Followers

Wednesday, June 30, 2010

T-shirt Rare Achung


































Yang inikah? Atau...




































Yang inikah? Atau...

Ketiga-tiganya sekali? Peh hangus wallet aku hahaha...

p.s: bro KB, pinjam gambar, nak promot aje hehe (jangan maraa aaa)

Tuesday, June 29, 2010

Editing gambar


Hari ni aku nak cerita pasal editing. Editing ni aku rasa ramai yang tahu serba sedikit sebab paling simple editing yang boleh digunakan pun dengan software Photoscape. Guna yang ni pun dah cukup sebenarnya untuk menghasilkan gambar yang lebih menawan.

Cuma kadang-kadang Photoscape ni ada kelemahan dia tersendiri iaitu ada sesetengah point gambar akan nampak ketara editingnya.

So samada korang nak kurangkan dari point tersebut atau korang boleh cuba software lain.


Bagi aku sendiri yang belajar editing through Photoscape, ianya simple cuma ada hadnya. Dan apabila sampai hadnya kita mahukan yang lebih, dan di situ aku mula mengenali Adobe Photoshop Elements. Sekarang ni yang the latest adalah Elements 8 yang dibekalkan sekali dengan Adobe Camera Raw.

Elements mungkin tidak sehebat Photoshop CS4 atau yang terbaru CS5, tetapi ianya sudah memadai untuk mereka yang mahu belajar basic editing kerana elements agak mudah digunakan. Since aku tak pernah guna CS, sebab aku hanya ada Photoshop 7 yang agak oldskool jadi aku lebih prefer kepada editing yang lebih simple. Lagipun aku ambil gambar just hobby dan kenangan. Kalau nak bisnes, still kena guna CS.


Selalunya editing aku akan digabungkan antara Elements + Photoscape. Tapi since aku dah ada Adobe Lightroom 2 (the latest is 3), aku lebih teruja menggunakan Lightroom untuk menghasilkan lebih banyak tone-tone yang menarik kerana terdapat banyak unsur-unsur kawalan yang boleh dimanipulasikan. Dekat sini aku nak tunjukkan perbezaan antara editing menggunakan Photoscape dengan Lightroom.
editing guna Photoscape

editing guna Lightroom

editing guna Photoscape


editing guna Lightroom

editing guna Photoscape

editing guna Lightroom

So untuk mereka yang rajin dan suka mengedit tone, aku syorkan untuk cari software Lightroom. Senang je nak guna bila dah biasa. Try gabungkan Lightroom + Photoscape, mesti lebih menarik gambar korang.

p.s: Photoscape tetap terbaik kerana ia dah ada preset tone, ada frame, ada font yang pelbagai (outline/non outline) cuma untuk yang lebih baik boleh pelbagaikan dengan software lain kecuali korang memang genius CS hehe. (Untuk yang tak tahu, Photoscape ada RAW converter, jangan main-main)

Monday, June 28, 2010

Nor @ II

"Hati-hati naik, pegang tangan abang tu" Ustazah Normah mengarahkan anak muridnya supaya berhati-hati menaiki trak tentera. Taska telah dibekalkan dengan tiga trak tentera dan beberapa pegawai pengiring untuk memastikan keselamatan murid-murid.



Aku salah seorang yang sangat jakun melihat trak tentera yang sebegitubesar. Seronok!! Yelah, kebanyakan cita-cita kanak-kanak seperti aku mahu menjadi polis, tentera dan bomba kerana nampak cool dan segak.
"Huiyoooo!!" aku masih melopong melihat keluasan ruangan trak ini.
"Best?" seorang abang tentera yang aku lihat namanya Zuhrie bertanya.
"Best!!!" balasku sambil menunjukkan tanda bagus.
"Kitorang dah bosan" katanya sambil tersengih.

Trak bergerak laju meninggalkan kawasan taska dan kini sudah pun berada di atas jalan besar. Aku masih lagi melihat sekeliling. Bergoyang-goyang dek kerana jalan raya yang berlubang dan tidak rata. Namun kerana semangat yang kuat nak pergi berkelah ni, apa pun ok.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Sebuah kawasan sungai ber air terjun bernama Lanting. Turun dari trak, kami diarahkan beratur dan berjalan dalam barisan, biasalah untuk mengelakkan dari ada yang tercicir.

"Nor!" satu suara yang nyaring datang dari arah belakang kami.
"Sarah" aku membalas.
"Best ke naik trak?" tanyanya padaku.
"Besttt!! Rugi la awak tak naik sama. Eh masuk barisan la" balasku.

Kami diarahkan untuk menyeberangi sungai melalui jambatan gantung. Since ini bukan kali pertama aku ke sini dan melaluinya, aku tidaklah takut sangat, cuma bila ramai sangat orang ia mudah beralun. Ramai juga yang menjerit ketakutan, takut jatuh ke dalam sungai. Tapi sungai tu bukan dalam pun, memang kawasan untuk kanak-kanak mandi-manda dan bermain air.

Sampainya kami di tempat yang telah pun ramai ibubapa dan orang dewasa lain turut serta. Aku just seronok bermain-main bersama Rizal and the gang. Time makan, kami share makanan yang dibawa bersama dan ustazah-ustazah turut menyumbang makanan lain. Aku lebih seronok kunyah keropok kawanku, Gerrer atau nama penuhnya Mohd Ali Gerrer. Gerrer berketurunan half malay half Jerman. Dan raut wajah serta susuk tubuh dia agak berbeza dari kami tapi dia baik.

"Nor, ayah awak pesan suruh balik dengan kita nanti" Maisarah memberitahu kepadaku.
"Ooo ye ke? Yelah kalau macam tu" aku mengangguk.
"Jomlah, ayah saya dah sampai tu" katanya sambil menunjukkan kepada arah Pakcik Fuad.
"Em ok, tapi kena beritahu ustazah dulu, karang dia risau" kataku.

Di taska, kelibat abah dengan kakakku telah pun kelihatan. Aku terus berlari pergi ke kereta abah setelah mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Fuad.
"Nor, petang karang keluar main tak?" Maisarah bertanya.
Aku hanya menganggukkan kepala. Abah masih lagi berborak sesuatu dengan Pakcik Fuad.
"Best ke dik pergi sana?" along bertanya.
"Best! Rugi along tak ikut" jawapku.
"Nak ikut tapi abah ada hal tadi" kata along sambil menutup pintu kereta.

Suatu hari, Ustazah Normah memanggilku ke hadapan. Aku termangu tak tahu kenapa.
"Nor, untuk majlis penyampaian nanti, ustazah nak Nor masuk persembahan pantun boleh?" tanyanya.
"Em pantun macam mana tu ustazah?" aku kebingungan.
"Pantun dia begini..." ujarnya sambil menunjukkan aku ayat dan gayanya sekali. Aku hanya perlu berlatih dan mengingati gayanya.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ibubapa dan orang ramai mula mengerumuni dewan majlis daerah untuk menyaksikan majlis penyampaian sijil tamat taska. Aku berada di belakang pentas, bersiap sedia untuk melakukan persembahan. Agak gatal rambutku kerana pagi tu abah membawaku untuk pergi gunting rambut, sesuatu yang aku tak suka sangat.

Mungkin bunyinya agak pelik tapi itulah aku, apabila mesin potong rambut itu mengenai bahagian tengkuk aku, membuatkan aku geli dan tak boleh duduk diam. Maka ada sedikit luka dekat tengkuk dek pergerakan tu. Tengah-tengah dok menggaru, giliran kami untuk berpantun pun tiba. Lepas sorang demi sorang, tibalah turn aku. Agak gerun sebenarnya sebab tak pernah dalam hidup aku buat persembahan depan orang ramai. Tapi alhamdulillah pantun aku berjaya dilaksanakan.

Kini, aku dah boleh masuk sekolah rendah yeay!!!

Darjah satu tiada banyak bezanya dengan life di taska, cuma environment baru, cikgu baru, pelajaran baru dan uniform baru. First day aku di sana, aku tidak kekok seperti sesetengah murid-murid yang masih perlukan bantuan ibubapa untuk temankan mereka. Dan lebih seronok sebab kebanyakan rakan-rakan di taska adalah di dalam kelas yang sama. Rizal dan Gerrer pun ada.

"Nor, awak kelas 1 Pandai?" Maisarah menegurku.
"Haah, awak pun?" aku bertanya kembali.
"Emm, banyak budak taska kita dekat sini kan" Maisarah meninjau sekeliling.
Aku mengangguk. Suasana masih lagi hingar bingar kerana guru kelas masih belum masuk.

"Ehem!"
Semua murid-murid berhenti membuat bising dan kembali ke tempat masing-masing.
"Bangun! Selamat pagi cikgu!" seorang murid bersuara.
"Pagi, duduk" kata guru tersebut.
"Saya cikgu kelas ni, murid-murid boleh panggil saya Cikgu Zainab" katanya.
"Ok sebelum kita mulakan kelas, lebih elok kalau kita berkenalan dulu rasanya kan" Cikgu Zainab mempamerkan senyuman untuk menghilangkan perasaan resah dan takut sesetengah murid-murid.

Bermulalah sesi memperkenalkan diri dan sampai giliran aku.
"Nama saya Nor Alias Bin Kamaludin. Tapi boleh panggil Nor" kataku lantang.
"Oh! Kenapa Nor? Kenapa bukan Alias?".
"Sebab maknanya baik cikgu, jadi tak salahkan cikgu?" jawabku tenang.
"Em ye, terima kasih, boleh duduk" Cikgu Zainab tersenyum manis.

Hari-hari seterusnya agak menarik kerana aku tak pernah belajar A,B,C di taska since kami diajar alif, ba dan ta. Kadang-kadang kedengaran juga rungutan mak tentang aku dimasukkan ke taska, tapi aku tidak paham pun. Hasilnya aku agak sedikit ketinggalan namun itu semua sementara aje lah. Darjah satu banyak mana sangat pun belajar nya kan.

Tapi aku bersekolah di situ tak lama apabila aku kena bertukar sekolah ke daerah lain di Pahang. Agak sedih sebenarnya tetapi apa kan daya untuk kanak-kanak seperti aku untuk lebih mengerti akan makna SEDIH itu sendiri.

Mungkin aku sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang aku dah ngam bersama. Tapi untuk keluargaku, ada kesedihan lain yang terpaksa mereka tanggung lebih-lebih lagi mak.

Tahun yang sama jugalah kami kehilangan seorang anggota keluarga iaitu along. Along disahkan meninggal kerana brain tumor yang mana mengikut kata doktor peluangnya adalah 50/50. Kalau bedah mungkin hidup tetapi akan cacat sepanjang hayat, atau kalau tidak dibedah akan meninggal.

Aku dan angah tidak tahu menahu sangat perihal sakit along sebab kebanyakan waktu pergi berubat hanyalah mak dan abah. Sampailah ke peringkat pembedahannya di Hospital Kuala Lumpur, aku masih lagi berlari-lari ke sana-sini bermain kejar-kejar.

Sehinggalah suatu hari, ramai saudara-mara datang ke rumah dengan wajah yang sedih. Aku masih lagi dungu hendak mengerti apa itu kematian. Segala-gala perabot telah pun beralih tempat untuk menyiapkan proses memandikan jenazah, mengkapankan dan menyolatkan jenazah.

Aku, angah dan beberapa rakan serumah masih lepak di rumah jiran sambil mendengar lagu. Tiba-tiba seorang daripadanya yang paling tua melarang kami mendengar lagu.
"Along kan meninggal, takkan la korang dengar lagu juga time macam ni" katanya.
Aku hanya diam tapi masih lagi tak mengerti apa-apa.

Di rumah, suasana sangat hening dan hiba dengan semuorang menangis termasuklah mak. Abah, ku lihat dari jauh tengah termenung sambil matanya merah. Abah tak cukup tidur kot?

Sesudah jenazah disolatkan, kami semua pun berangkat ke tanah perkuburan yang telah siap digali. Tanah dikambuskan dan abah turut serta dalam meratakan tanah. Mak dari tadi masih menangis. Aku? Blur...
Saat pulang, mak tiba-tiba tak nak balik, nak duduk dekat pusara along. Terpaksa la dipapah pulang oleh orang ramai.

Seminggu dah berlalu, mak masih bersedih. Aku terdengar ada sedikit pergaduhan antara abah dan mak.
"Anak baru je meninggal, awak nak pergi juga ambil jawatan tu?" suara mak kedengaran.
"Kita cuba la dulu, mungkin ada hikmahnya" suara abah pula kedengaran.

Perlahan hati aku tak tenteram... kenapalah orang dewasa suka bergaduh. Aku buka radio dan kedengaran lagu Sudirman 'Salam Terakhir', lagu feveret along sebelum dia pergi meninggalkan kami. Dan entah kenapa aku merindui along...


to be continue...

Sunday, June 27, 2010

Cerita pada suatu malam

"Z, cuba ko tengok tu, perghhh~!!!" Joe muncungkan bibirnya.
"Yang mana? Maknya ke? Anaknya ke?" Z garu kepala.
"Hish gila ko mak dia nak buat apa. Tu ko tengok tu, mini skirt beb macam dekat Jepun minah-minah sana pakai. Baju baby T sendat lak tu aduhaii..." Joe menjilat bibir.
"Hahaha ko kalau tengok perempuan, tengah makan pun boleh berhenti" Z menghirup kopi.
"Tapi ko rasa minah tu Islam ke?".
"For sure la, tengok la mak dia pakai baju kurung bertudung" Z mengambil seketul donat dari dalam kotak tertulis Big Durian itu.
"Gila! Mak ok je bertudung sopan, anak-anak dah macam foreigner je aku tengok" Joe masih memandang si gadis berjalan meliuk lentok. Mana-mana lelaki yang melihat pasti melihat lebih dari 2 kali.

"Zaman sekarang, biasa lah, mak bapak tak tegur, buat tak kisah dan tak didik dari kecil suruh pakai proper. Anak-anak nak pakai hot pants, legging, nak berkemban, mini skirt bla bla bla pun diorg tak marah." balas Z.
"Kesian la si bapaknya."
"Kesian kalau dia tegur, tapi kalau bapak pun sama buat-buat tak kisah, kena la tanggung dosa-dosa tu. Eh habiskan lah seketul lagi tu. Jom MPH lepas ni" Z mengajak.

"Ko nak cari buku apa dekat MPH?" mereka menaiki escalator sambil Joe ligat memandang gadis-gadis yang lalu lalang.
"Takde pun, saja je aku nak baca majalah free. Tak larat nak beli semua, ni je la caranya" kata Z sambil tersengih.

"Woh kapcai bulan ni, aku lama tak beli majalah ni" kata Joe sambil menyelak setiap halaman.
"Wah, Yamaha keluar model baru la beb. Yamaha Lagenda 115Z! Bentuk dah macam 135 LC je." Z menatap gambar model terbaru dari Yamaha itu.

YL 115 ZR (R for limited edition)

YL 110 ZR

YL 110 Limited Edition

"Peh! Kalah motor ko Z" kata Joe.
"Yelah tengoklah motor aku tahun berapa punya, stok Lagenda selepas SR, upgrade sikit jadikan limited edition. Tapi kalau ko perasan, setiap Lagenda Limited Edition mesti kaler biru. Mesti ada gas absorber dekat rear. Cuma yang 115 ZR ni disc break untuk front dengan rear. Kaw-kaw break nanti. Lepas tu ada LED dekat bawah seat, dekat suis signal dan panel meter baru lawa siot..." ngomel Z.

























"Hahaha dekat RM5.5K beb kalau yang ZR. Mahal tu... mesti lepas ni jadi hot items untuk dicuri, tengok je la" balas Joe.

"Joe, pasar malam nak? Boleh beli makanan ringan sikit" ajak Z.
"Jom! Aku pun teringin nak cari bontot ni" katanya sambil menjilat bibir.
Z memandang Joe.
"Hoi! Bontot ayam lah, ko janganlah ingat aku ni sangap sangat, aduhai..."
"Mana lah tahu, ko dari hari tu asyik tengok bontot perempuan je, pantang bergoyang lebih sikit" Z balas sambil ketawa.
"Salah diorang la siapa suruh tunjuk! Mujur tak 'kena' je dengan sesiapa yang lagi sangap dari aku haha".

"Mak aih ramainya orang" Z menanggalkan helmet.
"Peh, ni orang nak pergi pasar malam ke nak pergi tengok wayang?" Joe melihat kerumunan manusia.

Tiba-tiba sebuah kereta membunyikan hon sekuat-kuatnya. 
"Hoi! Sabarlah, tak nampak ke orang ramai lalu lalang ni. Kalau ko tak nak jam, jangan nak gatal lalu sini, bodoh!" Joe dah keluar ayat pedas.
"Barua! @#$%!!!!" masih keluar ayat-ayat yang tak sepatutnya.

"Dah la, jom cari makanan, lepas tu blah. Aku tak larat nak lama-lama dekat sini" ujar Z.
"Set!".

Tengah berjalan-jalan tiba-tiba ada lah insan ni yang main lanyak je langgar orang, jenis yang tak nak langsung mengela bila bertembung orang lain.

"Mangkuk ayun! Tengah ramai-ramai macam ni pun nak berlagak macam jalan dia sorang je" ngomel Joe.
"Heh biasa lah tu, ada yang jalan tak tengok orag. Ada yang jalan tak ingat orang belakang, ada yang suka buat hal tengah-tengah jalan. Hey macam-macam la, kalau tak sabar rasa nak pukul je semuorang yang bermasalah ni" balas Z pula.

"Hoi, jalan la cepat sikit, kalau nak bermesra tu pergi la hotel ke mana ke, nak mesra-mesra lak dekat tempat orang sesak ni!" Joe dah naik angin bila satu couple depan diorang ni jalan peluk-peluk slow pula tu.

"Encik, derma bantuan bina masjid..." seorang lelaki berkopiah menghulurkan kotak. Mereka berlalu buat tak tahu.
"Hari tu aku pergi bank pagi sebelum bank buka, ada dah spesis dia tu dekat depan bank. Sepanjang hari termasuk hari Jumaat tiap-tiap hari minta derma. Masjidnya jauh pula tu, dekat Kedah la, Perlis la, Kelantan la. Pelik aku" ujar Z sambil mengunyah keropok yang dibelinya tadi.
"Alah apa nak heran, aku dulu ada sorang mamat foreigner ni lagi best. Dia ketuk cermin kereta minta sedekah. Aku bagi la RM5 kesian dia kata tak makan. Sekali dia cakap apa ko tau?" muka Joe serius.
"Dia cakap thank you ke?".
"Haram! Dia mintak RM10, dia kata RM5 tak cukup nak makan. Angin la aku, gila apa, RM5 tak cukup. Apa, nak makan KFC ke mintak RM10. Lepas tu dia blah dia minta orang lain lak. Rasa nak tendang je mamat tu" balas Joe.
"Hahaha memang macam haram. Diorang ni Tuhan bagi kudrat tapi kerja taknak, tau nak minta sedekah je. Eh jomlah blah, makin panas lak sini dengan banyak orang selfish dekat sini".

Saturday, June 26, 2010

Perihal Piala Dunia 2010

Aku sebenarnya dah lama perhatikan kebanyakan member-member di Facebook semenjak berlangsungnya Piala Dunia 2010. Ditambah pula dengan entry member-member blog bercakap pasal perihal bola. Dan satu yang aku perasan, ada jurang perbezaan apabila sembang bola dimulakan tatkala demam makin menjadi-jadi ni.

Mungkin ada yang tak tahu, aku bukanlah hantu bola dan bukan kaki bola sepak. Aku lebih prefer sukan tenis, basketball dan motoGP. Tapi antara ketiga-tiganya pun aku bukanlah fanatik. Sekadar tengok kalau berkesempatan dan main jika diajak.

Lupakan pasal aku, yang aku nak ceritakan ni adalah perihal perempuan vs lelaki bercerita pasal piala dunia. Maaf ini bukan entry bias ke apa, sekadar pandangan dan untuk bahan bacaan aje, so jangan emosi hehe.

Perempuan biasanya akan bercerita pasal bola time-time macam ni lah,  musim piala dunia aje. Jarang dengar perempuan nak ikuti perkembangan bola sepak lepas habis musimnya. Tak seperti lelaki, mereka ada fan club mereka tersendiri dan sanggup lepak mamak nak tengok bola walaupun hari biasa.

Dan kalau dilihat dari segi cakapnya, biasanya lah perempuan akan cakap secara general iaitu "apalah game teruk", "Korea Selatan tetap best walaupun kalah". Kalau ada perincian pun ianya hanya sekadar "Aku sokong Portugal sebab ada Ronaldo". "Jerman hebat sebab Ballack ada".  Tapi kalau lelaki berborak "Kalau aku lah, aku pairkan mid fielder Xavi dengan Iniesta".





Get it? Still di dalam pemerhatian perempuan, mereka masih melihat star-star bolasepak yang hensem-hensem seperti Kaka, Ronaldo, Deco, Ballack, Bekham, Owen dll. So kalau ada star macam Drogba sekalipun jarang la perempuan nak sebut namanya. Atau centre back macam Puyol pun jarang akan bermain-main di mulut mereka.

Abe sorang ni tak minat?

Kadang-kadang lucu juga tengok status diorang di FB. Tak salah, cuma agak lucu sebab mereka banyak sokong kerana ada seseorang di dalamnya bukan kerana yakin pasukan itu boleh pergi lebih jauh. Tambahan pula untuk piala dunia 2010 ni banyak gergasi besar telah kecundang awal dan team yang tak disangka-sangka macam slovakia boleh mara ke 2nd round.

Cuma satu je la nasihat aku, even kalau minat pemainnya, tolong lah tengok berita atau baca paper atau tengok je perlawanan itu, so takde la nampak macam poyo sangat bila bercakap kan. Teringat post sorang member pasal kawannya yang agak poyo nak nampak hebat dan up to date tapi bila dah poyo tu memang susah la.

Teruskan menyaksikan piala dunia, tengok perlawanan bukan tengok pemain hensem aje yeee =)


p.s: aku prefer style Bojan, badan kecik macam Messi tapi skill agak hebat, umur pun muda lagi.

Sekadar teguran bersama

Baru-baru ni aku ada menegur seorang kawan pasal perihal tudung. Sekadar ingin mengingatkan, bukan nak tunjuk pandai dan bukan nak tunjuk alim. Sekadar renungan bersama-sama di dunia yang lelaki hampir pupus dan perempuan yang makin ramai (tapi makin bercampur baur akhlaknya).

Biasa lihatkan gambar ni?

Aku akui aku bukanlah insan yang terbaik untuk memberi nasihat sebegitu tapi paling tidak atas dasar nama seorang kawan, aku terpanggil since aku rasa dia tak perlu buat begitu untuk kebaikannya juga.

Dan aku faham, sekarang ada trend yang sedikit pelik di Facebook di mana ada sesetengah wanita yang bertudung sukal letak gambar free hair mereka as a profile picture. Untuk yang masih letak begitu, ingin aku bertanya, jadi untuk apa anda bertudung litup selama hari ini? Di luar anda kelihatan sungguh manis bertudung, tetapi di dalam alam maya, anda tidak?

Mungkin ada yang kata, ala nampak sikit je pun! Sikit atau tidak masing-masing dah tahu kan bagaimana hukuman akan diberikan? So nilai sendiri usaha yang telah anda lakukan dan benda yang anda lalaikan dalam tak sedar.

Dan ada sejenis lagi trend muda mudi zaman kini yang aku perasan cenderung ke arah wanita. Aku pun tak tahu kenapa? Kalau setakat cam-whoring tu aku tak kisahla sangat, ni yang jenis orang label sebagai 'mulut itik' yang memuncungkan bibir ketika cam-whoring. 

Entahlah mungkin tiada hukum exact pasal benda ni so sebab itulah ianya sentiasa panas di kalangan muda mudi. Cuma pada aku untuk yang dah proper tu, takyah lah buat macam tu. Posing biasa sudah, tak usahlah nak berposing getik macam tu. Kadang-kadang aku tengok rasa nak macam nak muntah pun ada. 

Yes gambar itu hak masing-masing, tapi kena ingat di alam maya ni korang berkongsi info dengan kebanyakan orang yang tak dikenali, so watch out! Bukan semua lelaki niat kawannya baik. Ada yang hanya minat kawan bila gambar profile korang agak sexy (since sexy is very subjective) dan sebagainya.

Jangan tiru kebanyakan artis sebagai model. Unless dia membawa kepada kebaikan. Contoh lebih kurang macam Yuna (not exact the role model, but for artist, dia masih ok walaupun ada juga kurang di sana sini). Sebab apa? Sendiri pikir...


Janganlah ini macam...

Sumber dari google, terpaksa diblurkan untuk tidak mengaibkan sesiapa, sekadar renungan.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." petikan dari Surah An-Nur ayat 31.

Wednesday, June 23, 2010

Nor @


"Siapa nama?" seorang guru perempuan bertanyakan namaku.
"Nor, cikgu".
"Nor? Kamu jangan main-main, kamu lelaki kan?" guru itu merenungku dalam-dalam.
"Iye cikgu, tapi nama saya memang Nor. Nor Alias Bin Kamaludin.
"Ooo, kenapa mak dengan ayah kamu letak nama Nor di depan? Bukankah itu nama perempuan?" guru itu menggaru-garukan kepalanya.
"Entahlah cikgu. Tapi ayah saya kata, Nor tu nama yang bagus, maksudnya cahaya. Dia berharap saya akan sentiasa diterangi cahaya sepanjang perjalanan saya nanti." terangku.

Pelik? Tapi itulah hakikatnya. Sejak aku lahir sampai lah aku mengerti apa yang orang bicarakan, kebanyakan orang akan terkejut apabila mendengar nama awalanku. Ramai juga yang bertanya kepada ibu bapaku, kenapa letak nama awalan anak lelaki itu Nor? Kenapa bukan Ahmad? Muhammad? Ali? Abu?

Jawap ayahku pendek sahaja. Nor itu kan maksudnya baik, tidak terikat kepada perempuan sahaja. Hanya kerana masyarakat lebih menggunakan kepada nama anak perempuan tidaklah bermakna ianya tidak boleh digunakan untuk anak lelaki.

Nur Alias Bin Kamaludin. Umur 5 tahun, ketinggian 0.8m, berat badan 16kg. Tinggal di sebuah perumahan lembaga kemajuan negeri Pahang. Anak bongsu dari 3 adik beradik. Merupakan the only son di dalam family. Itu adalah serba sedikit biodata milikku yang diguna pakai ketika aku didaftarkan masuk ke Taska Abu Bakar As-Siddiq.

Aku masih ingat, 1st day aku di sana, mati-mati aku tak mahu masuk ke dalam masjid yang dijadikan kelas pembelajaran itu. Menangis melalak lah aku di pertengahan jalan antara pintu pagar dan pintu kelas. Setelah puas dipujuk, barulah aku mahu duduk di dalam. Tapi walaupun aku duduk di dalam, otak dan perasaan aku masih mahu balik.

Pembelajaran lebih berteraskan agama Islam dan yang sewaktu dengannya. Aku lebih mengenal abjad-abjad arab dari rumi. Aku lebih diajar menghafaz surah-surah lazim, diajarkan mengenal Iqra'. Tapi dunia kanak-kanak, apa yang aku mengerti?

Satu benda baru yang aku belajar, cara permakanan di sini tidak seperti di rumahku. Di rumah, aku makan di dalam pinggan sendiri. Tetapi di sini, makannya di dalam talam. Makanan di tengah-tengah, dan ustazah tolong mengasingkan mengikut sukatan yang adil. Namun begitu, ada yang tidak mahu makan sangat, jadinya yang tidak habis itu perlu lah dikongsi antara yang lain kerana pembaziran itu saudaranya Syaitan.

Selang setahun lepas itu, aku ditukarkan ke kelas yang lain. Kali ini kelasnya 2 tingkat. Suatu benda yang baru juga padaku since rumahku hanya setingkat sahaja. Di sini, aku berkenalan dengan lebih ramai kawan. Bila ramai kawan, macam-macam ragam lah terjadi.

Zaman tu, antara permainan yang popular adalah tepuk kad. Selalunya kad dijual by keping-keping seperti size A4 dan kita perlu ceraikan ianya menjadi kad-kad kecil. Aku tak pernah tahu pun permainan itu berkonsepkan judi since, kita bertaruh kad. Siapa yang menang, dia dapat banyak kad termasuk yang si kalah. Pernah juga lah aku menangis kerana kalah kesemua kad yang ada.

Perkara yang tak boleh aku lupa apabila aku terberak di dalam seluar tapi aku senyap je. Sampai lah balik rumah, barulah mak aku tahu.
"Ish apa berak dalam seluar ni Nor, pengotor betul."
"Tak sengaja la mak, sakit perut tak berani nak pergi tandas, ada hantu" balasku.
Mak hanya tersenyum sebelum aku dimandikannya sekali. Peh sejuk... hari nak hujan ni.

Satu benda yang pasti, aku sangat takutkan guruh dan petir. Kerana dua benda ini yang selalu buatkan aku menyorok di dalam gulungan tilam atau di bawah bantal sambil menarik selimut. Tapi yelah, time ni aku ada geng dengan angah. Selalu kami memang akan menyuruk cepat-cepat bila ada guruh.

Kerana cahaya itu bergerak lebih laju dari bunyi, maka petir terlebih dahulu akan sampai ke deria rasa kita iaitu mata. Dan sepantas kilat tu jugalah kita akan tutup telinga kerana kebiasaanya guruh akan berdentum sekali. Tidaklah bermakna ianya harus, sebab kadang-kadang kita ingat sudah, tapi belum. 

Tu lah yang kita tak tahu masa kecil-kecil dahulu. Apa yang aku tahu adalah kalau petir, malaikat tengah panah syaitan. Syaitan? Syaitan tu apa? Yang aku tahu hantu adalah. Sejenis makhluk yang mukanya hodoh, dan suka kacau kanak-kanak macam aku.

Tapi aku jenis pendiam so hantu tak kacau sangat. Selalu hantu ni suka kacau budak-budak nakal, ye ke? Entahlah tapi selalu orang-orang tua akan berkata begitu terutama kalau budak-budak yang susah sangat nak balik rumah time senja.

"Hah, main la dekat luar tu. Disoroknya hantu kopek nanti, tau lah kamu!".
"Hantu kopek tu apa pula?" tanyaku bodoh.
"Hantu tu tetek dia panjangggggg... nak tau sebab apa panjang? Sebab dia sorok budak-budak dalam tu la" balas angahku, aku percaya separuh mati.

Pernah ada sekali, aku lihat angah memangkah kesemua patung-patung miliknya. Bila aku tanya.
"Kenapa pangkah patung?".
"Sebab nanti takut patung ni bergerak pada malam hari" ooo aku mengangguk bodoh.

Ada sekali tu pula, aku lihat sudah tiada tanda pangkah tapi huruf arab yang aku kenal Alif, lam, lam, ha.
"Eh bukan ke ni... kenapa pula nak tanda dekat patung?"
"Kita orang Islam kena guna cara kita, pangkah tu bukan cara kita" dan sekali lagi aku masih mengangguk bodoh.

Hari ni di Taska ada sesuatu yang menarik. Taman permainan yang kami dok tengok abang-abang tu bina, dah siap dah. Punyalah seronok semua budak-budak dekat situ. Aku pun seronok sebab kalau dekat rumah, selalu petang-petang aku join geng akak-akakku bermain di taman permainan.

"Wow, ada gelongsor" aku berkata di dalam hati.

"Prappp!" eh aku rasa ada benda yang berbunyi dan sesuatu yang tak selesa pada bontotku. Alamak! Seluar aku koyak. Macam mana boleh koyak ni? Aku pergi balik dekat gelongsor tu, tengok tempat slide tu, eh ada batu batu kecik. Tapi tak boleh nak buang, sebab benda tu bersimen sekali. Tu la last time aku main gelongsor dekat Taska tu. Siapa la yang pergi simen sekali dengan batu, kan sakit bontot orang nak main.

Pada suatu hari, kelas habis awal. Sementara nak menunggu abah datang jemput, aku habiskan masa dengan member-member di tingkat bawah bangunan.

"Tepi...tepi aku punya turn lak" jerit seorang budak yang berbadan agak gempal.
Berpusing tetapi tidak menegak dan akhirnya jatuh. Yang melihat ramai-ramai dok gelak.
"Ok aku lak" aku pun nak cuba juga.
Zuupp! Berjaya landing. Cubaan aku untuk membuat bintang menjadi. Muka dah gembira tahap ke 10.

Kali ni ada pula yang buat pusing dua tangan. Seorang budak yang rambutnya agak flat top, Rizal mencuba. Zupp~! Berjaya!. Aku pun teringin nak cuba. Ambil lajak dulu, lari sepenuh hati dan...

Zuup~!! Klepek~ jatuh tertiarap, tak sempat nak letak kaki. Sakitnya bukan kepalang, mujur lah ada karpet hijau yang sama teksturnya di kebanyakan surau-surau dan masjid-masjid.

Ustazah ada memberitahu, hari Sabtu nanti kita akan pergi ke hutan lipur. Hutan lipur? Apa tu?
"Hutan yang ada sungai yang selalu orang berkelah".
Ooo, bestnya hatiku girang.

"Awak pergi ke nanti?" tanya seorang budak perempuan yang namanya Maisarah.
"Pergilah, awak?" tanyaku pula.
"Pergi tapi saya naik dengan ayah saya kot" balasnya sambil mengemas buku dan dimasukkan ke dalam beg.
"Oh, kenapa tak naik trak?" aku sedang sibuk mengira kad terup.
"Ayah saya tak bagi, risau...".
"Oh...kalau macam tu jumpa di sana saja lah" balasku.

Sabtu, bestnya!!! Naik trak tentera pula tu!!! Wohoooo!!!

to be continue...