Followers

Saturday, November 27, 2010

World Graffiti "Meeting of Styles"


Buat yang tak tahu nak buat apa pada hujung minggu. Korang boleh join or datang tengok event ni dekat Sungai Klang. Tengok muda mudi belia membuat seni contengan atau dipanggil Graffiti. Aku insyaAllah lah kalau takde apa-apa maybe akan ke sana. Ada sesiapa nak ikut? Moh le kite. Sedikit kata-kata dari KB or Kukubesi (aku copy je dari iklan dia dekat Facebook)


..."MEETING OF STYLES ( world graffiti festival )
demi menyokong festival GRAFFITI terbesar dunia yang bakal di adakan di Kuala Lumpur hasil daripada idea anak muda malaysia daripada TheSuperSunday & Pop Collective untuk menaikkan taraf graffiti anak tempatan, festival ini akan di hadiri oleh beberapa nama terhebat dalam industri Graffiti Dunia dan mereka akan beraksi di Sungai Klang, ianya telah mendapat kelulusan pihak DBKL sebagai penganjur utama dan anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan festival ini yang bermula jam 8 pagi - 10 malam dengan pelbagai aktiviti , graffiti, live band artis , pertandingan fotografi, street dance dan macam2 lagi aktiviti sihat untuk anak muda generasi baru di malaysia"...


Ada bran? Jom ah wei, dari tidur je dekat rumah, apa pun tak dapat hehe =)

No comments: