Followers

Wednesday, November 24, 2010

Kamera oh kamera Part 2


Akhirnya D60 aku dah bertukar tangan. Pemiliknya sekarang, orang yang tak berapa jauh dan aku kenal mak ayahnya. Yelah, adek ex aku dulu. Time proses jual beli tu, parents dia siap belanja aku makan Pizza hut lagi. Walaupun agak kekok nak berbicara sebab dah setahun lebih aku tak jumpa parents dia, aku tebalkan je la muka sebab nak menjual kenalah professional cewah~.

Tapi cerita D60 aku dijual sebenarnya dah digantikan dengan D5000 yang baru aku angkat sebelum tu lagi. Sebab aku malas nak turun banyak kali ke KL, tengah-tengah survey dan tengok lak harga tengah murah. Sauk je la, dari aku merayau ke Plaza Pudu survey, ke Pertama lagi survey, penat badan je sekadar nak compare. Beza takat 30-40 ringgit sangat pun dengan penat aku ke hulu ke hilir, lupakan aje la.

Aku memang teringin sangat nak satu lens tele sejak aku kenal fotografi. Sebab kit lens kamera biasanya pendek, kalau yang macam aku punya sampai 55mm je, so kalau pergi zoo ambil gambar harimau dari distance pagar tu, bolehlah nampak harimau tapi takdelah lawa mana pun.


Dan pada hari membeli kamera tu aku angkat la sekali satu lens tele. Tersilap sebab teracun dek this chinese guy yang memang pandai dok racun. Hehe, cuak gak la time balik tu bila aku test ambil gambar pada 300mm, bergoyang-goyang. Ambek ko, dah la takde VR! Sebab aku ambil Sigma DG 70-300. Cuak! Cuak!

Tapi then aku surf tenet, cari jalan penyelesaian. Monopod... emm ya aku akan beli monopod. Tripod terpikir gak nak beli tapi since dah ada stock punya, so guna yang tu dulu la setakat ni. Nanti la beli tripod yang agak tegap binaannya.

So hari ni aku dengan bestnya turun lagi KL tapi kali ni menuju ke daerah Pertama. Sebab ingat nak survey beg sekali, memandangkan aku dah jual beg Vanguard aku tu. Kalau aku simpan pun tak muat sebab lens Sigma tu besar. Jalan-jalan, sekali kedai Foto Selangor tutup, cis!

Sekali teringat, dekat Pertama ada satu lagi kedai kamera, International namanya. Kedai ni pada aku barangan dia mahal sikit la dari Foto Selangor TAPI yang bestnya servis dekat sini sangat friendly terutamanya 2 amoi chinese ni (tatau la dah kawen ke belum, takkan aku nak tanye ye dok?). Memang friendly gila, murah dengan senyuman tak macam dekat Foto Selangor. Buat yang biasa pergi kalau dapat yang uncle tua tu aaa memang habislah, susah nak minta kurang susah nak senyum. Cuma kalau dapat sorang lady chinese yang tu boleh kaw tim, kalau dapat dengan dia la.


Nak dipendekkan cerita, adalah beg Vanguard yang aku nak tu iaitu model Up Rise 43, sejenis sling bag yang sedang-sedang sizenya. Padding sangat banyak dan still sangat selesa, ada air ventilation lagi. Yang bestnya ni model yang agak baru, tapi harga tidaklah semahal beg berjenama lain yang design agak hodoh pada aku macam Lowepro, Winner, Kata dan lain-lain untuk harga sama macam tu la.


Then aku teringat, aku nak beli monopod sebab nak kasi belen Sigma. So usha-usha dapat la monopod Manfrotto yang paling cikai, RM120. Aku beli sekali dengan head monopod sebab ada quick release so senang sikit. Ingat nak angkat Fotopro sebab yang tu carbon fiber, memang ringan gila la, tapi sebab harga, kirim salam je la dulu.

Balik ke rumah, aku terus test menjadi tak formula aku. Alhamdulillah jadi, so pada 300mm, gambar dapat ambil sharp sebab steady sikit daripada pegang dengan tangan je. Fikir-fikir balik, nanti ada duit baru aku sambar Nikon tele lak yang 70-200 2.8 ke hehe untuk tangkap sport ke apa ke. Yang Sigma ni guna je la dulu untuk ambil gambar biasa-biasa. Kalau tak boleh coop lagi, jual je la jawapnya.


5 comments:

syafiqstatichot said...

wahhh..nampak maysyuk siot ko.. macam2 beli.. giler kentang habis!

Shukjessa said...

hehe alang-alang dah beli, beli terus je la. lagipon nak something kenala sacrifice kan =)

Zufar Najib said...

ko keje ke ap suke hati nak angakt lens mcm 2.haha..aku nk beli pn berbualan n srvey berbualan2. cyes foto selangor 2 susah nk senyum.hee
tapi aku dapt murah..
walaupun aku pakai eos, tapi aku still suke nikon. :)

Shukjessa said...

Zufar: hahah takde la tu hanye cita-cita. one day pasti memiliki gak satu.

3rd party lens mmg bagus cuma kene tengok, kdg2 diorang murah sebab takde stabilizer ni la (VR, OS, IS, VC). 200mm ke bawah ok pada aku, cume bila dah masuk 300 tu goyang dia agak kuat lebih2 kalo tak pegang hujung lensnya.

ko suke nikon, aku gune nikon suka kelajuan canon, iri hati giler.

Zufar Najib said...

a'ah..pasti la ad kekuranagn masing2 kan? tp pape pn dslr sume best even aku dulu pakai Olympus dslr. pergh gempak sbb body dah ready is. manual setting friendly. tapi sayang kene rompak. :( nnt aku add kt ko aku cite..x pn aku ad tulis kat blog pasal yg ne rompak 2.huu