Followers

Friday, April 30, 2010

Cover or not to cover

Sebelum korang membaca lebih dalam post kali ini, ingin aku nyatakan bahawa aku bukan prejudis dan diskriminasi tentang apa yang ingin aku sampaikan, hanya sekadar pandangan dan nasihat buat-buat teman-teman, mahu ambil pusing atau tidak terpulang, tapi aku sarankan kita berfrikir sejenak.

Post aku kali ini mengenai aurat, lelaki dan perempuan tetapi lebih kepada perempuan. So korang boleh agak apa isi kandungan yang akan aku sampaikan. Tapi aku bukan hendak menjelaskan berdasarkan hadis atau mana-mana ayat, sebab aku tak reti. Tapi apa yang aku ingin sampaikan ini based lebih kepada apa yang kita boleh fikirkan dengan akal yang Allah bagi.

Aku rasa isu aurat atau tudung vs non tudung ni dah lama. Mostly ulama mengatakan wajib untuk menutup aurat especially dalam pemakaian tudung yang bererti menutup aurat di sekitar kepala, wajah hingga ke bawah.

Dan aku rasa korang pun ada yang dah bosan sebab stigma masyarakat yang memandang serong sedikit untuk gadis-gadis yang non bertudung ni. Oklah aku bukan nak bincang gadis non bertudung pun baik, yang bertudung tak semestinya baik.

Apa yang aku ingin ketengahkan adalah aurat atau tidak, dalam solat mesti tutup aurat. Betul?

Pernah tak korang solat di mana-mana orangnya tidak menutup aurat? Tak pernah kan. Syarat sah solat tu mesti menutup aurat. Means yang perempuan akan bla bla bla dan lelaki bla bla bla (aku andaikan korang dah tahu bab ni).

Ok, sekarang kita tanya diri, kenapa dalam solat aku tutup aurat, di luar solat tidak kita lakukan benda yang sama? Adakah aurat hanya untuk di dalam solat? Kenapa?

Kalau solat kita menghadap Allah, adakah bermakna kalau kita di luar solat Allah tidak perhatikan kita? Jadi adakah hanya perlu menutup aurat hanya ketika solat?

Sekarang kita lihat kenapa kalau kita memasuki tanah haram perlunya menutup aurat dan mestilah Islam. Dan buat yang tidak tahu terdapat sempadan antara kawasan muslim dan non muslim, dan pernah terjadi di kalangan orang muslim yang tidak dapat masuk ke tanah haram, sebabnya wallahualam tapi kita masing-masing teka kenapa.

Buat yang mengikuti berita dunia, sekarang ni banyak sangat ancaman terhadap kaum wanita muslim di Belgium, Perancis dan beberapa negara di sekitar Eropah yang melarang pemakaian Burqa, atau Purdah atau tudung. Ini disebabkan oleh tragedi 9/11 yang dibohongi oleh Amerika bahawa kejadian itu di dalangi oleh orang Islam. Justeru kini makin banyak ancaman terhadap orang Islam di luar negara, dan yang paling teruk kena kesannya adalah wanita Islam. Di sana, mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkan keadilan untuk memakai tudung dan menutup aurat. Tetapi di Malaysia? 

Aku bukan mahu prejudis terhadap gadis non bertudung. Yes amal baik tidak kira bertudung atau tidak. Tetapi harus diingat bahawa hukuman di akhirat yakni rambut akan dibakar tu adalah hukuman Allah, bukan manusia, jadi siapalah kita untuk melawan hukuman tersebut.

Aku banyak terserempak dengan wanita non bertudung yang akhirnya bertudung, dan aku kagum sebab mereka kelihatan lebih menawan bila bertudung. Islam menyuruh sesuatu bersebab, dan tugas kita adalah untuk menelitinya kenapa?

Last but not least, sebelum aku akhiri posting kali ini, aku hendak bertanya, adakah kalau kita mati, kita mati pakai seluar pendek? gaun tidur? skirt? atau rambut boleh di setkan kepada apa jua fesyen?

Jawapannya tidak, kerana kita mati berpakaian, kita mati bermaruah, kita mati berlapis-lapis kainnya dan menutup segala bentuk auratnya. So fikir-fikirkannya...

p.s: buat yang bertudung, kalau pakai baju sendat, seluar sendat, nampak lurah, nampak bentuk yang mengiurkan, so ape gunanya tudung? fesyen? Allah itu Maha Adil...

Thursday, April 29, 2010

Kasih si anak emak III

Sedar tidak sedar bulan ramadhan kian menjelang, ramai siswa/siswi kini sedang menikmati makan siang mereka kerana selepas ini sebulan mereka akan berpuasa. Suasana sudah bertukar rupa, kain rentang menunjukkan iklan sewa tapak untuk bazaar ramadhan semakin rancak. Bau ramadhan juga semakin dekat. Di surau-surau dan masjid banyak mengadakan ceramah perihal manfaat bulan Ramadhan.

Setelah hampir 2 minggu berpuasa, Feez dan Lyena kini turut sama-sama menunaikan ibadah ini. Namun pada hari ini terdapat kelas malam, maka mereka terpaksa memendekkan waktu berbuka dan terus bersolat dan ke kelas semula.

Dengan hanya berbuka dengan lauk yang simple sahaja, mereka bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menikmati makanan yang enak tanpa masalah seperti peperangan, kedaifan dan lain-lain. Dan mereka berbuka bersama 2 orang lagi teman sekuliah.


"Jom kita solat di PI (Pusat Islam) sajalah" seorang teman bernama Zali mencadangkan pendapat. "Bagus juga, kelas start lambat lagi kan?" Feez menambah. Dan oleh kerana masing-masing telah bersetuju, maka mereka pun pergi ke PI dengan kereta Zali.

"Awak, tolong pegangkan handphone saya boleh tak?" Lyena menghulurkan handphone nya kepada Feez. "Awak pegang je la, awak takde poket ke?" Feez bertanya kembali. "Seluan jeans..." kata Lyena sambil menunjukkan seluar jeans yang agak ketat di poket. Malas ingin bergaduh, Feez mengambil handphone dari tangan Lyena.

Sesudah solat maghrib, Feez memeriksa handphone nya takut-takut ada msg atau call. Tiba-tiba terdetik di hatinya untuk melihat isi kandungan handphone milik kekasihnya itu. Lalu dia lihat pada inbox, kebanyakan msg adalah dari dia sendiri. Dia beralih kepada 'Msg send'. Sedang dia meneliti bait-bait ayat itu, sekali dia terpandang nama penerima yang agak familiar di fikirannya. "Takkanlah..." getus Feez.

Lantas dia pun membuka satu persatu msg-msg yang telah dihantar oleh kekasihnya itu kepada seorang lelaki yang juga adalah bekas kekasihnya dulu. Dalam kesamaran lampu jalan itu, Feez menahan sabar walaupun tika itu sedang berbual bersama Zali.

Sesampai kekasihnya, dia lantas memberikan semula handphone itu tanpa apa-apa bicara. Setibanya di kelas, Feez terus keluar dari kereta dan tidak menunggu kekasihnya untuk menahan segala amarah yang kini ingin meletus keluar. Tersedar yang Feez telah membaca msgnya, Lyena lantas terus mengejar sambil memanggil nama Feez.

"Feez, tunggu dulu...Feez jangan macam ni, please..." rayu Lyena. Feez tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Lyena, malah meneruskan langkah kakinya yang terasa berat dan longlai menaiki tangga.

"Awak kata, awak dah takde apa-apa dengan dia. Tapi apa ni? Rindu? Hensem? Apa ni? Nak gambar? Awak nak bagi gambar dekat dia?" ujar Feez sambil menahan marah yang amat sangat. "Tapi kami kawan je..." rayu Lyena sambil menangis. "Kawan? Kawan apa macam tu? Kalau awak single, nak tulis macam tu saya tak akan pernah peduli pun. Habis saya ni sebagai apa? Tunggul?" marah Feez tidak tertahan lagi, lantas dia turut sama berjuraian air mata sedih dengan sikap kekasihnya itu yang diibaratkan menjejaki langkah-langkah kecurangan.

"Dulu masa saya tak bagi awak kawan dah dengan dia, awak marah saya balik. Awak kata saya ni kuat cemburu. Ok fine, saya mengalah dan saya cuba adapt benda tu, saya bertolak ansur sebab lepas tu pun awak still msg dengan dia lagi, saya tahu, tapi saya tak marah. Tapi bila awak cuba membunuh kepercayaan saya dengan ayat-ayat awak tu, buat saya cukup sedih" luah Feez sepenuh hati. "Dulu awak kata dialah punca segalanya, tapi awak still nak sayangkan dia? Walaupun awak bersama dengan saya?" luah Feez lagi.

Konflik drama ini berhenti di situ saja kerana lecturer memanggil mereka masuk kerana kelas akan bermula sejurus selepas itu.

Dia menyangkakan bahawa panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Pada satu hari yang sangat mendung suasananya, pergaduhan antara mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Puncanya? Benda yang sama seperti dulu, Feez menasihati Lyena supaya tidak melayan sangat lelaki-lelaki lain yang bukan kawan rapat. Sekadar ingin bertanya khabar ok la tetapi apabila tugasan Feez sebagai seorang BF telah diambil alih orang lain dan kekasihnya pun melayan, Feez naik angin.

"Bukan saya tak bagi awak berkawan dengan lelaki, tapi awak kena faham apa yang lelaki lihat awak. Takkan terus tengok dah nak berkawan? Saya risaukan awak sebab tu saya bising-bising, banyak membebel taknak awak yang susah nanti. Lagipun saya ni BF awak, kalo saya nasihat pun awak nak melenting, habis siapa yang layak tegur awak?" suara Feez makin meninggi.

"Awak ni suka lah kan meninggikan suara, suka lah kan supaya semua orang dengar? Benci! Saya benci awak!" Lyena mengangkat kaki dan terus kembali ke biliknya membiarkan Feez terkulat-kulat seorang diri.

Satu SMS diterima Feez berbunyi "Pergilah balik, saya takkan jumpa awak dah lepas ni". Feez hanya diam membelek-belek handphone miliknya itu dan membalas pendek "Saya takkan balik, kita settlekan terus benda ni hari ni juga". Hati Feez sayu, kerana bila cakap elok-elok, kekasihnya meninggikan suara. Bila dia meninggikan suara, dia pula dituduh suka marah-marah. Habis bagaimana mahu berbincang?

15 minit berlalu dan akhirnya Lyena turun kembali bersama muka kelatnya. "Hah cepatlah, nak bincang apa lagi?" jerkah Lyena.

"Lyena, awak kena faham kenapa saya tak bagi awak rapat dengan lelaki lain. Bukan saya tak bagi awak kawan dengan lelaki. Kalau saya tak bagi, saya dah deletekan semua nama-nama lelaki dalam handphone awak. Tapi saya tak berbuat demikian kan?" Feez cuba untuk bercakap sehabis baik.

"Tapi bukan saya yang msg diorang pun" Lyena membalas dengan muka mencuka. "Yelah, tapi awak rajin melayan, kalau tidak masakan diorang boleh lagi rajin nak SMS awak walau sekadar nak tanya dah makan? dah mandi? Tiap-tiap malam SMS awak, awak layan. Tapi bila saya SMS awak, awak kata awak nak stadi, awak nak spent time dengan kawan-kawan awak. So?" kata Feez semula.

"Awak tu memang kuat cemburu!" cebik Lyena. "Awak, kalau saya kuat cemburu, saya takkan bagi awak berkawan dengan mana-mana lelaki pun hatta ex awak tu" balas Feez yang sedikit geram. "Saya kawan je la dengan dia, msg hari tu pun kawan biasa je" luah Lyena selamba.

"Kawan apa macamtu? Awak masih nak deny msg hari tu? Kalau awak bagi dekat mana-mana lelaki pun diorang mesti marah punya la" tersinggung akan kata-kata Lyena yang ambil mudah kes hari itu.

"Ala, awak memang nak menang semua benda, so benda-benda cani awak akan perbesarkan la, saya rimas la" kata Lyena lagi. "Apa yang saya nak perbesarkan? Semua benda awak anggap remeh, hal hari itu pun awak anggap remeh, siapa saya ni di mata awak?" Feez sedikit tercabar.

"Yela, remeh la padahal benda ni takde masalah pun bagi saya. Awak yang terlebih react, bukannya saya ni playgirl ke apa ke" kata Lyena selamba. "Tapi saya tak buat pun benda yang sama awak buat, adil ke macamni?" pinta Feez.

"Bosan la dengan awak ni, balik-balik dengan masalah yang sama, kalau awak rasa saya ni jahat sangat, nah ambil balik cincin awak ni!" kata Lyena lantas membaling cincin tanda ikatan mereka berdua ke muka Feez dan terus berlalu pergi.

Seperti mau luruh jantung Feez melihat sikap kekasihnya seperti itu...

to be continued...

Monday, April 26, 2010

Terima kasih sahabat

Salam,


Beberapa hari dah berlalu, FB dan blog aku macam kapal karam. Hilang kapten, hilang anak kapal, terdampar seorang diri. Ingin mencari pelampung yang sentiasa aku percayakan, aku curahkan segala-galanya namun dah dimiliki orang lain.

Dan di saat aku hampir lemas, segerombolan ikan lumba-lumba datang menghulurkan bantuan membawa aku ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Realiti. Berpijak di bumi yang nyata, pelampung itu tidak akan kembali kerna dah ditambat oleh seseorang. Dan andainya pelampung itu diberi pilihan pun ia tidak akan kembali.

Lalu aku menangis tersedu sedan mengenangkan nasib, sendirian dek kesejukan malam, tiba-tiba sang lumba-lumba muncul kembali membawa bersama pelbagai makanan agar aku tidak mati keseorangan. Dan ada yang membuat aksi-aksi menghiburkan selama mana mereka menyuruh aku berhenti menangis.

Kini mereka membantu aku membina sebuah rakit untuk aku teruskan perjalanan mencari sebuah daratan yang lebih bermakna dari mencari pelampung yang semakin hilang itu. Lantas perjalanan itu aku mulakan bersama mereka mengharungi ombak yang ganas dan ribut yang menghujani setiap hari. 

Walau si pelampung pernah berkata padaku, "Usah terlalu percayakan sang lumba-lumba kerana ada antara mereka akan tikam kau dari belakang", tapi aku percaya walau mereka tikam aku dari belakang ianya tak sesakit tikaman dari depan yang aku nampak siapa orangnya.

Terima kasih sang lumba-lumba @ sahabat, kerana menyedarkan aku, membantu aku saat aku kecewa, tertekan dan kesedihan. Hanya Allah yang dapat membalas budi jasa baik kalian. Kerana aku tahu F.A.S.E.O tetap wujud (Friends Always Support Each Other)

ikhlas dari anak kapal yang sesat di lautan, mangsa si pelampung...

Terasing

Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali...

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikata pasangan bahagia
Kini terasing luka

oleh Allahyarham Sudirman 

The truth

Salam


Hari tu aku dah beritahu jangan simpan suatu benda lama-lama nanti berbau juga. So benda ni dah berbau, malah aku bau busuk sangat sampai aku nak muntah!

Well ape-ape pun kebenaran dah keluar, so benda dah NAK settle, cuma aku curious sikit. So sebelum aku buat benda yang bukan-bukan elok kebenaran ni keluar habis-habis. Senang cerita, semuorang hepi. Aku je tak hahaha, PERGI MAMPOS!

Dan satu lagi, tolong jangan main-main dengan aku, pernah tengok kebaikan aku, tapi tak pernah tengok kekejaman aku. Bila-bila masa aku boleh strike balik. 

Aku dah pernah beritahu, berkawan dengan aku, buat baik dengan aku, ok selamat aku akan balas dengan benda yang sama. TAPI...

Buat najis dengan aku, buat palat dengan aku, sori salah orang untuk minta maaf. Aku pun dah bosan dengar maaf dari mulut yang sama, mulut yang banyak berjanji, banyak cakap tapi last-last lu orang tengok sendiri la nanti. 

Akhir kata, lepas ni tolong jangan ganggu hidup aku, dan takyah nak lawat senyap-senyap blog aku yang hina ni (for that person). Ko boleh teruskan hidup di dunia baru ko tu yang sikit pun aku tak iri hati! Adios amigos~!!

Sunday, April 25, 2010

[End]

Salam,


Beberapa hari dah berlalu, blog aku agak emo melayan perasaan sedih bercampur baur. Patutnya aku tak sedih pun tapi atas sebab kenangan dan aku pelik sikap that person membuatkan aku sgt hiba. 

Well seperti yang pernah aku tulis di dalam status FB aku, "Datang bersalam, pergi diam-diam", aku agak terluka sebenarnya ucapan selamat jalan atau selamat tinggal dah takde erti. Yelah, atas dasar sebuah perhubungan yang digelar persahabatan adakah aku tidak layak pun?

Sedih sebab bertahun kenal, bertahun rapat, dan berpisah, aku redha. Tapi atas sebab that person ingin meneruskan persahabatan, aku juga redha dan akur. Tapi malangnya sekarang ni aku tak rasa value tu ada lagi apatah sekadar teman. 

Apa yang aku dapat hanyalah "Hidup perlu diteruskan" di lambakan status aku, dan Im sorry di status dirinya.

Aku redha kalau ditakdirkan dia menemui seseorang dan akan pergi meninggalkan aku, yes aku redha. Aku tahu siapa aku, dan aku takkan pernah paksa orang untuk selama-lamanya terikat dengan diriku jika tidak sudi. TAPI...

Ingin berlalu, sekurang-kurangnya beritahulah, atau paling tidak buatlah seperti aku ini wujud.

Paling tidak sekali dalam seumur hidup lawatilah blog busuk dan hina aku ni, dan tinggalkanlah sepatah dua komen. Sepanjang blog aku ni masih bernyawa, aku tak pernah tengok namanya di sini... yang ada hanyalah teman dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Aku pinta kalau berjumpa aku lain kali, usahlah berikan alasan BZ tu, aku dah muak dengar. Dalam seminggu hidup, takkan takde masa langsung tapi ada masa untuk berhibur, bershopping dan sebagainya yang tak perlu aku mentionkan di sini. Pokok pangkalnya, kalau hati dah tak suka, berilah 1000 jam pun dia takkan peduli lagi.

Akhir kata, 'tahniah' sebab dah in relation, walau aku tak tahu apa makna tersirat atau tersurat, tapi tengokkan gaya aku fahamlah maknanya. Terpulanglah, aku tidak mahu ungkitkan soal kesetiaan, kita masing-masing sudah dewasa, so fikirlah sendiri. Inilah pengakhirannya, terima kasih untuk segalanya.

p.s: Kalau tak keberatan, aku mahu hati ku pulang kembali, U dont deserve to keep it, its not yours forever...

Saturday, April 24, 2010

Merisik khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

Friday, April 23, 2010

Jiwa kacau

Aku nak marah tapi aku tak tahu nak marah pada sape?
Kalau aku marah orang tu pun, adakah ianya berbaloi-baloi? Mungkin aku akan puaskan nafsu amarah tapi kepuasan hanya seketika, tatkala aku keseorang aku akan down lagi.
Aku nak menangis, tapi aku tak tahu aku nak menangis sebab ape? Dan pada siape perlu aku pinta bahu untuk ditangisi?
Adakah tangisan aku kini memberi sebarang erti? Atau adakah air mata aku ini layak untuk dicurahkan kepada insan yang tidak aku miliki lagi?
Aku mengalami jiwa kacau, tapi bila ku pikir-pikir aku je agaknya yang terlebih-lebih, orang tu rilek je. Dan orang lain semakin gembira sambil mengucapkan 'tahniah' kepadanya, dan aku pun mengucapkan benda yang same, tahniah sebab hati ini kau pecahkan menjadi kepingan yang terakhir akan kau lihat ianya berfungsi lagi. So selamat jalan, dan aku tak harap hati ini akan sembuh kembali seperti dulu, dan aku tak harap akan jumpa insan seperti kau lagi.

Andai manusia boleh mengalir air mata kaca atau berlian, aku pilih berlian, biarlah ianya mahal dan susah nak keluar, malah kalau ianya keluar, ianya akan keluar bersama dengan darah yang mengalir pergi meninggalkan si empunya tubuh.

Terima kasih untuk segalanya, maaf ku pinta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Maaf, pertalian ini tidak ada gunanya walau secebis pun kerna dunia kau dan aku amat jauh berbeda kini. Aku hanya ingin damai dan tenang bersama kepingan terakhir yang ku simpan untuk insan yang ku gelar 'sahabat/kawan/member/teman' tapi tidak untuk mu.

Salam terakhir...

Father and son

Salam,


Hari ni merupakan kali ke-2 aku berjumpa kembali gandingan seorang ayah dan seorang anak lelakinya di masjid negeri, Shah Alam.

Apa yang membuatkan ianya unik sampai aku tulis dlm post kali ini, adalah tentang seorang ayah yang ingin mengajar anaknya tentang solat, dan anaknya yang seolah-olah lebih mendiamkan diri dan tidak mahu mendengar.

Dan untuk ditambahkan lagi uniknya, 2 kali yang aku berjumpa ini pun 2-2 nya kedudukan mereka duduk di sebelah aku, takdir? 

Dan untuk hari ini, aku berpaling sebab aku perasan suara seorang pakcik yang sedikit mengomel tentang solat sunat kepada anaknya. Sah, orang yang sama.

Ikuti perbualan ringkas anak beranak ini (one side je actually)

Ayah: Hei, kenapa tak solat sunat jumaat? (?)

Anak: (Diam membisu di sebelahku. Baru ku      perasan solat sunat jumaat tu adalah solat sunat sebelum solat jumaat, seperti solat sunat sebelum solat zohor)

Sesudah solat jumaat

Ayah: Tadi solat sunat jumaat, ni solat sunat lepas jumaat lak (sambil mengarahkan anaknya untuk turut serta)

Anak: Takpelah, saya tunggu dekat kereta je (sambil berlalu)

Ayah: (Hanya memandang dan menggeleng kepala)

Cerita ini untuk tauladan bersama, untuk yang dah kawen, belum kawen, dah ada anak dan belum ada anak. Korang pikirlah apa mesej tersembunyi di sini =)

Thursday, April 22, 2010

Kasih si anak emak II

*sorry lupa nak letak to be continue dekat part I

"Awak ni call la saya, asyik SMS je" rungut si Lyena. "Bukan saya taknak, tapi kredit saya tinggal seringgit je ni, mana cukup nak call awak" Feez menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Top up la" balas Lyena ringkas. "Awak dah 2 hari tak call saya tau, awak tak rindukan saya eh? Ke awak dah ada makwe lain?". 

"Takdela, saya ada awak je pun. Nantilah saya top up, sementara tu SMS je la dulu ok?" sambil mengeluh Feez membalas.

"Ok, tapi cepatlah sikit ye" suara manis itu masih berbunyi.

"Mak, nak mintak top up boleh?" Feez berat mulut ingin meminta. "Aik, bukan baru 2 minggu sudah mak top up kan RM100?" balas si ibunya. "Em dah nak habis..." kata Feez sambil memandang lantai.

"Hai cepat betul habisnya, nak bermakwe pun janganlah membazir sangat kredit telefon tu" tegur sang ibu sambil menghulurkan dua keping duit kertas RM50 dan memberikan kepada Feez. "Terima kasih mak..." Feez masih tidak berani memandang mata ibunya.

Malam itu, Feez menghantar SMS kepada kekasihnya untuk mengatakan yang dia sudah top up kredit telefon. Selang 15 minit kemudian dia menerima sebuah SMS dari kekasihnya tetapi bunyi mesejnya lain dari yang diharapkan.

"Awak ni nakal la, suka-suka je kata saya ni cantik, tapi saya memang cute pun". Hairan dengan mesej kekasihnya itu, lantas dia menghantar satu lagi SMS menanyakan SMS siapa tu.

"Saya silap hantar, nak hantar dekat kawan saya" balas Lyena dengan nada ceria. "Kawan lelaki ke perempuan?" Feez tidak senang duduk. "Eh awak dah top up? Call la saya" balas Lyena seolah-olah tidak mendengar soalan kekasihnya itu. "Saya tanya, kawan lelaki ke perempuan?"Feez menghantar SMS kepada kekasihnya itu. Senyap tanpa balasan selama 10 minit.

Feez mengambil keputusan untuk menelefon Lyena, namun sesudah 3-4 kali call baru dijawap panggilannya. "Awak pergi mana? Saya hantar SMS awak tak balas? Saya call awak tak angkat?" nada Feez sedikit naik.

"Saya tengah surf internet" jawapnya pendek. "SMS tadi tu awak hantar pada kawan lelaki ke perempuan?" tanya Feez. "Kawanlah, yang awak tanya kenapa?". "Yelah, kawan tu lelaki ke perempuan?" balas Feez tidak puas hati. "Lelaki ke perempuan ke kenapa? Salah ke kalau saya nak berkawan?" Lyena mula meninggikan suaranya.

"Salah tu tidak tapi mesej awak tu kalau boyfriend lain tengok pun diorang akan tanya benda yang sama, faham?!" Feez membalas. "Saya kawan je la dengan dia, kami takde apa-apa pun, awak janganlah nak jealous sangat, bosan la saya dengan sikap awak ni!" Tuttt!!!...  Lyena mematikan panggilan. 

Seperti mahu menjerit dan dihempasnya handphone itu, Feez cuba bersabar. Walaupun dia sangat pantang dengan orang yang suka mematikan panggilan secara tiba-tiba, tapi demi kekasih dia perlu bersabar. Namun ini bukan kali yang pertama baginya. Dahulu begitu juga, dia ditinggalkan begitu sahaja di talian ibarat orang bodoh, lantas dia menelefon balik kekasihnya itu dan bergaduh besarlah mereka sampai Feez meninggikan suara memberi peringatan tolong respek dirinya. Kerana Feez beranggapan ianya tidak adil kerana dia tidak pernah pun berbuat demikian walaupun marahkan kekasihnya itu. Tetapi ianya tidak berhenti di situ, kerana kekasihnya makin menjadi-jadi bahkan menuduh dirinya panas baran dan suka meninggikan suara.

Bermula dari situ, dia cuba untuk mengawal marahnya dan tidak meninggikan suara untuk mengelakkan sebarang pergaduhan yang lebih panjang dan teruk. Tapi kadang-kadang terlepas jua, yelah nama pun manusia, sabar mana pun pasti ada hadnya.

Kini sudah beberapa hari handphone Feez sunyi sepi dari sebarang SMS mahupun call dari kekasihnya itu. Dia pun hanya menunggu dan menunggu adakah kekasihnya itu akan menghubunginya semula? Tiba-tiba dia mendapat satu SMS dari kekasihnya.

"Awk xnak pujuk sy ke? Awk dah xsygkn sy lg ye?". "Ai, dia yang hang up telefon, aku pula yang kena pujuk?" getus hati Feez. "Ok, im sorry k syg?" balas Feez. Tutt tutt... "Mcm x ikhlas je" SMS dari Lyena. "X la, ikhlas la 2" balas Feez semula, namun jauh di sudut hatinya terasa hambar. "Dah la 2 merajuknya k?" Feez membalas lagi. 10 minit kemudian...

"Call me..." SMS terakhir Feez terima malam itu. Dan dia terpaksa akur untuk menelefon semula kekasihnya dan mereka berbual sejam lebih sehingga panas telinga. Perasaan tidak puas hati Feez tempoh hari berkubur begitu saja. Feez menekan *124# di handphonenya dan tertera 

Baki 013*******: RM 70. 25, sah sehingga 12/12/2008

Cuti semester hampir tamat, dan kini semua mahawasisa/siswi bersiap sedia untuk pulang semula ke kehidupan sebagai seorang penuntut universiti.

Feez mendapat panggilan daripada kekasihnya yang meminta pertolongan dia untuk mengambilnya di airport. "Tolongla ye awak? Plzzzz~~!!" kata Lyena. "Awak tak boleh naik cab or limo airport je ke?" Feez cuba untuk menolak secara baik. "Emm takpelah, saya naik cab sorang-sorang je, awak tak perlu nak risaukan pasal saya lepas ni. Ok bye" panggilan diletakkan. "Janglah mac... hello? hello? Arghhhh damn!!!" Feez tersentak lagi.

Selepas setengah jam berlalu, Lyena mendapat satu SMS dari Feez "Ok, sy jemput awak". Dengan wajah ceria Lyena lantas membalas "Thanx syg, beli bunga tau =)" dan SMS dihantar ke hp Feez.

"Aduh kopak aku, kena pinjam kereta mak lagi, duit tol lagi, makan, bunga lak..." getus Feez seorang diri. Malam itu sekali lagi dia terbeban dengan memikirkan apa alasan yang perlu diberi kepada ibunya untuk meminjam kereta dan meminta sedikit wang sebagai belanja nanti. Seorang insan yang lena diulit mimpi dan seorang lagi yang resah dan gelisah memikirkan perihal love lifenya yang kian rumit.

to be continue...

Wednesday, April 21, 2010

Kasih si anak emak

"Mak...kalau tak keberatan, saya nak pinjam kereta boleh? Nak ambil barang sikit di rumah sewa" berat mulut Feez ingin berkata. "Oh boleh je, guna la tapi bawa kereta elok-elok" balas sang ibu dengan wajah yang ceria. "Mak kerja apa esok?" tanya Fareez kepada ibunya.

"Mak kerja malam tapi takpelah, mak boleh pergi kerja naik teksi" balas ibunya lagi. Terkedu mendengar jawapan ibunya, Feez serba salah. Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Kekasihnya meminta supaya menghantarnya ke airport keesokan harinya. Tapi Feez jadi berat hati bila mengenangkan yang ibunya terpaksa menaiki teksi untuk pergi kerja. 

Malam itu seperti satu batu yang menghimpit dadanya. Situasi yang cukup membelenggukan dirinya apabila memikirkan perihal kereta itu.

Keesokan paginya, sebelum bertolak, ibu Fareez bertanyakan kepada dia "Bawa kereta elok-elok, duit ada?". Sekali lagi Feez berat hati nak menjawap tapi dia memang kekeringan. "Ni mak bagi RM100, jangan membazir pula. Minyak mak dah isi full tank tu" balas ibunya sambil menghulurkan dua keping not RM50 kepada Feez. Bertambah sayu Feez untuk menerima duit pemberian ibunya itu tetapi dia pun terpaksa.

Sesampainya di kolej, kekasihnya bersungut "kenapa lambat? Tau tak dah lama tunggu ni. Mana sempat nak pergi jalan-jalan dan shopping macam ni". 

"Yelah, takkan la saya nak blah awal-awal, sian la dekat mak saya masak breakfast, tak makan kecik hati orang tua tu. Awak tak boleh bersabar sedikit?" kesal Feez akan sikap kekasihnya itu.

Lyena memuncungkan diri dan seolah-olah tidak peduli akan penerangan Feez, makin Feez berkata makin dia membuat perangai. Feez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan sikap kekasihnya yang telah dikenali lebih dari 2 tahun itu.

Sampainya di pusat membeli belah, Lyena hanya diam dan berjalan menonong sahaja keluar dari kereta tanpa sedikit pun menunggu Feez. Bukan baru sekali tapi dah acap kali diberitahu kepadanya, tolong jangan tinggalkan dia begitu sahaja, perbuatan itu seperti biadap namun tidak pernah diendahkan kekasihnya.

Last-last Feez terpaksa mengalah setelah banyak bersabar "Ok look, Im sorry ok, but please jangan buat macam ni boleh tak?". 

"Baru nak say sorry? Tadi tak cakap pun, asyik membebel je. Nak pujuk orang bagilah bunga" Lyena berkata tapi tidak memandang Feez. "Ok, Ok I'll buy you a flower" balas Feez. "A flower? A rosette would do!".

"Ok, fine" keluh Feez. Lantas dia pergi ke kedai bunga untuk mencari sejambak bunga. "Berapa harga ni miss?" tanya Feez. "RM45 je encik". Hampir nak pengsan tengok harga bunga 4-5 kuntum dengan wrapping semahal itu. Dibelek-belek walletnya, hanya ada RM110 sahaja. Puas dicongak-congak matematik mudah, akhirnya dia akur untuk mengeluaran note RM50 untuk membeli 'sorry' yang akhirnya layu dan dibuang ke tong sampah jua.

"For you my princess, are you happy now?" sindir Feez. "Macam ni la baru la orang sayang, tak merajuk dah" balas kekasihnya itu.

"Jom makan, saya lapar la" kata Lyena sambil menarik tangan Feez.

"Awak nak makan apa?" tanya Feez sambil tersenyum. "Kita makan pizza hut nak?" Lyena membalas senyuman Feez. "Pizza hut? Erkk..." Feez agak risau kerana duitnya tidaklah berapa sangat. "Jomla, kita kongsi duit ok?" Lyena terus menarik tangan Feez tanpa sempat dia membalas.

"Ish awak order macam-macam ni, habis ke? Nanti saya juga yang kena habiskan" ujar Feez. "Sebab tu la gunanya ada BF macam awak, saya tak habis, awak boleh habiskan kan sayang" kata Lyena sambil mencubit lengan Feez. "Pandailah awak, awak makin slim, saya juga makin berisi" Feez mencubit geram hidung mancung Lyena. "Saya memang pandai pun hehe" balas Lyena sambil memeluk erat lengan Feez.

"Saya dah cakap dah tadi kan, tak habis punya. Awak mana makan banyak pun. Saya juga jadi mangsa kena habiskan" rungut Feez. "Ala, awak makankan untuk saya hehe" balas Lyena. Selepas membayar, mereka berdua bertolak ke airport.

"Bye awak, jumpa lagi next sem. Jangan nakal-nakal tau saya takde ni. Saya dapat tau nahas awak!" kata Lyena. "Saya manalah nak nakal, risau awak je. Awakkan banyak sangat kawan lelaki. Tiap-tiap hari ada je lelaki sms awak dan awak pun rajin melayan" nada Feez sedikit tersinggung.

"Awak, mereka tu kawan je ok?" jawap Lyena. "Haah, kawan je, nak take over tugas saya la eh hantar sms tiap-tiap hari tiap-tiap masa, Hi buat apa? Hi dah makan ke? Hi dah mandi ke? Saya pun takdelah nak SMS awak macam tu sekali, saya pun bagi awak ruang dan masa untuk awak buat benda lain" terang Feez. "Kawan je, awak ni. Don't worry ok?" balas Lyena.

Dan dua insan ini terpisah oleh pintu gerbang pelepasan yang membawa diri masing-masing bersama perasaan yang bercampur baur. Terutamanya Feez, dia kini membelek walletnya yang hanya tinggal RM5. Terfikir di fikirannya, "Cukup ke duit ni aku nak bayar tol nanti?"

F.A.S.E.O


F.A.S.E.O?

WTF does that means?

F - Friends
A - Always
S - Support
E - Each
O - Other

Taknak bebel panjang-panjang, korang tengok pun korang pun tahu dan faham, tapi tanya diri korang, korang apply tak FASEO ni dalam daily life korang?

Renung-renungkan kalau korang mempunyai istilah 'friends' atau dalam bahasa melayu rumitnya sahabat, kawan, teman, member, geng dan macam-macam lagi.

Jangan hanya manis di bibir, tidak di hati =)

Monday, April 19, 2010

Change is good

Salam,


Agaknya mesti ada yang pening dengan template aku yang asyik bertukar-tukar aje. Well aku pun bukan nak tukar selalu sangat cuma bila aku rasa dah bosan tengok template yang sama, so kena ubah la sikit (aku pun bukan reti sangat wat template lawa-lawa macam rakan-rakan bloggers yang lain). 

Macam makan juga la, hari-hari makan ayam, bosan jugak kan. Terasa nak muntah satu hari nanti, so kena tukar la makan benda lain juga. 

Kalau dekat rumah mak, dia mesti tukar susunan perabut setiap beberapa bulan untuk beri satu refreshing kepada mata. Its good sebenarnya sebab beri satu nikmat dan aman bila tengok susunan baru. Tak caya, korang boleh try 4 bulan sekali tukar susunan perabut ke tempat lain, ianya memberi kepuasan dan rasa macam duk rumah baru.

Tapi jangan la kerap sangat, bukan tak boleh cuma kadang-kadang tak sempat nak menghayati dah ditukar terlalu kerap, pening lak jadinya.

Sunday, April 18, 2010

Asap?

Salam,


Aku ingin bertanya rakan-rakan sekalian, apa persamaan antara rokok filter dengan rokok daun dengan curut dengan pipe dengan shisha?

Samanya adalah sedut asap.

Yang bezanya? Mungkin dari segi penampilan, saiz, dan tahap merbahaya terhadap kesihatan. Yang pasti menyedut asap adakah sesuatu yang disuruh atau kehendak manusia supaya lebih nampak cool dan hebat?

Tidak lama dulu, seorang sahabat menulis perihal wanita yang smoking. Dan malam ni ada seorang senior photog bertanyakan soalan yang sama di FB cuma yang bezanya dia bertanyakan pendapat tentang wanita menghisap Shisha. Apa yang bezanya? Shisha atau hookah di sesetengah tempat yang originated dari India ini menggunakan arang kayu yang disejukkan melalui cecair berperisa. Short termnya adalah a smoking device!

A common belief among users is that the smoke is significantly less dangerous than that from cigarettes. Doctors at institutions including the Mayo Clinic have stated that use of hookah is equally detrimental to a person's health as smoking cigarettes, and a study by the World Health Organization also confirmed these findings. The water moisture induced by the hookah makes the smoke less irritating and may give a false sense of security and reduce concerns about true health effects.
Each hookah session typically lasts more than 40 minutes, and consists of 50 to 200 inhalations that each range from 0.15 to 0.50 liters of smoke. Reports by the World Health Organization and the American Cancer Society have shown that, in a one-hour hookah session, users consume about 100 to 200 times the smoke and about 70 times the nicotine as they do in one cigarette.
A 2005 study found that water pipe smokers were five times more likely than non-smokers to show signs of gum disease. People who smoked water pipes had five times the risk of lung cancer as non-smokers.
The water used to filter the smoke does not work efficiently to remove all the harmful chemicals.
A study on hookah smoking and cancer in Pakistan was published in 2008. Its objective was "to find serum CEAbidis, etc.), prepared between 1 and 4 times a day with a quantity of up to 120 g of a tobacco-molasses mixture each (i.e. the tobacco weight equivalent of up to 60 cigarettes of 1 g each) and consumed in 1 to 8 sessions". Carcinoembryonic antigen (CEA) is a marker found in several forms of cancer. Levels in exclusive hookah smokers were lower compared to cigarette smokers although the difference was not statistically significant between a hookah smoker and a non-smoker. Also the study concluded that heavy hookah smoking (2–4 daily preparations; 3–8 sessions a day ; 2 hrs to 6 hours) substantially raises CEA levels. levels in ever/exclusive hookah smokers, i.e. those who smoked only hookah (no cigarettes,
sedikit petikan dari wikipedia tentang shisha atau hookah.

Apa yang bezanya menghisap Shisha dan menghisap rokok dari segi attitude?

Hisap Shisha mungkin tidak sesombong penghisap rokok dan sebangang mereka TETAPI motif mereka tetap sama, sedut asap. Dan jangan tak tahu dalam Shisha pun boleh letak tembakau.

Well pada yang nak mencuba Shisha, aku syorkan tak payahlah. Baik duit tu pergi simpan makan makanan yang best-best.

Sakit hati baca posting aku? Sedikit nasihat dari seorang hamba Allah, kalau ada masa cuba renungkan kenapa Allah jadikan kita supaya makan benda yang zahir fizikalnya, dan kita bernafas dengan menyedut sesuatu yang tidak zahir fizikalnya?

Satu sebab, kita adalah manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian. Adakah kita mahu menukar istilah manusia itu kepada Jin, Syaitan atau Iblis?

Ada seribu satu cara untuk kelihatan lebih cool dan menarik tanpa menyedut apa-apa asap pun ke dalam badan kita ni. Dalam sistem biology nya, paru-paru tidak diciptakan untuk meneutralkan gas-gas selain dari CO2 dengan O2. Tapi bila kita sumbat paru-paru dengan CO, maka kita dengan sendirinya ingin merosakkan ciptaan Allah itu sendiri.

p.s: aku ada kawan-kawan yang non smoker yang cool dan jauh lebih hebat dari kawan-kawan yang smokers. Apa rahsianya? Cari kehebatan diri, tak perlu bergantung kepada sesuatu!

Friday, April 16, 2010

Aishiteru sayang Sizuka

Salam,

Hahaha maybe ada yang dah tahu topik di atas adalah petikan dari lirik lagu Oh Sizuka yang dinyanyikan oleh Pop Shuvit. Well apa boleh buat, aku ni laggard sikit haha, dulu ada pernah dengar title ni tapi buat-buat tak tahu je.


Sebut tentang Pop Shuvit, aku mula dengar lagu band yang boleh dikategorikan sebagai rapcore/hiphop ni masa diorang dah popular dengan Skaters Anthem. Time tu pun aku baru je beli 1st MP3 aku, dan lagu pertama diorang yang aku masukkan adalah Old Skool Rocka. Lepas tu cari lagu Journey, diorang kolaborasi dengan Vandal.

Lepas tu dengar-dengar nama diorang dah top gila sampai jadi artis pertama yang meletup dekat luar Malaysia terutama Jepun.

Then dengar lagi lagu diorang naik, Marabahaya yang jadi OST untuk filem Impak Maksima. Time ni aku dah start cari lagu-lagu diorang pakai youtube, then jumpa lagu paling aku suka Freak Show, haha layan vids diorang memang tak pernah mengecewakan. Kali ni kolaborasi dgn Dandee.

Then senyap balik, aku pun takde la nak cari sangat lagu diorang sampai la beberapa hari yang lepas terfikir nak follow balik diorang on FB, haha jumpe dan tengok ramai orang komen Oh Sizuka best. Aku pun cari la youtube dan donwload vids diorang, memang kelakar, smart dan lagu pun best!

Oh ya, lagu Marabahaya dah diremix kan di bawah P.E.A.R (Project East Asian Revolution) di mana menggabungkan artis-artis seperti Slapshock (Philippines), Saint Loco (Indonesia), Ahli Fiqir (SIngapore), Thaitanium (Thailand), and Silksounds (Thailand).

Dan sekarang diorang ada lagu baru yang dinamakan Liar Lara (another BM songs, yeay!).
Well kenapa aku promot diorang? Sebab aku rasa ni antara band yang berpengaruh dan fofuler dan dalam masa yang sama mempunyai ahli yang satu malaysia di mana Moots (Indian), JD (Chineese) dan the rest Malay. Sangat muhibah dan mereka represent Malaysia, so Im proud to promote them to all you guys! (hehehe korang pun dah tau, saje je)

ni aku bagi link myspace untuk sesiapa yang nak dengar lagu Liar Lara

ni link youtube untuk vids Marabahaya remix

ni lak link youtube untuk vids Oh Sizuka

akhir kata aishiteruuu sayang sizukaaaa~!! (demm I love this song!)

Thursday, April 15, 2010

Eat more and lose weight

Salam

Tengok topik pun macam tak betul je kan? Ada ke logik makan banyak tapi berat makin kurang?
Well in proper terms ianya bermaksud makan sekerap yang mungkin tapi dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.


Masih tidak percaya?

Pernah dengar tak orang bagi ceramah agama or ustaz-ustaz selalu sebut "Rasulullah berpesan supaya makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"? Ianya satu kalimah yang sangat general tetapi jika dihayati betul-betul, kekerapan makan itu perlu untuk mengelakkan perut dari terlalu lapar dan mencegah kita dari makan terlalu banyak untuk satu-satu sesi makan. Contoh kita skip BF dan terus jamak dengan lunch atau dipanggil brunch.

Actually habit ini tidaklah elok sangat sebab kita skip satu sesi makan dan terus gabungkannya dengan sesi yang lain menyebabkan sesi makan malam terlalu lapar dan cenderung untuk makan lebih atau mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak.

Untuk bukti dan maklumat lanjut aku sertakan bersama sebuah blog seorang brader ni yang mempunyai masalah berat badan (macam aku) dan berjaya menurunkan berat badannya 10kg dalam masa beberapa bulan dengan mengubah tabiat makan.


The Waistline
So untuk insan yang bergelar wanita yang sangat obses untuk kurus tu, aku nasihatkan baca blog brader ni, sangat informatif dan sangat berguna. Yang penting bukanlah nak kurus tapi supaya kita sihat. So jangan nak skip-skip BF ke lunch ke dinner ke, yang penting apa yang kita makan dan kuantitinya.

The Waistline
Dan dalam blog tu juga ada vids pasal rahsia tersembunyi McD, makanan yang patut dihindari dan macam-macam lagi, aku syorkan kawan-kawan membaca blog beliau. Aku pun dalam proses nak kuruskan badan, kene avoid fast foods, avoid makan tgh mlm, bykkan sayur dan buah-buahan dan kena start balik bersenam.

p.s: bila badan dah naik, ada sesetengah orang dah segan nak pandang dan mengaku kenal diri ini... biasalah manusia, hanya tertarik tatkala ianya indah saja =)

The Waistline

Wednesday, April 14, 2010

No...no... im not a gay~~ im just tired...

"Bro, lu sampai bila nak jadi single camni? Wa tengok lu pun wa kesian la bro..." Jai memulakan bicaranya. "Asal? Wa single wa kacau orang ke? Wa single wa ada sakitkan orang ke der?" aku keliru dengan pertanyaan Jai.

"Takdelah wa cakap macamtu, tapi takkan lu nak stay single je bro? Maksud wa, Haris dah tunang, Miki dah kawen, Guli dah start dating, Cot dah ada 2 anak!, wa pun dah start mengayat sorang awek ni bro! Come on la bro, kita dah makin tua, takkan lu nak stay alone sorang-sorang? Ni dah time kita settle down, ada anak-anak, ada waris bro. Takkan lu nak tolak sume benda tu?" mulut Jai penuh dengan kata-kata yang mampu aku jawap dengan senyuman.

"Jai, kalo lu paham hati wa, kalo lu mengerti apa yang wa lalui, lu pun wa bet akan stay single. Ianya bukan sebab wa lelaki yang tidak inginkan keluarga, bukan. Dan bukan sebab wa tak percaya perkahwinan, bukan beb! Wa bukan anti perempuan. Wa bukan love haters, dan definitely wa bukan gay!" kata ku sambil mengeluarkan sekeping gambar.

"Habis tu nape bro?" Jai menggaru-garu dagunya yang tak gatal.

"Lu tengok gambar ni, apa yang lu nampak?" aku bertanya kepada Jai.

"Wa nampak akak lu, abang ipar lu, mak lu dan anak sedara lu....so?" Jai mengerut dahinya.

"Dalam gambar nilah masa depan aku, kebahgiaan aku dan segala-galanya yang aku akan lindungi habis-habisan" terangku kepadanya.

"Wa tak paham la bro..." Jai masih menggaru-garu dagunya.

"Dulu wa impikan sebuah keluarga, anak-anak dan kasih sayang. Namun setelah itu semua pergi, apa yang wa boleh impikan melihat akak wa bahagia. Dia dah ada suami tersayang, dia dah bagi kami seorang waris untuk diteruskan legasi keluarga kami, dan dia dah buat mak wa rasa hepi. Apa lagi yang wa nak minta?" aku pandang kepada Jai.

"Tapi mesti mak lu nak lu kawen bro...nak zuriat lu, waris lu gak" kata Jai.

"Betul kata lu tu, sebab tu wa kata wa bukan tak percaya perkahwinan cuma wa rasa, buat masa sekarang 'orang tak pandang wa dengan mata' yang mereka ada. Mereka akan pandang wa setelah wa jadi seseorang. So in the time being, wa terpaksa tolak dan tutup hati wa untuk menyebarkan benih-benih kasih sayang ni. Wa hanya harap kasih sayang kawan-kawan yang wa anggap kawan, tak kisahlah diorang nak tikam wa dari belakang ke apa ke. Kalau tak, wa jalan sorang-sorang, hidup kena terus" aku hanya mampu berkata sedemikian.

"Tapi bro, mesti ada perempuan yang boleh buka pintu hati lu kan?" Jai cuba memberikan keyakinan.

"Kalau ada pun wa anggap dia kawan je la, wa dah letih. Penat bermain emosi, sakit bermain perasaan, jelak bermain teka-teki dan bosan bermain tarik tali. Wa penat berharap lebih, last-last wa perasan sorang-sorang, berharap sorang-sorang, menantikan sesuatu yang tak kunjung tiba dan takkan jatuh ke riba. Dan wa berjanji pun atas kerana dia, not untill she get married. Only time shows" sedikit kabur mataku merenung lantai yang kian pudar serinya.

"Wa doakan lu akan jumpa jodoh suatu hari nanti bro, wa selalu sokong lu" katanya lagi sambil menghulurkan aku sekeping tisu.

"Thanx bro, wa pun doakan lu agar dapat tekel awek tu, it's rather trying than dying for nothing at least for you, not for me. Wa lain sikit kesnya hehehe" gelakku sambil mengajak Jai lepak dengan bebudak lain.

p.s: its hard to forget something, its hard to discard something that stays within you more than years. And its totally hard to ignore someone or some face that been around you and leaves you with such memories, scars and yes something that I wont called it anymore (for the time being) LOVE... but I dont understand why is it such a pleasure for that person to just simply ignore me? am I that bad? or am I that LOW? or I'll jut be forgotten thru time?