Followers

Saturday, November 13, 2010

Catitan blogger picisan


Dalam banyak-banyak blog yang aku follow, ade sesetengah je yang aku rajin singgah dan beri komen. Sebab kadang-kadang ada sesetengah blog tu pada aku la, (jangan marah buat yang terasa) layout je lawa, followers je ramai or orang tukang komen je ramai, tapi isi?

Ada sesetengah blog lak dalam sehari boleh release lebih dari satu entry (wau~!). Baguslah kalau isinya pun bagus. Tapi apa yang kita nak keluarkan adalah kualiti bukan kuantiti pun. Banyak macamna keluar pun tapi isinya hampas je, nak buat apa?

Tapi ye la, blog ni hak masing-masing nak tulis. Even nak tulis "Aku hepi" dua patah perkataan pun kalau ramai yang rajin follow, memang ada balasan komen la. Sama macam orang ternama dekat Facebook. 

Yang aku follow ramai, tapi mostly blog yang aku komen mesti dari blog lelaki. Tak tahu kenapa. Mungkin blog lelaki ni lebih banyak information yang aku minat dari kisah umpatan gadis-gadis bloggers (jangan marah yee). Blog-blog gadis ni selalu aku baca sedikit, kalau intro tak best, memang aku takkan baca sampai habis pun. Sebab kadang-kadang ada cerita pasal fesyen gurls which memang aku tak berminat sebab aku lelaki. Kadang-kadang cerita pasal artis itu ini, pasal teman lelaki bla bla bla, so aku malas nak masuk campur. Kecuali mereka tulis pasal "lelaki kuat penipu" or "lelaki ni semuanya dasar buaya". Tang tu aku baca la apa isi diorang dan komen balik kalau aku ada isi nak sokong atau nak bangkang.



Yang lain, kalau tulis merepek-repek, heading saja bikin panas sebab nak tarik traffic, lupakan je la. Pada aku, lebih memburukkan nama tukang tulis dan membusukkan blog aje. Unless cerita panas tu ada sumbernya (kisah benar or berita).

p.s: Apa tujuan korang tulis blog pun?

4 comments:

cEro said...

setgh blogger lebih kpd 'follower oriented', blog sesuatu utk tarik followers...
mcm ko ckap, followers byk tp isi tarak tak guna gak..
aku pon, kdg2 aku letakkan isi tersirat dlm sesuatu post, sama ada org dpt tangkap atau tak, itu bukan keje aku..
tp aku suka dgn cara aku, ia buatkan aku rasa lebih 'tulen'..

Shukjessa said...

as long suatu entry tu ada isi, aku rasa ianya ok untuk dibaca. tapi kalo nonsense semata-mata, ianya hanya publisiti murahan aje la pada aku.

dan blog yg terlampau rumit bahasanya pun bukan dalam list untuk aku lawati. bercakap boleh bahasa pasar, tapi kalo membaca aku prefer bahasa yang boleh faham paling tidak kita boleh adapt mood si penulis itu sendiri.

kalaw ngadew2 sangat, itewww namenyewww menyusahkan ajewww~~ haha gila annoying~! dun taruh2 ok in yall peepss~ ok~?! Mak tak suke~ nyampah~!!

syafiqstatichot said...

ooo... bagos la ko. penuh pendirian dan penuh kejujuran. tapi memang betol kot ko cakap. aku pon rase blog lelaki lebih kepada informasi tak kira la dalam konteks apa pon. blog pempuan lebih kepada kehidupan dan penceritaan diri mereka sendiri. kadang-kadang aku tak tau nak komen pe kat blog diorang.. Oppss!! aku jadi jujur..haha

Shukjessa said...

hehe ke sebab aku alami sindrom single, di mana aku tak berminat sangat hal-hal perempuan ni? haihh~~