Sedar tidak sedar bulan ramadhan kian menjelang, ramai siswa/siswi kini sedang menikmati makan siang mereka kerana selepas ini sebulan mereka akan berpuasa. Suasana sudah bertukar rupa, kain rentang menunjukkan iklan sewa tapak untuk bazaar ramadhan semakin rancak. Bau ramadhan juga semakin dekat. Di surau-surau dan masjid banyak mengadakan ceramah perihal manfaat bulan Ramadhan.
Setelah hampir 2 minggu berpuasa, Feez dan Lyena kini turut sama-sama menunaikan ibadah ini. Namun pada hari ini terdapat kelas malam, maka mereka terpaksa memendekkan waktu berbuka dan terus bersolat dan ke kelas semula.
Dengan hanya berbuka dengan lauk yang simple sahaja, mereka bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menikmati makanan yang enak tanpa masalah seperti peperangan, kedaifan dan lain-lain. Dan mereka berbuka bersama 2 orang lagi teman sekuliah.
"Jom kita solat di PI (Pusat Islam) sajalah" seorang teman bernama Zali mencadangkan pendapat. "Bagus juga, kelas start lambat lagi kan?" Feez menambah. Dan oleh kerana masing-masing telah bersetuju, maka mereka pun pergi ke PI dengan kereta Zali.
"Awak, tolong pegangkan handphone saya boleh tak?" Lyena menghulurkan handphone nya kepada Feez. "Awak pegang je la, awak takde poket ke?" Feez bertanya kembali. "Seluan jeans..." kata Lyena sambil menunjukkan seluar jeans yang agak ketat di poket. Malas ingin bergaduh, Feez mengambil handphone dari tangan Lyena.
Sesudah solat maghrib, Feez memeriksa handphone nya takut-takut ada msg atau call. Tiba-tiba terdetik di hatinya untuk melihat isi kandungan handphone milik kekasihnya itu. Lalu dia lihat pada inbox, kebanyakan msg adalah dari dia sendiri. Dia beralih kepada 'Msg send'. Sedang dia meneliti bait-bait ayat itu, sekali dia terpandang nama penerima yang agak familiar di fikirannya. "Takkanlah..." getus Feez.
Lantas dia pun membuka satu persatu msg-msg yang telah dihantar oleh kekasihnya itu kepada seorang lelaki yang juga adalah bekas kekasihnya dulu. Dalam kesamaran lampu jalan itu, Feez menahan sabar walaupun tika itu sedang berbual bersama Zali.
Sesampai kekasihnya, dia lantas memberikan semula handphone itu tanpa apa-apa bicara. Setibanya di kelas, Feez terus keluar dari kereta dan tidak menunggu kekasihnya untuk menahan segala amarah yang kini ingin meletus keluar. Tersedar yang Feez telah membaca msgnya, Lyena lantas terus mengejar sambil memanggil nama Feez.
"Feez, tunggu dulu...Feez jangan macam ni, please..." rayu Lyena. Feez tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Lyena, malah meneruskan langkah kakinya yang terasa berat dan longlai menaiki tangga.
"Awak kata, awak dah takde apa-apa dengan dia. Tapi apa ni? Rindu? Hensem? Apa ni? Nak gambar? Awak nak bagi gambar dekat dia?" ujar Feez sambil menahan marah yang amat sangat. "Tapi kami kawan je..." rayu Lyena sambil menangis. "Kawan? Kawan apa macam tu? Kalau awak single, nak tulis macam tu saya tak akan pernah peduli pun. Habis saya ni sebagai apa? Tunggul?" marah Feez tidak tertahan lagi, lantas dia turut sama berjuraian air mata sedih dengan sikap kekasihnya itu yang diibaratkan menjejaki langkah-langkah kecurangan.
"Dulu masa saya tak bagi awak kawan dah dengan dia, awak marah saya balik. Awak kata saya ni kuat cemburu. Ok fine, saya mengalah dan saya cuba adapt benda tu, saya bertolak ansur sebab lepas tu pun awak still msg dengan dia lagi, saya tahu, tapi saya tak marah. Tapi bila awak cuba membunuh kepercayaan saya dengan ayat-ayat awak tu, buat saya cukup sedih" luah Feez sepenuh hati. "Dulu awak kata dialah punca segalanya, tapi awak still nak sayangkan dia? Walaupun awak bersama dengan saya?" luah Feez lagi.
Konflik drama ini berhenti di situ saja kerana lecturer memanggil mereka masuk kerana kelas akan bermula sejurus selepas itu.
Dia menyangkakan bahawa panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Pada satu hari yang sangat mendung suasananya, pergaduhan antara mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Puncanya? Benda yang sama seperti dulu, Feez menasihati Lyena supaya tidak melayan sangat lelaki-lelaki lain yang bukan kawan rapat. Sekadar ingin bertanya khabar ok la tetapi apabila tugasan Feez sebagai seorang BF telah diambil alih orang lain dan kekasihnya pun melayan, Feez naik angin.
"Bukan saya tak bagi awak berkawan dengan lelaki, tapi awak kena faham apa yang lelaki lihat awak. Takkan terus tengok dah nak berkawan? Saya risaukan awak sebab tu saya bising-bising, banyak membebel taknak awak yang susah nanti. Lagipun saya ni BF awak, kalo saya nasihat pun awak nak melenting, habis siapa yang layak tegur awak?" suara Feez makin meninggi.
"Awak ni suka lah kan meninggikan suara, suka lah kan supaya semua orang dengar? Benci! Saya benci awak!" Lyena mengangkat kaki dan terus kembali ke biliknya membiarkan Feez terkulat-kulat seorang diri.
Satu SMS diterima Feez berbunyi "Pergilah balik, saya takkan jumpa awak dah lepas ni". Feez hanya diam membelek-belek handphone miliknya itu dan membalas pendek "Saya takkan balik, kita settlekan terus benda ni hari ni juga". Hati Feez sayu, kerana bila cakap elok-elok, kekasihnya meninggikan suara. Bila dia meninggikan suara, dia pula dituduh suka marah-marah. Habis bagaimana mahu berbincang?
15 minit berlalu dan akhirnya Lyena turun kembali bersama muka kelatnya. "Hah cepatlah, nak bincang apa lagi?" jerkah Lyena.
"Lyena, awak kena faham kenapa saya tak bagi awak rapat dengan lelaki lain. Bukan saya tak bagi awak kawan dengan lelaki. Kalau saya tak bagi, saya dah deletekan semua nama-nama lelaki dalam handphone awak. Tapi saya tak berbuat demikian kan?" Feez cuba untuk bercakap sehabis baik.
"Tapi bukan saya yang msg diorang pun" Lyena membalas dengan muka mencuka. "Yelah, tapi awak rajin melayan, kalau tidak masakan diorang boleh lagi rajin nak SMS awak walau sekadar nak tanya dah makan? dah mandi? Tiap-tiap malam SMS awak, awak layan. Tapi bila saya SMS awak, awak kata awak nak stadi, awak nak spent time dengan kawan-kawan awak. So?" kata Feez semula.
"Awak tu memang kuat cemburu!" cebik Lyena. "Awak, kalau saya kuat cemburu, saya takkan bagi awak berkawan dengan mana-mana lelaki pun hatta ex awak tu" balas Feez yang sedikit geram. "Saya kawan je la dengan dia, msg hari tu pun kawan biasa je" luah Lyena selamba.
"Kawan apa macamtu? Awak masih nak deny msg hari tu? Kalau awak bagi dekat mana-mana lelaki pun diorang mesti marah punya la" tersinggung akan kata-kata Lyena yang ambil mudah kes hari itu.
"Ala, awak memang nak menang semua benda, so benda-benda cani awak akan perbesarkan la, saya rimas la" kata Lyena lagi. "Apa yang saya nak perbesarkan? Semua benda awak anggap remeh, hal hari itu pun awak anggap remeh, siapa saya ni di mata awak?" Feez sedikit tercabar.
"Yela, remeh la padahal benda ni takde masalah pun bagi saya. Awak yang terlebih react, bukannya saya ni playgirl ke apa ke" kata Lyena selamba. "Tapi saya tak buat pun benda yang sama awak buat, adil ke macamni?" pinta Feez.
"Bosan la dengan awak ni, balik-balik dengan masalah yang sama, kalau awak rasa saya ni jahat sangat, nah ambil balik cincin awak ni!" kata Lyena lantas membaling cincin tanda ikatan mereka berdua ke muka Feez dan terus berlalu pergi.
Seperti mau luruh jantung Feez melihat sikap kekasihnya seperti itu...
to be continued...
No comments:
Post a Comment