Followers

Wednesday, May 12, 2010

Hantu? Wujud atau tidak?



Mungkin topik ni agak basi untuk sesetengah orang. Mungkin ada yang kata tak perlu nak persoalkan, biar je la. Ada yang mungkin kata, hantu for real wujud. Ada yang kata hantu tak pernah wujud di zaman berteknologi canggih seperti ini. So adakah hantu itu wujud atau tidak?

Buat yang rasa malas nak baca topik ni, sila tutup saja blog aku. Aku dah tulis siap-siap dekat atas tu kalau tak minat, jangan baca. 

Hantu? Istilah atau realiti? Kalau realiti mana bukti kewujudannya secara rekod? Mungkin ramai yang pernah mengatakan pernah melihat tapi adakah anda pasti bahawa itu hantu?

Aku mengatakan hantu itu wujud secara literal saja di mana istilah 'hantu' itu sendiri merujuk kepada suatu lembaga yang menakutkan dan tidak mempunyai jasad tetap. Tetapi ia bukanlah makhluk seperti mana ciptaan Tuhan yang lain seperti manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan, malaikat yang kita ketahui kewujudannya di dalam kitab-kitab agama.

Tapi semenjak dua menjak ni makin ramai lak manusia yang terlalu sibuk untuk mengkaji tentang dunia alam ghaib yang lebih tertumpu kepada alam roh atau hantu.

Sebagai contoh di dalam TV pernah tersiarnya rancangan Seekers iaitu sekumpulan manusia yang mengakui menjejak entiti-entiti halus ini. Tapi sepanjang aku pernah tengok rancangan ini, yang hanya boleh dilihat adalah kes orang kena rasuk. 

Di Indonesia, Dunia Lain juga seperti seekers tetapi lebih memberangsangkan dalam menjejaki makhluk halus ini ke dalam kamera. Adakah itu mustahil?

Mustahil sekiranya peralatan mereka tersangat canggih. Mustahil sekiranya sepanjang sesi rakaman, ada pawang atau bomoh yang memuja sesuatu atau berjampi serapah untuk menjemput sesuatu hadir ketika sesi rakaman. Mustahil sekiranya dengan izin Tuhan, kita pasti nampak cuma adakah ianya rupa yang sebenar?

Dan adakah dengan memakai kamera berkualiti rendah, dapat menangkap gambar hantu seperti kamera handphone yang terbukti banyak mempunyai kelemahan berbanding kamera digital kompak? Kenapa tidak memakai kamera DSLR yang sememangnya canggih dari segi kualiti?

Pernah dengar ghosting image? Tahu bagaimana ingin membuat ghosting image? Ghosting image terhasil apabila shutter speed perlahan ketika mengambil gambar. Selalunya jika gambar diambil dalam keadaan ini, hasilnya kabur samada tangan si pengambil gambar itu bergoyang atau subjek itu bergerak under 1 second. Jadi bayangkan kalau kamera dengan shutter speed 3-4 saat dalam keadaan gelap dan ada satu sumber cahaya kecil yang lalu ketika itu seperti serangga, ianya akan menghasilkan ghosting image seakan-akan orb.


Sila perhatikan imej di atas, ini adalah hasil ghosting image yang aku hasilkan sendiri sebagai seorang newbie dalam fotografi. Lihat di sini gambar itu bukanlah hasil dari tindanan gambar yang berbeza cuma satu gambar original yang memerlukan teknik seperti keadaan gelap, bukaan shutter speed yang lama, dan satu sumber cahaya yang sedikit.

Pernah tengok debate uncle seekers dengan Dato' Dr. Fadilah Kamsah? Kalau tak pernah, sila la youtube dan tengok debate antara orang bodoh sombong dengan orang cerdik pandai. Perhatikan ayat-ayat antara mereka berdua.

So adakah rumusan hantu itu tidak wujud? Pada aku hantu itu hanyalah istilah pada penyamaran Jin untuk menakut-nakutkan manusia. Kerana roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali ke rumah. Yang ada hanyalah Jin yang menyerupai tetapi tidak sempurna sifatnya, ie: muka buruk, tidak boleh berkata-kata. Dan bukan semua orang boleh melihat makhluk halus ni, so penampilan itu akan tidak sama dari mata ke mata yang memandang. Dari segi teori mindanya, minda kita akan disaluti denga halusinasi yang memaparkan apa yang kita bayangkan. Dari situlah terhasilnya pelbagai jenis hantu yang pada asalnya adalah Jin yang ingin menakut-nakutkan manusia. 

Dan oleh kerana Jin dijadikan dari asap yang boleh berubah bentuk, boleh dan tidak boleh dilihat, boleh dan tidak boleh dirasa, ianya akan senantiasa datang dan pergi di sebalik kegelapan.

Seperti kata Dato' Fadilah Kamsah, dalam Al-Quran ada menyebut tentang kewujudan Jin, Syaitan dan Iblis tetapi tidak hantu, wallahualam...


di sini aku selitkan satu link ke suatu blog mengenai kupasan tentang hantu dan pandangan ahli fizik mengenainya. Tapi aku lebih suka nyatakan ianya lebih kepada Jin sebab hantu pada aku hanyalah terminologi seperti yang aku huraikan di atas http://kucimhitam.wordpress.com/2008/11/15/hantu-dari-pandangan-ahli-fizik/
 
p.s: kalau korang nak try ambil gambar makhluk halus ni, apa kata cuba eksperimen dengan mengambil gambar menggunakan kamera polaroid (instant film) seperti dalam cerita Shutter. Ini kerana gambar akan diproses secara instant dan tidak boleh di edit. Mana tahu nasib korang baik =)

2 comments:

ahli sains said...

Aku pun pikey macam ko. Memang tak nafi hantu nih dah sebati dengan kepercayaan orang melayu. Time kecik2 aku pcaya la...tapi sekarang aku konpius. wujud ke hantu? atau sekadar ilusi manusia? Kalo ade, apesal negara lain contoh USA ke, UAE ke,...takde pulak deme jumpe hantu2 melayu nih? so, adakah hantu hanya wujud di Malaysia?

Shukjessa said...

hantu, ghost, spirits, orbs hanyalah istilah manusia sebab tu ianya berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

orang cina takkan nampak hantu melayu sebab tafsiran hantu diorang berbeza, kita pun takkan nampak hantu cina sebab tafsiran hantu bagi orang melayu adalah lain.

dan yang paling hakiki ianya adalah jin atau iblis yang boleh menyerupai benda lain