Followers

Sunday, May 30, 2010

1st anniversary

Ni dah nak hujung bulan 5, dan genaplah satu tahun aku menggunakan DSLR. Selama setahun tu jugalah macam-macam aku belajar secara informal sebab tak berguru. Nak berguru secara proper kena masuk kelas. Nak masuk kelas kena ada duit, so secara tidak langsungnya aku tidak memenuhi kriteria itu lagi. Bila dah pegang duit sendiri nanti insyaAllah aku rajin join kelas guru-guru berbakat yang aku memang nak pergi.

Untuk post kali ni, aku nak cerita sikit pasal evolution skill kamera dan knowledge aku tentang dunia DSLR ni. Dan aku akan tunjukkan 1st gambar aku guna DSLR sehingga lah yang paling latest. Sebab aku nampak ada sesetengah pihak macam mempersoalkan "oh edit ke?" dan "kalau dibiarkan tak edit lagi lawa". Ok aku akan tunjukkan gambar original dengan yang dah edit, dan aku cuba fahamkan korang kenapa perlunya aku mengedit.

Satu sebab paling nyata, walaupun aku mempunyai DSLR, namun body kamera aku hanyalah D60. Try la review dekat mana-mana forum, tanya berapa ramai yang guna D60 dan berapa lama mereka sempat guna. Setahun? Dua tahun? Atau hanya sebulan?

Dengan hanya mempunyai 3 titik fokus sebenarnya adalah satu ujian untuk menguji ketepatan mata. Namun untuk mata yang agak rabun macam aku ni, 3 titik fokus tu belum menjanjikan apa-apa berbanding model lain yang mempunyai sekurang-kurangnya 9 tiik fokus dan yang paling terbaru, face detection. 

Dan kalau disambung lagi pertanyaan korang kepada pemilik-pemilik D60 ni, berapa orang yang masih stay dengan kit lens 18-55mm nya itu? Sorry to say, untuk kit lens, memang ianya merupakan kit lens terbaik, namun untuk gambar yang lebih menarik tanpa editing, penggunaan lens yang lebih bagus amatlah dicari-cari.
So far gambar terbaik aku terhasilnya dari lens 35mm yang mempunyai keluasan aperture lebih dari kit lens.

Ok enough pasal D60 aku. Di sini aku letakkan gambar pertama aku menggunakan D60 dengan mode Auto tanpa flash. Ni mode yang selalu beginner gunakan sebelum berganjak ke mode yang seterusnya.


gambar baby cauddin time baru lepas release dari NICU


first time guna Auto mode dengan flash

1st group photoshoot, 1st time pakai tripod free, sila perhatikan ketidakseimbangnya gambar ini.

1st editing with photoshop elements, main hentam je

1st attempt untuk ambil gambar air terjun. Time ni baru belajar Shutter priority, tapi lupa kena ada ND filter.

1st time pakai petal hood dan guna pop flash, maka terhasillah vignette (hitam di bucu gambar)

1st time guna Manual mode, perhatikan gambar subjek belakang tidak sharp kerana menggunakan depth of field yang shallow. Time ni baru angkat lens 35mm F1.8

Manual mode, overexpossed, cerah macam duduk bawah lampu spotlight

1st gambar malam, guna Aperture priority tapi lupa nak check ISO, so shutter jadi perlahan dan subjek yang difokus ibarat hantu.

1st family portraite, gambar sharp kecuali si monster kenit. Sebabnya mode yang digunakan adalah Aperture priority, shutter jadi perlahan. 1st time guna remote IR (di tangan kanan aku tu).

worst ever gambar futsal BIOS, aku salah setting plus lens tak sesuai untuk benda yang melibatkan benda laju. Masih tidak mengenali apa itu RAW.

Gambar tidak sharp, banyak blur dan memang kecewa habis. Dan 1st lesson aku belajar, kena ada bateri spare, sebab bila penghujung majlis, bateri D60 aku kong.

hari yang sama dengan Futsal, cuma tempat berbeza. Kalau tadi aku benci kit lens aku, time ni baru aku sedar betapa indahnya kitlens aku bila diputar se wide habis (18mm), maka terhasillah sedikit distortion yang membentuk suatu seni. Sedikit editing ditambah untuk awan.

group photoshoot menggunakan remote. gambar sharp sebab guna lens 35mm

portraiture my sis and her son. sedikit editing menggunakan elements

1st wedding punya event ambil gambar kawen my sis punya kawan, tak edit, guna lens 35mm

holiday di Melaka, gambar tak diedit

gambar my mom di Jonker Street, editing kaw-kaw guna element + photoscape. 1st time tulis watermark sendiri-sendiri buat

2nd wedding events, kazen wedding. Mempertaruhkan nasib pada lens 35mm dan baru beli speedlight + guna bounce card. Tak edit

1st time ambil gambar time akad nikah, bukan best position sebab kena hormat OP dan sedara-mara lain. No editing

balasan sebab hormat OP, dapat ambil pada tempat OP, no editing

gambar underexpossed walaupun pakai flash. Sebabnya? Time ni bateri speedlight dah nak kong, tak perasan, mujur bawak bateri spare

lens 35mm tanpa editing

underexpossed, no editing, ambience menipu jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera

edited version, warna yang lebih vibrant, cerah cuma sedikit masalah dengan awan. editing menggunakan photoscape

gambar original, shoot in RAW. Kurang dramatik dari segi warna

edited version, warna yang lebih garang

original, warna pucat dan kurang menarik

edited version, lebih berekspresi dan ada mood.

panning yang tak berapa nak berjaya.

Untuk next posting, aku akan bincangkan apa yang diperlukan untuk menghasilkan gambar yang menarik. So tunggu~!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam shukjessa..

aku dikira insan baru yang hendak memasuki dunia DSLR.. sblm ni aku adalah pengguna setia SLR.. kerana benda alah ini mahal.. dan aku sebagai seorang pelajar.. what would u suggest me to have as my first DSLR? still confuse with the brands and models. hopefully u can help me on this.

thanks for advance.
siti zaleha

Shukjessa said...

salam siti zaleha,

terima kasih sbb lawat blog saye ni.
u ada mentionkan pasal 'dulu adalah pengguna setia SLR', macamne tu? u pinjam kamera or macamne?

actually tanggapan DSLR ni mahal tidak lah berapa betul sgt. Yelah kalau kita lihat dari segi harganya mmglah nampak macam wahhh, tapi pada saya hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan?

banyak cara memilikinya, since sekarang di kedai-kedai pun banyak yang boleh dimiliki melalui bayaran ansuran.

as for me, my D60 adalah gabungan duit pinjaman dari my sis and my collection itself.

dari beli kompak yg bagus, range rm1k ke atas, better laburkan sedikit dan bli DSLR trus dlm rm2k. kompak yg berharga kurang dari rm1k bukan tak boleh beli, tp pada saya adalah pelaburan yg rugi.

basically, DSLR range dari rm2k sampai la ke berpuluh ribu. Tapi apa yang orang xtahu, 2nd hand kamera still work wonderful since ramai yg jual atas sbb ingin upgrade body, so 2nd hand tidaklah seburuk yg disangka.

Kalau U kesempitan bajet, saye sarankan utk cari 2nd hand SLR. Di mana nak cari? Boleh cari di forum-forum photography macam photoskool.net. boleh dapat harga murah rm300-rm400 dari harga 1st hand.

Tapi kalau U nak 1st hand punye kamera, di sini saye SUGGEST sahaja, tak semestinya betul.

U boleh cari canon eos 1000D, ni yg paling basic dan paling murah compare to my nikon D60. Function sama since ianya di dlm kelas yg sama iaitu beginner.

Cuma apa yg saye nampak adalah kelebihan pada 1000D iaitu lebih titik fokus, lebih laju dan boleh mount mostly canon lens.

saye tak berapa sarankan sgt nikon new entry level seperti D60, D3000 dan D5000 since semuanya dari satu body yg sama iaitu D60, cuma diupgrade sedikit saja.

walaupun D5000 ada function movie, cuba U tengok canon eos 550D. Pada saya, 550D punyai lebih byk advantage dari D5000 walaupun harganya lebih kurang sama dalam rm3k.

abaikan jenama lain sbb:

1. nanti U susah nak belajar sbb mostly user di malaysia guna nikon or canon SLR.

2. agak susah nak pinjam lens dari kawan-kawan yang punyai SLR.

3. one day U akan convert ke Canon or nikon juga, so better dari awal gune yg ramai org guna.

di sini, I listkan range harga if U nak tengok di kedai-kedai or surf internet.

Canon eos 1000D - rm2k
canon eos 550D - rm3k

nikon d3000 - rm2k
nikon d5000 - rm3k
nikon d90 - rm4.6k

U boleh surf shashinki.com utk tgk harga kamera on9. jgn cari di mudah.com or mane lelong punye web, takut kene tipu since skang scam byk sgt.

last word from me, kamera hanya device. kompak pun boleh ambil gambr yg menarik cuma sukar sedikit, DSLR hanya memudahkan sedikit itu sahaja.

harap dapat membantu. terima kasih =)

Anonymous said...

Salam shukjessa,

wow.. and cool! what a description u gave here.! SLR.. i'm a book buyer.. not a reader. so the other day i bought this pocket guide book on digital photography. says there that SLR is the smaller digital camera that fits in my handbag. (as i browse the book) then i just realise.. the difference btwn slr and dslr. thanks a lot! no wonder my pals always give me the wierd look when i said i wanna upgrade myself from slr to dslr. hahaha! funny! (actually kind of shame myself)

ur explaination.. is superb! i might ask u to become my sifoo! ahaha! if that is possible.. frankly speak.. i cant afford for 2k dslr. but since u explain to me about canon, it reminds me that.. reader's digest trusted brands 2010once said that malaysian choose canon as the digital photography trusted brand.

ur description.. makes me jaw drop! thanks a lot again! =) i will definiyely drop by again to gain cool tips from u..

=) May Allah bless u..

amin..

wasalam,
Siti Zaleha.

Shukjessa said...

salam again,

for me, SLR and DSLR nothing much difference (is there any?), cuz D for DSLR stance for Digital, thats all.

hahah no la, im not a sifu. my technique is stil weak. kalau U tengok gambar-gambar yang I take, byk yg still kene belajar. mana yang saye tahu, saya ajarkan.

actually U can learn from magz such Digital Camera or U can join forum and learn there too.

ttg DSLR rm2k tu nothing much U can do except kumpul duit, cari duit or beli by ansuran, bayar weekly or monthly.

tp the best still cari duit dan kumpul duit.

well, canon 1000D adalah DSLR paling laku utk levelnya so kalo nak beli silakan.

ok thanx again visiting my blog, do look forward for my post about taking pictures. for now saye still menulis cerpen, thanx again =)