Lelaki yang hebat bermain gitar, selalunya akan dilabel cool, macho, hensem dan sebagainya walaupun tidaklah hensem sangat, cuma bila petikan tali itu berjaya mencairkan hati seorang wanita, gitaris ini akan digilai.
Lelaki yang hebat bermain drum atau percussion, selalunya dilabel tough, ganas, brutal, hebat dan cool.
Lelaki yang hebat bermain piano or organ, selalunya dilabelkan mereka ini romantis, sentimental, moody dan macho.
Lelaki yang hebat bermain seksafon pun selalunya dilabelkan mereka sebagai romantis, sentimental dan macho.
Lelaki yang hebat bermain seruling biasanya akan dilabel sebagai seorang yang cool dan sentimental.
Lelaki yang hebat bermain biola biasanya dilabelkan sebagai seorang yang sensitif, romantis dan sentimental.
Dan mungkin ada beberapa lagi instrumen muzik yang tidak digunakan majoriti tetapi tetap mempunyai nilainya tersendiri di mata pendengar.
Tapi benda ni hanya untuk yang HEBAT bukan untuk yang poyo mengaku hebat tapi main lagu pun tak lepas. Aku sendiri mengaku masih hingusan memegang gitar dan bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk supaya nampak hebat atau cool kejadahnya. Ianya lebih untuk menenangkan jiwa dan melupakan seseorang. So far alhamdulillah menjadi. Hendak belajar bermain sesuatu instrumen muzik tidaklah sesukar yang disangka, dan tak perlukan bakat. Bakat hanya untuk skip masa sahaja, tetapi orang yang gigih berusaha akan tetap berjaya menjadi seorang professional.
So bayangkan jika korang mempunyai kelebihan bermain 2 atau lebih instrumen muzik? Satu kelebihan buat diri yang orang lain susah nak ada.
p.s: aku suka tengok perempuan main gitar, nampak cool leh =)
2 comments:
aku, kurang bakat dlm muzik..
sekian!
(sob sob sedih!!)
muzik tak semestinya kene ada bakat. yg penting minat. bakat tu hanya batu loncatan je
Post a Comment