Followers

Friday, April 23, 2010

Father and son

Salam,


Hari ni merupakan kali ke-2 aku berjumpa kembali gandingan seorang ayah dan seorang anak lelakinya di masjid negeri, Shah Alam.

Apa yang membuatkan ianya unik sampai aku tulis dlm post kali ini, adalah tentang seorang ayah yang ingin mengajar anaknya tentang solat, dan anaknya yang seolah-olah lebih mendiamkan diri dan tidak mahu mendengar.

Dan untuk ditambahkan lagi uniknya, 2 kali yang aku berjumpa ini pun 2-2 nya kedudukan mereka duduk di sebelah aku, takdir? 

Dan untuk hari ini, aku berpaling sebab aku perasan suara seorang pakcik yang sedikit mengomel tentang solat sunat kepada anaknya. Sah, orang yang sama.

Ikuti perbualan ringkas anak beranak ini (one side je actually)

Ayah: Hei, kenapa tak solat sunat jumaat? (?)

Anak: (Diam membisu di sebelahku. Baru ku      perasan solat sunat jumaat tu adalah solat sunat sebelum solat jumaat, seperti solat sunat sebelum solat zohor)

Sesudah solat jumaat

Ayah: Tadi solat sunat jumaat, ni solat sunat lepas jumaat lak (sambil mengarahkan anaknya untuk turut serta)

Anak: Takpelah, saya tunggu dekat kereta je (sambil berlalu)

Ayah: (Hanya memandang dan menggeleng kepala)

Cerita ini untuk tauladan bersama, untuk yang dah kawen, belum kawen, dah ada anak dan belum ada anak. Korang pikirlah apa mesej tersembunyi di sini =)

No comments: