Perasan tak, kalo orang yang mengaku dia kaya dan berharta segala-galanya berubah. Pendek kata dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki pun semua nak tip top.
Tak percaya? Buka facebook dan tengok lah kawan-kawan or tah sesape yang suka sangat tag join masuk sistem 4D, Duduk Diam Dapat Duit. Hari-hari lak tu masuk. Apa modal mereka? Benda yang paling koman dan paling bosan nak tengok dan dengar, kereta mesti kereta import, sport kalau boleh. Rumah mesti banglo, dan duit mesti berkepuk-kepuk macam baru menang main judi.
Bila orang jadi kaya, benda-benda murah ni tak main la sangat. Pakaian kalau boleh sebranded yang boleh la. T shirt bodoh pun tak pakai, sebab nak pakai shirt polo ori je, lacoste ke, baju-baju butik la katakan. Mana standard nak pakai baju beli longgok RM10. Tu kalau lelaki la, kalau perempuan lak, kain mesti dari kedai-kedai yang menjual kain yang mahal nak mampus macam di Jakel. Semeter RM100, ada bling bling mutiara dengan serbuk mutiara dekat lining. Tudung lak kalau yang bertudung mesti yang yang sehelai RM100 ke atas, so nanti orang tanya "eh tudung you beli dekat mana?". "of coz dekat kedai si polan dan si polan". Siap ada brooch lagi you bertatahkan berlian Habib Jewels lagi gitu.
Kemeja lelaki apa standard pakai butang? Butang for orang miskin je, orang kaya kena pakai cuff ling. Baru la nampak bling bling brand apa? DunHell.
Tu belum masuk bab perhiasan, kalau lelaki apa lagi jam dengan cincin la. Jam kalau boleh nak yang sebling bling yang boleh. Kalau ada emas pun bantai je la walaupun tahu hukum haram lelaki pakai emas. Cincin pun sama, pilih batu ngalahkan cincin isteri. Apa klass perak, perak ni budak sekolah pun boleh beli. Mesti pakai suasa or emas putih. Kalau yang perempuan, selagi tak penuh lengan, leher, telinga dengan kaki memang tak sah. Tu yang sampai ada insan yang kesian tengok perempuan pakai gelang banyak-banyak, cincin batu besar-besar. So diorang pun tolong la ringankan beban. Tapi nasib tak baik, silap-silap dengan jari-jari pun diorang kebas.
And lastly, benda yang aku nak sentuh sebenarnya. Benda ni memang ada dalam setiap diri manusia. So tak usah nak pertikai la, eh eh aku takde lak camtu. Gerenti ada punya, itu namanya manusia. Punyai nafsu.
Makan. Aaa bila sentuh bab makan ni, kita boleh tengok gaya orang kaya, 'orang kaya' dan orang tak berapa nak kaya. Orang yang betul-betul kaya, makannya mewah. Kedai-kedai tepi jalan ni ishhh kurengg la. Geli tekak. Nasi? Nasi is for orang yang nak gemuk je. I nak kurus k, so I kena makan benda-benda yang berkhasiat. Kalau time bulan pose, maybe tiap-tiap hari kot berbuka hotel. Yang jenis ni, makan susah nak habis. Lebih-lebih kalau ada sketsa or drama, konfem takkan luak pun. So burn je la makanan yang harganya 5 hari untuk orang biasa. Alah duit banyak, apa kesah?
"Orang kaya" lak ni jenis bermusim. Aaa istimewa sikit. Sebab bila sampai musim dia, dia akan jadi OKB. Itu nak ini nak. Kalau isteri masak nasi goreng je untuk dinner, ish ape barang. Melepak kedai mamak makan nasi kandaq lauk kambeng, sotong, paru, semua taruh. Lunch nasi campur? Alah makan pizza je, bosan la makan nasi, kembang tekak. Makan pun ikut sedap je, kalau rasa kaya sangat, order macam-macam tapi tak berabes pun makan. Selalu boleh tengok time bulan puasa. Beli itu ini, itu sedap ini sedap. Last-last lepas berbuka, tak larat ah. So masuk tong sampah je la. Bila dah habis musim, megi yang dulu dok hina, benda tu la yang dicari and makan hari-hari. Kes overbajet~!
Yang orang tak berduit ni kalau nak kenal, tengok cara dia makan. Semua benda selalu habis licin. Belanja KFC? Menangis-nangis terharu. Kalau belanja makan hotel mau pengsan 3 hari. Tapi yang bagusnya orang camni tak memilih. Nasi ikan masin, sebat je janji kenyang. Megi? Belasah, alhamdulillah la dari takde kan. Mee goreng suam suam kuku? Ish sedap tuuu~ Tak baik membazir, selagi halal makan jangan memilih.
Mesej dekat sini, tak salah nak jadi kaya. Cuma bila dah jadi kaya or berharta ingat-ingatlah orang susah. Sebelum terlalu membazir dengan apa yang tak patut, lebih baik duit itu dikeluarkan kepada orang yang lebih memerlukan kerana harta kita bukanlah 100% hak kita. Sebab itu wujudnya zakat harta dan lain-lain.
Bila berharta makan tu jangan lah membazir. Janganlah nak berkira sangat kalau orang dah penat-penat masak, paling tidak makan la sedikit dan jangan buang. Bagi lah dekat insan yang lebih memerlukan makanan. Kita terlalu mewah makan, sedangkan ada insan yang dah seminggu tak makan walau sebutir nasi pun. Ubahlah tabiat makan tu, tak salah nak makan sedap sekali sekala. Cuma bila selalu sangat, kita cenderung untuk lupa akan penderitaan orang lain dan kita lebih banyak membazir.
Perhatikan pinggan korang selepas setiap kali makan. Adakah yang tinggal itu sisa atau makanan? Membazir itu saudaranya Syaitan!
3 comments:
haah...betul2!!!
mst ko bengang kan aku komen kt cnie???
hikhikhik
er? apekah?
macam lari dari tajuk posting je (sambil garu kepala)
hahahaha...aku pon nak gelak jugak kat sini..hahahahahhaha!!!
Post a Comment