Followers

Friday, April 9, 2010

Wawasan

"Sampai bila kau nak hidup macam ni?" tanya Danial. "Tak salah hidup begini, aku tak kacau orang, malah aku tak mengemis dan minta simpati sesiapa. Aku berdiri atas kaki aku sendiri. Aku dapat rezeki dari titik peluh aku sendiri. Apa yang tidak kenanya dengan cara hidup aku?" terang Feroz.

"Yelah sampai bila kau nak membanting tulang empat kerat kau ni? Sampai bila kau nak maju? Sampai bila kau nak dapat hasil lima angka seperti aku?" megah Danial. 

"Sekiranya kau tahu Allah jadikan kita ini bukan semuanya sama, bukan semuanya akan jadi doktor, akan jadi jurutera, akan jadi arkitek, maka kau tidak akan pernah menyesal akan apa rezeki yang kau terima pun" jawab Feroz dengan tenang. "Maksud kau?" Danial masih tidak mengerti.

"Duit bukan segalanya sahabatku" sambil berlalu memegang cangkul di tangan. "Tapi zaman sekarang semua nak pakai duit, kau kena fikir masa depan. Segala-galanya perlukan duit. Setakat kerja yang kau buat ni, apa yang boleh kau didik anak-anak kau?" kata Danial sambil mencebik.

"Kau tahu apa beza anak-anak yang duduk di kampung yang serba kekurangan dan anak-anak yang di bandar yang mewah segala-galanya? Mentaliti, bukan kualiti. Kualiti mungkin ada yang sama seperti yang kita lihat keputusan SPM, STPM. Anak-anak kampung pun boleh dapat straight A seperti anak-anak di bandar, tapi mentaliti mereka berbeza. Kenapa? Sebab duit bukan segalanya. Ya betul kita perlukan duit, tapi sejauh mana duit itu satu keperluan atau kehendak?" kata Feroz sambil mula menghayunkan cangkulnya ke tanah.

"Maksud kau, kau lebih rela tengok anak-anak kau menjadi pengemis dan hidup serba kekurangan?" tanya Danial. 

"Sahabat, seperti yang aku katakan, pekerjaan aku bukan untuk meminta simpati jauh untuk mengemis meminta bantuan. Apa yang kau lihat sebagai kerja taraf rendah ni, jangan kau hina pendapatan kami. Bezanya apa yang kau pilih dan aku pilih berbeza. Cuma keterujaan kita terhadap kerja sama. Mungkin kau di dunia korporat, tetapi aku lebih selesa dengan berbakti kepada tanah dan berpanas berkeringat demi sesuap rezeki yang halal" terang Feroz lagi.

"Kebahagiaan seseorang terletak jauh di dalam sanubarinya. Apa yang dia inginkan, apa yang dia idamkan itulah yang menjadi titik kebahgiaannya. Tapi adakah dengan itu, kebahgiaan secara total akan terhasil? Kau punyai kerjaya yang hebat, selalu ke luar negara, bergaya, hidup mewah tapi adakah kau punyai masa untuk berkenalan dengan diri kau? Orang sekeliling kau? Orang yang kau sayang? Orang yang menyayangi kau? Mungkin kau hanya berkesempatan untuk bersosial dengan orang di sekeliling kerja kau, tapi lepas tu? Manusia sesabar mana pun pasti ada hadnya. Sampai satu tahap, mereka pun dah tak kisahkan kau. Adakah kau punyai masa untuk mereka?" jeling Feroz sambil tersenyum.

"Er...aku...aku... jadi kau punya banyak masa lah?" sedikit gugup Danial.

"Terdapat beberapa sebab kenapa orang yang kau label tidak mahu berjaya ni masih kekal dengan pendirian mereka. Salah satu dari sebabnya adalah mereka mahukan kehidupan, a LIFE. Bukan kemewahan yang akhirnya tiada unsur-unsur kehidupan yang boleh kita kongsi bersama. Kau kena faham, kita di dunia ini Allah jadikan kita berpasangan dan beranak pinak, means that kita tak boleh berseorangan. Gila jadinya kalau kita sendirian. Dan bila kau terlalu sibuk dengan perihal kerjamu dan meminta untuk orang lain faham, tapi akhirnya mereka cukup bersabar dan kau terus mensia-siakan mereka, dan mereka akan pergi mencari insan yang boleh untuk dijadikan teman dan pendamping. Jelas di sini duit takkan bawa apa-apa makna lagi. Kau boleh beli segala-galanya tapi bukan kebahgiaan" penerangan yang cukup panjang lebar dari Feroz.

"Dan tolong lah jangan pandang rendah kerja orang lain. Kita semua bermula dari bawah, kalau bekerja bersungguh-sungguh pun lambat laun kita naik juga. Seperti sebuah tanaman, bermula dari sebiji anak benih, bercambah dan membesar dan akhirnya membuahkan hasil. And kalau kau nak tahu aku tokei kebun ni sebenarnya, tapi sebab aku tak suka bekerja di bahagian pengurusan, so aku join work di sini. Membanting tulang dari titik peluh untuk sesuap rezeki. Aku bermula dari bawah juga. Apa yang membuatkan orang itu maju atau tidak adalah minda mereka, apa yang mereka ingin kecapi" kata Feroz lagi sambil mengesat peluh yang terbit di dahinya.

Danial hanya mampu melihat Feroz berlalu pergi.

No comments: