Followers

Tuesday, July 6, 2010

Sakit hati @ hati sakit part II

Aku tak tahu kenapa perlunya kau muncul kembali... 


Maaf bukan aku hendak bermusuh, tapi aku lebih tenang tanpa kau... tanpa cerita-cerita kau yang sering mensensasikan hidup aku sehingga air perigi melimpah menjadi air mata...

Aku tak faham, kenapa begini akhirnya kisah kau sedangkan aku lebih mengetahui kisah sebenarnya...

Dan paling aku tak faham kau seolah-olah tidak peduli, dan kenapa perlunya aku menangis demi kau???

Siapa kau?

Luka di badan cepat kering dan berparut, luka di hati masih berbisa, masih berdarah, masih berbekas dan masih beremosi...

Pergilah... aku relakan kau pergi jauh... biarkan aku damai di sini bersama dunia kecil yang aku bina selepas aku kehilangan segala-galanya... selepas aku menangisi segala-galanya, selepas aku merelakan dan redha dengan apa yang kau sebut takdir...

Pergilah... dan aku takkan minta kau kembali selagi mana kau ambil berat pun pasal apa yang dah berlaku...

Maafkan aku, aku dah tak larat nak kekang air mata dari jatuh ke pipi, kerana marah, rindu, sayangkan insan yang pernah aku percayakan dulu...

Tolonglah... 

Aku dah bisa hidup sendirian...

Monday, July 5, 2010

Sakit hati @ hati sakit

Bila ada masalah jangan lari, hadapinya dengan berani. Mungkin kau tak kisah tapi percayalah ada insan yang lebih kisah dari kau sendiri.

Sampai bila nak lari? 

Luka lama berdarah kembali... maaflah aku dah makin tak mengenali siapa kau kini...

Haluan Kiri di Wisma Bentley





Hari Ahad bersamaan dengan 4hb Julai 2010 merupakan hari pelancaran buku Haluan Kiri Kukubesi dan Chottouch. 


Aku memang bersemangat awalnya sebab teruja nak join first event yang aku pergi melibatkan show photographic ni. Tapi bila dah makin hampir tarikhnya makin risau, sebab? Aku pergi sorang-sorang je.


Tapi tulah, bila fikir-fikir, perlu ke aku takut? Perlu ke aku nak tunggu orang ajak atau perlu ke kalau nak pergi sesebuah event tu perlukan teman? Tak! Kalau ditakdirkan kita melayari hidup ini seorang diri, so be it.


Jadi dengan semangat yang aku kumpul balik, aku pergi juga ke event ni walaupun sebelum tu hujan agak lebat di sekitar KL dan area Petaling Jaya. Naik motor dari s.alam ke Wisma Bentley lengkap berpakaian baju hujan.




Sampai sana, aku dah perasan beberapa orang dah pakai baju Haluan kiri. Maknanya sale dah open. Aku pun cari parking dekat Tesco since tu je parking paling dekat dengan Bentley. Orang naik lift, aku naik escalator haha. Sampai tingkat 4, semuanya berbeza. Segala-galanya hitam dan merah dek kerana tema hari tu juga adalah hitam dan merah.


Kelibat-kelibat yang aku nampak sikit tadi makin ramai. Dan makin ramai yang dok sarung baju baru (baru lepas beli terus pakai). Aku? Aku memang dah pakai baju Achung KB dari awal-awal so tak kisah la sangat pun. And aku rasa aku sorang je yang pakai baju tu haha.




Masuk-masuk je, aku terus nampak baju t-shirt KB yang lama. Tapi design baru la, lawa. Tanya brader yang sibuk dengan karipap panas, RM60 sehelai. Last-last aku rembat t-shirt sehelai dengan sticker 3 RM10. Ingat nak beli patches tapi pikir aku nak rembat baju haluan kiri lak, kang over budget. Dah beli, try la jalan-jalan sambil tengok artwork otai-otai.






sori, gambar blur...dem!


Serius lawa... pada aku la since aku bukan budak art. Setanding la dengan bakat-bakat luar negara. Lepas tu,  aku join dengan orang lain tengok perang poster haluan kiri. Entry ada la dekat 90 keping kot. Tapi kecoh dengar orang suruh dok promote "Undi poster nombor 65! dengan 63!". Aku pun carilah poster tu, tengok-tengok la, poster yang aku tengok dulu dekat FB KB. Paling lawak dan paling sempoi, poster ala-ala lukisan budak tadika. Satu lagi poster manipulasi muka peserta dengan body seorang india sambil mengendong anak.


bro ni ralit gila ambil video guna lens 50mm, aku pun jadi ralit tengok dia


Aku undi satu poster yang pada aku lawa, aku rasa penciptanya seorang pelukis, sebab poster tu dia buat ala-ala kartun mafia, lawa.


Tempat tu kecoh dengan macam-macam ragam otai-otai photog. Ramai yang ambil gambar perempuan cantik, seksi, model. Aku segan nak ambil so just tengok je la haha.


KB dan Chot menyampaikan sepatah dua kata


Lebih kurang pukul 2, kami dijemput masuk ke dalam auditorium untuk perasmian pelancaran buku haluan kiri. Time ni spoil bila speedlight aku wat hal. Jadi slow shutter, dan gambar blur banyak. Last-last aku ambil gambar dengan naikkan ISO sampai 1600, buka aperture sampai wide habis then ambil. Baru la tak blur tapi still tak sharp. Duh pasrah!!




Habis perasmian, ada band performed. Aku blah bila band pertama habis main. Rugi lak aku tak pergi ambil gambar lead guitar band tu tengah goreng, kalau tak mesti masyuk.


orang kerumun kalah artis hehe


Time nak blah tu, orang ramai dok kerumun KB nak bergambar, minta autograph. Aku just sempat ambil satu gambar candid KB haha, tak sompat nak ambil banyak-banyak. Satu, aku ni slow sikit, kedua kamera aku pun slow focusing, baru nak focus orang dah abes bergaya dah hahaha.


Aku blah awal sebab ada hal dan perut aku tak makan lagi, lapar siot. Tapi puas hati lah dapat tengok KB dengan Chot secara live, join event walaupun aku macam kayu je haha, dan paling best dapat beli baju, rabak wallet haduih!!!

Friday, July 2, 2010

Before and after


Sebelum seseorang itu berumahtangga, pelbagai janji dan kata-kata dilaburkan untuk menarik pasangan masing-masing.


"I janji, bila kita dah kahwin nanti, makan minum you akan terurus"
"Abang janji akan jadi suami dan ayah yang terbaik"
"Saya suka memasak, suka mengemas dan sukakan kanak-kanak"
"Susah senang kita harungi bersama ye sayang"


Tetapi, bila dah berumahtangga apatah lagi selepas beberapa bulan dan tahun, juga selepas mendapat cahaya mata.


"Ala bang, penat la. Kita makan kedai je la"
"Mah! Tolong ambil anak awak ni, kacau saya nak baca suratkhabar je"
"Yah, anak kita nangis tu nak susu"
"Ala abang buat kan je la, bukan susah pun kan, Yah ngantuk ni"
"Aduhai rumah macam sarang tikus"


Kadang-kadang kita terlalu nakkan something tapi bila dah dapat, kita abaikan, dengan pemikiran dah jadi hak milik so takyah la susah-susahkan diri lagi. Dulu sanggup diet macam nak mati, dah kahwin diet? Alah suami tak kisah pun.


Dulu beria-ria nakkan anak, siap berubat mintak doa itu ini tapi bila dah ada, disia-siakan. Anak ibarat kucing, ketika nak main kita cari dia, bila si kecil tu nak main kita halau dia jauh-jauh dengan alasan penat, ingin buat kerja, sibuk dan lain-lain.


Orang yang pandai on something, ie: memasak, menghias rumah tak gerenti lagi mereka ni adalah golongan yang rajin dalam hal itu. Lebih baik rajin, tak pandai dari pandai, pemalas. Biar rumah tak menarik asalkan kemas dan selesa didiami, tidaklah rumah nampak cantik tapi hanya menyapu seminggu sekali tika habuk dah seinci dari lantai.


Ramai perempuan yang mulutnya manis sebelum kahwin tetapi suaranya garang lepas kahwin.
Ingat! Sebelum kahwin, lelaki tiada hak apa-apa. Tetapi lepas kahwin lelaki itu adalah suami, ketua keluarga yang perlu dipatuhi (selagi mana tidak melanggar hukum Islam) dan dihormati. Jika si suami berkecil hati, malaikat akan menjauhi si isteri sampai ke hari yang berikutnya.


Ramai lelaki yang menjadi ketua keluarga tapi jarang hendak adil. Hanya kerana titlenya ketua, so dia boleh duduk rilex dan goyang kaki. Ingat! Dosa keluargamu terletak di bahumu yang memikulnya sehingga kiamat kelak. Berat dosanya, maka kamu pun tersangkut dan diheretnya sekali.


Buat yang masih belum berumah tangga, sila perhatikan soalan-soalan ini dan simpan ianya di dalam minda korang dan tanyakan kembali pada diri korang selepas korang dah berumah tangga kelak...


1) siapa yang perlu bangun tiap-tiap malam andainya anak ingin susu atau lampinnya basah?
2) siapa yang perlu mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa
3) adakah anak itu diibaratkan seperti anak kucing?
4) perihal rumah, urusan siapa?
5) mengemas, memasak, membasuh baju urusan siapa?
6) jika ada masalah, salah siapa?


Jika korang lebih banyak jawap 'Dia' maknanya korang tak bersedia pun nak melayari bahtera yang dinamakan "Perkongsian hati dan kehidupan selamanya"
Fikirkan...


Trailer; Harry Potter Episod Akhir dalam twology

Hari tu akak aku ada beritahu

"Adik, trailer Harry Potter dah keluar" katanya sambil menguyah kerepek.
"Eh ye ke? Bukan filem tu tahun depan ke baru keluar?" aku garu kepala tak percaya.
"Entah, tapi traler dia dah keluar dah, mungkin dia buat DUA filem la kot?" kata akakku selamba.

Dan malam yang sangat sejuk ni, aku pergi mencari di YouTube dan hasilnya... 




Seperti yang korang tengok di dalam trailer ni, ada state kan tarikh DUA filem untuk DUA episod. Satu pada bukan November (hahaha) 2010 dan satu lagi pada Julai 2011.

Nah! Satu tamparan hebat untuk orang yang sentiasa kata "Ala mana boleh ambil segala-galanya dalam novel untuk dijadikan sebuah filem".

Well, Warner Bros dah buktikan yang satu novel dari bahagian akhir ini mereka memang bersungguh-sungguh untuk jadikan kenyataan. Siapa kata tak boleh buat???

Mungkin ada yang kata diorang bajet kental bolehlah.

Ok, bajet kental cuba lihat apa yang mereka persembahkan? Sila perhatikan tulisan trailer tu, in 3D!!!!

Filem malaysia yang diadaptasi dari 'novel' yang lepas tu adakah dalam 3D? Adakah guna CGI? Adakah di luar negara? Adakah punyai sound effect tersendiri? Adakah para pelakonnya berlambak? Adakah perlukan set dan tenaga produksi yang bilangannya seperti sebuah negeri? Dan adakah gaji pelakon-pelakon itu setiap kali berlakon USD10 juta ke atas?

Jika tidak, nampak sangat produksi malaysia terlalu kedekut hanya untuk menerbitkan sebuah filem cinta yang novelnya sama impak dengan novel 'the boy who lived with the scar' ni.

Produksi beginilah yang hanya nampak untung (jualan tiket) dari kepuasan penonton lebih-lebih lagi kepuasan pembaca novel itu sendiri.

Aku tidak boleh mengarah sebab aku tak reti, tapi aku boleh komen dan kritik membina sebab tanpa pengkritik, kita tidak akan bergerak kerana sentiasa berpuas hati di langkah yang sama.

p.s: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Thursday, July 1, 2010

Kisah di sebuah cerita

Malam itu sungguh hening, sunyi, sejuk, dan seperti baru ada kematian yang menjemput di unit Insitut Jantung Negara. Harith masih duduk berteleku di atas tikar sejadah, membaca Yassin yang telah dia ulangi sebanyak 10 kali sejak selepas solat Isyak tadi.

"Anak awak perlu dibedah segera, jantungnya kini lemah untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan" kata-kata Doktor June masih terngiang-ngiang di setiap sudut otaknya. "Tapi... awak perlu usahakan untuk mencari wang kos pembedahan ini, dapat separuh pun dah kira ok". Sekali lagi dia cuba mengingati kembali kata-kata Doktor June. "Tapi...RM40, 000? Mana la aku nak cari duit sebanyak tu sesingkat ni?" hatinya bertanya. Dan dia terlelap di dalam surau kecil itu.





Sesudah dia menunaikan solat subuh, dia kembali ke wad untuk melihat keadaan anaknya yang kini bergantung harap kepada donor jantung baru. Sebak melihat keadaan anaknya, dia hanya duduk menanti kalau-kalau ada berita baik yang bakal disampaikan Doktor kelak.

"Maaf Encik Harith, permohonan pinjaman anda ditolak" kata seorang wanita di situ acuh tak acuh. 
"Maaf, boleh saya tahu kenapa? Saya rasa borang tu saya dah lengkapkan dengan apa yang diminta dan saya juga cukup syarat dan mendapat pengesahan dan saranan Doktor" balas Harith.
"Oh, maaflah, prosedur di sini tidak membenarkan kami untuk memberi pinjaman kepada bekas banduan" sekali lagi nadanya sinis.
"Tapi nyawa anak saya dalam keadaan bahaya, saya sangat memerlukan pinjaman ini" Harith merayu.
"Itu bukan masalah kami Encik Harith. Jikalau tiada apa-apa lagi encik boleh keluar, terima kasih" sambil tersenyum mengejek.

Oh dunia, alangkah tidak adilnya dikau. Adakah kerana aku seorang bekas banduan aku diperlakukan sebegini rupa? Bukannya aku tidak bekerja. Bukannya aku masih bersikap seperti dahulu, mencuri dan tolak barang. Aku sudah insaf dan berniaga sendiri. Adakah ini balasan terhadap dosa-dosaku yang lalu?





"Dik, sudah solat? Kalau tidak marilah sekali berjemaah" terasa bahunya dipegang seseorang. Seorang tua yang berpakaian kemas tersenyum ke arahnya. Mereka solat berjemaah dengan diimamkan orang tua itu. Ketika bacaan doa, Harith menangis memanjatkan doa kepada Ilahi agar dibantu memudahkan urusan dan diselamatkan nyawa anaknya. Si tua itu kehairanan kerana melihat seorang pemuda yang begitu kusyu' ketika dia membacakan doa.

"Pakcik, Yusoff, adik ni?" tangan dihulurkan. 
"Oh, saya Harith Pakcik Yusoff" tangan Pakcik Yusoff diciumnya. Terasa damai dan tenang bersalaman dengan orang tua ini.
"Ada keluarga sakit di sini?" Pakcik Yusoff memulakan bicara.
Cuba untuk mengukir senyuman tetapi hanya senyum kelat yang terpancar "Anak perempuan saya...".
"Berapa umurnya?".
"Tahun ni hendak masuk 18 tahun" balas Harith tenang.
"Samalah dengan cucu pakcik" orang tua ini masih tersenyum tenang.
"Pakcik ada keluarga yang sakit di sini juga?" Harith bertanya.
Sambil tersenyum "Pakcik yang sakit sebenarnya. Tapi dah operate dah. Datang sini untuk rawatan susulan aje".

Suasana hening seketika. Kedengaran hujan mula melabuhkan titis-titis permatanya yang mengenai atap surau itu. Mereka sama-sama keluar dari surau dan menuju ke sebuah kafeteria di sana. Pakcik Yusoff mengajak Harith untuk minum-minum sambil berbual.
"Kopi?" Pakcik Yusoff bertanya.
"Em, boleh juga".
"Kopi panas satu, air suam satu ya" kata Pakcik Yusoff.
"Eh, pakcik minum air suam je?" Harith serba salah.
"Takpe, pakcik baru operate, kopi-kopi ni kena pantang sikit" katanya sambil tersenyum.

Bau aroma kopi yang dipanaskan menusuk hidung memberikan suatu nikmat yang sukar diucapkan apatah lagi ketika hari tengah hujan dengan lebatnya.

"Pakcik tengok Harith ni macam ada masalah je, boleh pakcik tahu?".
"Takde apa-apalah pakcik, masalah saya ni berat untuk dikongsikan" Harith keberatan untuk menceritakan masalahnya.
"Ceritalah, mana tahu bebanan itu terangkat. Mana tahu pakcik boleh tolong. Bukankah hidup di dunia ini perlu saling tolong menolong antara sesama lain. Lagipun kita kan bersaudara seIslam?" kata Pakcik Yusoff.
"Em...begini, anak saya sekarang ni dalam keadaan yang critical. Dia perlukan donor jantung baru dan dalam masa yang sama saya perlu cari wang untuk kos pembedahannya itu." Harith meluahkannya.
"Kamu tak cuba buat pinjaman?".
"Saya dah cuba minta".
"Dapat?".
"...Tak...".
"Borang kamu tak lengkap?" Pakcik Yusoff bertanya lagi.
"Lengkap tapi..." dia berat untuk berkata selepas itu.
"Tapi?".
"Tapi saya ni bekas banduan, sebab tu ianya ditolak" sayu suara Harith.
"Oh hanya kerana kamu bekas banduan?" sedikit nada kekesalan yang keluar dari mulut Pakcik Yusoff.

Sebelum berlalu, Pakcik Yusoff menghulurkan sekeping kad nama kepada Harith.
"Esok, kamu cari pakcik dekat alamat tu boleh?".
"Err...InsyaAllah" balas Harith.
"Pakcik pulang dulu, banyak-banyakkan doa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan tolong hambaNya. Assalamualaikum" Pakcik Yusoff menghulurkan salam dan senyuman.
"Waalaikumsalam".

"Haji Yusoff Bin Haji Othman" katanya sambil memegang kad yang diberikan kepadanya tadi.

to be continue...