Followers

Monday, May 24, 2010

Merewang bagai tourist

Dulu aku dah pernah tulis post pasal sebuah servis bas untuk merewang satu KL. Well itu adalah sebelum aku naik sendiri basnya. Dan setelah aku dah naik bas ni, boleh la aku mengomen sedikit apa yang best apa yang tak bestnya servis bas ni.


Bertarikhkan 22 May 2010 hari tu bersamaan dengan hari Sabtu, aku memulakan perjalanan dengan menaiki motosikal ke stesen Putra Asia Jaya. Since rancangan asalnya adalah merempit sehingga ke KL Bird Park terpaksa diubah setelah ada group members yang naik  bas dan tak tahu nak ke sana. So aku decidekan tunggu dekat KL Sentral jelah since situ pun ada stesen bas ni berhenti.


Pagi tu gelap, macam nak hujan lebat. Aku dah ketar lutut tengok awan gelap, so lepas mandi terus pecut motor. Alhamdulillah, hujan turun bila aku naik je stesen putra. So pagi tu agak bermelodi dan aku pun pasanglah lagu Monsoon nyanyian Tokio Hotel. Tren datang, macam biase berdiri sebab taknak himpit orang dengan badan aku yang comel ni.


Mesti korang tertanya apa kejadahnya la aku naik motor lepas tu naik putra lak nak ke KL Sentral. Kenapa tak naik bas or komuter straight ke sana? Well aku mencari nikmat perjalanan, bukan sumpahan sepanjang jalan (kalau korang faham la apa maksud aku).

Sampai di KL Sentral aku mencari sorang member lama aku, sama sekolah rendah dulu. Cari punya cari jumpalah. Tapi dia macam blur je tengok aku, haha. Yela last jumpa masa darjah 6 time umur 12 tahun. Sekarang dah 25 tahun. Borak-borak, dan menunggu ahli-ahli yang lain. Bila dah cukup kami gerak ke tempat tunggu teksi dekat atas. Yang pergi 5 orang je pun termasuk aku, 4 wanita seorang lelaki kacak haha.


Tengah tunggu bas, nampak sorang brader ni pakai baju bas tu. Tegur dia tanya bas pukul berapa? "Lagi 10 minit bang, bas dekat stop 10. Nak beli tiket?". Aku pun tanyalah harga, nak konfem kan yang harga mykad memang RM19. Tapi since brader ni tanya ada kad pelajar? Kalau ada dia bagi harga RM12, so aku pun tanya la ahli rombongan, dan semuanya keluarkan kad pelajar walaupun masing-masing dah expired hahaha. So jimatlah RM7 di situ.

Ok lah aku pendekkan cerita. Dari luar bas ni memang lawa. Tapi dari segi servis tu aku tak berapa sangat sebab pada aku RM38 yang diorang cas kepada foreigner adalah mahal dengan servis yang ada.  Satu kelemahan yang nampak, tempat duduk bawah tak banyak tingkap. So option lain adalah pergi atas. Bila ramai, semua nak duduk atas. So bawah akan empty melainkan terpaksa.

Kelemahan kedua, dari segi kemudahan dalam bas tidaklah seperti yang aku harapkan sangat. Kalau kotor-kotor sikit tu ok la tapi ni kes lagi berat. Sepatutnya di belakang seat ada satu headphone dan menu untuk tourist dengar. Tapi yang aku dapat tengok, kebanyakkan headphone dan menu dah rosak dan tidak diganti dengan yang baru.

Kelemahan ketiga, dalam map ada 22 stop. Tapi sepanjang aku naik, hanya beberapa je yang diorang betul-betul berhenti. Ada sesetengah tempat langsung tak pergi. Kelemahan keempat, dalam setiap stop tu, peruntukan masa adalah terlalu cepat. Tak sampai seminit je dah blah. Kes macam aku, dah sampai KL Sentral baru nak turun bas dah jalan.

Kelemahan kelima, ada tempat yang berhenti lama ada yang terlalu sekejap, so tak konsisten. Dan kadang-kadang tempat yang berhenti lama tu tak menarik sangat pun.

Kelemahan terakhir, bas sedikit sangat. So interval untuk setiap kali menunggu bas lebih kurang 40 minit, macam tunggu komuter.

Benda macam ni boleh je nak diperbaiki, sebab tourist datang all the year. Orang Malaysia je yang bercuti ada masanya. Mungkin boleh diperkembangkan lagi untuk pergi tempat-tempat lain yang menarik di luar kawasan KL itu sendiri.


By the way, aku pergi KL tower tapi since harganya mahal tak naik la, just pusing-pusing tengok budak-budak main flying fox. Memang buat duit betul dekat sana, takde benda yang murah-murah pun. Nak masuk cultural village tah apa tah pun RM16, padahal dia ambil kawasan air pancut tu je. Tak berbaloi pada aku.



Next event kalau sesiapa nak join, sila la. Aku sentiasa menjemput sesiapa yang sudi join. 

2 comments:

KERAK NASI said...

hari tu aku g menara KL...
last pergi darjah enam.

best lah wpun mahal skit.
support negara sendiri. hee.

shukjessa said...

hahaha darjah enam harga kanak-kanak plus student.

mana same dgn rm38 duduk setengah jam pusing satu tower tengok teropong, amik gambar, then?

aku pernah naik dah sekali, so aku pun tahu excited naik tu mcmne, tp tu je la.

syg tak beri harga citizen, bas hop on hop off yg asal dari luar negara pun ade harge citizen, aquaria ade arge citizen, kl bird park ade harge citizen, takkan kl tower tak boleh kot?

dah tu wat pe letak tower tu atas bukit nanas kalo argenye agak tinggi utk rakyat malaysia kan?

as one of my friend said "Tourist patut banyak duit, so diorang tak kesah bayar mahal" but not we the citizen of Malaysia