Followers

Saturday, August 7, 2010

Event ooh event

Esok sepatutnya hari yang bakal merakamkan gambar-gambar gembira aku dan rakan-rakan ke genting highlands.

Tapi itu semuanya kita yang rancang, tapi Allah menentukan. Aku redha... trip kena cancel aku tak boleh nak cakap apa dah. Aku terima je lah. Aku paham sikap manusia ni susah nak bersatu kalau masih lagi berfikiran sempit. Hanya kerana orang itu tiada, or kawan yang tu tak join, so tak jadi nak join dan berilah alasan yang munasabah.

Dulu aku dah cancelkan trip ke Melaka sebaliknya aku pergi sendiri (dek kerana marah). Tapi lepas tu aku fikir balik, marah pun tak guna. Takkan mengubah apa-apa terutamanya sikap manusia. Dan untuk trip yang kali ni, aku malas nak fikir dan marah sebaliknya sabar je la. Tunggu je la sampai ada manusia yang bersuara hendak ianya dilaksanakan. Kalau tak, malas dah aku nak bangkitkan.

Coming soon punya event iaitu majlis berbuka puasa beramai-ramai aku dah cadangkan. Bukanlah aku ni gila nak jadi ketua dalam setiap event, cuma aku bertindak sebagai cadangan dan pencetus je. Kalau ada sesiapa yang sudi nak lead the event, aku persilakan je. Tapi kalau takde orang, aku volunteer la diri.

Tapi tulah, belum apa-apa, baru minta cadangan tempat, tarikh dan lain-lain dah ada negatif feedback. Aku pun tak paham la. Apa susah benar ke nak jumpa kawan-kawan dan berbuka sekali dalam sehari dari 30 hari berpuasa?

Penat melayan kerenah manusia yang mengaku kawan dan menggelarkan mereka sebagai ex clasmet tapi banyak sangat excuse dari cadangan. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini untuk berdepan dengan manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka kawan. Semoga Kau sentiasa padamkan api kemarahan apabila melayan karenah mereka ini.

Dan aku mendapat suatu SMS yang sekadar ingin bertanyakan perihal genting...

Thursday, August 5, 2010

Review: The Last Air Bender 3D

Berdasarkan waktu dan harga tiket yang aku tengok dekat GSC punya site semalam, aku dah ready dekat IOI Mall Puchong pukul 11. Ingatkan dah buka, belum lagi. So aku pergi main game la dulu, walaupun kalah teruk tapi sakit juga la tangan haha.


Aku buat keputusan untuk tengok yang versi 3D since last time aku tengok 3D yang time tv3 buat dulu. Lebih kurang pukul 12 aku masuk ke dalam naik escalator punya la tinggi sebab cinemanya dekat wing baru. Dapat spek 3D, aku dok belek-belek sebab aku sangkakan spek kertas macam tv3 buat dulu rupanya betul-betul spek. Aih haru ni, dah la aku bermata empat, tambah lak lagi satu spek jadi mata 6. Agak tidak selesa sebab spek mata aku sendiri dah berbingkai lebar tambah lak spek 3D.

Spek 3D, tak selesa untuk mata empat macam aku
Tapi aku memang puji la spek tu memang 3D habis. Tengok trailer cerita pasal burung parrot in 3D, fulawei terasa benda tu keluar dari screen. Lepas tu individu lak diasingkan mengikut layer nampak la perbezaan.

Ok berbalik kepada review filem ni.

Filem ni kalau nak diikutkan memang ikut macam dalam versi kartunnya. Saling tak tumpah, mungkin adalah sedikit perbezaan dari segi rupa sesetengah watak tapi pada aku ok la. Jalan ceritanya agak similar cuma ada la sedikit yang berbeza di mana ianya dipendekkan dan ada yang diwujudkan. Dari segi graphic CGI nya memang menjadi, memang hebat tambahan pula aku tengok yang versi 3D. Satu benda yang aku perasan, kalau kita tengok filem yang bukan 3D, ianya akan dipaparkan pada SD atau standard definition yang mana akan ada garis la, gambar tak berapa lawa la. Tetapi bila aku yang 3D nya, aku perasan gambarnya sangat sharp seperti tengok trailer dekat Youtube versi HD atau high definition. So untuk kepuasan maksimum sila tonton yang versi 3D, sebab aku tengok tadi pun kena RM16 je, RM11 tiket + RM5 spek.

Kekuatan filem ni pada aku adalah dari segi graphic dan juga peminat setia kartunnya. Nak kata lakonan hebat, pada aku biasa je la since yang banyak berlakon adalah dari kalangan kanak-kanak dan remaja je. Kelemahan filem ni adalah beberapa yang sempat aku perasan, iaitu dari segi etnik kaum. Masyarakat kaum api, lebih menonjol dengan imej seperti india atau orang arab walhal satu kesilapannya adalah nama-nama watak panglima kaum api adalah nama cina seperti Zhao. Sebaliknya ditonjolkan masyarakat kaum bumi (earth) yang menyerupai cina. Yang paling pelik sepatutnya kaum air (water) yang menyerupai kaum red indian (kalau ikut versi kartun) tapi Sokka dan adiknya dah nampak sangat orang Caucasian. 

Paling tak ble blah, Sokka dengan Zuko
Lagi satu tentang sebutan nama Aang itu sendiri. Yang ni memang dah jelas dalam versi kartunnya berbunyi (Eng) dan bukan (Ang) di mana versi kartun itu adalah versi English American. 

Lain-lain ok cuma jalan cerita agak slow, seriusly aku banyak tertidur dari tengok cerita ni. Yang paling tak boleh blah, prince Zuko is hero slumdog millionaire? Buat muka cacat Zuko pun tak berapa nampak sangat sebab berlawan dengan ayahandanya iaitu Lord Ozai (see nama-nama takde gaya pun nama India or Arab).

Cuma satu yang best or tak best, filem ni ada sambungannya, maybe dia ikut versi kartun iaitu by chapter skrol yang Aang kena belajar mahirkan. Aku bagi 3.5 bintang je la okey.

Untuk info lebih lanjut boleh lawat SINI!!!

Step up 3D akan melompat di Malaysia pada 26hb Ogos, manakala RE; Afterlife pada 9 September 2010. Nak tengok Step Up 3D hualaweiii~!!

Wednesday, August 4, 2010

Shopping aye~!

Aku rasa ramai yang dah tahu kot, tapi takpelah aku memberitahu je lah untuk ex-ex shah alam yang dah lama tak jenguk shah alam, haaa jangan tak tahu tipah~~ (gaya chef wan) shah alam dah ada Wisma Jakel (dah basi pun, saja je sempena nak raya ni kan).

Wisma Jakel (bukan S.Alam nye) sumber dari www.jakel.my
Buat yang pernah lalu tapi tak pernah masuk, sila lah pergi ke Wisma Jakel ni. Lokasi betul-betul dekat pintu gate belakang UiTM. Nak pergi bawa la duit yang bertimbun seperti mana timbunnya kain-kain di situ, atau sekadar ingin mencuci mata. Tapi aku rasa perempuan takkan cuci mata je, paling kurang beli kain cotton.

Aku hari tu la pergi time ibundaku datang shah alam. Akak aku apa lagi, pergi hangkut kitorang pergi sana. Masuk-masuk je mak datuk, banyaknya kain. Tak sempat nak tengok kain apa, dah pergi atas tengok kain cotton. Punyala berlambak. Aku ingatkan Jln Tar tu punya banyak kain, dekat wisma ni lagi banyak. Korang nak tengok tanpa segan silu sambil buat sepah pun sila lah, sebab pekerja dekat wisma ni punyalah ramai. Sampaikan yang aku tengok dan kira, lagi ramai pekerja dari pembeli.

Tapi lelaki macam aku ni pening sikit tengok kain. Suka memang suka corak pelbagai color tapi bila banyak sangat jadi pening aaaaa... So aku hanya ikut je la.

Cuma sedikit ralat untuk orang yang tak suka diikuti ketika tengah cuci mata, dekat wisma ni agak menjengkelkan terutama dekat department kain langsir. Tak habis-habis mulut pot pet pot pet beli lah itu beli lah ini. Korang sentuh je langsir, keluarlah ayat "Belilah kak/bang, RM10 semeter". Usik yang tu, usik yang sinun sampai korang rasa irritated lak. Nak tengok dan secara aman lupakan je la sebab diorang ni bising sangat dok promote. Satu benda yang silap dalam menangangi customer. Pada aku la, pekerja jangan jadi langau hurung sampah, ikut je customer sambil pot pet pot pet. Duduk di suatu tempat dan tengok, kalau customer panggil baru lah pergi. Kan sonang!

Deretan wisma ni semua kedai fabrik. Butik baju la, tempah baju la, kedai tudung Ariani la, kedai karpet Jakel la macam-macam, bukan tempat untuk lelaki seperti aku. Mujurlah ada akak jual jambu dekat depan kedai tudung, so aku lepak situ je la makan jambu batu sambil cuci mata tengok awek-awek lalu haha.

Rupa ayam penyet, memang berkhasiat
Ok dekat deretan baru mengadap pusat komersial sudah ada kedai Al-Ikhsan, kedai JM beriani dan kedai Ayam penyet. Yah kedai ayam penyet. Buat yang tak pernah makan, silalah makan, memang best! Cuma aku sarankan korang tapau je la bawa balik unless korang berhati waja untuk melayan karenah servisnya yang pada aku main-main dan lambat. Aku hari tu beli set rendang minang ke hapa tah, best gila. Dapat pula asam pedas diorang peh, aku hirup kuah je. Mesti makan, tapau atau di situ terpulang tapi mesti cuba! Aku pun nak try balik nanti tengok lauk lain lak. Cuma harga, jangan terkejut sangatlah sebab padan dengan kuantitinya.

JM Beriani, sumber www.jmbariani.com
Kalau tak suka ayam penyet, boleh try JM beriani. Aku pun tak pernah try lagi sebab dulu ada dekat Tesco Shah Alam, tapi memanjang full je orang. Tapi according to my sista, biasa je nasi beriani nya. Terpulang, lidah masing-masing nak makan kan.

Makan petang orang bujang

Tengah bosan-bosan aku buat cekodok ayam sekali lagi, tiada apa yang baru cuma kali ini aku cincang sendiri daging ayam tu. Ingat nak bubuh cheese tapi ntahlah, nanti lah aku try lagi. Nak try guna tepung yang berbeza dan letak sedikit sayur di dalam.

Cekodok ayam, boleh buat menu berbuka
Aku rasa aku dah postkan resepinya kan dulu? Ke tak? Hahaha, takpelah korang try la buat. Resepi sama macam cekodok ikan bilis, just ganti ayam je.

Tuesday, August 3, 2010

Bila rasaku ini rasamu


Tiga tahun dah berlalu, semuanya kini hanya seperti satu detik ke alam kematian. Kata-katanya itu membuatkan nafasku sesak, seperti orang sakit jantung yang tidak keruan degupannya. Memaksa suasana sekeliling bertukar rupa dari hari yang ceria kepada hari yang diselubungi kegelapan dan kedukaan.

"Kenapa?" aku hanya mampu bertanya itu sahaja setelah mendengar kata putus darinya.
"Saya rasa biarlah kita masing-masing berfikir dan berehat dahulu. Mungkin dalam tempoh perpisahan kita ni kita dapat belajar sesuatu, yang dapat mematangkan diri kita" jawapnya.
"Tapi perlukah? Setelah 3 tahun kita bersama, kenapa perlu adanya sekarang?" aku masih mahu mencuba nasib.
"Kita berpisah sementara je awak, untuk mencari diri, menggapai cita-cita dan mematangkan diri" balasnya lagi.
"Em...oklah kalau itu yang awak mahukan...saya tak dapat buat apa-apa" ku tahan perasaan sedih.
"Saya sayangkan awak selalu...".
"Em..." aku makin blur.

Beberapa bulan sudah berlalu. Kami jarang berkomunikasi. Aku tak mahu kacau rutin hariannya yang sibuk dengan kerja. Itu prinsip hidupku, kerja adalah kerja tidak boleh dicampuri dengan urusan peribadi melainkan penting. Ada juga aku cuba SMS nya ketika malam, namun jarang dapat balasan. Aku hanya diamkan saja, mungkin dia penat bekerja.

Suatu malam, ketika aku tengah online, dia menghantar mesej melalui YM. 
"Hai awak, buat apa?"
"Takde buat apa, update blog, tulis cerpen macam biasa" balasku.
"Ooo baguslah awak minat menulis, ada juga mengisi kelapangan waktu" dia membalas.
"Tulis memang best, tapi tak guna juga kalau takde orang baca, seolah-olah tulis syok sendiri".
"Saya selalu baca blog awak...".
"Ye ke? Tak nampak pun awak komen tentang cerpen saya" aku bertanya.
"Saya...tak sampai hati nak komen..."
"Kenapa tak sampai hati? Dari dulu sampai sekarang, awak jarang sangat nak komen hasil penulisan saya. Kadang-kadang saya fikir kenapa eh dia ni? Blog orang lain dia punya rajin komen, tapi blog saya awak tak pernah nak komen pun" sedikit nada kekesalan di situ.
"Takpelah, awak bz, saya tidur dulu, dah penat esok nak kerja, bye".

Dan pada satu malam, ketika YM menghubungkan kami.
"Awak sayangkan saya?" dia memulakan bicara.
"Eh kenapa tanya tiba-tiba macam tu?"
"Takde pape...awak...kita macam dulu semula nak?"
"Macam dulu?" aku keliru dengan ayatnya.
"Bersama semula macam dulu" katanya.
"Kenapa? Bukankah dulu awak yang meminta perpisahan ini?" sindirku.
"Em takpelah, ok bye".

Selang beberapa malam kemudia, dia menghantar mesej kepadaku lagi, cuma kali ini dengan cerita dia berkawan dengan lelaki di tempat kerjanya. Dia kata lelaki tersebut baik dan bla bla bla bla, aku malas nak ambil kisah sangat. Untuk apa ceritakan padaku? Sekadar untuk menyakitkan hati? Aku hanya melayan acuh tak acuh, bosan dengan sikap berkawannya yang tak pernah nak habis.

Tapi lain ceritanya selepas sebulan, dia menghantar mesej kepadaku dengan nada yang agak berlainan pula.
"Awak still sayangkan saya?" masih lagi dengan ayat yang sama.
"Kenapanya?" aku ingin menduga. Diam...
"Awak...kita macam dulu semula nak?" dia bertanya lagi.
"Kenapanya? Dulu awak dah tanya soalan yang sama".
"Saya perlukan awak..."

Malam berikutnya, sebuah panggilan diterima di handphoneku.
Kedengaran dia menangis teresak-esak, aku jadi cuak! Aish kenapa lak ni? Parents dia sakit ke? Ke, ada problem besar?
"Awak... dia tengking saya..." dia masih tersedu sedan menangis. Aku tengah blur, 'dia tengking? dia siapa?'.
"Dia marah saya... dia kata kenapa layan lelaki lain selain dia". Kali ni aku dapat tangkap siapa dia, mesti lelaki yang dia berkawan dulu yang dia cakap baik tu. Aku dah agak dah benda ni akan terjadi, tapi sebab dia nak berkawan juga, aku tak halang sebab status aku hanya sebagai kawan saje.
"Dia kata saya perempuan teruk, dia tengking saya dalam kereta". Aku hanya mendengar, separuh hati aku kasihankan dia, tapi separuh hati lagi mengatakan padan muka, aku dah pesan dah dulu, lelaki nak berkawan tak semuanya jujur, time nak berkawan semua nampak baik.
"Dah la, jangan nangis lagi. Dia memang tak patut pun buat awak macam tu. Saya pun tak pernah tengking awak time awak berkawan dengan lelaki lain. Tu saya sebagai boyfriend awak dulu, dia siapa?". Panas gak hati dengan mamat bedebah ni, kalau ikut hati aku nak je patahkan gigi dia tu biar tak jadi playboy dah.
"Takpelah, saya ada. Selagi saya ada, saya akan jaga awak, lindungi awak sebab saya sayangkan awak" aku cuba memujuk.
"Betul ke?".
"Iye, saya akan sentiasa temankan awak" pujukku lagi.

Kalau anda merasakan aku adalah insan yang bertuah, anda silap. Beberapa minggu selepas kejadian itu, aku cuba untuk menjadi diriku seperti dulu, senantiasa rajin menghantarkan SMS bertanyakan khabar dirinya walaupun jarang dapat balasan, namun aku fahami keadaannya. Namun apabila selepas satu kes yang membuatkan aku tertanya-tanya akhirnya aku mendapat khabar berita yang kurang menyenangkan.

"Eh kita bukan dah together balik ke?" aku bertanya kekeliruan.
"Tak, manada. Saya ingatkan awak saja je". Bait kata-katanya itu sungguh menghiris perasaan aku ketika itu.
"Em takpelah kalau camtu, yang ni lupa kan jela, saya halalkan je. Penat-penat je saya cuba hidupkan perasaan, tapi hanya bertepuk sebelah tangan" aku meluahkan ketidakpuasan hatiku.

Sebulan berlalu, statusnya di laman sesawang Facebook telah bertukar ganti. Pada mulanya aku beranggapan dia hanya main-main. Tapi lama kelamaan apabila munculnya ayat-ayat dari kawan-kawan yang mengucapkan tahniah atas perhubungan yang baru, aku jadi curiga dan aku mula bertanyakan kepadanya.

Pada mulanya dia menidakkan dan hanya berdiam diri. Namun setelah aku agak mengamuk dengan caranya yang sebegitu rupa, dia pun memberikan penjelasan. Apa yang aku dapati, dia dah mula rapat dengan lelaki tu  saat aku mula nak sayang dia balik. Dia sikit pun tak beritahu apa-apa. Pelikkan? Time dia berkawan dengan lelaki di tempat kerjanya dulu, boleh pula beritahu aku, tapi yang ni senyap je. Tahu-tahu dah kapel? Dah la time aku cuba hidupkan balik perasaan tu. Terasa sangat dikhianati walaupun kami tak declare apa-apa.

Katanya mudah, dia sayangkan aku tetap hatinya telah dicuri jejaka keparat ni. What the FUCK?! Bagaimana dalam dunia ni kita boleh sayang dan cintakan orang dalam waktu yang sama untuk status yang satu iaitu kekasih? Segala-gala baginya adalah takdir, takdir yang membuatkan dia terjatuh cinta, takdir yang menyuruh aku menerima ini denga hati terbuka, takdir yang menyuruh aku jadi matang.

Adalah beberapa hari aku menangis sedih yang teramat sangat. Tambah pula time ni setan banyak mendorong untuk membuat dendam kesumat. Memang dendam habis-habisan. Masakan tidak, dia boleh gembira keluar dating dengan boyfriend baru, sedangkan aku terperuk di dalam bilik menangis dan bersedih seorang diri. Adilkah itu?

Namun time ni aku rasakan ramai kawan-kawan yang sudi membantu untuk memberikan kata-kata semangat untuk aku terus berdiri tanpanya. Dan paling penting, aku cuba hapuskan segala dendam yang aku ada padanya, biarlah, andai ini jalan yang dia pilih, aku redha. Aku pilih satu hari di mana aku luahkan segalanya tentang isi hati aku padanya supaya dia tahu cinta aku bukan mainan perasaan. Tatkala dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa sepanjang tempoh kami 'berpisah sementara', aku memilih untuk tidak. Sebab aku khuatir jika di dalam tempoh ini aku akan cenderung untuk rapat dengan seseorang lantas jatuh cinta, akan apakah ertinya perpisahan ini? Tatkala dia mula rapat dengan lelaki, aku pilih untuk keluar sendirian ke mana saja, makan? tengok wayang? berjalan-jalan? Dan tatkala dia punyai teman untuk berkongsi masalah dan cerita, aku hanya punya blog yang ku tatapi dengan titisan air mata berhari-hari mengenangkan sakitnya hati tiada yang mahu memahami.

Dan tatkala dia sibuk keluar dengan teman-teman kerja, aku di sini masih menantikan janji-janjinya yang mahu keluar bersama dan bersenam bersama ti kala tempoh kami bergelar 'sahabat' dan bukan kekasih.

Allah itu Maha Berkuasa, bukan aku doakan begitu, bukan aku yang menyebabkannya jadi begitu, tapi tahu-tahu saja ianya telah terjadi. Bukan aku nak gembira bila dengar dia sudah berpisah, tapi aku sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan sikapnya yang masih hendak tunjuk lagak 'im cool, WTH I dun care' kerana nampak baginya cinta itu main-main. Aku yang mengeluarkan air mata sekali lagi apabila tahu dia ditinggalkan, kenapa? Sedangkan aku redha pemergian dirinya disusuli dengan sebuah doa, andainya dia pilihamu, aku anggap dia adalah lebih baik dariku, tapi nampaknya bukan begitu.

Dan di kala ini, ayat yang sama masih lagi keluar dari mulutnya
"Awak masih sayangkan saya?"
"Biarlah ianya rahsia, luka di hati ini masih belum sembuh pun lagi" balasku.

Gadget: Trend atau Function?


Sekarang ni orang berebut-rebut nak beli gadget berjenama. Pada aku ok la asalkan ada duit yang halal, beli je la kan. Dari handphone, laptop, kamera dan macam-macam lagi.


Cuma yang agak dikesali, beli gadget kadang-kadang tak tengok full specs, full functionnya. So beli lebih kepada terikut-ikut trend masakini. Satu daripadanya yang aku tengok adalah handphone atau smartphone. Sebut je blueberry, blackberry, Iphone, mesti orang berebut nak beli kan? Tapi beli untuk apa? Adakah sebab functionnya yang betul-betul best atau sekadar ingin "mencapap" atau eksyen sebab tertulis dekat laman sesawang seperti Facebook. Sebab kalau nak kata function, aku tak rasa ramai yang beli sebabkannya. Malah ada yang tak tahu pun function yang ada selain dari tulis SMS, MMS, video conferencing, dan WIFI.

Apple Mac Laptop

Alienware Aurora (High performance for gaming)

Macam laptop pula, ramai yang cenderung untuk beli laptop sebab lawa dan warna (biasanya perempuan). Buat lelaki lak, mereka lebih tergilakan specs untuk gaming atau paling tidak yang mempunyai sesuatu yang luar biasa seperti Full HD screen. Tak kisahlah janji ianya fully utilize. Kalau beli laptop sampai RM10k tapi just guna untuk taip words dan surf internet, apa bezanya dengan netbook yang hanya RM1k lebih je? Sekadar ingin bangga dapat barangan tapi tak fully utilize pada aku amatlah membazir unless korang dah kaya gila sampai tak tahu nak beli apa dah.

Nikon D700, Full Frame
The latest yang aku perhatikan adalah kamera DSLR. Yang ni selalu aku tengok orang yang mula berjinak-jinak dengan dunia DSLR. Aku tak larang aku tak kesah kalau masing-masing punya kemampuan untuk membeli DSLR yang terus ke intermediate level seperti Canon 550D, 40D, 50D, 7D atau Nikon D90, D300, D300s, D700 cuma agak dikesali apabila membeli kamera tidak disertakan sekali dengan niat untuk belajar tentang asas kamera dan gambar.

Digital Camera magz Malaysia, once per month only RM9
Kalau mampu untuk melaburkan duit dalam kamera yang harganya lebih dari RM3k, masakan tiap-tiap bulan tidak boleh membeli sebuah majalah tentang kamera untuk belajar. Atau paling tidak belajar saja dari internet tentang menggunakan sebuah kamera. Jadi tidaklah nampak kamera saja gempak, tapi ilmunya kosong. Sampai bila mahu menggunakan dial mode Auto? Awal penggunaan ok la, tapi gambar seperti itulah jua dan tidak berkembang pun.

Canon 550D, movie function full HD 1080p
Tambahan lagi sekarang DSLR dilengkapi dengan fucntion video Full HD (Canon 550D). Kalau sudah ada kenapa tidak digunakan untuk mengambil kenangan yang tiada nilai gantinya? Sayangnya kamera aku tiada fungsi ini, kalau ada gerenti aku akan penuhkan hard disk laptop ku dengan video kenangan disamping gambar.

Akhir kata, beli sesuatu gadget kerana fungsinya bukan kerana brand, bukan kerana lawa atau terikut-ikut orang lain pakai. Make full value of that gadget supaya kita lebih menghargai sesuatu gadget tu dan tidaklah kita rasa ianya seperti tukar baju, bila buruk sikit kita buang atau beli baru.

Monday, August 2, 2010

Eksperimentasi sos ikan bakar

Suatu pagi di Tesco

Akakku nampak ikan pelik di atas serpihan ais, kelihatan ikan yang rupanya agak pelik. Mukanya garang, tapi yang peliknya badannya tidak simetri. Sebelah membonjol bagai banyak isi, dan sebelah lagi leper macam takde isi.

"Ikan ape ni dik?" dia bertanyaku. Aku geleng-geleng kepala tidak tahu. Tengok tanda harga tiada nama, hanya harga RM9 sekilo.
"Beli nak? Kita bakar nanti. Nanti awak carilah resipi nak buat sos macam dekat medan ikan bakar tu" aku hanya blur, sedap ke ikan ni? Mukanya pun aku tak berapa berkenan, macam ikan piranha.
"Kalau tak silap angah, tu ikan zaman Nabi dulu, Nabi pernah makan separuh lepas tu lepaskan balik ke cane tah, tak ingat sebab tu namanya ikan sebelah" aku mengangguk, 1st time aku jumpe ikan sebegitu rupa.

Pagi tadi awal lagi aku dah keluarkan segala isi lauk yang berada dalam peti ais. Peti ais rumah akak aku ni pelik sikit, sebab tempat lauknya sekali dengan freezer, so lauk akan membeku. Baiknya lauk tahan lama. Tak bagusnya, setiap kali nak masak, kena keluarkan awal 4-5 jam sebelum nak masak.

Pukul 3 aku tengok ikan tu masih keras, aku letakkan dalam besen berisi air untuk lembutkan ikan tu. Sesambil tu aku cuba cari resepi sos ikan yang selalu medan ikan bakar guna tu. Cari punya cari jumpa tapi pelbagai version. Cuma dari pemerhatian aku, ada beberapa bahan yang sama cuma sukatan yang berbeza. Sesi menyediakan bahan-bahan dan eksperimentasi pun bermula. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kemudia rasa, macam ada yang tak kena. Aku dah cuak, pelik semacam je rasanya.

Akakku balik dari kerja dan terus ke dapur sambil rasa sos aku. Dia pun bereksperimentasi dan tambah itu dan ini sehinggalah kami sepakat mengatakan ianya dah lengkap. Satu grill atas dapur gas satu lagi dalam stove elektrik.

Bila dah masak, rasa sos itu lain dari yang mentah, aku pun pelik. Walaupun tak seperti yang pernah aku makan namun rasanya sedap sebab kombinasi pelbagai jenis rempah ratus haha. 

Tadi time dinner, tengah makan aku masih bereksperimentasi dengan otak untuk perbaiki resepi ikan bakar ni. Diskas dengan akakku dan dia pun setuju untuk try lagi next time. Abang iparku kata sedap, rasa macam makan time bulan puasa lak, 2 kali tambah nasi haha.

Kalau resepi dah ok, nanti aku kongsikan dengan korang, bolehlah try masak bulan puasa nanti ikan bakar pehh!!