Followers

Thursday, July 22, 2010

Review: Sorcerer's Apprentice


Semalam dok tertanya-tanya, nak tengok Inception ke Sorcerer's Apprentice. Tapi sebab cerita ni baru release, so tengok dulu la, dan banyak yang dah komen Inception best, so boleh tengok later.

Kalau tengok penerbitnya yang paling utama iaitu Disney dengan Jerry Bruckheimer, mesti agak best since kedua-duanya antara otai-otai. Jerry lebih femes dalam cerita-cerita aksi, termasuklah drama CSI tu. Disney ni kalau tak kenal tak tahu la korang.

Ok lupakan benda alah tu. Jom tengok apa review untuk movie ni.

1st of all cerita ni sangat sengal! Ianya adalah gabungan cerita aksi, lawak, cinta dengan sains. Sains? Magik guna sains? Hehe sila la tengok apa kaitannya terutama kalau korang budak fizik.

Jalan cerita mudah difahami, graphic CGI sangat menarik, lakonan mantap Nicholas Cage dengan pembantunya yang (maaf heronya tak hensem, muke sangat nerd tapi sengal) bakal menjadi Prime Merlinian. Yes cerita ni ada kaitan dengan Merlin, tapi kejap je la.

Most of the time korang akan tergelak sampai nak putus urat kentut, serius aku gelak aje. Sangat sesuai untuk yang nak release tensen or nak tengok dengan awek, boyfriend or kawan-kawan. Tapi jangan ingat aksinya sedey je, sebab kalau melibatkan magik, mesti hebatkan?

Cerita ni aku terasa lama sebab tak bosan tengok, sampaikan aku tertanya-tanya bila la nak habis? Bontot aku dah nak kebas duduk lama sangat.

Oklah cerita banyak-banyak pun tak guna, aku sangat syorkan untuk korang lihat sendiri. Aku bagi 4.5 bintang dari 5. Hoi tinggi tuuu!! Yup sebab dah lama aku tak tengok cerita camni dekat pawagam. Sangat-sangat best!


Macam biasa aku akan cerita sikit pasal filem yang coming soon yang menarik perhatian aku. Yang pertama adalah Rapunzel (Tangled). Bukan peminat kartun klasik? Sila tonton, sebab diorang dah ubahsuai sikit jadi sesuai ikut zaman. Lagipun aku tengok graphicnye sangat cun!!!






Filem kedua yang bakal menggegarkan pawagam adalah Grown up! Ini mesti tengok sebab para pelakonnya pun dah gila babeng best. Terdiri daripada Adam Sandler, Rob Schneider, Chris Rock, Salma Hayek dan sorang lagi mamat ni aku lupa namanya (pasangan kepada Adam Sandler dalam cerita I pronounce you chuck and larry) yang besar-besar tu.

Wednesday, July 21, 2010

Melaka trebel Part 2

Best gak berendam dalam bath tub walaupun muat-muat je. Hahaha, dah solat terus aku keluar dari hotel. Satu benda yang aku nak cari, makanan dan air untuk late night snacks. Tapi makin jauh aku berjalan makin aku tak nampak apa-apa kedai makanan hatta kedai runcit pun. Aku dah start garu kepala, aisey hotel punya la strategik tapi sekeliling semua kedai baju dan kasut je? Perjalanan diteruskan lagi sampai la ke depan iaitu main road kalau korang dari luar Melaka. Nampak la satu kedai India ni dah nak tutup, aku pun terus lajukan langkah. Tapi tengok dalam kedai pun nak tak nak je barang-barangnya. Angkut je la mana yang boleh telan dan aku blah.

Sampai hotel, Eca beritahu pakcik teksi tak dapat datang jemput. Aku terpikir nak jalan kaki je. Tapi bila Eca beritahu suruh try tanya service teksi, aku pun try la tanya. So lagi 10 minit sampai. Naik teksi menuju ke destinasi seterusnya, Taman Rempah. Diorang takde pun dekat situ, so aku minta driver tu pergi rumah diorang. Ada la tunggu dekat 10 minit, then dapat call diorang dah tunggu dekat monorail. Aku pun pelik, kenapa nak tunggu situ?

Aku turun dari teksi dengan muka agak kelat setelah kena charge RM30 dari uncle bodoh tu. Sumpah, aku memang anti dengan driver teksi (mostly). RM30 tu kena bayar jarak dari hotel aku ke tempat yang tak sampai 10 minit pun perjalanan, then tunggu 10 minit lagi last-last kena charge camtu. Tapi aku kenangkan ni bukan negeri aku, so tak boleh nak buat taik. Biarkan, ko nak main kasar? Ko kene akhirat ko tau la.


Tapi aku malas nak pikir, biarkan. Aku jumpa Eca dan Wani dan terus ke kaunter River Cruise Melaka. Eca belanja tiket rivercruise dan perjalanan malam bakal bermula.


View memang lawa sebenarnya tapi bila dah ramai sangat dan bila kedudukan kita tak strategik untuk ambil gambar, ianya hanya mengundang kepahitan hati. Since malam, aku terpaksa guna speedlight. Mujur gak la ada bumbung canvas putih so dapat jadi reflector yang baik.


Satu benda yang aku tak suka rivercruise ni, perjalanan diorang pergi dan balik. Tiada stop dekat mana-mana perhentian. Aku lebih prefer kalau diorang stop, means tiket RM10 tu macam unlimited la untuk satu malam or sekian-sekian waktu. So dapatlah ambil gambar dekat daratan yang menarik. Ni aku nak ambil gambar ada je halangan dari kepala-kepala yang tak reti duduk diam. Masa mula seronok lah ambil last-last, malas dah nak ambil since kepala tu asyik kiri kanan je.

Habis naik rivercruise, kitorg pergi makan dekat-dekat situ je. Kebetulan gerai tu mak angkat Eca. Aku dah malas nak pikir, Wani sebut nasi goreng kampung telur mata, aku pun follow je. Eca makan kuey teow tomyam, ngidam tah apa budak ni. Tak lama kemudian, ada la sorang mamat ni sapa diorang. Aku tak kenal, aku agak junior diorang time DIS dulu. Awang yang aku dengar diorang panggil. Agak lembut-lembut gitu. Tapi aku biarkan jela, malas nak prejudis. 

Tapi dekat belakang aku satu group yang lagi sotong gelak mengilai. Aku diamkan aje sambil tersengih tengok Eca dan Wani agak menyirap tengok diorang ketawa tak hengat. Lantaklah, jangan kacau aku sudah.


Lama gak kitorang borak, borak itu ini bla bla bla sedar-sedar makanan aku dah habis. Biasalah lelaki kalau makan, nak-nak orang macam aku, pedas ke apa ke aku telan je, perut tengah lapar. Tunggu la Wani dengan Eca habis makan. Dah habis tu diorang lorat lak aku ni nak balik camne. Minta tolong si Awang and his member, tapi aku taknak nyusahkan orang, aku cakap jalan kaki pun ok. 

Tup tap tah macamne, tiba-tiba Eca nampak kereta Abong dekat-dekat situ. So balik tu aku dihantarkan lagi oleh Abong yang time tu keluar dengan Bai. So terima kasih banyak-banyak Abong! Kalau orang lain aku rasa dah agak berkira dah, tapi dia agak selamba je.

Balik hotel, tengok sekeliling semua dah tutup kedai. Aku naik terus dan masuk bilik. Salin baju semua terus buka laptop, transfer RAW masuk Lightroom dan terus edit. Tengok jam dah tengah malam, tarik laptop dekat dengan katil, buka peti ais ambil jus dengan keropok, late night snacks sambil editing, mesej Eca jap sebelum Wani mesej dekat FB. 

Aircond bilik sangat sejuk, aku terpaksa sembunyi dalam selimut, sedar-sedar pukul 3, editing tah ke mana, tv tah ke mana, lampu sume still pasang. Tutup semua, aku masuk tidur, peh best gila aircond, tapi katil single ni kecik, aku badan besar agak kureng la.

Sambung lagi part 3, penghabisan...

Coming soon


cerpen akan start semula coming soon...maaf banyak-banyak yang masih menunggu bila la cerpen nak sambung. Hohoho, mood tiada, ayat tak feeling wakakak. sekian,

Perihal burger



Burger ni kalau dulu-dulu makanan yang sangat-sangat dilarang oleh family aku. Tapi dewasa ni, burger ni dah macam salah satu menu wajib yang akan ditelan paling tidak dalam sebulan.


Samada beli di tepi-tepi jalan, di pasar malam, atau di kedai-kedai fast food seperti KFC, McDonalds dan Burger King, sumorg ada taste dan choice masing-masingkan?


Kalau yang dok jauh di bandar-bandar kecil macam aku dulu, yang paling koman telan pun burger KFC. Burger yang selalu brader-brader jual tepi jalan ni tak berapa nak beli sebab kurang menarik, masak sendiri lagi best.




Tapi bila dah dok Shah Alam, competition sengit. Kalau ko jual burger hanya tepek salad, daging burger yang kering dan keras dan sedikit sos cili/tomato, gerenti takde orang nak beli sangat. So kena la pandai menggoreng agar tekstur dagingnya ala-ala McDonalds paling tidak ketingiannya melebihi satu inci. Dan kena lah pelbagaikan menu dari burger-burger biasa ni. Letak lah cheese lebih ke, apa ke.


So aku nak tanya korang, dalam banyak-banyak burger yang koran pernah makan, burger mana yang korang akan promote dekat orang kalau orang tanya burger apa best?


Bagi aku kalau yang tepi jalan ni, selalu aku order oblong. Sebab ni je the only one burger biasa yang panjang macam properity. Cuma yang tak besnya roti itu roti biasa, tiada bijan. Aku penggemar bijan, dan pada aku roti burger perlu ada bijan untuk jadikannya suatu hidangan unik.


Kalau yang fast food punya ni, depends. Contoh, kalau KFC of course aku pilih Zinger. Kalau McD, selalu aku akan telan Spicy McChicken atau Big Mac. 


Tapi McD baru-baru ni kan ada release satu burger baru yang dinamakan GCB. Aku punyalah semangat nak rasa, tapi bila makan aduhai burger apa ni? Paling pelik pernah aku makan. Rasa dia manis ala teriyaki sos campur dengan sos lain yang pada aku tak sedap. Tapi kenangkan harga burgernya yang dekat RM9 tu aku habiskan jua. Lepas makan tu nyosa tak sudah, patut aku beli Spicy McChicken je laei sodap!!


Apa burger feveret korang???

Monday, July 19, 2010

Melaka trebel Part 1

Hari sabtu aku berangkat ke Melaka naik bas Transnasional. Agak kecewa sebab bas lambat. Patut naik pukul 8.45am tapi bas sampai je dah pukul 9.30am.

Naik-naik bas, ada lak sorang minah ni selamba badak je duduk dekat seat aku. Boleh lak  cakap "duduk je mana-mana, semuorang buat camtu". Pala hotak ko, dah beli tiket ada nombor, bayar dekat RM15, ko ingat naik bas lompat ke? Mujurlah dia nak bangun, kalau tak mau gak la ayat di atas keluar ke corong telinga dia.

Sepanjang perjalanan takde benda menarik. Aku sumbat earphone dengar lagu. Last-last tidur gak dalam bas. Sedar-sedar dah masuk bandar Melaka. Sampai je aku turun ambil beg terus ikut signboard cari kaunter tiket nak beli tiket bas balik esok. Dah beli, yess!!!

bas ni old skool, tengoklah dekat mane locengnya

hehe tengokla seatnya, tapi aku dah biasa pun time skola dulu

Kawan aku dekat Melaka call, tanya camne. Aku bitau je la tunggu sana, aku naik bas. Sian lak nak suruh diorang datang Melaka Sentral. Pandai-pandai la aku nak cari bas pergi bandar hilir. Nampak tulis Mahkota Parade, naik dan terus bergerak sampai la sana.

Turun dekat Padang Pahlawan, jalan tak bz sangat macam time aku pergi dulu. Hari pun masih nak tengahari. Aku dok terkulat-kulat di kaki lima tak tahu mana nak tuju. Dengan beg berat dekat 12kg, aku jalan je la masuk PP Mall. Call diorang, diorang kata kejap lagi sampai.


Then dapat panggilan suruh tunggu di sebuah restoran nasi kandar betul-betul tepi Sekolah Bandar Hilir, restoran Subaidah. Dalam 5 minit kemudian 2 wajah yang aku kenal dan 3 lagi yang tidak menghampiri aku. 3 perempuan 2 lelaki duduk dekat meja yang aku lepak tadi.

Persahabatan pun bermula dari situ. Bertukar-tukar nama, salam dan sedikit latar belakang. Aku seperti biasa banyak mendiamkan diri sebab dah jadi kebiasaan aku begitu. Aku lebih suka memerhati dan mendengar sebab aku nak tahu cara mereka berkomunikasi.

Bai, Abong dan Eca

3 sahabat baru yang aku kenal iaitu Chan, Abong dan Bai. Satu yang dapat aku tangkap mereka ni mesra tetapi agak sengal dan kelakar.  2 sahabat yang aku dah kenal dulu iaitu Eca dengan Wani pun baru kenal mereka juga. Kira kawan kenalan kawan.


Makan dah sudah, borak sikit-sikit pun dah sudah. Kini time aku nak check in. Aku sangkakan akan berjalan kaki tapi Abong mempelawa untuk menghantar. Walau agak sempit backseat sebab duduk 4 orang, bayangkan sorang lelaki dengan 3 wanita. Lepas hantar Chan ke tempat kerjanya, kami memulakan ekspedisi mencari hotel tersebut. Namanya Mimosa tetapi mereka pun tak pernah tahu atau dengar.


Akhirnya dapat juga ke sana setelah puas mencari menggunakan GPS. Aku check in, tengok bilik basuh muka kejap dan turun bawah balik sebab diorang nak bawak jalan-jalan.

3 gadis; Bai, Wani dan Eca

Seperti biasa, Melaka agak bz bila dah lepas tengahari hujung minggu. Kami berpusing-pusing mencari parking and last-last dapat cari dekat dengan Mahkota Parade. Dan dari situ kitorg menapak lak dekat sana.

Dah sampai sana, apa lagi aku capai kamera, diorang lak jenis suka bergambar, lagi la best. So korang tengok je la gambar-gambar diorang ni.




Aku dengan semangat Achung dan Haluan Kiri, haha. Picture by Bai

Rumah angker

Ada bakat jadi model cik Bai ni




















Diorang ni memang best, asyik gelak je walaupun kenal tak sampai sehari.

Penat ambil gambar, kitorg pergi cari cendol lak. Merayau lagi, aku ikut je since aku tak tahu jalan dan destinasi menarik pun. Dengar-dengar nak pergi Bukit Cina? Jalan je la. Abong lak tak berapa ingat dan kitorang pun round-round je la sampai jumpa.


Yang bestnya lokasi adalah di tepi jalan. Yang tak bestnya, tapak tu betul-betul kawasan perkuburan cina lamanya. Aku jalan-jalan tengok bawah eh batu nesan, gila! Aku makan cendol dan rasa rojaknya. Agak pelik sebab dia bubuh taugeh. Boleh tahan gak la, tapi pada aku tak boleh lawan rojak SS9 dekat Plaza Massalam tu.

Kitorang tak banyak sangat jalan mana-mana sebab time tu pun dah nak senja, tapi banyak borak la. Banyak kenal-kenal, kira best juga la dapat member baru macam diorang ni.

Aku sampai hotel, buka laptop, edit sikit dan upload terus gambar. Sementara tu aku pasang air, nak mandi buih la kononnya padahal sabun aku tu body cream haha. Jadilah dapat gak berendam jap, walaupun bath tub tu kecik, muat-muat je badan aku haha siol.

Ok sambung part 2 lak nanti...

Saturday, July 17, 2010

Kerjaya, minat dan semangat

Suatu hari ibuku bertanya kepadaku

"Awak nak kerja sebagai apa?"

Sebuah persoalan yang aku tidak pernah ada jawapan tetap. Seriously kalau korang tanya aku, apa cita-cita aku, aku akan garu-garu kepala dan fikir panjang "Apa yeh?".

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku hidup tanpa matlamat. Tak bercita-cita hendak menggapai bulan dan bintang. Aku memang tak kisah, sebab ranjau kehidupan aku agak odd mungkin kerana sikap aku sendiri.

Tapi kalau aku suarakan hasrat hati mesti akan memperlekehkan niat aku sendiri. Kalau aku kata aku tak kisah kerja apa asalkan bukan melibatkan office dan mengadap kertas yang menimbun. Aku lebih rela jadi peon, pekebun, petani, buruh, atau apa-apa kerja yang melibatkan banyak pergerakan dan yang boleh mengeluarkan peluh.

Terpulanglah, tapi itu niat aku bukan cita-cita. Niat aku untuk mencari rezeki yang halal, yang aku dapat rasa setiap peluh yang menitis itu adalah kepuasannya. Tapi aku tahu, ramai yang tak setuju dengan aku.

So jawapan aku kepada mak aku masih sama seperti di atas cuma aku tak cerita la pasal jadi peon semua tu. Cuma aku dah bagi dia hint sesuatu, "one day saya nak buka restoran dan saya nak gabungkannya dengan fotografi. Dan tidak lupa, projek kolam ikan air tawar saya. Tapi bukan sekarang la, bila dah dapat modal dan cukup segala-galanya".

Mak aku kerut muka, aku tahu dia tak pernah setuju. Dan aku tahu dia beria-ria nak suruh aku masuk government. Aku pernah tanya mak, "Berapa gaji amah?". Mak kata "kalau campur macam-macam elaun dapatlah seribu lebih". Aku terkejut, wah! kerja hanya hantar spesimen or sample ke jabatan patologi, dan buat bedding (kemas katil semua tu) gaji seribu lebih. Lumayan tu! Ada orang kerja sapu sampah bagai nak mati, tapi masih bawah seribu ringgit je dapat. Bayangkan...

Satu benda yang aku tak berapa nak suka dengan government ni, satu adalah politik. Kedua, korang kerja kuat macamna pun gaji akan tetap sama dengan orang yang selalu curi tulang. Ketiga, orang yang malas kerja ni @ kuat ngushar ni jarang sangatlah kita dengar diberhentikan kerja. Keempat, tradisi turun temurun kalau orang kerja pejabat, time makan pagi dengan lunch memang banyak curi tulang. 

Nampak macam "alah benda biasa, apa nak kecoh?". Tapi kita fikirlah, kita diberikan AMANAH untuk dijaga, sebab itu kita dibayar sekian-sekian. Pernah aku terdengar ceramah mengatakan, masa yang kita habiskan selain dari kerja tu banyak effect dekat rezeki kita in term of Kaf Ba Ro Kaf Ta Nun. Nanti janganlah marahkan anak-anak tak mendengar kata kalau kita sendiri pun tak boleh bagi contoh yang terbaik.


Tadi aku baru je tengok video promo haluan kiri. Dan bila aku selami kata-kata KB, ye aku pun nak maju dan aku sukakan kelainan. Timbul satu semangat hendak memperbaiki mutu fotografi aku dari amatur kepada pro berdikit-dikit. So, kenalah selalu pegang kamera dan belajar dari pelbagai sumber yang ada. Paling tidak aku nak hapuskan perasaan segan aku nak ambil gambar di khalayak ramai. Aku nak belajar tebalkan muka untuk mengambil gambar dan bukan simpan saja kamera dalam bag. Aku pun nak cipta kelainan dari segi karya fotografi yang orang tak ramai nak cebur maybe? Tak cuba tak tahu kan...

So dikesempatan yang masih ada, aku cuba penuhkan ruangan-ruangan yang ada dari membazir dengan aktif bergerak ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh aku jadikan ianya sebagai batu pemula untuk aku berubah dan berevolusi. 

Semoga cita-cita aku akan tercapai jua hendaknya suatu hari nanti...

p.s: Seorang C.E.O sebuah industri makanan pernah memberitahu bahawa buatlah sesuatu yang kita minat kerana dari situlah bakat kita akan lebih terserlah dan kita akan membuat bersungguh-sungguh. Dia yang merupakan seorang graduan degree in engineering berhenti kerja dari bidangnya dan menceburkan diri dalam bidang yang dia minat.

Friday, July 16, 2010

Melaka yeay yeay~~!


Esok aku akan berada di Melaka, kalau larat malam tu aku hupdatekan kisah-kisah menarik dengan gambar bagi korang teringin nak pergi sebab aku tahu ada yang cakap "ala Melaka apa barangg!!!".


Esok mode backpackers bermula, hahaha Diskaberi trebel en libing akan ke Kota Bersejarah~!!