Followers

Tuesday, June 22, 2010

Menu: Pasta goreng orang bujang

Nak kongsi resipi untuk sesiapa yang dah bosan dan tatau nak masak apa spageti/ pasta tu.


Bahan-bahan

1 1/2 cawan pasta / segenggam spageti
Perencah nasi goreng adabi pek kecil
Segenggam daging ayam (bahagian dada)
Sayur campur
Lada sulah
Garam
Cendawan (optional)
Minyak

Cara-cara

1. Rebus  pasta / spageti ikut timing di bungkusan

2. Tumis perencah dan masukkan daging ayam. 

3. Masukkan sayur campur dan goreng lagi.

4. Toskan pasta / spageti dan goreng bersama perencah tadi.

5. Bubuh ladah sulah, garam dan cendawan ikut kehendak masing-masing.

6. Siap untuk di makan, boleh letak jus limau nipis kalau mahu.

p.s: nak menarik, cuba cari pasta yang shape agak rare dan berwarna. Selamat mencuba =)

Monday, June 21, 2010

Menu simple; kalau malas

Untuk posting kali ni aku nak berkongsi sedikit tips dan rahsia yang pada aku, bendanya simple, senang, just luangkan masa dalam 15-30 minit, dah boleh menikmati hidangan yang simple tapi lazat apabila kena 'gu' nya.


Menu paling sempoi untuk orang bujang adalah:

a) Biskut kering (biskut orang mati) makan sama milo panas/ kopi panas/ teh panas.
Biasanya, untuk yang rajin sedikit boleh lah makan dengan tuna spreadable atau sardin cap ayam (kalau rajin nak lenyek la)
b) Roti sandwich makan sama milo panas/ais, kopi panas/ais, teh/o/ais/panas.
Aku suka sejukkan sandwich (selalu aku buat malam hari, simpan dlm peti ais esok makan).
c) Roti bakar apit dengan cheese (grill sehingga cheese mencair)

d) Roti bakar makan dengan telur separuh masak (putih separa pejal dan kuning outer je keras, dalam cair)
Selalu aku tabur serbuk perasa + lada hitam (ajinomoto).
e) Nasi goreng makan dengan teh o ais.
Beli buat stok perencah nasi goreng, cukup rasa ke, tambah ayam sikit + telur, siap.
f) Cekodok bawang + garam makan dengan cili sos + mayonis.
Bubuh tepung dengan garam. Kalau malas nak potong bawang, tak payah letak.
g) Nasi + telur + bawang + ikan bilis + kicap.
Menu paling membuka selera time bersahur di bulan puasa.
h) Nasi + ikan pekasam
 Ni lagi sempoi, tapi kena ada la stok ikan pekasam
i) Keropok keping makan dengan teh o limau ais / limau ais

j) Ayam goreng perasa megi kari
Tak syorkan sangat, tapi kalau nak sedap dan mudah ni la jawapannya.
k) Bubur (nasi lembik) + ikan bilis + kicap + lada hitam
Sesuai kalau 1st time masak nasi tapi lembik, nak sedap lagi buat sup ayam atau ikan.
l) Spageti/ Pasta tuna
Rebus spageti/pasta, lepas tu gorengkan dengan tuna dalam tin, nak sedap letak cheese.
m)  Roti canai segera
Beli roti canai dah siap. Kalau malas nak buat kari, ambil sardin je, lenyek macam nak buat sandwich, kalau rajin boleh masak. Nak sedap bubuh cili api sikit.
n) Ais krim mudah
Beli susu kotak yang ada flavour, letak coffemate dalam 1:3, lepas tu blender. Masukkan dalam peti ais, tunggu separa pepejal blend lagi.
o) Telur dadar
Ni ikut masing-masing la. Aku selalu letak susu + cheese + lada hitam + ketulan daging ayam yang dipotong kecil.
p) Nasi + sardin + timun + air sirap
Menu old skool, best, nak lagi sedap kalo ada ikan masin atau ikan pekasam. 
 Tu je yang aku dapat senaraikan dulu. Semoga dapat membantu korang untuk dapat makan walaupun kekurangan bahan, masa atau malas nak masak advance. Yang paling penting, cari keserasian antara makanan dan sos atau makanan dengan minuman, gerenti sedap menjilat jari walaupun simple je. 

Cerita di kedai mamak

Suatu petang yang mendamaikan di hujung minggu, berlokasi di sebuah restoran mamak yang popular. Seorang lelaki menunggu seorang kawannya sampai untuk minum-minum sambil berborak.

"Hoi! Pandang perempuan, tak berkelip mata!" Izie menegur.
"Ni lain, Z. Cuba ko tengok tu. Peh kalah getah nangka beb, bergetahhhhhhhh!!!!" Joe masih merenung perempuan tu berjalan dengan lenggang-lenggok yang boleh mencairkan iman.


"Entahlah, perempuan zaman sekarang. Tegur nanti marah, kata BZ body. Bila kena kacau dek lelaki, kata sexual harrasment. Tapi yang diorang dok goda tu apa kejadahnya?" ujar Izie lagi.
"Haha, tapi yang ni lagi power. Setiap inci bentuknya nampak, yang belakang, yang depan, yang segitiga, semua jelas nampak shape, peh berani mati betul minah tu. Kalau aku dapat haha..." Joe berseloroh.
"Hahaha mimpi je la. Tak dipandangnya muka macam ko tu. Apa cerita hari ni?" Izie membuka plastik barang yang dibelinya tadi di pasaraya, terkeluar sesuatu dari plastik tersebut.


"Peh, siol berapa ko beli ni?" tanya Joe.
"RM 4 tak silap aku" balas Izie yang masih sibuk mencari barang di dalam plastik tersebut.
"Woh, murah tu. Ada 5 ketul je?" Joe masih memerhatikan kotak oren itu.
"Tak ah, 12 ketul tu, perasa peppermint" balas Izie.
"Woh, dah maju ko sekarang eh? Bila masa ko 'buat'? Awek pun takde" tanye Joe kehairanan.
"Buat?? Woi! Tu bukan K****M la ngok! tu chewing gum la!" Izie marah.
"Hah??!!! Ko biar betul, jangan nak mengarut lah!" kata Joe lagi.
"Tak percaya? Haa nah ambil getah K****M ko, try la pakai kalau muat hahaha" Izie baling kotaknya ke Joe.


"Hahahaha kadang-kadang aku rasa tak payah nak melanggan majalah playboy pun takpe. Duduk dekat pasaraya, kedai-kedai makan popular, ada je rezeki cuci mata. Kadang-kadang lagi hebat dari dalam majalah tu sendiri. Kalau nak lagi best, lepak KL malam-malam hari haha" balas Joe yang yang sedang minum Limau ais.

"Biasalah tu. Yang free hair kadang-kadang ok. Kadang-kadang pakai macam letak signboard, "Sila lah 'kenduri' kan saya, saya rela" Izie mencelah.
"Hehe yang bertudung pun sama. Ada yang ok, paham lah dengan fungsi tudung. Ada yang tak berapa paham. Ada yang just pakai sebab terpaksa, fesyen dan ikut-ikut orang. Tu yang kes, hanya certain tempat je pakai tudung lawa, lepas tu buka tudung tak hengat."

"Tu ok lagi. Yang aku tak faham dan pelik tu, pakai tudung, tapi baju ketat, singkat, padat, kalau dekat dada tu aku tak tahulah letak push up bra atau letak padding kasi nampak cup E padahal size B je. Tudung ada, tapi lipat ke belakang, nampak leher, nampak la segala yang bulat dan bujur." balas Joe.

"Psst... belakang ko" Izie memuncungkan mulutnya.
"Muka dah sweet pakai tudung, tapi sayangnya..." Joe masih lagi merenung.
"Hahaha dah la, tengok bola lagi bagus dari tengok benda tu" ajak Izie.
"Iye daaaa" ujar Joe pendek.

Sunday, June 20, 2010

Andai kau tahu VII

Pencarian aku malam itu sia-sia. Nur tidak aku jumpai di mana-mana. Puas aku telefon namun tidak berjawap. Yang kedengaran hanyalah voice mail selepas 15 saat panggilan dibuat. Aku betul-betul mati kutu! Penat mencari Nur, aku berhenti dan duduk di sebuah bus stop berdekatan dengan sekolahku. 

Handphone ku berbunyi, Ecah call. Dia bertanya adakah aku dapat jumpa Nur? Aku hanya diam. Ecah bertanya lagi aku di mana, dia dan Paan ajak lepak di kedai mamak. Berat hati, aku kuatkan juga langkahku kerna tika ini aku tak tahu ke mana ingin ku tuju lagi. Nur sudah semakin jauh dariku.

"Bu! Sini!" kedengaran suara Paan yang nampak kelibatku menyorong basikal. Dia duduk di meja paling luar dari kedai. 
"Ecah mana?" tanyaku perlahan.
"Dia pergi tandas kejap. Ada la kejap lagi tu."
"Aku tak tahu nak buat apa dah Paan. Terkejut gila bila dia hantar mesej macam tu dekat YM. Aku ingatkan aku bertepuk sebelah tangan je. Tapi tu lah, sekarang ni dah terlambat. Dia pun mungkin dah balik semula ke KL kot?" luahku kepada Paan yang sedang asyik mengunyah roti canai.

"Woi! Kau ni dengar tak apa yang aku cerita ni? Asyik melantak je. Member tengah susah hati ni pun kau buat dek je".
"Ala rileks la Bu, bunga bukan sekuntum. Lagipun kau dah tahu kisahnya kan? Takyah la risau, satu dua hari lagi kau try la balik call or YM dia tu." Paan masih sibuk dengan roti canainya.

Memandang Paan yang sibuk melahap makanan, aku tiba-tiba teringat yang aku masih belum makan malam. 
Tambahan pula dengan mencari Nur tadi naik basikal. Alang-alang dah sampai sini, makan dulu lah.

"Mamak, mee goreng basah satu! Limau ais satu!."
"Tambah satu lagi roti canai mamak!" Paan bersuara.
"Gila, dah mencekik nak tambah lagi?".

Aku masih memandang ke sana ke mari. Mencari-cari di mana Ecah. Mana lah tahu Nur ada pesan something sebelum dia berangkat pulang ke, nak bagi surat ke.

Mee goreng aku sampai. Dek kerana lapar, aku cuba melupakan seketika masalah dan cuba sebaik mungkin untuk menikmati hidangan makan malam aku itu. Tengah sedap menjamu selera terdengar suara yang agak familiar datang dari belakang aku.

"Hai Bu. Makan tak tengok kanan kiri. Aku lalu pun kau tak sedar." suara lembut itu menusuk di corong telingaku.

Nak je aku berpaling dan melompat. Tapi sebab mee tengah penuh dalam mulut, aku sebaliknya tercekik. Cepat-cepat aku menyedut air Paan dek panik yang tak memasal.

"Woi! Air aku tu. Ni haa air kau" marahnya.

Aku memusingkan badan dan dihadapanku munculnya insan yang aku cari tadi. Terkejut! tak sangka langsung! aku ingat dia dah pulang ke KL semula. 

Entah dari mana, Ecah datang dan menarik Paan ke meja yang lain.
"Wei, roti aku tu! Aku tak habis makan lagi ni."

Aku diam, Nur diam. Kami masing-masing tak berkata sepatah pun. Nur kini duduk setentang denganku. Aku merasakan kurang selesa kerana tidak pernah Nur merenung aku sebegini rupa. Aku pula yang jadi segan.

"Er, dah makan? Nak makan? Mamak!" kataku ingin lari dari suasana yang agak dingin ni.
Nur gelengkan kepalanya. Dia masih merenung mencari-cari anak mataku. Aku dah start berpeluh-peluh, tak pernah-pernah Nur nak buat macam ni dekat aku. Spontan dia menggenggam jari jemariku.

"Bu...maafkan Nur...sebab terlalu buta untuk menyedari betapa cinta Bu begitu mendalam. Please jangan tinggalkan Nur lagi boleh?" mulutnya kini bersuara semula.

Aku masih lagi tersentak tapi agak syahdu apabila dia yang memulakan langkah. Terasa seperti aku ni seorang lelaki yang tidak berguna. Bodoh! Pengecut!

"Tak Nur, Bu yang salah. Patut Bu sendiri yang lebih berani untuk meluahkan segala-galanya tentang apa yang Bu rasakan. Bu tak layak untuk mendampingi Nur" perlahan ku lepaskan genggaman tangannya. Aku terasa seperti aku tidak untuknya. Siapalah aku? Hanya seorang teman biasa yang tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu isi hatinya.

"Tapi Nur cintakan Bu sangat-sangat. Bila Bu tak reply pun mesej dekat YM, hati Nur agak kecewa. Rasa nak pulang ke KL tapi hati Nur mengatakan bahawa Nur kena berjumpa dengan Bu juga untuk kali terakhir. Paling tidak, Nur akan pulang dengan satu jawapan dan bukan dengan seribu penyesalan" jelasnya beria-ia.

Sekali lagi, dia mencapai jari jemariku dan digenggamnya makin erat. 

"Nur tak nak kehilangan Bu lagi dalam hidup Nur. Cukuplah selama hari ni Nur buat Bu tersiksa. Izinkan Nur untuk membetulkan keadaan semula, please..." rayunya dengan air mata mula berlinangan.

Aku kesat air matanya, renung dalam-dalam ke anak matanya sambil berkata.

"Sudikah Nur terima seorang mamat yang pengecut ni menjadi buah hati Nur? Bu bukanlah lelaki idaman..."
"But you make my life perfect" sambungnya spontan sambil menguntum senyuman.

Malam itu merupakan malam paling bahagia buat aku. Akhirnya aku dapat menemui cinta aku. Rupa-rupanya semua benda ni dirancang oleh Paan dan Ecah. Ecah berpura-pura tidak tahu perihal Nur dan Paan berpura-pura langsung tidak tahu apa-apa. Kami berempat lepak di kedai mamak sampai pukul 2 pagi sebelum Ecah dan Nur meminta diri untuk pulang.

Akhirnya tidurku bermimpikan syurga...

to be continue...

Saturday, June 19, 2010

Dunia kotakku VIII

Sejak dari time aku ambil dia, sampai la sekarang Dahlia masih diam membisu. Aku curi-curi melihatnya. Samar-samar mukanya dek kerana cap dan cermin mata hitam yang dikenakannya hari ini. 

Pelik! Tiba-tiba berkaca mata pula hari ni? Selesa dengan jeans dan t-shirt Power Puff Girls, dia masih senyap. Mungkin perasan aku memandangnya, dia cuba mengalihkan mukanya ke arah tingkap.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Dahlia membetulkan cermin matanya.
"Pelik, awak tiba-tiba pakai spek mata hitam kenapa?".
"Erm... saya kena sakit mata" balasnya pendek.

Aku masih ragu-ragu dengan jawapannya tapi aku biarkan saja. Sesekali aku melihat jam, pukul 9.40 pagi. Awal lagi, kerana kami sudah pun berada di dalam kawasan TTDI. Aku membuat panggilan kepada Wak untuk mengetahui jalan. Lebih kurang 10 minit, kami pun berhenti di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar, rumah kayu yang sangat tradisional namun mempunyai laman yang sangat luas. Kami keluar dari kereta dan disambut oleh Wak yang tengah berkebun.

"Lama tak jumpa engkau" kami bersalaman dan Wak turut memeluk aku. Aku hanya membiarkan sahaja sambil tersenyum.
"Macam mana tangan kiri engkau? Sakit lagi?" tanya Wak sambil memegang tangan kiriku.
"Ok dah Wak. Oh ya, ni la kawan saya tu. Namanya Dahlia. Dahlia kenalkan ni Dato' Rahmat".

Dahlia serta merta membuka topinya dan bersalaman sambil mencium tangan Dato' Rahmat.
"Apa khabar Dato'? Maaflah saya berpakaian begini je, si Sham tak beritahu apa-apa pun..." ngomelnya sambil memandang ke arahku.
"Oh, ni ke? Cantik, padanlah tangan engkau patah! Hahahaha!!! Tak usah berdato-dato' dengan saya. Panggil je pakcik atau Wak. Eh jemput la ke dalam" Wak menjemput kami ke dalam rumah.

"Huda! Huda!".
"Ye ayahanda, kejap. Huda dekat dapur ni" terdengar suara manis itu dari arah dapur.

"Jemputlah duduk dulu ye, rumah ni sunyi sikit pagi-pagi hari. Petang sikit baru meriah dengan cucu-cucu" kata Wak kepada Dahlia seolah-olah aku tidak wujud.
"Terima kasih Wak" balas Dahlia pendek.

Kelihatan dari jauh Huda datang dengan membawa dulang yang diisi air dan sedikit kuih. Aku agak terkesima melihat Huda hari ini. Jauh berbeza dengan apa yang aku lihat tempoh hari di wad 2 Mawar. Mukanya putih berseri-seri tanpa mekap, pakaiannya simple berbaju kurung biasa berwarna ungu lembut. Dan terlihat lengannya yang putih itu dek kerana dia menyensengkan lengan, mungkin membasuh sesuatu di dapur.

Huda agak terkejut pada mulanya apabila melihat Dahlia, mungkin tidak menyangkakan bahawa teman yang ingin ku bawa itu seorang perempuan. Namun dengan segera dia kembali tersenyum dan menuangkan air ke dalam cawan antik itu.

"Jemput minum Sham, cik..." Huda mempelawa kami untuk minum.
"Dahlia. Sepatutnya saya yang patut panggil cik dekat cik Huda" Dahlia merendah diri.
"Ish tak usah lah bercik-cik dengan saya, saya pun sama je dengan awak, darah sama merah, kita sama-sama keturunan cucu cicit Nabi Adam" balas Huda.

Perbualan kami dimulakan dengan tawaran Wak bekerja di syarikatnya. Aku agak segan memandangkan resultku tidaklah hebat mana.
"Engkau ni, nak segan apanya. Aku yakin engkau boleh pegang jawatan tu" Wak meninggikan suaranya.
"Bukan apa Wak, saya ni bukanlah best student pun, nak pegang jawatan macam tu memang saya tak layak" aku menolak cara baik.
"Habis tu engkau nak kerja dari bawah lah macam yang engkau selalu ceritakan dekat aku dulu?" tanya Wak.
"Saya rela bermula dari bawah, Wak sendiri nilai dan hakimi cara saya bekerja" balasku semula.
"Baiklah, kalau itu yang engkau mahukan, eh mana Dahlia?" Wak tercari-cari ke mana hilangnya Dahlia.
"Dekat luar kot? Tadi saya nampak dia berborak-borak dengan Huda" terangku.

"Yang kawan kau tu, apa masalahnya? Kalau boleh tolong, aku tolongkan" tanya Wak sambil membuka bungkusan coklat yang aku berikan padanya secara senyap-senyap tadi. Aku hanya menggelengkan kepala kerana Dahlia memang tak beritahu apa-apa pun tadi.

"Perempuan, mesti ada benda yang secret kalau dia nak beritahu kita. Engkau try la pujuk or tanya dia dulu. Kalau tak dapat tahu hari ni, later engkau beritahu je lah. Nak singgah selalu rumah ni pun ok je".
"InsyaAllah lah Wak".

Aku hanya memerhatikan gelagat Dahlia di beranda rumah bersama Huda. Nampak seperti mereka rancak berbual. Hal wanita lah agaknya.

Aku gerakkan langkah kaki ku ke arah mereka, dan apabila Huda tersedar yang aku menghampiri, diajaknya berbual sama.

"Eh korang sambung la berbual ye, Huda nak tolong Mak Jah di dapur" bingkas bangun dan berlalu dengan senyuman manis.
"Rancak korang berbual, bercerita pasal apa?" tanyaku kepada Dahlia.
"Hal-hal biasa, cerita perempuan, awak mana boleh tahu" katanya.

Sedang dia menyisir rambutnya, dia terkuis cermin mata hitamnya sehingga hampir terjatuh. Aku yang merenungnya sejak dari tadi terkejut dengan satu corak di kawasan mata sebelah kanan tu. Nampak macam lebam kena tumbuk!

"Dahlia, mata awak kenapa?" aku cuba mendekatinya.
"Em... sakit mata lah, macam yang saya cakapkan tadi" balasnya sambil membetulkan semula cermin mata hitamnya itu.
"Don't lie to me please" perlahan aku angkat cermin mata hitam itu dari mukanya. Dia hanya diam membisu sambil kelihatan air mata yang kian gugur membasahi pipi.
"Boy tumbuk awak?" aku bertanya lagi dalam nada perlahan.
Perlahan dan sayu dia menganggukkan kepalanya. Mukanya terlindung dek rambut panjangnya itu.

Serentak dengan itu, aku kuiskan sedikit rambutnya agar dapat ku lihat kesan lebam di mata itu. Boy, kau memang binatang!! Kau tak puas hati marahkan aku, kau lepaskan pada insan yang sepatutnya kau lindungi ini. 

Aku hanya mampu menahan sabar, dan dalam masa yang sama amat kasihankan Dahlia. Lupa dengan apa yang dah terjadi kepadaku sebulan yang lepas, aku lebih kasihankan nasib wanita di hadapanku ini. Apalah salahnya sampai kena tumbuk begini rupa.

"Kita buat report polis nak?" tanyaku.
Dia masih lagi menangis, angguk pun tidak geleng pun tidak.
"Dahlia, awak kena report polis, sebab ni dah melampau sangat ni" tegasku kepadanya.
"Tapi... dia... anak... somebody" keluhnya.
"Somebody or not, dia harus menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan pada awak" pujukku.

"Eh kenapa ni Sham? Dahlia? Kenapa awak menangis? Sham?" tak sedar Huda telah datang menghampiri kami.

Huda cuba mententeramkan Dahlia sambil aku berbincang dengan Wak. Wak menasihati aku agar berhati-hati sebab nampak gaya Boy ni bukan calang-calang orangnya. Bapanya seorang yang agak berpengaruh. Jika mahu diseret ke muka pengadilan harus punyai bukti-bukti yang cukup. Paling penting, Dahlia harus sanggup.

"Takpelah, sikit je kot ni. Kalau saya buat report lagi teruk saya kena nanti" ujar Dahlia selepas ditenangkan Huda.
"Em, Wak harap Dahlia fikir la masak-masak dulu tau. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan datang rumah Wak, atau Dahlia boleh call Huda" nasihat Wak.
"InsyaAllah Wak, terima kasih sangat-sangat atas layanan baik Wak dan Huda. Terima kasih juga atas juadah makan tengahari tadi. Sedap sangat!" Dahlia cuba ukir senyuman.
"Biasa je Dahlia, nanti senang-senang datang la lagi ye?" Huda membalas senyuman.

Dari kejauhan aku memandang mereka bersalaman dan seketika kemudian Dahlia sudah memasuki ke dalam kereta. Aku lihat sedikit sugul di wajah Huda, tak tahulah sedih sebab kami nak pulang atau sedih  pada Dahlia. Selepas memberikan salam, kami pun meninggalkan rumah kecil itu dan menuju ke lebuhraya. Hajat ingin terus pulang terbantut apabila Dahlia bersuara

"Sham, kita ke pantai jeram boleh?" Dahlia memandangku.
"Awak tak nak balik terus ke?" tanyaku kehairanan.
"Saya... ada sesuatu yang perlu diceritakan pada awak. Hanya awak je yang saya rasa faham masalah saya ni" katanya dengan nada yang sayu.

Ah sudah. Aku ingatkan dah habis dah masalah tadi dekat rumah Wak. Ada lagi? Macam berat je problem ni. Dia suka dekat aku ke? Takkanlah... Tiba-tiba aku teringatkan pesan Wak tadi sebelum berangkat pulang. 

"Sham, setakat ni engkau je la tempat Dahlia tu nak luah masalah or harapkan. Aku harap, engkau jaga la dia elok-elok. Walaupun aku tahu korang just kawan biasa, tapi yelah dia tinggal dengan mak dia je. Takde lelaki yang boleh jaga. Kasihan aku tengok budak tu. Ada apa-apa masalah berat, kalau engkau tak boleh nak settlekan, jangan segan-segan beritahu Wak, ok? Kita dah macam satu family dah sekarang ni"

"Erm ok" balas ku pendek sambil terus memecut menuju ke pantai yang penuh dengan kenangan itu.

to be continue...

Selamat Hari Bapa

Aku tak tahu kenapa, aku masih keliru, dan aku terasa seolah-olah masyarakat agak prejudis dan bias dalam hal begini. Katakan aku over sensitif, katakan aku ni over react tapi hakikatnya, dia adalah seorang yang patut dijadikan idola hidup kalian berbanding artis.


Dia adalah seorang insan yang kita panggil ayah, bapa, abah, papa, daddy, walid, apak, dan lain-lain dalam bahasa yang berbeza. Yang pasti mereka adalah ketua keluarga di dalam family. 

Seorang bapa mungkin mempunyai sifat dan penampilan yang berbeza-beza mengikut keluarga masing-masing. Dan dalam pepatah ada menyebut, bapa borek anak rintik. 

Tapi yang peliknya, sambutan hari bapa seolah-olah makin pudar dari tahun ke tahun. Aku pun tak tahu kenapa. Cuba kita tanya diri kita, kenapa kita sambut hari ibu? Kenapa kita sambut hari guru? Kenapa kita sambut hari jururawat? Kenapa kita sambut hari belia? Kenapa kita sambut hari kanak-kanak? Tapi kenapa kita tidak sambut hari bapa?

Adakah semuorang sudah tiada berbapa lagi? Kalau aku tak sambut yelah masuk dek akal juga, tapi buat teman-teman yang masih mempunyai seorang ayah, tidakkah tergerak di hati kalian untuk menghargai jasa-jasa bapa kalian sekadar hanya dengan ucapan atau paling tidak beli lah kad.

Jasa seorang ayah atau bapa amatlah besar. Kerana seorang bapalah kita boleh hidup di dunia ini. Kerana beliau lah yang membanting tulang untuk mencari rezeki membesarkan kita secara langsung atau tidak. 

Adakah kalian lupa tanggungjawab seorang bapa adalah untuk menanggung segala dosa anak-anak perempuannya yang masih belum berkahwin dan isterinya? Cakap memang senanglah, sebab dosa tak dapat dilihat. Tapi di akhirat kelak, yang senget bahunya yang lambat dihitung amalannya adalah bapa itu sendiri.

Mungkin ada yang beranggapan bapa tak layan sangat sambutan begini. Adakah anda pasti? Adakah anda senantiasa di sisi mereka apabila anda meningkat dewasa? Anda paham luahan hati mereka? Adakah anda betul-betul pasti yang mereka tidak inginkan satu hari mereka dihargai?

Kerana yang aku tahu, suara sang lelaki bukanlah di mulutnya tetapi di hatinya. Sekalipun tidak disambut, apa yang bapa boleh buat? Menangis? Sedih? Minta dibelai, dimanja?

Buat yang masih ada bapa, paling tidak wish la mereka sesuatu pada 20hb Jun ni tanda kalian menghormati mereka dan menghargai mereka. Janganlah sampai anda menyesal apabila tahun hadapan tidak sempat nak wish "Selamat Hari Bapa" "Ayah adalah hero saya".


p.s: Selamat Hari Bapa buat allahyarham Saman Bin Ahmad. Abah tetap hero kami walau apa pun, semoga senantiasa tenang di sana, amin...Al-fatihah...

Thursday, June 17, 2010

'Step Up 3D' Trailer HD

Well tak nak cerita banyak-banyak. Buat yang tak pernah tengok lagi trailer Step Up 3D, ni aku letakkan trailernya, tengok dan korang rasa, hebat atau tak? Menarik? Kagum? Terliur? Sama-sama saksikan di pawagam nanti... Arrgghh~~! Gila ah~!