Followers

Tuesday, May 25, 2010

2 kali 5


Kita selalu dengar orang kata "Kau pun 2x5 macam aku". Tapi apakah 2 kali 5 itu? Mind to share? Mind to comment some?

Situasi 1
"Cuba ko tengok minah tu, bila nak tutup aurat? Bila la nak pakai tudung macam kita ni kan? Bukannya susah pun nak pakai tudung" kata A kepada B sambil membetulkan seluar jeans ketat yang semakin jatuh menampakkan lurah dan panties nya. Sesekali menarik baju long sleeves ketatnya itu supaya tidak melekap di bahagian dada yang tidak ditutupi dengan tudung since tudung telah dilipat ke belakang atau tudung hanya di kepala.
Situasi 2
"Aku marah betul lah orang melayu minum arak. Aku rasa nak sepak-sepak je siapa yang minum tu. Eh ko ada tak video panas adegan ustazah melampau tu? Meh aku nak copy" kata B kepada C sambil menyalakan api rokok.
Situasi 3
"Jangan memainkan sentimen bangsa! Hidup #####! Hidup #####!". "Aduh penat siot, eh malam ni 'macam biasa' dekat Coco Bonggo? Ada 'ayam baru' beb, aku pun dah lama tak perkena martini" kata C kepada D.
Situasi 4
"Yang kau merokok dekat sekolah ni sebab apa hah? Memalukan aku je" kata D kepada E sambil mengeluarkan sebatang rokok.
Situasi 5
"Merokok adalah dilarang sama sekali di mana-mana tempat public. Tindakan akan dikenakan kepada perokok terbabit" kata E kepada pegawai-pegawainya. Pada waktu rehat, E menghisap rokok setelah makan di kedai. 
Situasi 6
"Oklah, saya boleh cancelkan saman ni, tapi berapa yang encik ada?" kata F kepada G sambil G merenung lencana "ANTIRASUAH" di uniformnya itu.
Situasi 7
"Orang kafir macam @#$%%!!!" kata G kepada H sambil mengikuti perarakan tunjuk perasaan. Bila tiba waktu solat, H bertanya kepada G "Ko tak solat ke? Jom lah berjemaah sekali". Balas G "Aku uzur la". "Hai uzur sampai 3 bulan?" kata H dalam hati.
Situasi 8
  "Saya suka kucing" kata H kepada I. Satu hari I terdengar H berkata kepada anaknya "Pergi buang anak-anak kucing tu, mengotorkan rumah aku je dengan najis. Buang sekali ibunya, ambil yang jantan je"
Situasi 9
"Encik mintak derma ikhlas" kata I kepada J. "Nah saya ada lima ringgit je" kata J. "Lima ringgit? Mana cukup encik. Kasi lah sepuluh" kata I
Situasi 10
 "Encik hanya perlu gores saja. Tak perlu bayar apa-apa, kita tengok hadiahnya apa ya. Tahniah! Encik menang TV LCD 40inci. Jom ke pejabat saya untuk tebus hadiah, tapi encik kena bayar RM2000 dulu sebagai yuran seumur hidup kami" kata J kepada K.
Situasi 11
"Orang yang kena dismiss macam ko tak layak nak tegur aku lah, aku dapat 2nd class upper la beb" kata K bangga kepada L. "Yelah, dah dari awal ko masuk sampai ke final exam pun bawak toyol je memang la" getus hati L.
Situasi 12
"Ni apa ni? Kata gambar terang, cantik lah. Aku tengok gambar goyang, sound tak clear, dengar orang batuk. Aku tak kira, samada ko pulang duit atau tukar cerita lain" marah L kepada M.
Situasi 13
"Bahasa melayu tu tak penting sangat lah. I selalu ajar anak-anak I bahasa Inggeris di rumah. Apa class bahasa melayu?" kata Datin M kepada Datin N. Di sebuah kedai runcit "Uncle, how much is this?" tanya Datin M. "Kalau dah melayu tu cakap je la melayu, geli telinga aku dengar nak berspeaking beli chewing gum je pun, 80 cents, tenkiu" kata pakcik penjual itu.
Situasi 14
"Ko ni bila la nak berubah, bila la nak naik haji? Cuba ko tengok aku ni, dah dekat 5 kali naik haji. Umrah tak payah sebut la, tiap-tiap tahun 2 kali aku pergi. Cuba la ko jadi macam aku ni ha" kata Pak N kepada Pak O.
Situasi 15
"I harap I dapat suami yang warak, beriman dan yang boleh membimbing I dalam rumah tangga" kata pelakon O yang popular dengan imej seksi dan gambar kontroversinya berclubbing kepada wartawan.
Situasi 16
"I tak paham, kenapa dia tak suka I? I suka sangat dekat dia. Kejap ye. Oh hi sayang, I dengan member I ni, nangis? takdelah. Sayang, nanti malam kita dinner sama ya, rindulah~" kata P kepada temannya Q sambil mematikan panggilan dari BF nya yang ke 2.
Tu je yang aku mampu pikir takat ni... kalau ada lagi sila tambah hahaha 

1 comment:

yoro okino said...

hahah sma jer
nway nice post..
=D