Followers

Thursday, April 22, 2010

Kasih si anak emak II

*sorry lupa nak letak to be continue dekat part I

"Awak ni call la saya, asyik SMS je" rungut si Lyena. "Bukan saya taknak, tapi kredit saya tinggal seringgit je ni, mana cukup nak call awak" Feez menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Top up la" balas Lyena ringkas. "Awak dah 2 hari tak call saya tau, awak tak rindukan saya eh? Ke awak dah ada makwe lain?". 

"Takdela, saya ada awak je pun. Nantilah saya top up, sementara tu SMS je la dulu ok?" sambil mengeluh Feez membalas.

"Ok, tapi cepatlah sikit ye" suara manis itu masih berbunyi.

"Mak, nak mintak top up boleh?" Feez berat mulut ingin meminta. "Aik, bukan baru 2 minggu sudah mak top up kan RM100?" balas si ibunya. "Em dah nak habis..." kata Feez sambil memandang lantai.

"Hai cepat betul habisnya, nak bermakwe pun janganlah membazir sangat kredit telefon tu" tegur sang ibu sambil menghulurkan dua keping duit kertas RM50 dan memberikan kepada Feez. "Terima kasih mak..." Feez masih tidak berani memandang mata ibunya.

Malam itu, Feez menghantar SMS kepada kekasihnya untuk mengatakan yang dia sudah top up kredit telefon. Selang 15 minit kemudian dia menerima sebuah SMS dari kekasihnya tetapi bunyi mesejnya lain dari yang diharapkan.

"Awak ni nakal la, suka-suka je kata saya ni cantik, tapi saya memang cute pun". Hairan dengan mesej kekasihnya itu, lantas dia menghantar satu lagi SMS menanyakan SMS siapa tu.

"Saya silap hantar, nak hantar dekat kawan saya" balas Lyena dengan nada ceria. "Kawan lelaki ke perempuan?" Feez tidak senang duduk. "Eh awak dah top up? Call la saya" balas Lyena seolah-olah tidak mendengar soalan kekasihnya itu. "Saya tanya, kawan lelaki ke perempuan?"Feez menghantar SMS kepada kekasihnya itu. Senyap tanpa balasan selama 10 minit.

Feez mengambil keputusan untuk menelefon Lyena, namun sesudah 3-4 kali call baru dijawap panggilannya. "Awak pergi mana? Saya hantar SMS awak tak balas? Saya call awak tak angkat?" nada Feez sedikit naik.

"Saya tengah surf internet" jawapnya pendek. "SMS tadi tu awak hantar pada kawan lelaki ke perempuan?" tanya Feez. "Kawanlah, yang awak tanya kenapa?". "Yelah, kawan tu lelaki ke perempuan?" balas Feez tidak puas hati. "Lelaki ke perempuan ke kenapa? Salah ke kalau saya nak berkawan?" Lyena mula meninggikan suaranya.

"Salah tu tidak tapi mesej awak tu kalau boyfriend lain tengok pun diorang akan tanya benda yang sama, faham?!" Feez membalas. "Saya kawan je la dengan dia, kami takde apa-apa pun, awak janganlah nak jealous sangat, bosan la saya dengan sikap awak ni!" Tuttt!!!...  Lyena mematikan panggilan. 

Seperti mahu menjerit dan dihempasnya handphone itu, Feez cuba bersabar. Walaupun dia sangat pantang dengan orang yang suka mematikan panggilan secara tiba-tiba, tapi demi kekasih dia perlu bersabar. Namun ini bukan kali yang pertama baginya. Dahulu begitu juga, dia ditinggalkan begitu sahaja di talian ibarat orang bodoh, lantas dia menelefon balik kekasihnya itu dan bergaduh besarlah mereka sampai Feez meninggikan suara memberi peringatan tolong respek dirinya. Kerana Feez beranggapan ianya tidak adil kerana dia tidak pernah pun berbuat demikian walaupun marahkan kekasihnya itu. Tetapi ianya tidak berhenti di situ, kerana kekasihnya makin menjadi-jadi bahkan menuduh dirinya panas baran dan suka meninggikan suara.

Bermula dari situ, dia cuba untuk mengawal marahnya dan tidak meninggikan suara untuk mengelakkan sebarang pergaduhan yang lebih panjang dan teruk. Tapi kadang-kadang terlepas jua, yelah nama pun manusia, sabar mana pun pasti ada hadnya.

Kini sudah beberapa hari handphone Feez sunyi sepi dari sebarang SMS mahupun call dari kekasihnya itu. Dia pun hanya menunggu dan menunggu adakah kekasihnya itu akan menghubunginya semula? Tiba-tiba dia mendapat satu SMS dari kekasihnya.

"Awk xnak pujuk sy ke? Awk dah xsygkn sy lg ye?". "Ai, dia yang hang up telefon, aku pula yang kena pujuk?" getus hati Feez. "Ok, im sorry k syg?" balas Feez. Tutt tutt... "Mcm x ikhlas je" SMS dari Lyena. "X la, ikhlas la 2" balas Feez semula, namun jauh di sudut hatinya terasa hambar. "Dah la 2 merajuknya k?" Feez membalas lagi. 10 minit kemudian...

"Call me..." SMS terakhir Feez terima malam itu. Dan dia terpaksa akur untuk menelefon semula kekasihnya dan mereka berbual sejam lebih sehingga panas telinga. Perasaan tidak puas hati Feez tempoh hari berkubur begitu saja. Feez menekan *124# di handphonenya dan tertera 

Baki 013*******: RM 70. 25, sah sehingga 12/12/2008

Cuti semester hampir tamat, dan kini semua mahawasisa/siswi bersiap sedia untuk pulang semula ke kehidupan sebagai seorang penuntut universiti.

Feez mendapat panggilan daripada kekasihnya yang meminta pertolongan dia untuk mengambilnya di airport. "Tolongla ye awak? Plzzzz~~!!" kata Lyena. "Awak tak boleh naik cab or limo airport je ke?" Feez cuba untuk menolak secara baik. "Emm takpelah, saya naik cab sorang-sorang je, awak tak perlu nak risaukan pasal saya lepas ni. Ok bye" panggilan diletakkan. "Janglah mac... hello? hello? Arghhhh damn!!!" Feez tersentak lagi.

Selepas setengah jam berlalu, Lyena mendapat satu SMS dari Feez "Ok, sy jemput awak". Dengan wajah ceria Lyena lantas membalas "Thanx syg, beli bunga tau =)" dan SMS dihantar ke hp Feez.

"Aduh kopak aku, kena pinjam kereta mak lagi, duit tol lagi, makan, bunga lak..." getus Feez seorang diri. Malam itu sekali lagi dia terbeban dengan memikirkan apa alasan yang perlu diberi kepada ibunya untuk meminjam kereta dan meminta sedikit wang sebagai belanja nanti. Seorang insan yang lena diulit mimpi dan seorang lagi yang resah dan gelisah memikirkan perihal love lifenya yang kian rumit.

to be continue...

No comments: