Salam,
Lama aku tak update blog, banyak sangat entri yang aku skip jalan ceritanya macam cerpen, kisah itu kisah ini termasuk journey to haramain. Entah lah nak tulis pon takde mood. Kan best kalo aku jenis tulis tanpa propa dan drama, jenis ayat skema straight to the point je. Ish ish ish...
Tapi bila lama sangat tak tulis mula la jari gatal nak taip sesuatu.
Dan since ada event yang dah berlaku so aku terasa nak hapdet la juga kan blog ni, takde la macam kubur je, setakat datang hari raye je meriahnya.
Baru-baru ni ada satu mini reunion telah berlaku dengan lebih kurang spontan gak la di kalangan ex classmates Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong. Well benda cenggini kena ada sorang leader yang kuat pengaruhnya baru lah orang bersemangat nak join. Bunyi macam ramai, tapi takdelah ramai mana pon. Dalam 13 orang je la yang rata-rata telah mengenali masing-masing sejak dari form 1 lagi. Ada di kalangan member yang dah kenal sejak dari tadika lagi macam aku dan beberapa orang member lagi. Nak kata rapat tu takdela sangat tapi kira kitorang memang ngam bila berborak dan beramah mesra.
Reunion telah bertempat di NZ Curry House @ Garden betol-betol depan KLCC. Aku yang macam biasa merempit dari Shah Alam then naik LRT ke KLCC punyalah semangat, ye lah benda cenggini jarang dapat especially bila ada sorang member yang susah nak jumpa since dia melanjutkan pelajaran ke Ozzy untuk mendapatkan PhD nya.
gambar oleh Jerald, time ni Pijul ada |
credit to Din sebab bagi pinjam lens Tokina 11-16mm, gila wide |
trio macam adek beradek |
Dipendekkan cerita, kitorang ni kalo jumpa memang parah. Bukan parah bende, cuma back then masa zaman sekolah kelas kitorang pernah dilabelkan antara kelas paling bising untuk the whole blok. So bayangkan tu zaman sekolah, ni dah besar panjang ada yang dah kawen pon tapi bila jumpa borak-borak still riuh rendah macam zaman sekolah. Dapat lak aku dan lagi 2 member kaki kamera (Din and Jerald), so flash agak melambung-lambung la malam tu menghangatkan suasana yang tengah sejuk dek hujan non stop dari petang. Aku rasa mamak kerja situ pon pening tengok kitorang, kenangkan customer layan je la, kalo tak mau kena perambat.
Dalam pukul 10 lebih tu kitorang gerak lak ke Flamingo, untuk main bowling. Mula aku lorat la gak sebab aku naik LRT kang kena tinggal lak. Tapi bila ada member yang baik hati (thanx Kema and Pot) yang nak hantar aku sampai stesen LRT Asia Jaya, so ikut je la. Bila lagi nak merasa main bowling ramai-ramai dengan bebudak sekolah kan?
gambo oleh Jerald, team menang haha |
gambo oleh Jerald, group photo |
gambo oleh Din, SJ? aku la tu (shuk jessa) |
Since takut balik lambat, kitorang decide main 1 game je dan sebab ada 12 orang, so satu team tu 6 orang. Aku satu team dengan Kema, Abe, Din, Sopie, dan Dayah melawan team Jerald, Pot, Meor, Peka, Asrina dan Linda. Mula-mula team kitorang banyak masuk longkang, tapi bila dah masuk balingan ke 3 semua dah start main spare and strike. Last-last? Team kitorang menang, dan dapat hadiah ambil gambar dulu.
Balik tu aku memang tersenyum panjang je sebab untuk dekat 10 tahun aku tak jumpa sesetengah dari diorang ni dan for one half nite tu kitorang spent time together macam zaman sekolah. Gila aku rindu waktu tu. And kalo korang jangka aktitivi kitorang dah habis, silap besar ler, nantikan entri akan datang, aku cerita next aktiviti kitorang, peace bak kate Jerald.
p.s: sorry gambar aku takde sangat, dan malam tu aku lebih banyak ambil video.
3 comments:
bola boling tu mcm buah tembikai plk aku tgk..refreshing!
hate boling sebab baling asik ke lonkang jer...
bestnya..lagi2 klu time main boling tu..
syoknya lah..
Post a Comment