Followers

Wednesday, January 18, 2012

Kamera oh kamera Part 20 (Saiful Nang Academy of Photography)

Assalamualaikum,

Lama gila aku tak update blog (ayat koman). Bukan takde masa, ada je cuma kadang-kadang mood tak sampai, ayat hancur, so setiap kali menulis akan jadi terbengkalai di tengah jalan. Dan titik noktah tu akan stay lama je dalam draft, tah bila nak di review balik pon taktau la.

Beberapa hari dah berlalu, namun semangat dan aura dari SNAP memang aku akui cukup membara dalam diri. Terasa macam masuk belajar balik cuma yang bezanya, kelas aku 2 hari jer. 

SNAP? Apa tu? Sejenis biskut atau sejenis permainan kad, yang bila gambarnya serupa kita "SNAP!" atau adakah ianya bunyi shutter kamera?

Buat yang tak tahu, SNAP adalah singkatan bagi Saiful Nang Academy of Photography. Nama gempak kan? Bagi fotografer wedding mesti kenal paling busuk pon pernah dengar nama SN.

"Sila bawa keluar kamera dan satu feveret lens korang" pembelajaran pertama yang aku dapat dari SN. 
Kenapa satu? Kenapa bukan 2 atau 3 atau sepuluh?

Alkisahnya kalo dipendekkan adalah untuk membiasakan diri kita dengan menggunakan lens yang sama maka kita dapat mengagak jarak, sudut dan juga hasil gambar daripada lens tersebut. Ia juga untuk membolehkan kita untuk travel light jika photoshoot menggunakan kaki seperti street outing. 

"Orang tak pergi street outing bawak backpack penuh dengan lens-lens, gila berat" dan aku akui sebab dulu pon aku pernah backpacking dan walaupun time tu hanyalah 2 biji lens + laptop 2kg lebih, aku rasa cukup azab nak berjalan sana sini.

Sekarang beg aku lebih kepada jenis holster, insyaAllah nak cari satu belt dan harness. Sistem belt ni bagus jika korang tak suka gantung something dekat bahu dan oleh kerana Allah dah jadikan tulang pelvis kita ni kuat, maka penggunaan belt sangatlah baik. Cuma masalah sistem belt ni adalah kos sebab kena beli asing-asing.

Pada street outing tempoh hari, menggelupur gak la aku nak ambil gambar sebab pada mulanya blank. Tak tahu nak ambil gambar apa since apa yang SN minta adalah lain dari cara street outing yang aku tahu. 

Dia minta untuk satu photo essay yang mengandungi jalan cerita dan juga diterapkan elemen AOS atau Art of Seeing. Kebiasaaannya untuk street outing, ramai lebih cenderung untuk guna lens tele sebab nak ambil candid shot. Tapi dalam kes sebegini lens tele tidak banyak membantu tapi lebih kepada lens prime atau zoom biasa. Sebab apa? Kerana lokasinya adalah dalam pasar Chow kit itu sendiri.

Pernah pergi Chow kit? Pernah lalu lalang dekat kawasan orang jual ayam, daging, sayur semua tu? Buat yang tak pernah, boleh try buat street dekat situ dan rasai impaknya.

Secara jujur aku beritahu, baju Lensa Malaya yang merah menyala tu lencun sebab keadaan bahang dan panas dalam pasar tu tambah lak kena cari subjek dan jalan cerita yang menarik. Tu belum perihal nak cari AOS, nak tunggu moment dan bla bla bla. 

Tambah lak bila aku pakai lens 35mm, so untuk ambil gambar kena zoom kaki. Bayangkan dalam keadaan pasar yang sangat sibuk, kita lak dok tercangkung sana sini cari angle, cari spot menarik sebab nak ambil gambar. Nak baring memang tak bolehlah sebab pasar, keadaannya basah dan kotor.


Snap, snap, snap then pergi tunjuk gambar dekat Fiq Habib, salah seorang instructor merangkap fotografer CS, banyak gambar aku yang tak ok. Ada yang ok, tapi blur. Yelah dalam pasar, cahaya malap, orang ramai, nak balance kan diri pegang kamera, orang dok langgar dan macam-macam lagi. Nak bawak keluar flash kang ada yang mati terkejut lak. So nak tak nak pakai Auto ISO je la sebab time macam ni nak setting ISO memang tak sempat jer.


"Kenapa ramai fotografer takut sangat nak boost up ISO? Kamu buat wedding shot, bukan fesyen, iklan billboard dan lain-lain. Apa masalah dengan noise pada gambar wedding?" fahaman aku mengenai noise bertukar terus. 

to be continue...

No comments: