Followers

Thursday, September 30, 2010

9 bulan pertemuan pertama


Jantung aku entah kenapa berdegup sama semakin laju... Nak pergi ke tak nak? Ah persetankan je la, kenapa aku perlu takut or malu? Bukan ke selama hari ni, aku memang dengan sikap dingin aku yang tak kan menyesal dengan apa yang terjadi. Apa yang dah terjadi dah pun berlaku. Past is past...

"Nanti saya ambil awak" mesej masih lagi masuk ke dalam inbox aku.
"Hati-hati, hujan di Shah Alam" balasku.

Aku bergegas mematikan komputer, masuk ke bilik dan menukar baju. Terpandang beg kamera, hendak bawa ke tak? Bawa lah, dah lama tak ambil gambar. Dan dah lama aku tak ambil gambar si dia.

Ya, petang bertarikh 30 September 2010, aku bakal bertentang mata dengan si dia setelah 9 bulan tak pernah bersua. 9 bulan yang penuh dengan drama dan cerita dan 9 bulan yang pertama kali aku cukup kosong.

Sementara menunggu si dia, aku memikirkan sejenak, apalah yang aku nak bualkan nanti? 9 bulan hanya perkabaran melalui SMS dan call yang jarang. Sangat jarang. Aku jadi fobia kepada panggilan, dia tidak suka  ber SMS, dan makanya masing-masing membisu.


"Dah sampai" mesej kali ni ibarat seketul batu jatuh dari langit menghempap kepala. Hati dah tak keruan, tapi otak masih ingin bersikap selamba. "Be cool, be who you are. Be who you used to be, but not in the relationship" otak berkata.

"Hai" mata kami bertentang. Dia tak jauh bezanya seperti yang aku kenal sebelum ini. Cuma mungkin ada perbezaan dari segi gaya. Apa yang dapat ku perhatikan, itulah dia gadis yang aku kenal dulu. Seperti baru semalam aku menaiki kereta yang sama.

"Nak makan di mana ya?" dia menghentikan lamunan aku.
"Tak kisah mana-mana pun boleh" balasku pendek.
"Seksyen 7?" dia bertanya.
"Boleh je, tapi tak bz ke sana?" tanyaku pendek.
"Tak kot..."
"Oooo..."
Perbualan terhenti, dia fokus memandu, aku fokus memandang langit, ke luar, ke mana saja yang boleh mataku larikan.

Perbualan kami tak panjang. Pendek-pendek, dan banyak berhenti. Seperti baru kenal, gaya percakapan pun masih lagi sopan, tiada lagi gurau mesra. Dan perbualan tamat apabila dia berhasrat untuk stop makan di KFC.

Aku hanya pesan set burger sebab balik nanti akan makan malam lagi. Dan di atas kerusi empuk dan meja mempertemukan mata kami bertentangan. Agak janggal sebenarnya. Secara peribadi aku dah lama tak tenung mata seseorang, jadi mata aku hanya dibiarkan meliar melihat ke sana sini.


Perbualan masih sama. Aku bertanyakan aktivitinya, dia juga begitu. Dia bertanyakan perkembangan fotografi  aku dan menyarankan aku untuk ambil job wedding, Aku hanya mampu tersengih, takpelah mungkin dia tak berapa faham perihal dan politik dunia fotografi bagaimana. Ada DSLR dan sedikit ilmu tidak memungkinkan aku untuk terus berada di dunia wedding photography. Ianya perlu latihan dan pendedahan. Job bukanlah caranya, kerana silap langkah kita akan terima padah yang lebih buruk. Sebaiknya menuntut dahulu ilmu dari guru-guru yang berpengalaman baru terima job wedding. Pendek kata, kena praktikal baru boleh mohon kerja.

Abaikan cerita tu. Kembali semula kepada cerita asal. Perbualan kami masih di tahap selamat, di mana masing-masing mungkin menyembunyikan sesuatu. Tapi, aku tidaklah menyembunyikan segala-galanya. Ada hint yang aku berikan namun tidak dia sedari. 


Tak tahulah samada dia sedar atau tidak yang aku masih simpan dan pakai cincin tanda kami. Cuma kedudukan cincin tu aku dah ubah atas sebab hukum dan size yang tak muat. Banyak kali jugalah aku cuba tunjukkan kot-kot la dia perasan.

Dalam tengah-tengah makan dia cerita perihal dia ingin membeli kereta. Aku hanya dapat kagum dalam hati. Tapi baguslah untuk dia. Tiba-tiba aku terasa kami ibarat langit dengan bumi. Boleh bertemu tapi tidak akan bercantum. Ada gap di tengah-tengah yang membezakan kami. 

Saat dia menghantar aku balik semula, mata dia agak keberatan untuk memandang aku. Entahlah, aku just tengok je la sampai kelibat kereta dia pun mula beransur-ansur hilang dalam kesesakan kenderaan dari pelbagai arah.

Satu masa dulu, kami ibarat isi dengan kuku, tapi sekarang, nak berborak pun dah takde idea. Gelak pun masih gelak biasa, panggilan dah bertukar... segala-galanya seperti insan baru berjumpa.

Aku sangat gembira dapat jumpa si dia. Paling tidak rindu aku terubat walau sebagai kawan. Tapi aku tak puas hati kerana keakraban 3 tahun ditarik sehingga kami seperti orang asing yang berbual. Dan aku agak sedih, bila terpandangkan cincin, satu benda yang aku tak sanggup nak buang (bukan masanya lagi).

p.s: Gambar si dia aku tak dapat upload, sebab tuan badan tak bagi, katanya gambar dia tak lawa. Tapi dia mana pernah tak lawa di mata aku =)


KB vs SN (Pre Wed Angkasawan Negara)

Peh....


Tu yang termampu aku keluarkan dari mulut lepas tengok sedikit snapshot atau gambar sebalik tabir untuk photoshoot pre wed Dato' Sheikh Muzafar dengan Dr. Harlina.

Sebab apa aku kagum?

Saiful Nang (SN)
KukuBesi (KB) gambar asal di kukubesi.com
Sebab bila aku tengok barisan photog, krew-krew dan yang tolong support cukup buat aku respect diorang ni. Gabungan terbaik antara SN (Saiful Nang) dan KB (KukuBesi), SukaBumi, team CandidSyndrome, team Empayar KukuBesi dan lain-lain memang bikin gempak habis Bukit Broga.

Buat yang tak berapa nak kenal, SN dan KB adalah dua nama yang cukup dihormati dan disegani di persada seni fotografi Malaysia. Dan bila mereka berdua bergabung konsep dan idea serta skill dan cara fotografi masing-masing, hasilnya lebih hebat.

Aku tak dapat nak postkan gambar sebab tu salah dari segi sisi undang-undang. So buat yang nak tengok snapshot ni boleh tengok dekat Facebook SaifulNang atau KukuBesi. Yang official release time kawen la kot. 

Facebook KB SINI
Facebook SN SINI

p.s: seronok, kagum dan respek gila dekat dua big boss ni, mungkin cara dan pandangan berbeza, tapi minat dan misinya sama, untuk menaikkan nama Melayu di persada seni fotografi dunia.

Wednesday, September 29, 2010

Stingy minded


Posting kali ni aku ingin menegur sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih lagi di dalam ulitan mimpi dan zon selesa.

Pernah dulu aku bercerita kepada member yang aku nak beli OS original (OEM), tapi ada yang mempersoalkan dan ada yang memperkecilkan niat aku. 

"Alah, pakai pirated sudeyy, jalan gak kan komputer?"

Aku tahulah pakai pirated software memang akan jalan juga komputer, tapi tak banyak benefit yang dapat. Lepas tu, kalau tak reti jaga banyak kali kena format, kena virus la, system crash la dan macam-macam lagi. Lagipun salah ke kalau nak beli ori?

Then, one time aku luahkan juga hasrat nak beli AV yang banyak dijual sekarang ni. Still kedengaran suara yang sama. Membuatkan aku terfikir, bukanlah mahal sangat pun AV original. Paling murah boleh dapat RM30 per year. Nak dibandingkan dengn DVD pirated yang dibeli dengan harga paling murah RM15, tapi tak confirm bebas benda asing lain.

So bila aku beli laptop baru, aku nekadkan diri, paling tidak pun aku kena pakai OS ori dengan AV atau IS yang ori untuk mengelakkan benda-benda remeh jadi leceh. Tak sayang ke beli komputer mahal-mahal tapi pakai pirated OS dengan AV atau IS? Dua benda ni dah la kira core dalam komputer, AV atau IS ibarat sistem pertahanan badan. Nak guna pirated? Belum tentu dapat semua benefitnya, dan bila crash nak kena install baru? Dalam setahun berapa kali nak format dan install baru? Last-last komputer pun dah makin teruk.

Tapi tu kisah student life, pada aku boleh dimaafkan la sebab rata-rata student takdelah mampu sangat. Tapi bila dah kerja, duit dah berkepuk-kepuk, dah boleh makan tempat mewah, dah ada kereta, takkan still komputer peribadi nak pakai OS pirated?


Aku bukanlah orang yang tegar dengan barangan ori. Cuma pada aku kita kena reasonable la kan, ada benda perlu beli yang pirated contoh software yang harganya riban-riban macam Adobe semua tu. Tapi setakat nak beli OS yang harganya paling mahal pun RM500, AV/IS paling mahal RM100, berapa la sangat dari gaji kalau bulan-bulan dapat RM3k kan? Bukannya kena bayar ansuran tiap-tiap bulan pun.

Software satu hal. Yang ni untuk barangan hiburan yang lain seperti CD music, DVD cerita, baju, beg, kasut dan lain-lain. Kalau mampu pada aku, tak salah beli original. Bukan nak menunjuk sangat cuma ada sebab kenapa ianya mahal. Tang niat tu sendiri mau ingat la kan. Kalau memang nak menunjuk-nunjuk memang takkan kekal lama la, ada je masalahnya nanti.

Pendek kata dari aku, bila dah bekerjaya hentikanlah sikap barangan percuma ni. Sampai bila kita still nak semuanya percuma? Hidup bermaruah sikit la kan, no pain no gain. 

Tuesday, September 28, 2010

Pertemuan syaitan?


Buat yang dah tengok, mesti teringat ayat tu.

Buat yang tak tengok lagi, boleh lah pergi tengok. Agak interesting filem ni sebenarnya. Oh ye, filem apa? Filem Devil arahan Shyamalan (betul ke aku eja?).

Aku tak terlintas pun nak tengok cerita ni sebab mula-mula nak tengok magika, tapi sebab ramai yang kata best, so aku jadi curiga. 
Dan curiga tu membuatkan aku tak mengantuk sebab sepanjang filem ni ditayangkan, aku dok teka siapalah pembunuhnya. 

Nampak sangat filem ni berjaya menipu aku bila aku sangkakan yang orang ni jadi pembunuh tapi...
nilai kejutan dalam filem ni memang sangat best. Korang takkan sangka langsung siapa yang membunuh siapa. Kalau nak difikirkan logik, korang memang takkan dapat teka. 

Sebab itu lah yang aku cuba aplikasikan melalui penghayatan yang tinggi. Tapi sebab cerita ni ada unsur-unsur  mistik, so serius korang takkan dapat teka. Kalau teka pun, mesti bukan based on logik tapi lebih kepada nasib semata-mata. Sebab setiap orang ada alibi dan sejarah silam masing-masing, so sesiapa pun boleh jadi.

Cerita yang mantap, agak bersahaja tetapi memang membuatkan korang tertanya-tanya. Even aku sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa begitu?

So overal aku bagi 4 bintang untuk filem ni.

Cuma buat yang perasan filem ni based on religious. Di mana Syaitan itu sendiri akan menyiksa mental dan fizikal sebelum mereka mencabut nyawa seseorang. Tapi dalam kepercayaan Islam kita sendiri, urusan takdir dan nyawa semuanya adalah kerja Allah yang memerintahkan malaikat. So janganlah percaya bulat-bulat cerita ni. Nanti ada lak yang takut naik lif sebab risau terjadi macam dalam filem. Sepatutnya kita lebih percayakan Allah, hanya Dia yang berkuasa dalam dunia ni.

Ok enough with review filem...

Aku nak sambung sedikit tentang luahan dan pendapat aku tentang satu cabang fotografi yang semakin nak naik dekat Malaysia.

sumber; Google

Maaf aku tak tahu istilah, so aku guna istilah BM je la ye. Ramai photog memanggilnya seni tapi pada aku ianya tidak lebih dari sekeping gambar yang sekali pandang orang akan kata lucah.

Sejak dari aku mengenali apa itu dunia fotografi, aku tak berapa berkenan sangat untuk mengambil gambar-gambar model yang seksi. Sebab pada pandangan aku, boleh ke? Boleh ke dari sudut kita seorang muslim? Tapi sebab ramai yang masuk dalam bidang ni, aku tak boleh cakap apa la, lagipun ini hanya pendapat peribadi.

So kalau model seksi pun aku dah tak berapa berkenan, apatah lagi model yang tanpa seurat benang?

Apa bezanya gambar begini dengan gambar dalam majalah Playboy? Pada aku sama, cuma dalam majalah tiada elemen seni yang digarapkan seperti penggunaan tona, hidden message, penciptaan mood dan lain-lain. Tetapi...

Andainya kita memberi sekeping gambar satu susuk badan perempuan tanpa baju yang menampakkan segala jenis auratnya kepada orang ramai, cuba perhatikan komen mereka. Berap orang je yang akan teliti maksud disebalik? Rata-rata yang aku lihat lebih memberi komen lucah bermadah seperti "berdarah hidung", "geramnya", "superb!!!", "marvelous" dan lain-lain. Adakah ini yang kita nak sampaikan?

Aku bukan nak kondem, tapi andainya kita sebagai photog adalah lelaki tulen, tak ke terangsang nafsu melihat aurat wanita? Yang seksi pun boleh terangsang, ni kan pula yang hanya tutup itu dan ini dengan telapak tangan aje... Sekali dua boleh la tahan, bila dah lama-lama, agak-agak siapa yang kontrol? Kita atau syaitan?

Sepatutnya kita tak perlu nak terikut-ikut sangat style barat yang menggap bogel adalah seni, dan bogel itu indah. Kerana apa yang mereka eksploitasi adalah tubuh wanita. Ada ke orang nak berkarya seni guna lelaki bogel? Mungkin ada tapi boleh dibilang je la. Kalau tengok advertisement mereka pun banyak menggunakan elemen wanita untuk melariskan sesuatu.

Kita harus ingat, seandainya kita ingin menjadi photog, jadilah photog muslim. Banyak lagi cabang yang boleh diteroka yang tidak membabitkan penggunaan model wanita seksi. Landscape, still life, wild life, sports, photojournalism dan lain-lain. Pilihan telah diberi kenapa kita tidak pilih yang lebih memberikan manfaat?

Pendapat aku hanya satu nasihat, kerana kita mencari rezeki biarlah halal dan berkat. Kerja halal tapi rezeki tak berkat, tak guna. Sumber tu la yang kita nak beri anak-anak isteri makan?


p.s: perbetulkan niat kenapa pegang kamera? jangan jumudkan minda hanya kepada satu bidang yang sempit sedangkan pilihannya luas bak lautan





Adakah korang perasan?


Pernah tak korang masuk satu kedai, lepas tu ada orang ikut dari belakang, dok tengok je korang buat apa? Apa perasaan? Korang mula-mula buat tak kisah kan tapi lama-lama mesti rasa rimas. Nak tengok tu tak senang, nak belek ni tak senang, nak sentuh pun orang dok tenung je.

Then bila dah keluar, korang mesti nak menyumpah kan?

@#$%$%@%!!!! BODOH!


Then sekali lagi aku bertanya, pernah tak korang pergi jalan-jalan shopping complex, tiba-tiba ada orang tahan. Pot pet pot pet promosi benda yang korang tak nak. Sibuk bercakap non stop suruh langgan la, ambil la apa la seperti kad kredit dan sebagainya sehingga sanggup dok ikut korang jauh meninggalkan booth diorang?

Mula-mula manusia akan tolak secara baik, tapi bila dok hinggap lagi macam langau, mesti annoyed kan? Mesti rasa nak keluar semua ayat dan jenis bahasa suruh diorang paham "AKU TAKNAK LA BODOH!".

Ada gak tu, sama macam yang kes awalan tadi tapi yang ni lagi annoying sebab, ikut satu hal. Dok tenung tambah lagi dok bising-bising suruh beli. Pantang usik sikit, beli la beli la. Baru nak bincang dengan family or suami, isteri, kekasih, dan-dan diorang ni menyampuk suruh beli. Rasa nak lempang kan?


Yang ni lain sikit. Kita datang masuk, dia still dekat reception desk. Kita nak tengok barang yang dalam laci berkunci or barangan yang tinggi, still diorang ni dekat reception desk. Kita berdehem-dehem or batuk kuat pun diorang still dekat reception desk. Last-last, buat yang tak sabar either blah atau sindir terus je...

"NAK BERNIAGA KE TAK NAK? KALAU TAK NAK SILA TUTUP KEDAI"

Yang ni aku dah pernah kena. Rasa bukan nak lempang je, tapi nak buat uppercut sekali dengan siku libas tomoi bagi mampus. Korang tengah jalan-jalan, lepas tu dari jauh diorang dah tarik korang ke booth. Sebab korang baik hati, dengar la kejap kan sebab ayat pemula dia 
"Takpe bang, dengar je dulu, tak nak beli takpe, sila bagi saya 5 minit".

Dan korang pun dengar la dan angguk je la tanda setuju. Tapi bila 5 minit dah berakhir, korang mula memberikan alasan untuk tidak membeli produk mereka dan menolak secara baik. TAPI...
Si bahalol ni pula macam dok paksa-paksa beli barang, mula kerut-kerut muka. Dan kalau korang ni baik hati or lurus bendul macam aku beli je la sebab tak nak gaduh. Tapi kalau korang ni jenis baran, memang dah tergolek dog dah si bahalol itu.

Samada korang perasan atau tidak, setiap kedai or produk ada cara untuk mempromosikan hasil mereka. Ada yang sangat aktif dan ada yang sangat pasif. Ada yang terlebih protektif sampaikan pelanggan rimas nak masuk kedai. Pernah dengar istilah CCTV? Pernah lihat pengesan tag yang tidak dimatikan? Aku rasa itu lebih mesra alam dari dok membontoti pelanggan.

Kalau kedai makanan, selain makanan dan kebersihan, servis juga memainkan peranan untuk mempromosikan kedai dan makanan tersebut. Kalau makanan sedap tapi servis lembap nak mampus, orang akan datang tapi dengan perasaan yang marah dan suasana kedai akan sentiasa tegang.

p.s: customers always right!

Sunday, September 26, 2010

Kenangan mee segera

Siapa yang tak kenal Maggi?

Mee segera, sebut je aku rasa mesti korang pernah makan. Kalau yang tak pernah makan tu, apa boleh buat kan.

Mee segera, makanan ruji untuk orang-orang yang tak berduit. Ye ke?

Dulu mungkinlah kot sebab sebungkus mee segera jenama Maggi baru 40-50sen je time aku sekolah menengah dulu. Tapi sekarang? Sebungkus dah dekat seringgit.

Persoalannya, larat ke nak melantak tiap-tiap hari mee segera? Dahlah dengan tekak orang melayu memang perlukan nasi, nak melantak mee hari-hari aku rasa mau muntah. Tapi kalau dah sengkek tak boleh nak buat apa la. Telan je la janji perut tak lapar.

Mee cawan, popular time sahur di 7E

Aku start kenal mee segera once diperkenalkan oleh mak aku. Ayah aku jenis tak makan mee segera, so kalau masak kami bertiga je la makan. Aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang aku tak pernah dapat buat the exact mee segera Maggi kari macam mak buat. Even benda yang sama tapi cara masak dan rasa tetap lain. Rindu gila nak makan mee macam dulu-dulu.

Masuk sekolah menengah, aku belajar masak mee segera dalam baldi la, dalam bekas kole la dan lain-lain melalui rakan-rakan asrama. Gila seronok walaupun rasa tak sedap mana pun. Pernah sekali member aku ajak makan Maggi kari macam makan keropok. Just bubuh perisa dalam plastik Maggi yang dah hancur mee nya, then goncang dan makan. Nikmat! Aku ingat lagi masa tu peperiksaan akhir tahun dah habis, kelas dah takde buat apa, tapi stil kena datang. Pergi kelas, bawak walkman melalak, main UNO, main pakau, merayau-rayau then bila nak waktu balik pergi kedai depan sekolah beli Maggi. Zaman sekolah tersangat best!

Masuk U, mee segera dah macam-macam jenis. Dah ada pula mee segera goreng. Mee segera tapi takde kuah. Boleh tahan juga la ikut brand. Ada la beberapa kali member puji aku masak mee segera goreng best la hape la, walhal aku tau tu trick diorang malas nak masak. Bukannya susah sangat pun, rendam mee dalam air panas, dah agak-agak lembut sikit tos je la. Kalau dah rendam mee lepas tu pergi main Need For Speed, memang la mee akan jadi besar-besar jari, confirm tak sedap.

Hati-hati membeli mee segera kurang ternama, takut non halal

Benda alah ni la juga teman paling setia kalau orang Islam nak melancong ke negara yang susah nak cari makanan halal. So ianya bukanlah makanan orang takde duit pun lagi, ianya adalah makanan optional. Tu belum masuk bab bulan puasa bila orang tak puasa dapat mee segera pun jadilah kan.

Dek kerana tu lah berlambak-lambak kemasukan mee segera yang halal and non halal. Dari Maggi sampailah ke Mee Udang Ho Liao! kalau pergi supermarket, ada section khas untuk mee segera je. 

Tapi janganlah makan banyak dan kerap sangat sebab benda ni still junk food. Banyak preservative dan MSG yang boleh memudaratkan kesihatan. Pernah dengar dulu-dulu orang kaitkan makan Maggi banyak sangat nanti rambut cepat gugur dan kepala boleh jadi botak?

p.s: Nak sedap makan mee segera goreng, mee yang direbus tu diangkat awal sedikit dari waktunya. Dan pada sosnya pula diletakkan sedikit minyak bijan, konpem sedap dan pejal.

Saturday, September 25, 2010

Respek


Dalam sistem kekeluargaan aku la, kalau menyebut "aku" di dalam konteks sesama ahli keluarga, memang dapat habuan la, paling tidak rotan atau tali pinggang.

Dan dalam keluarga aku, tradisi panggilan along, angah, uda, teh, usu or adik masih diteruskan untuk mewujudkan sebuah pertalian yang harmoni dan saling menghormati.

Dek kerana ianya menjadi adat keluarga, maka ianya berlarutan sehingga kami dewasa dan sedikit pun tidak kami tukar perbualan antara kami adik beradik walaupun jarak umur hanya selang 2 tahun. Aku masih dipanggil adik walau hakikatnya aku dah besar panjang dan boleh menjadi bapak orang. Saya digunakan antara kami sekeluarga dan kadangkala pada suatu masa dulu orang akan keliru mengingatkan yang aku dan akak aku adalah pasangan kekasih atau suami isteri.

Tapi itu satu pengajaran yang bermakna, sebab dek kerana panggilan itulah aku menghormati akak aku walaupun masak dengan perangai dia yang kadangkala boleh bikin meletup hati. 

Tiba-tiba aku melihat ke generasi baru yang aku kenali melalui alam maya yang dikenali Facebook.

Dari gaya ber aku kau, macam umurnya sebaya atau jauh lebih tua dari aku. Namun apabila dilihat kembali, tarikh lahirnya agak pelik dan gambar-gambarnya tiada satu pun menunjukkan mukanya yang tua seperti aku. Malah muka ala-ala boyband Exist yang popular suatu masa dulu adalah.

Tapi tulah, still bercakap dan lagak macam orang dewasa. Mencarut memaki hamun dan macam-macam lagi mengalahkan orang dewasa. Sampai pernah aku panas hati juga la tengok status si budak lagak ni. Kalau sebaya mahu ajak bertumbuk tetapi kenang tengok muka budak lagi, aku rasa kalau dok cakap depan muka aku camtu, aku sepak je kasi tune sikit mulut tu supaya cakap elok-elok.

NO MANNERS! Aku doakan anak sedara aku tak macam tu bila dah besar. Kalau perangai macam tu mahu aku balun sampai lembik.

Bagi aku, penggunaan aku adalah untuk orang-orang sebaya, muda setahun dua kira adatlah ber aku kau. Tapi bila jarak umur lebih dari 5 tahun dan ke atas, pada aku eloklah yang muda ni beralas sikit cakap, tak salah pun kalau cakap saya dan hormat mereka dengan panggilan abang/bro or akak/sis. Biarlah mereka yang lebih tua ber aku kau sebab itu adatnya. 

Kes ni lain bila kita dah rapat dengan seseorang. Penggunaan aku lebih sesuai untuk menunjukkan keakraban itu sendiri tapi kalau tidak rapat pun nak ber aku kau seolah-olah kurang hormat pada mereka-mereka ni.

Apa pun ni hanya pendapat aku, lain orang lain caranya, tapi begitulah aku. Biar hormat orang dulu baru orang respek kita balik. Kalau awal-awal dah buat taik, nak expect apa orang balas dekat kita?

p.s: Berani panggil cikgu atau pensyarah "kau" "aku" je? 

Friday, September 24, 2010

Kenapa gambar blur?

Pernah tertanya tak kenapa gambar korang selalu sangat blur? Adakah kerana tangan korang shaky? Atau sebab kamera tu tak hebat? Atau perlukah korang tukar kepada DSLR so gambar akan senantiasa hebat dan tidak blur langsung?

Salah satunya mungkin sebab kamera, yang tiada sistem penstabilan imej seperti IS di dalam Canon dan VR dalam Nikon. Sebab lain mungkin sebab korang menggunakan setting yang salah sekiranya menggunakan manual mode. Atau mungkin kamera korang mempunyai range ISO yang rendah, dan apabila environment kurang cahaya seperti pada waktu malam, ISO yang sedia ada masih tidak boleh membolehkan gambar untuk menerima cahaya yang cukup dan disebabkan itu, kamera terpaksa merendahkan shutter speed yang mengakibatkan gambar akan jadi blur.

Tak paham?

S.speed (1/125), Aperture (F5.6), ISO 100

Ambil contoh begini. Di dalam kamera DSLR terdapat penerangan mengenai shutter speed, bukaan aperture dan ISO (sekiranya menggunakan manual, jika auto ISO akan terpapar AUTO) pada skrin LCD nya. Ia mungkin ada pada kamera kompak dan mungkin tiada, bergantung kepada jenis model. Sehubungan dengan itu jika hendak membeli kamera pastikan kamera tersebut boleh ditukar settingnya paling tidak kepada tiga bahagian utama ini di dalam Manual mode. Yang pertama adalah ISO, yang kedua adalah shutter speed 1/? dan ketiga adalah bukaan aperture (f).

Gambar ni still blur even nampak mcm sharp, setting aku shutter speed 1/10
(kira slow boleh sebabkan gegaran tangan) on D60
Setting yg sgt tinggi tp still blur on my kompak FujiFilm. Sila perhatikan ISO 1600
noise (bintik-bintik) sudah terbit.

Sekiranya kamera korang ada setting begini yang boleh ditukar secara manual, maka korang boleh setkan shutter speed supaya tidak terlalu rendah. Mengikut seorang guru fotografi, untuk mengambil sebuah gambar yang sharp memerlukan shutter speed tidak di bawah daripada 1/125. 

Abg iparku punya Canon 550D, lebih MP, dan boleh coop dalam ISO yg sgt tinggi,
gambar still lawa.

Tapi bila korang lajukan shutter, ia akan effect pada penerimaan cahaya pula. Di sini ISO dan bukaan aperture memainkan peranan. Semakin rendah ISO semakin tinggi kualiti gambar dan kurang noise tetapi gambar akan semakin gelap dan vice versa. Begitu juga dengan bukaan aperture, sekiranya semakin kecil nombor, bukaan menjadi semakin besar maka lebih banyak cahaya boleh masuk, namun semakin besar nombor, bukaan menjadi semakin kecil maka sedikit sahaja cahaya boleh masuk menerusi lens.

Menukar kamera kompak kepada DSLR mungkin tidak berguna jika korang tak paham basic tentang ISO, Shutter speed dan juga aperture. Gambar boleh jadi blur dan tidak menarik jika tidak tahu mengenai asas fotografi. Tetapi dalam dunia DSLR diberi banyak mode yang memudahkan untuk korang memahaminya, dan itu adalah salah satu kelebihan DSLR disamping boleh menukar lens.

Nasihat aku, kalau nak invest dalam kamera beli kompak yang berkualiti, jangan beli kompak sebab ianya murah. Beli sebab ada banyak kelebihan. Kalau tak, simpan duit invest dalam entry level DSLR dan belajar asas fotografi supaya setiap gambar yang korang ambil tak mengecewakan, paling tidak boleh dipandang dan boleh diprintkan untuk beri dekat orang.

next time, kenapa DLSR adanya external flash?

Emas dan lelaki

Aku tengah menyemakkan mata melihat-lihat setiap bait perkataan yang menarik yang ditulis oleh kesemua rakan-rakan facebook ku.

Memang menarik, tapi hukumnya haram, so buat apa?

Tiba-tiba aku terpandang akan satu status sorang mamat ni. Bunyinya seperti begini...

"hukum memakai emas adalah haram bagi lelaki, tapi jika ada jam tangan mewah yang mempunyai bahagian yang emas, apakah hukumnya?"

Bukan nak tunjuk pandai, tapi aku komen setakat mana yang aku tahu je la. Nak bagi dalil sekian-sekian memang bukan bidang aku, tetapi setahu aku emas dalam apa-apa form pun tetap haram bagi lelaki. Dan aku komenlah begitu, namun dia membalasnya pula.

"Oh ye ke, mintak tolong tunjukkan mana sumber yang mengatakan ianya haram walaupun emas campuran".

Terdetik di hati aku, lah... internet punya luas. Masa punya banyak, takkan setakat benda camtu pun aku nak kena google kan? Tapi sebab kenang dia dah minta, aku carikan juga dengan keywords cincin suasa lelaki haram.

Cari je la jenama lain, bukan tak boleh tanya yang non gold punya watch

Keputusannya? Berderet-deret orang tanya Ustaz Zaharuddin la, Ustaz Azhar la, ada yang berbincang dalam forum dan lain-lain. So aku ambil yang paling terbaik dan aku copy pastekan linknya.

Namun sebentar kemudian, dia kembali membalas...

"tu tulis kalau kandungan emasnya lebih banyak dari perak so memang haram dan bla bla bla..."

Sekali lagi aku terdetik hati, tapi hanya mampu terdiam je la. Akak aku yang ketika tu masuk bilik aku kejap ternampak pun beri pendapat yang sama. Emas tetap haram dalam apa bentuk bagi lelaki. 

Jam aku Casio G-shock je, tu pon model lama

Aku hanya balas di wallnya, tu sebahagian dari link je, nak tahu lebih try la google. 

Mungkin ramai yang tak tahu, emas walau sedikit pun kuantitinya tetap haram bagi lelaki kerana itu bukanlah barangan lelaki tetapi perempuan. Walau apa pun alasan kita, jam tangan mewah bukanlah alasan untuk kita memakai emas. Untuk apa? Nak berlagak? Tukar saja lah jenama lain, aku rasa berlambak lagi jenama jam tangan mewah yang tidak menggunakan emas pun.

Suasa, sumber; google

Suasa, nama mungkin familiar tapi jangan tertipu sebab suasa adalah campuran emas dan perak maka menghasilkan sebuah warna yang agak kemerahan. Banyak pendapat alim ulama mengenai suasa, namun disarankan adalah lebih baik ditinggalkan kerana yang sunnah adalah memakai cincin perak bagi lelaki.

cincin perak, sumber; google

Aku sendiri dulu pernah ada dan pakai cincin emas putih. Time tu memang tak tahu, sebab ingat lelaki tak boleh pakai emas kuning je. Tapi bila dah tahu, aku terus tanggal dan cincin tu sekarang ni aku bagi mak aku je.

Moral di sebalik cerita ni, kalau kita tak tahu, belajar dan kena terima hakikat walaupun ianya dah sebati dengan kehidupan kita yang dahulu. Mungkin ada banyak benda yang kita masih jahil tentang agama yang kita masih anggap remeh tapi benda tu berdosa bila dibuat.

p.s: pakai cincin di jari telunjuk dan jari hantu berdosa dan haram. cincin hanya boleh dipakai pada jari manis dan kelingking sahaja. begitu juga inai di kuku or jari, hanya boleh buat perempuan ketika KAHWIN sahaja.

Thursday, September 23, 2010

T-shirt for sale



KB kembali lagi dengan T-shirt. Buat yang tak tahu KB ni apa kebenda, KB adalah KukuBesi, seorang photog, pakar manipulasi gambar, guru dan apa-apa je lah. Senang cerita, kalau berminat dalam dunia photography dan graphic and design Malaysia korang mesti akan tahu gak dia ni siapa.

Untuk yang tak berminat nak tahu tapi berminat nak beli T-shirt keluaran dia ni, boleh la tengok info tu. Aku ni just tukang sebar je, takdo dapat untung hapa-hapa pun, just nak share je la kalau-kalau korang berminat. Aku, of coz le berminat cuma duit je yang tak berapa nak hade ni.

Tapi korang jangan risaula sebab t-shirt ni takde gambar kamera, tak tulis pasal photog or apa-apa la, so takdelah korang rasa macam 'eh aku bukan photog bley pakai ke?'. 

Bab harga tu aku tak boleh nak komen la, nak tahu lebih lanjut boleh tanye tuan empunya badan iaitu KB sendiri tapi yang aku tahu kedua-dua gambar atas t-shirt tu adalah hasil seni dia sendiri, satu dari hasil fotografi dan satu lagi seni lukis. Dan satu lagi bab t-shirt ni, yang aku pernah beli dan pakai memang confirm best la, bukan jenis kain murah-murah punya. Tak caye? tak caye try la beli dan pakai sendiri hehe.

p.s: Ada lagi t-shirt yang nak dijual, tapi takde info lanjutan mengenai harga, kalau ada nanti aku letak lagi...

Wednesday, September 22, 2010

Pelan jangka panjang




Dalam banyak-banyak bidang fotografi, yang paling aku minat mungkin ada beberapa, salah satunya food fotografi, landscape, dan still life. Sebab bidang ni kadang kala tak perlu nak keluar rumah pun boleh ambil gambar, cuma perlukan kreativiti.




Tapi aku masih fail dalam candid, portraiture (ikut model dan background), group photo dan juga wild life. Yang ni perlukan setting dan perancangan yang teliti untuk  mendapatkan gambar yang terbaik tanpa perlu diedit secara berlebihan.

InsyaAllah buat waktu terdekat dan tahun depan, aku ada perancangan untuk meluaskan lagi ilmu fotografi dengan travel satu Malaysia. Nak join? Sila la, aku bukan pakar pun, just jalan-jalan makan angin sambil bergambar.