Followers

Tuesday, November 16, 2010

Karak Highway view

Selalu kalau nak ambil gambar lawa especially gambar gunung-ganang yang berkabus dengan langit biru mesti orang nak panjat mana-mana tanah tinggi macam genting, cameron, bukit tinggi, fraser hill, dan mana-mana gunung-gunung or bukit lain.

Tapi jarang or tak pernah orang terpikir yang sepanjang jalan karak highway tu mempunyai view yang cukup best terutamanya ketika pagi hari. 

Tak percaya?


Gambar ni aku ambil jam pukul 8.30 pagi, dekat area Bukit Tinggi lepas turun dari Genting Sempah. 

Dan untuk pengetahuan korang, sepanjang karak highway banyak spot yang menarik untuk para photog landscape ambil gambar. CUMA...

Memandangkan ianya adalah highway, so parking takde so agak susah la nak berhenti tepi jalan. Kalau boleh berhenti pun, takut kena lanyak dek lori je. Tadi aku ada nampak satu spot menarik time mendaki sebelum terowong Genting Sempah.


Dan tadi ada ternampak satu spot best, kabus antara banjaran dan time tu matahari baru nak naik, so ada effect rim light dekat bukit tu, wah aku hanya mampu ternganga tapi sebab takde parking yang bersesuaian, aku hanya mampu melihat je la.

Aku tengah bayangkan kalau sunrise dekat Bukit Tinggi, dengan kabus kaw-kaw dengan langit biru campur oren sebab matahari baru naik, peh!!! lazat keluar air liur!

So amacam korang? Ada bran tak nak ambil gambar landscape area karak highway???

3 comments:

Mah@mahu said...

Cantik sgt view ni and memang sungguh indah ciptaan Allah.. aku blk kg lalu karak higway tak pernah nampak situasi mcm ni..

cEro said...

lori laju berlambak..
takut...
dah arr baru aritu ade kes bas kemalangan tu...
hehehe...
tp, kalo berbaloi utk view, ape salahnye, kan??

Shukjessa said...

MM: kalo nak view lawa kena pagi la round 7 camtu, baru best. lagi best kalo malam sebelum tu hujan, dah macam gi sabah lak.

cero: tu pasal aku masuk ikut jalan kampung. kalo dok tepi bahu jalan, mau kene gilis aku dengan lori. kire kalo nak berenti ambil gambar pun kena ada tempat selamat la ambil, macam simpang bukit tinggi, genting sempah, lentang dan lain-lain