Followers

Friday, November 26, 2010

Gitar dan aku part 2


Jumaat dah tiba, heh kejap betul masa berlalu. Dan kalau nak cerita kejap punya pasal, dah dekat 3 bulan dah kot aku memiliki gitar. Dari tak tahu apa-apa pasal gitar sampailah dah berangan-angan nak ada satu gitar elektrik macam Kirk Hammett, penangan belajar gitar memang best.

Kalau dulu-dulu tengok orang main gitar, terasa sangat best. Bila main Guitar Hero, tengok macam senang je. Tapi bila dah ada gitar sendiri baru aku tahu ooo gitar ni takdelah senang macam yang dilihat, tapi tak la juga susah sangat nak belajar sampai rasa nak pecahkan gitar ke apa ke.


Belajar gitar ni lebih banyak kepada self taught sebab untuk permulaan, memang kita perlu explore sendiri. Nak berguru boleh juga tapi ada kos yang perlu dibayar la. Pada aku, kelas gitar ni better bila kita dah tahu basic, paling tidak tahu chord, tahu nak baca tab, tahu rhythm dan beat. Kalau interview mana-mana gitaris hebat pun mesti rata-rata kata diorang belajar sendiri je dulu, sampai satu tahap barulah diorang cari guru untuk gilapkan lagi skill gitar tu.


Aku pernah tengok satu vid interview bersama gitaris System of A Down iaitu Daron Malikian. Mamat ni memang gila punya skill sebab kebanyakan effect gitarnya bunyi agak pelik tapi sedap didengar. Dan bila ditanya, belajar mana, dia just kata belajar sendiri je 8 jam dan lebih sehari. So bayangkan kalau hari-hari dok mengadap gitar dari kecik, mesti jadi pro punya. Practice makes perfect right? Tambah lak mamat ni kata, dia lebih kepada drum type punya person, sebab dia prefer drum dari gitar. Aku pun prefer drum lagi, tapi beat takat basic je la, nak masuk beat yang ganas-ganas tu memang tak dapat la. Tapi serius jari mamat ni panjang gila =|


So far, aku dah memiliki seketul capo, sejenis alat untuk mengubah tona tali tanpa perlu tune gitar. Belajar sikit-sikit dari internet, nak senang belajar cuba mainkan satu lagu beginner yang mudah-mudah. Once dah dapat bunyi tu, kita akan rasa lebih bersemangat nak jadikan ianya sebuah lagu yang perfect.

Tak susah belajar gitar ni, even aku lefty tapi pada aku belajar tangan kanan or kiri sama je, yang penting semangat kita kena sentiasa ada la, jangan padamkan hanya kerana kita rasa susah pada permulaannya. Bagus untuk meningkatkan self esteem dan kebolehan diri.  Kalau tidak menjadi seorang yang pro sekalipun, kita sudah lepas untuk mainkan satu dua lagu pun is better than nothing kan.

Tapi tu tak bermakna kamera aku tu dah tolak tepi. Hehe muzik dan gambar tak dapat dipisahkan pun. Selamat belajar bermain gitar buat kawan-kawan yang baru nak belajar macam aku. Percayalah seronok bila dapat main satu insrumen muzik, paling tidak kita tahu rasanya.

p.s: tengah belajar main lagu Love the way you lie by Eminem feat. Rihanna, best bila menjadi (rhythm je la tak berapa ok lagi hehe)

No comments: