padaku tentang hukumnya poligami dan menghuraikannya.
"Lebih baik dibenarkan dari melakukan maksiat".
Dan aku bertanya, sekiranya aku ingin berpoligami, adakah dibenarkan?
"No way, orang lain boleh, U tak boleh"

Dan aku lagi tak faham, andainya seorang lelaki itu MAMPU dan LAYAK berpoligami, kenapa isterinya perlu melarang? Seandainya si suami itu MAMPU menarik seorang lagi wanita dari terjerumus atau jatuh di tangan seseorang yang tidak ADIL, bukankah itu lebih baik?

Wanita juga pernah berkata, "Suami hendaklah mendidik kami agar tidak lena dan hanyut dibuai keindahan dunia semata-mata", maka baik imamnya perlukan makmumnya. 

Jangan terlalu beremosi mengatakan "Saya tak rela berkongsi kasih dan segalanya" kerana perkataan seperti itu melambangkan satu sikap yang agak angkuh. Sedar atau tidak di bahu suami itu menggalas bebanan menanggung setiap dosa isteri dan anak-anak namun tidak pernah berkata...
"Dosa kalian masing-masing, aku tak mahu tanggung bebanannya".

Untuk wanita keistimewaan yang sedikit di dunia untuk kekayaan di akhirat adalah sama adilnya dengan kelebihan di dunia tetapi besar tanggungannya di akhirat kelak bagi lelaki. (Faham?)

APA KATA KORANG?

Friday, October 22, 2010

Clothing online

Hari semalam aku pergi Sunway sebab nak tengok movie. Sebabkan kecilakean TGV aku terpaksa menunggu lebih dari sejam.


So lepas beli McD (tapau) aku pun cari lah seat dekat-dekat dengan cinema. Dapat seat kosong depan deretan kedai baju. Yang paling hujung kedai yang aku pernah masuk iaitu UGP. Kedai ni jual baju underground tapi dalm corak dan design yang agak simple. 

Terpandanglah satu sign tepek dekat cermin kedai. 70%. Wau ada sale, sampai 70%. Tapi kedai tu memang dari dulu lagi aku beli murah. Bayangkan je la aku beli 2 tee bayar RM30 je. Design sempoi je la, setakat printed depan. Tapi kualiti kain agak bermutu dan paling best ada brand stitches yang kecik tu dekat tepi baju. Sekali tengok tak nampak sangat la baju tu RM15 je.

Then aku tengok kedai sebelahnya. Kedai 2pm.com. Kedai chineese yang jual baju trendy-trendy zaman sekarang. Agak lengang, mungkin sebab gaji tak masuk lagi so dari time aku makan sampai habis, takde pelanggan pun yang menjenguk masuk.


Tiba-tiba aku teringat perusahaan clothing style sekarang yang menjual by Facebook or by online. Mereka jual baju pada harga yang setaraf dengan harga di kedai, design yang lebih kurang, material yang lebih kurang juga tapi lebih permintaan bergantung kepada tokeinya bagaimana.

Kalau dicongak dengan matematik mudah, keuntungan untuk sebuah design baju lebih kurang RM300 sekiranya 30 orang yang menempah, syarat standard diorang akan pergi hantar printed kedai. Dan since diorang ni adalah peniaga baju, maka dengan penghantaran selalu ke kedai untuk diprint, maka harga kos sehelai baju mungkin jauh lebih murah dari apa yang kita dapat jika hendak tempah baju printed.


So bayangkan kalau dalam sebulan lebih 10 buah design baju telah dihasilkan, dan bilangan customer adalah lebih dari 30 orang? Tu kalau untung RM10 sehelai baju, kalau lagi banyak untung? Agak lumayan tapi tu lah kena orang yang kreatif dan hebat dalam mereka dan melukis design baju.

Apa yang bestnya beli online ni, size range diorang sangat wide, dari XS sampai la ke XXXL, satu berita gembira buat yang selalu tak jumpa size seiring dengan design gempak.

p.s: ketiga-tiga poster di atas adalah hak milik Reign In Black. Kalo korang rasa nak beli, boleh add diorang. Harga RM45 termasuk postage. Ni hanya sebahagian, ada banyak lagi design diorg yang akan di releasekan, tungguuu!!

Thursday, October 21, 2010

Review: RED (Retired Extremely Dangerous)

Hari ni agak malang bagi aku. Semuanya gara-gara website TGV yang entah apa kena entah. Sudahlah salah waktu tayangan, rating dengan duration pun salah bagi info. Dan ini bukan kali yang pertama kena dekat aku.


Kalau mengikut website TGV, filem RED di Sunway Pyramid akan bermula pada pukul 12.10p.m. Cerita ini ratingnya PG13 dan duration 90 minit walaupun aku lihat di website GSC ratingnya 18 dan duration 1 jam 57 minit.

Abaikanlah pasal rating dan duration, tapi yang aku berapi tadi sebab waktu tayangan salah. Bayangkan, aku bertolak ari rumah pukul 11 dan sampai di sana lebih kurang pukul 11.30. Ingatkan boleh la tengok tayangan pukul 12.10. Sekali aku lihat skrin, cerita RED paling awal pukul 11 pagi, then yang seterusnya pukul 1.30 petang. Aik? Lain bebenar. Nak tak nak, kenalah ambil yang pukul 1.30 petang tu dengan tiket RM12.

Filem ni agak funny la juga tapi lebih ke arah old timer punya jokes. Sebab pelakon-pelakon pun dah kire veteran dah, macam Bruce Willis dengan Morgan Freeman. Tapi entah kenapa 30 minit pertama tu mata aku berat sangat dan tertidur. Sedar-sedar dah masuk part yang agak best bila otai-otai ni bertemu. Tak banyak yang aku boleh katakan sebab ianya diadaptasi dari komik, so jalan cerita lebih kurang je la. Hero-hero hebat-hebat, ada heroin, kejar villain, ada yang mati, ada yang hidup, hero selamatkan heroin dan bla bla bla. Humor pun boleh tahan la cuma tak setanding The Other Guys punya lawak kotor.

Overall aku bagi 3.75 bintang dari 5. Nak bagi 4, takdela sampai situ. Nak bagi 3.5, ada sikit lebih so dapatlah 3.75. Fun to watch lebih-lebih fans Bruce macam aku ni. Bagi aku aktor yang botak hensem, tak siapa boleh lawan dengan dia.

John dalam filem Con Air
Jam dinding tuuu haha

Hehe tapi dalam filem ni, aku suka lawak selenge John Malkovich. Siapa masih ingat dia ni? Buat yang pernah tengok filem Con Air yang ada Nicholas Cage berlakon tu, yang jadi head villain, Cyrus a.k.a Virus tu la John Malkovich. Boleh perasan dari style gigi, senyum dan matanya. Serius dalam filem RED, dia ni selenge tapi berbahaya. Lawak betul time dia kejar Vice Presiden siap dengan jam dinding konon-konon berani mati ada bom wakakakak!

Agak penuh gak panggung tadi dengan budak-budak kolej, rata-riti chineese yang konker. Next week lagi hebat, Takers filem aksi gak.


Tuesday, October 19, 2010

Cikgu oh cikgu


Dulu time sekolah, ada seorang guru kemahiran hidup yang suka bercerita dan suka buat lawak selamba. Aku rasa kalau dulu-dulu dah ada raja lawak, sure dia jadi pemenang.

"Kamu tengok ni. Ni mangkuk tau, tau mangkuk tak?" tanya beliau.
"Tau cikgu".
"Haaa cuba kamu gerakkan mangkuk ni ke kiri dan ke kanan, jadi apa?"
"Terbalik cikgu" kata pelajar A.
"Kuah tumpah cikgu" kata pelajar B.
"Salah. Jawapannya jadi lah mangkuk hayun. So jangan jadi mangkuk hayun dalam kelas saya".
Semua orang gelak, hampeh punya soalan.

Beliau ni memang suka bercerita, kadang-kadang sampai silibus pun tak habis belajar, jadi kena banyak stadi sendiri je la. Satu hari dia bagi satu teka teki...

"Sebab apa dalam solat tak boleh pakai tali pinggang?"
Kami semua tercengang. Haa? Tak boleh pakai tali pinggang? Biar betul, habis tu londeh la seluar.
Semua diam, tak tahu nak jawap apa.
Sebelum waktu kelas dia habis, dia pun jawab...
"Memanglah, mana boleh pergi solat pakai tali pinggang je, abeh seluar? kain? takkan nak bogel je kot?" katanya sambil tersengih dan berlalu pergi.

Masuk form 3, dapat cikgu KH baru. Beliau ni orang banjar dan ada short circuit sikit kes kemalangan dulu-dulu. Masuk kelas je cakap banjar aduhai. Beliau ni unexpected sikit, sebab kadang-kadang buat lawak kitorang tak gelak pun. Tapi mostly dia gelak sorang-sorang la.

Tapi kalau time short circuit dia tiba macam satu hari tu member-member aku banyak ponteng. Dicarinya bebudak ni sampai dapat. Lepas tu apa lagi, merasa la smack down penampar dengan cekikan undertaker. Live dari bengkel KH wakakak. Sudahnya projek KH aku tak menjadi pun sebab litar tu aku tak paham sangat nak buat. Member-member banyak hantar kedai je tak pun suruh ayah yang hebat bab-bab papan elektronik ni.

Form 4, ada sorg cikgu BM ni, dia ni ala-ala ke pembangkang sikit. Pernah dia berhujah dekat kitorang apa significant pakai songkok. Aku layan je la sebab time sekolah, aku tak ambil port sangat hal-hal politik ni. Yang aku tak boleh lupa dengan cikgu ni, aku kena masuk group penulisan. Bukan tulis karangan, tapi group mencantikkan tulisan. Wahahaha macam haram. Tulisan aku antara dikategorikan susah dibaca dan buruk. Tapi adatlah kan, tulisan orang tak semuanya lawa. Tulisan aku lawa kalau time ade mood je. Kalau malas or nak kejar waktu, memang hancus la tulisan. Pernah gak kena ketuk kepala dengan buku sebab apa tah, markah rendah kot dalam sastera.

Masih di form 4, cikgu sejarah. Cikgu ni pun suka bercerita dengan suaranya yang ala-ala Ella tu. Time baik ,dia ok. Time tak baik, aduhai alamatnya melayang la buku ke luar bilik darjah. Pernah la beberapa kali, kitorang lambat masuk kelas sebab distance makmal ke kelas makan masa juga. Sekali tengok dia dah sampai. Apa lagi, semua buku melayang keluar. Kena la pergi kutip balik. Heee, aku berapa kali kena warning sebab malas buat nota sejarah. Kalau aku buat pun aku copy bulat-bulat dari buku rujukan wakakak.

Antara semua cikgu, beliau paling lawak. Wataknya agak cengeng, agak stress tapi seronok belajar. Member-member aku yang kaki sakat memang akan sakat habis-habisan. Tapi yang tak seronok, beliau ni pantang je orang buat silap, sistem dimerit pasti kena. Aku dulu pernah kena gak dengan beliau ni walhal bukan salah aku pun. Tapi entah last-last beliau lupa nak padam balik, so kekal la sampai aku berhenti sekolah sistem dimerit aku 2 markah wakakak ape daaa~!!

Ramai lagi sebenarnya cikgu-cikgu yang dulu kita tak suka, kita bosan dan benci tapi bila dah lama tinggalkan bangku sekolah, kita rasa rindu nak jumpa balik cikgu-cikgu ni semua. Kalau time tu aku dah ada kamera memang all the time gambar kelas aku banyak diambil. Sayang, semuanya hanya kenangan dalam otak je =)

Monday, October 18, 2010

Confession of kaki shopping


Percaya atau tidak aku boleh dikategorikan sebagai kaki shopping juga. Tapi aku bukanlah suka shopping baju, pakaian, kasut ke apa ke, gajet apatah lagi walaupun gajet merupakan sebahagian dari hidup aku, tapi disebabkan harganya yang ratus riban membuatkan nafsu membeli tu agak tersekat-sekat.


Untuk lelaki aku rasa susah nak jumpa kot yang jenis kaki shopping barang dapur ni. Ada ke korang pernah jumpa? Kalau ada mungkin spesis yang suka makan or suka masak.

Tapi aku bukanlah beli barangan memasak pun kadang-kadang cuma aku rasa tenang bila dapat tengok barang-barang yang aku tak pernah jumpa then aku belek-belek kegunaan untuk apa dan bla bla bla. 


Sebab apa aku kata aku kaki shopping? Sebab dalam seminggu, lebih kurang 3-4 kali gak la aku akan melawat mana-mana supermarket seperti Giant, Mydin atau Tesco. Tapi so far yang paling best semestinya Tesco. Kalau Tesco Extra tu aku rasa boleh buat main-main troli since troli dekat sana agak besar.

Kadang-kadang aku beli benda merepek je pun macam beli mee segera, beli air kotak, beli buah dalam tin, beli herba or rempah ratus. Benda tu aku akan ulang la dalam seminggu. Setiap kali membeli, barangan aku mesti kurang dari 10 unit. 

Tu kalau barang ada lagi dekat rumah, aku carilah barang lain nak beli macam buah ke, ayam ke, sayur ke, roti ke hahaha. Dulu-dulu aku tak perasan, tapi ada sekali tu time aku still kapel, ex aku pernah komplen sebab kerap sangat dating pergi Tesco. Wahahah, dia tak rasa seronok, tapi pada aku seronok sebab dapat lihat macam-macam barang ada.

Jangan terkejut aku boleh spent 2 jam dekat Tesco hanya window shopping dan beli barang kurang dari 10 unit. Satu jangka masa yang aku tak pernah spent pun dekat mana-mana kedai hatta kedai gajet. So kalau ada insan yang nak ikut aku shopping ke pasaraya kalau tak tahan memang nahas la. 


Dulu masa shopping dengan mak aku dekat Cold Storage, lagi lah aku seronok tengok barang-barang pelik-pelik je jenama dan bentuk produk. Punya best merayau dalam tu, semua benda aku nak tengok sampai juling.

Hehe, mungkin tu obsesi aku la kot dalam bab shopping ni, 10 unit sebab kewangan yang tidak mengizinkan. Kalau poket tebal, aku rasa satu Tesco tu aku beli, sudahnya mana nak letak pun tak tahu.

Apa pengakuan berani mati korang tentang shopping lak?

Wareh (Part 2)


Hari dah makin larut malam, mata aku susah betul nak lelap. Yelah semenjak dua menjak dapat mimpi pelik-pelik pasal Adiwira tu, buat aku jadi agak fobia untuk tidur malam.

Baru je pagi tadi aku call mak dekat kampung. Aku tak cakap pun pasal mimpi Adiwira tapi cakap nak balik. Memang aku dah lama tak balik kampung. Bukan aku tak nak balik, tapi mak memang tak berapa nak bagi atas sebab-sebab yang mak tak nak explain.

"Ish takyah la balik. Mak dengan ayah kamu sihat je kat sini. Ada apa-apa nanti mak call le kamu"
Tu je la jawapan yang selalu diberikan, kadang-kadang buat aku serba salah. Yelah dah pun aku anak lelaki tunggal dalam keluarga. Nak harapkan adik perempuan dengan akak aku tak boleh la juga.

Malam ni aku buat keputusan untuk tutup pintu, tutup langsir. Agak berkuwap bilik sebab tiada angin yang berlalu masuk dan keluar. Nekad, aku mahu tidur dengan sempurna.

Beberapa hari lepas semasa aku baru dapat mimpi pelik tu, aku kerap terjaga. Dan dalam terjaga tu, aku terperasan sesuatu di tepi pintu aku since dulu aku tidur buka pintu. 

Nampak macam kain putih. Kain siapa lak tertinggal luar bilik aku? Aku hanya perhatikan dari sebalik bantal yang aku tutup kepala. 

Tapi lepas tu, kain tu macam bergerak. Ah sudah... macam...macam kain melompat... makin lama makin dekat pula masuk bilik. Bila lebih kurang 2 meter dari tilam aku, benda tu stop. Aku pun tunggu je la dia buat apa, mulut dah terkedu dari sebarang bacaan. Bau busuk makin lama makin menceroboh lubang hidung. 

Bedebuk!! Sekali benda tu jatuh baik punya selari dengan muka aku yang dok intai dari celah bantal tadi. "Warghhhh!!! Poconggg!!!!" aku jerit dalam hati. Mata aku terus tutup rapat-rapat. Mulut aku paksa baca ayat-ayat suci. Dengan izin Allah, bacaan dapat keluar dari mulut dan benda tu terus hilang. 

Start hari tu lah aku serik nak tidur buka  pintu. Kalau tidur pun akan mengiring ke arah kanan since pintu di sebelah kiri. Tingkap pun sama. Kot-kot tengah tidur, ada benda lalu, nak jawap apa? Orang tengah lalu? Orang boleh terbang la eh sampai tingkat 6? Hohohoh tobat-tobat!

Aku tahu benda tu still ada dok perhati tapi paling tidak dia dah tak boleh nak dekat sangat dah, hari ke hari aku cari bahan-bahan penghalau yang paling basic paling tidak. Cuma bila dia tak dapat kacau cara tu, dia akan guna cara lain seperti buat bising ketuk pintu.

"Tok...tok...tok..." pintu bilik aku kena ketuk pukul 2 pagi sedangkan teman serumah aku time tu bercuti, ada yang kerja shift malam.
"Tok...tok...tok..." sekali lagi pintu diketuk. Aku buat-buat tak dengar tapi dalam hati tengah kecut perut.

Hari berikutnya, aku tampalkan sticker surah empat Qul, ayatul Qursi pada pintu bilik. Dah tak dengar dah benda tu main ketuk pintu. Tapi dia ubah lak main ketuk pintu lain. Haram betul! Pastu pergi dapur dengar lah bunyi periuk berdentung dentang. Lantak! Yang pasti aku takkan keluar dari bilik ni, belum waktunya.

So malam ni persediaan rapi aku dah buat. Aku buat solat hajat, solat sunat taubat sekali mohon perlindungan dan baca Yassin sekali. Sebelum aku baring, surah empat Qul dengan ayatul Qursi pun baca sekali lagi. Garam, limau, kacang dan beberapa bahan masakan ada aku letakkan berhampiran. Kot la diperlukan. Paling tidak, ada benda yang mereka lemah, sebab apa benda ciptaan Allah pun pasti ada kelemahan masing-masing.

Alhamdulillah... tidur aku lena sampai ke subuh...

Tapi... ada benda yang cuba menghampiri bila aku bangun nak solat, dekat luar bilik aku lihat penuh dengan cacing-cacing yang dah mati dan membusuk. Astaghfirullah... aku terpaksa bersabar, lagi sehari je lagi aku akan balik kampung. Aku nak tahu cerita sebenarnya, kenapa aku seperti diganggu? Mimpi pun dapat, real life pun dapat, adoi...

bersambung...