Followers

Monday, March 14, 2011

Ala omak kawenkan aku



Hari semalam (Ahad, 13 April 2011) merupakan kenduri kawen member sekolah aku dulu. Kire bestfriend dulu gak la, tapi sebab dia ni perempuan so aku takde lah rapat dah lepas habis sekolah sebab masing-masing bawa haluan masing-masing.



Meriah gak kenduri kawen dia ni since ni kenduri kampung so jemputan yang hadir pun orang-orang sekitar situ. Kitorang as rakan-rakan sekolah pon menyerang dengan agak ramai la. Konvoi aku datang terpacak start dari pukul 12.30 lagi. Time ni orang ramai tengah rancak makan. Lauk-lauk pun memang kampung style, best. Cuma segan nak tambah sebab meja kerusi tak berapa nak cukup sebab orang ramai. Nak duduk lama-lama atas kerusi pun segan sebab terasa sangat konker.

Sementara nak tunggu member lain datang, kitorang pon berdiri la ke sana sini tak tahu nak buat apa. Last-last aku keluarkan kamera dan start rakam video. Then ada sorang hamba Allah ni tegur "assalamualaikum, wah tadi ade dengar orang kata geng haluan kiri turun sini, best ni boleh berkongsi ilmu ni". Aku hanya mampu tersenyum je la, pastu borak la sedikit sebanyak dengan geng-geng OP untuk kenduri kawen ni. 

Bukanlah tujuan aku pakai baju haluan kiri sebab nak riak, tapi saje je la. Sebab aku tau, ilmu dan pengalaman aku sikit je nak compare dengan orang yang dah start buat bisnes wedding. Tapi mungkin sebab semalam aku mount kan kamera aku pada monopod, so sedikit janggal buat orang yang tak biasa tengok benda alah serupa tongkat ni. Monopod aku bawa pon as stabilizer video, since semalam aku banyak ambil video dari ambil gambar.

Cuma aku akui, seronok bila photog tegur sapa ni. Sebab aku bukan jenis starter tapi jenis friendly afterward. Dan bila orang sapa, aku jawap dan borak dengan semanisnya. 



Bila member-member dah bertemu setelah hampir 8 tahun berpisah, so macam-macamlah benda nak borak. Ada yang lupa-lupa kenal. Ada yang terkejut habis, macam aku lah. Dulu kurus je, sekarang ni montel habis. Ramai gak yang terkejut. Ada gak yang still the same, badan same, rupa dan style pon sama. Yang takkan berubah adalah, pantang jumpa kamera.



Semalam gak merupakan satu hari yang pada aku agak menarik dari segi perasaan, kegembiraan dan kenangan. Kalo perasaan, agak menarik la melihat seseorang yang korang pernah minat satu masa dahulu dah kawen, dan orang tu bukan korang. Awkward tu tetap ada, tapi sebab benda macam ni dah lama, so biarkan jelah. Gembira memang gembira sebab kawan baru je mendirikan masjid, memang hepi la kan tengok dia terkulat-kulat malu dok atas pelamin. Hahaha!



Selepas ni aku rasa tetiap bulan kawan-kawan sekolah aku bakal berkawen. Semuanya dah menjemput, insyaAllah kalo tak bz, aku pasti akan turun untuk meriahkan suasana. Aku? Lambat lagi kot, early 30's or tengok lah jodoh macamna. Nak penuhkan kenangan dengan kenduri kawen kawan-kawan aku dulu, pastu baru la turn aku lak. 



Selamat pengantin baru untuk Dayah di samping suami tersayang. Lepas ni tak tau la turn siapa lak yang akan kawen. Jangan lupa jemput aku noooo.


Thursday, March 10, 2011

Review: Hikayat Merong Mahawangsa (U)

"Sampai masa tibanya waktu, 
redup hati kaum berdua, 
bila dua jasad menjadi satu
hidup mati jadi bersama"




Ulasan pendek buat yang malas nak baca ulasan panjang aku. Filem ni menarik, best dan sila lah tengok kalau rasanya korang bukan peminat subjek Sejarah time zaman sekolah dulu. Mungkin ada sedikit perbezaan tapi hampir 80% adalah sama. Lagipun nama pun hikayat, yang diinterpretasi pada tahun 1100. Buat yang terlalu memandang hina filem melayu, silalah tengok. Walaupun ada kekurangan tapi ianya satu karya yang terhebat yang berjaya dilayarkan menjadi sebuah filem kebanggan anak melayu, orang Malaysia. Dan janganlah nak compare sangat dengan filem barat, sebab memang masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh untuk sehebat itu.  Tak rugi beli tiket tengok.


Yang ni part ulasan panjang. Buat yang masih membaca, tahniah. Korang masih ada sentimen untuk tahu kelebihan dan kekurangan filem ini. Tapi sebelum tu, aku nak menyatakan apa yang aku sampaikan dalam ulasan ni adalah dari apa yang aku nampak dan apa yang aku fikir. Mungkin betul mungkin salah, so jangan terlalu serius. Kritikan dan komen hanyalah sebagai pendapat membina untuk diperbaiki di masa hadapan. Sebarang pujian melangit tanpa melihat adalah bodek dan hanya membuta tuli aje. Percayalah dalam mana-mana filem takkan ada filem yang sempurna.


First sekali, sila tahu bajet filem ni dengar-dengarnya lebih kurang RM14 juta, satu nilai yang bukan sedikit. Dan kalau korang sendiri tengok filem ni, korang tahu di mana RM14 juta tu akan pergi. Bajet yang cukup besar untuk sebuah filem di Malaysia namun hanya secebis nilai jika di persada filem dunia. 


Jalan ceritanya menarik, tak bosan sebab ada diselitkan dengan unsur humor yang tidak melampau since ini adalah filem epik. Props, kostum dan para pelakon harus dipuji walau ada sesetengahnya nampak sangat berlakon dan tidak natural. Kostum memang real. Tapi apa yang aku kesalkan di sini adalah pelakon extra yang menjadi lanun dan pahlawan langkasuka agak tidak berisi. Kurus-kurus je semuanya. Patut boleh adakan satu training untuk mantapkan badan, paling tidak otot-otot sedikit kental tanpa perlu  over.


CGI boleh dipuji since ini bukan kali pertama KRU membuat filem menggunakan CGI. Cuma untuk certain babak, CGI ni nampak sedikit kartun dan macam tidak kena. Tapi aku faham dengan bajet yang agak restrain, CGI yang bagus agak mustahil.


Lakonan pelakon-pelakon utama hidup seperti Stephen Rahman, Khir Rahman, Embok (maaf aku lupa nama perempuan ni), dan beberapa pelakon lagi. Cuma ada ketikanya, lakonan Stephen agak kelihatan seperti lakonan theater yang sedikit over. Sebutan melayu Stephen boleh dipuji walau sedikit lambat, tetapi itu sudah memadai dengan ekspresi mukanya.


Babak pertarungan memang menarik, efek kena tikam dan efek berdarah memang nampak real. Cuma yang aku tak berapa berkenan bila babak Merong (Stephen) kena tetak dek kerumunan askar Garuda. Patut kalau kena parang ke pedang ke mesti meniggalkan luka, tapi yang ni macam tak berdarah pun. Tapi bila dah sedar lepas diselamatkan tiba-tiba luka tu jadi makin banyak.


Filem ni memang menarik untuk ditonton, sayangnya durasi masa pada aku agak pendek untuk menceritakan kisah epik sebegini. Mungkin filem akan datang KRU boleh panjangkan lagi, tu pun kalau ade extra bajet la kan? Apa pun tahniah filem ni aku bagi 4 bintang dari 5, walaupun aku banyak komen itu ini tapi pada aku filem ni still menarik untuk ditonton sebab ianya sejarah mengenai Langkasuka, or kerajaan Kedah Tua. Dekat akhir part, agak tersentuh hati aku melihat babak tu dengan kata-kata hikmat di atas. Nak tau part mana? Tengoklah sendiri, aku reveal semua tak best la kan, sekian.

p.s: sayangnya, keris tidak digunakan sebaik-baik namanya.

Tuesday, March 8, 2011

Kamera oh kamera Part 13 (Ngomelan)


Agak bosan bila orang tanya pendapat antara pisang A dengan pisang B, mana lagi ok? Tetiba ada insan lain yang jawap, Limau A. Adakah persoalan terjawap? Tak! Adakah ianya membantu? Tak! Adakah ianya akan menyelesaikan dilema si tukang tanya? Tak! Kita hanya membuatkan ianya jadi lebih teruk.

Tapi itulah politik dunia fotografi. Bila orang tanya pasal entry level, adalah insan-insan yang cukup kuat meracun supaya beli prosumer level (intermediate level). Kenapa yeh? Teruk sangat ke kualiti entry level ni? Adakah semua gambar-gambar dari kamera entry level tak layak untuk dipertontonkan kepada orang ramai? Sila betulkan mentaliti. Yang mahal itu ilmu bukan alatannya. Mahal alatan tanpa ilmu ianya ibarat membakar duit secara rela.

Bagaimana pula dengan perihal "oh saya tak mampu beli DSLR, hanya sebuah kompak biasa saja". DSLR dan kompak hanyalah alatan. Di tangan seorang pakar, hatta kamera handphone pon boleh jadi suatu seni dan gambar yang menarik. Kenapa? Ilmu dan pengalaman yang membezakan. Disebabkan itu, jangan rasa rendah diri kalau hanya ada kamera kompak. Percayalah, dalam tangan si pakar pasti ada terselitnya kamera kompak ni. Even aku sendiri pun mengakui akan kelebihannya.

So dalam persoalan yang sebenar jika meminati dunia fotografi adalah "siapa guru? siapa anak-anak melayu yang berjaya menjadi photog terkenal dengan hasil karyanya? buku apa yang patut dibaca? bagaimana mahu memahami sesuatu? di manakah kelas fotografi terdekat yang diadakan?". 

Sebab mencari ilmu ni banyak cara. Ada orang suka belajar sendiri, ada orang suka berguru, ada orang suka baca magazine lebih dari buku, ada orang bereksperimentasi sendiri dan tak kurang yang menuntut secara formal. Mana-mana cara pon ok, jika dilihat photog pro tak semestinya lahir dari sebuah kolej or universiti, tetapi dari pengalaman, dari kaji selidik tersendiri, berguru dengan pelbagai jenis guru dan berkawan serta bersosial sesama photog.

Jika ditanya aku mengenai photog yang aku kagum dan feveret, aku menyenarai pendek beberapa nama yang pada aku agak popular di kalangan photog. Seperti orang lain, aku tidaklah terlalu tahu photog-photog hebat yang terdiri dari anak melayu dekat Malaysia ni. Tapi cukuplah sekadar paling tidak aku kenal siapa mereka.

Antara yang paling aku suka, KB or KukuBesi. Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tak kenal. Perihal KB selalu gak aku coretkan dalam blog ni macam event yang aku join, baju yang dia jual or apa-apa lah yang pada aku agak hebat. Kalau dilihat cara penyampaian karya KB ni lain sikit dari yang lain. Mungkin ada photog yang tidak menggemari seni fotografik yang menggabungkan elemen gambar dan manipulasi (editing). Dan dari situ kot aku rasa kelebihan KB disamping sikapnya yang lebih terbuka dan mesra alam compare to sesetengah photog yang lebih sukakan politik cantas mencantas. 

Yang lain seperti Cikgu Adhadi (portraiture/wedding), seorang pengajar kelas fotografi dan memiliki sebuah kedai kamera. Hasil karya cikgu Adhadi pada aku lebih natural dan lebih kepada simple things yang menyenangkan peserta kelas beliau untuk senang faham. Ditambah pula dengan sifat peribadinya yang lebih profesional dalam menyampaikan ilmu dan juga urusniaga. Pendek kata, perwatakannya itu yang membuatkan orang menghormati beliau as seorang guru.

Yang ni pon kalau aku sebut, mesti ramai yang kenal. SN or Saiful Nang (wedding), hasil karya beliau memang tak dapat dinafikan. Sentuhan yang diberikan nampak simple tapi mood itu mendalam. Biarpun beliau dilanda banyak umpat keji orang dek kerana kelantangan beliau meluahkan something (harga seorang photog wedding), tapi pada aku itulah yang menjadikan beliau adalah SN. 

Yang lain-lain seperti Didiz (portraiture), Hadi Nor (portraiture/wedding), Mayon (HDR), Kabir Malek (HDR), Dr Ali (Landscape) dan ramai lagi semuanya mempunyai kepakaran masing-masing yang pada aku satu keunikan buat diri mereka. Orang-orang sebegini lah yang patut korang cari dan menuntut ilmu jika mampu. Aku gerenti, hasilnya pasti memuaskan walaupun aku sendiri tak pernah join, tapi insyaAllah one day aku pasti join paling tidak salah satu dari nama-nama besar yang aku listkan di atas.

Mungkin ada lagi photog-photog anak melayu yang pro yang aku tak kenal. Biasalah, aku hanya manusia biasa, takkan semuanya aku kenal. Nampak sangat poyonya.

Sekian dulu edisi kali ni, semoga coretan aku dapat membantu korang-korang yang berminat dengan dunia fotografi. Apa pun coretan aku hanya coretan amatur sahaja, sekian.

p.s: "Tiada rotan, akar pun berguna"

Aku si budak besi Part 2

... Hari pertama... (Isnin)

Pukul 5 pagi, siren telah dibunyikan. Pembesar suara blok telah berbunyi. Hari pertama yang celaka telah bermula. Aku rasa sempat tidur 3-4 jam je sebab malam tadi merupakan permulaan penderaan MMS atau Minggu Mesra Siswa. Mesra? Hanya nama saje la kot.

Malam tadi selepas solat maghrib dan makan malam, kami dah diarahkan untuk berkumpul di dewan makan untuk sesi suai kenal bersama AJK kolej, MPP, dan juga Biro-biro MMS. Kalau dulu aku dekat sekolah mungkin aku yang paling besar sizenye, tapi dekat Perindu ni aku rasa badan aku kecik sangat. Gila, ini baru betul realiti dunia luar. Selama hari ni dok dalam satu negeri, cakap pun sesama budak daerah je, kali ni orangnya dari satu Malaysia, lain cara percakapan, style dan gaya.

Habis perjumpaan, kami semua dikerahkan bersolat Isya` berjemaah. Bayangkan dengan student yang gila ramai dan surau yang kecik. Nak tak nak, kena 2 turn jugak le. Dah siap solat, bukan masa untuk baring-baring atas katil. Kami diarahkan balik ke bilik untuk mengambil kertas penting untuk malam ni punya program. Latihan menyanyikan lagu UiTM dengan betul. Dan kertas tu ibarat nyawa kami, jangan hilangkan unless dah hafal.

Tapi bila dah sampai dekat dataran perhimpunan tu, lain cerita pulak dah.

"Ok sebelum kita startkan program malam ni, aku ada dengar dari biro-biro kata ada ternampak sesetengah dari korang ni merokok dalam kawasan kolej. So sebelum kami jumpa barang-barang terlarang ni, lebih baik korang pergi ambil. Kalau kami jumpa, lagi teruk korang kena".

Aku buat tak kesah je la sebab aku tak merokok. Tapi bila dia announce gunting, pisau semua jadah tu, ah sudah kena jugak lah berlari ke blok 4 ambil gunting dengan pisau cukur aku bawak sekali tu. Dah la bagi masa 2 minit je, macam nak gila la berlari kejar waktu. Dalam 2 minit je, kotak yang diorang sediakan tu penuh dengan segala barang, rokok, lighter, gunting, pisau dan macam-macam lagi.

Mikrofon bertukar tangan, kali ni bersama dengan MPP. Bahasa lebih mesra dan lebih bernada profesional. Memperkenalkan diri masing-masing dan agenda diteruskan dengan bercerita serba sedikit pasal UiTM dan etika pelajar. Selesai sesi ceramah, agenda penderaan kami diteruskan. Lagu UiTM mula berkumandang. Masing-masing diminta berlatih menyanyikan lagu UiTM dengan sepenuh perasaan. Latihan berhenti selepas pukul 12 tengah malam. Gila penat, kalau hari-hari macam ni boleh kurus aku. Balik bilik, tidur!

"Cepat! Cepat! Semua dikehendaki solat subuh berjemaah".

Dalam surau, dah macam-macam gaya bebudak ni solat. Maklumler, dulu-dulu mana kena bangun pepagi buta lagi nak kena solat subuh. Aku takdelah terkejut sangat sebab time sekolah dulu pon memang rutin pagi aku bangun pukul 6. Siap solat subuh, kuliah Subuh lak bermula, time ni la masing-masing tekun mendengar sampai ada yang terhantuk kepala ke lantai kes terlalu kusyuk mendengar ceramah.

Hari ni hari pertama kami mendaftarkan diri ke Dewan Seri Budiman. Dari penghuni blok kami diasingkan mengikut fakulti. Kali ni aku sorang-sorang lagi, takde kawan nak diajak berborak. Aku lihat sekeliling ramai gak yang dapat satu fakulti dari sekolah yang sama. Agak beruntung la, sebab senang nak gerak. Cuma takdir dan nasib aku sepanjang aku melangkah ke tempat baru, pasti sorang-sorang. Tapi tak kisahlah, sebab dah biasa dari dulu, aku ikut je.

Kalau nak ikutkan perjalanan ke DSB bukanlah jauh sangat, cuma dah nama pun 6 hari yang celaka, so memang celakalah kami kena dera dek Biro-biro MMS. Ada jalan dekat disuruhnya ikut jalan jauh. Ditunjukkannya kami jalan yang paling banyak guna tangga, peh! Time ni kalau nak dibandingkan dengan tangga Batu Caves, silap haribulan aku rasa tangga UiTM ni lagi mencabar bilangannya.

Dengan cuaca yang panas, kena pakai kemeja bertali leher lak tu, aku ingatkan dapatlah settlekan pendaftaran hari ni. Rimas aku nak bawak file ke hulu ke hilir dah dengan filem X ray tu. Sekali tak boleh daftar lagi sebab ada sesetengah pelajar yang masih belum settle bayar yuran, tak buka akaun bank lagi, rambut tak potong, tie tak pakai bla bla bla. Aduh, seksa je la kena jemur tengah panas hari tu. Last-last balik kosong je tengahari. Perut lapar, tekak dah kering, tambah lak aku jenis kuat berpeluh, kapasiti air aku sangatlah tinggi. Rasa nak telan air paip pun jadilah. 

Masuk dewan makan pun kena smart, mesti berkasut dan paling penting baju kena tuck in. Satu benda yang aku tak suka sejak dari zaman sekolah lagi. Ditambah lagi dengan student yang ramai menggila, beratur punya la panjang semata-mata nak lunch aje. Bila dah ambil nasi, tengok lauk... aku dah dapat agak, penderitaan 6 hari tu bakal berpanjangan ke satu semester. Serius aku boleh kurus duduk sini. Tapi bila perut dah lapar, lauk yang macam ****** pun telah je la. Benda paling aku target, air!!

Belum pun habis makan, speaker berbunyi lagi
"Kepada yang dah siap makan, sila bersiap sedia untuk solat zohor berjemaah"

Selesai solat, kami dibenarkan berehat seketika sebelum dipanggil semula untuk sesi ceramah perihal kolej. Belum sempat nak rehat, waktu Asar dah masuk. Macam biasa solat jemaah satu kemestian. Cuma kali ni kami diminta berpakaian riadah terus. Habis solat je terus ke dataran perhimpunan. Sedikit arahan diberikan yang mengatakan bahawa petang tu akan ada sesi jalan-jalan round UiTM. Sedikit seronok sebab nak gak tahu selok belok UiTM. Tapi... gembira sekejap je, sebab lepas tu baru aku tahu azabnya berjalan kaki dekat UiTM ni lebih-lebih lagi kalau betul-betul round satu UiTM. Dan tekak aku mula terasa hausnya! 

Damn!!

Monday, March 7, 2011

Aku si budak besi Part 1

...6 hari yang sangat celaka...

Berdebar-debar rasanya hati, kaki aku rasa macam tiada darah, dipijak sakit. Time-time macamni la rasa gemuruh tu datang, maklumlah tempat baru. Kegirangan yang aku rasakan 2 minggu yang sudah aku dah tak berapa nak rasa sangat dah pon. Gila! Mata aku dibuka dengan seluas-luasnya. 

Di sana sini aku lihat ramai orang seperti aku. Bingung, gembira, takut, penat dan macam-macam lagi lah. Kiri kanan kelihatan beg bersandaran memenuhi kaki lima dan jalan raya. Time ni kalau ada pencuri pon aku rasa mesti loaded pulangan. 

"Okey, next!" satu suara lantang menyebut, giliran aku lepas ni. Perlahan aku berjalan melalu lorong kecil yang disediakan memisahkan nama-nama mengikut awalan nama. Aku berdiri betul-betul di depan meja yang bertanda M. Aku menghulurkan surat yang aku terima dan namaku disemak. 

"Bilik kamu buat sementara ni blok 4, tingkat 4, nombor 18. Ingat nombor ni 4418. Nanti isikan borang semua ni dan yuran kolej semua termasuk baju RM110. Ok, terima kasih, next!"
Aku berlalu dan melalui beberapa proses lagi termasuk pemberian kunci bilik dan ianya selesai... buat seketika.

Lunch hour, keadaan di sekitar Seksyen 2 yang baru tadi aku kenali. Patutnya rasa lapar tapi entah kenapa rasa lapar tu tak datang pun. Sebab mak asyik suruh makan since perjalanan aku sebagai seorang mahasiswa baru bermula, so aku sumbat jugak lah nasi jangankan tidak nanti aku pengsan sebab minggu orientasi bakal bermula. Seminggu orientasi bakal menyeksa hidup aku akan start on the instant petang karang.

Siap lunch dan beli sedikit barang lagi macam mangga dan kunci, kami bertolak semula masuk ke kolej Perindu. Kolej yang dikatakan kolej terulung buat penuntut siswa-siswa. Tapi aku tengok sekeliling, apa yang best sangat pun? Memandangkan tadi dah ambil sekali borang PTPTN, maka sesi rehat sebelum balik ke bilik digunakan dengan mengisi borang tersebut. Aku sendiri heran, PTPTN perlu ke? Bukanlah nak berlagak, cuma bila aku baca syarat-syaratnya paling tidak aku hanya layak dapat separuh untuk satu semester aje. Kalau aku tak ambil pon still ok kot? 

Sedar-sedar masa berlalu begitu pantas. Sekejap lagi aku dah kena naik ke bilik nak settlekan kemas-kemas sikit cukup la sekadar untuk tinggal seminggu di situ. Mak dan saudara mara pun banyak beri nasihat dekat aku supaya jaga diri elok-elok. Mak kelihatan sugul sebab nak tinggalkan aku. Yelah, tak pernah lagi aku berjauhan dengan dia sebelum ni. Dari kecik sampai lah usia aku dekat 18 tahun, aku tak pernah masuk mana-mana asrama. So ramai yang menjangkakan aku akan homesick atau tak biasa berdikari. Heh silaplah!

Dalam bilik 4418 tu ada 8 penghuni. Dan daripadanya ada 2 orang je dari fakulti aku iaitu Sains Gunaan. Yang lain-lain engineering, kaji ukur, seni dan lain-lain. Dalam 8 orang tu lak, hanya 3 orang je yang mendaftar as pelajar Ijazah, dan yang berbaki 5 tu semuanya diploma termasuk aku. Sesi berkenalan mengambil alih suasana di dalam bilik. Aku yang bukan terkenal dengan sikap mesra alam pun terpaksa mengikut rentak, bak kata orang masuk landang kambing mengembek.

Siap dengan kemas ala kadar, setakat bubuh cadar, sarung bantal, isi barang dalam loker besi, kami masing-masing kemudian berehat di atas katil masing-masing. Memang entah kenapa, nasib aku dengan katil double decker agak kureng. Kalau di rumah suatu masa dulu, aku kena tidur atas. Ni dah masuk universiti pun still aku dapat katil atas. Bukanlah tak suka tapi risau la jugak kan mana la tahu jatuh time tidur ke, katil patah ke ish ish. Sempatlah lelap dalam kurang dari sejam tiba-tiba terdengar announcement dari speaker blok.

"Assalamualaikum, diminta kepada semua siswa yang baru mendaftar untuk turun segera ke tapak perhimpunan sekarang. Anda diberi masa 10 minit untuk bersiap, jika terlambat tindakan akan diambil. Saya ulangi... " pengunguman diulang semula. Selang beberapa minit kemudian beberapa senior a.k.a AJK MMS mula menampakkan kehadiran dan taring mereka yang suatu ketika tadi kelihatan agak mesra.

Pintu diketuk dengan tongkat kayu.
"Cepat! Cepat! Ada lagi 5 minit!"
Aku terus bersiap ala kadar, tak kisah la rambut tengah kusut ke hapa ke janji yang paling penting: kena pakai kasut, baju kena tuck in dalam seluar. Selesai je bersiap, keluar dari pintu kelihatan semua orang tengah berlari kejar masa. Gila betol! Dah la blok 4, kena panjat tangga lagi nak kena lalu blok 2 baru sampai tapak perhimpunan. Tapi dah semuanya garang macam singa, lari je la.

Di tapak perhimpunan, masing-masing beratur ikut blok. Masing-masing tercungap-cungap, gila memang gila. Kiraan bermula...
"10...9...8...7...6...5...4...3...2...1"
"Ok mana-mana yang lambat sila ke hadapan" sorang brader ni memberi arahan.
"Cepatlah sikit, terhegeh-hegeh! Dah lah lambat, jalan macam perempuan!!" kali ni dia memekik.

"Ok, turun 20"
Dan di dataran perhimpunan yang padat dengan siswa semuanya melihat satu acara baru. Denda jika lambat menghadirkan diri pada mana-mana perjumpaan yang telah diberitahu. Aku yang hanya melihat dari barisan belakang, hanya mampu mengeluh dalam hati. "Arghhh parah ni, 6 hari orientasi, masaklah..."

"Korang datang sini nak belajar, bukan nak bercuti, so jangan ingat kami nak layan korang macam pelancong. Sebagai senior korang, korang akan buat dan patuh setiap arahan kitorang, paham?!!" suara itu lantang sekali lagi.
"Faham..." 
"Weh aku tak dengarlah, korang ni tak makan ke pondan? Paham ke tak?!!" 
"Faham!!!"

dan 6 hari yang celaka bakal bermula...

Saturday, March 5, 2011

Review: Adjusment Bureau (PG13)

Hari ni agak kelam kabot sikit mengejar masa. Dari start aku bangun tidur, kemas rumah, masak breakfast, jemur kain sampai lah mandi semua buatkan aku terkejar-kejar.

Agak semput tapi bukan tu yang aku nak kisahkan sangat. Aku lebih risau kalau-kalau sakit kaki aku ni datang balik bila jalan laju sangat. Tapi sebab dek nak kejar masa, terkpaksalah. Dah le tiket movie dah beli, so nak tak nak kena cepat kalau tak karang masuk panggung cerita dah start? Uhh, udah le aku dok tengah-tengah.

First time aku beli tiket movie dekat Times dapat panggung  MAX. Sudahnya kena tanya lak brader jage kaunter panggung MAX dekat mana. Tingkat 10 peh!!

Emily Blunt so sexy la in this movie

Adjustment Bureau. Ni la filem yang aku nak tengok. Tengok iklan macam best je kan. Tapi tu lah hakikatnya, trailer banyak mainkan peranan. Yang diorang tayang tu part-part menarik je. Yang tak berapa best tu takkan nak tunjukkan.

Pendekkan cerita, movie ni pada aku agak slow, sedikit pening, sedikit berunsur keagamaan cuma disamarkan dengan metafora yang tidak menampakkan unsur agama tu. Since benda ni melibatkan susun atur kononnya sesuatu tindakan dan matlamat itu telah ditentukan oleh sebuah biro ini yang mempunyai kuasa ajaib. Mereka ni yang akan membetulkan balik jalan-jalan yang tersasar dari matlamat yang telah ditentukan. Dan ianya bertembung pula dengan kuasa lain iaitu kebetulan atau luck. Buat yang perhati betul-betul ianya sama dengan kuasa Tuhan cuma dalam filem ni takdelah tunjuk siapa Tuhan tu. Cuma mereka (Adjustment Bureau) ni mendapat arahan dari pihak atasan.

Boleh tahan gak la filem ni. Cuma ada sesetengah babak tu pada aku agak bosan dengan cakap-cakap sampai sempat la aku tertidur. Dan buat yang tengok betul-betul filem ni pasti akan dapat moralnya. Aku bagi 3.8/5 bintang aje. Tak cukup 0.4 nak jadi kan 4 bintang.

Thor VS Loki

Oh ya, tadi sempat tengok trailer filem Thor. Dari trailernya, memang mengkagumkanlah. Tak sabar lak nak tengok filem ni. Aku minat costume Loki haha.

p.s: dapat beli SD kad Transcend 8GB Class 10 dengan harga RM60! Tapi tak dapat cari digital photo frame, what to do kena cari dekat PJ lak la nanti.


Tuesday, March 1, 2011

Review: The Mechanic

The Mechanic,


Aku tak rasa ramai yang pergi tengok filem ni. Sebab kehadiran filem-filem lain yang dikatakan hebat cukup menenggelamkan filem aksi pembunuh upahan ini.


Tapi itulah aku, mencari kelainan. Walau orang dok sebut-sebut filem I am number 4 dan filem lain, aku tetap nak tengok jugak filem ni. Satu je sebab, Jason Statham. 

Jangan salah paham, aku bukan gay, dan aku tidak berminat apa-apa mengenai mamat ni kecuali, martial artsnya, cara dia bawa kereta dan juga stuntnya. Boleh dikatakan hampir semua aksi itu dibuat sendiri. Sejak dari kes tertengok Transporter 2 (nama lame giler) terus aku ternanti-nantikan filem mamat ni. Sebab kita biasa disajikan dengan tipikal hero mesti muka hensem dengan rambut yang macho, tapi muka mamat ni ok lar dengan rambut ala-ala menteri-menteri.

Cuma untuk filem kali ni, agak menghampakan pada aku sebab kurang aksi-aksi seganas filem Transporter. Tapi masih lagi mengekalkan sifat cool dia yang sukakan smart dan ketelitian dalam membunuh. Sempat gak la aku tertidur dalam beberapa part sebab banyak sangat bermain dengan cakap-cakap dan mood gelap. Tambah lak 15 minit terakhir tu ada mamat bangang mane tah kacau aku punya konsentrasi. Boleh lak tiba-tiba nak duduk depan aku padahal seat kosong punya la banyak. Nak duduk tu aku tak kisah, ni nak henyak-henyak lak konon nak selesa sedangkan kaki aku betul-betul tengah tekan kusyen tu (sebelum takde orang duduk, so aku tekan ler). Dia lak wat camtu, mujor aku tak lututkan je kepala hotak dia tu. Kalo tak mau kepala dia aku tuil dengan kaki aku yang berbandage tadi.

Overall filem ni aku bagi 3/5 je la. Jalan cerita tak berapa menarik sangat. Ada beberapa part yang aku sendiri tak paham. Tapi tengok je la sebab mamat tu berlakon. 


Oh ye, nanti filem Fast Five nak keluar, tak tahu la bila. Fast five, filem ke 5 untuk Fast and Furious. Kali ni dia kumpul balik pelakon-pelakon dari 2 fast 2 furious dan polisnya lak? Dwayne The Rock Johnson. Hahaha mesti kaw-kaw punya lah.

Akhir kata, bulan March dah bermula, filem bulan ni pun banyak yang best. Huuuuuuuuuuu mana yang tak sempat, alamatnya ke kedai lanun je la kan. Tipikal rakyat malaysia heh!