As salam,
Benda yang aku nak cerita nih bukanlah nak kondem OP (official photographer), sebab dalam setandan pisang tak semuanya busuk. So cerita ni buat pengajaran bagi mana-mana photog yang ingin jadi OP termasukla aku sendiri.
Rata-rata mengetahui tugas OP bagaimana dan apa priority yang diorang dapat. Aku sendiri pon tahu dan bagi setiap majlis yang aku hadiri yang ber OP ni, seboleh-bolehnya aku cuba hormat kerja diorang. Bukan susah pon kan, benda ni semua common sense aje. Since diorang ni diupah untuk mengambil gambar, so keutamaan itu harus diberikan kepada diorang untuk mengambil tempat yang lebih baik untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu.
Namun jika tak dapat, janganlah pula menyalahkan or nak mengamuk tak tentu pasal. Sebab aku masih ingat pesan SN dalam forumnya sebelum ni, jika kita dapat angle yang susah, mungkin dari situ kita akan jadi lebih kreatif. Ya ada betulnya sebab dalam dunia seni kita tak boleh terlalu mengikut hukum, itu tak ini tak boleh, kena sentiasa ada inisiatif untuk cari sesuatu yang baru.
Beberapa hari yang sudah, aku menghadiri majlis kenduri kawen member sekolah aku. Benda ni start jumaat malam lepas sorang member call nak ajak hangout dengan pengantin yang baru lepas akad nikah. So malam tu pertemuan pertama kami dengan mamat yang bergelar OP ni.
Aku mula-mula dah kagum, sebab OP ni pakai D700 which is a full frame DSLR. Bukanlah nak kata gajet hebat kena teruja, tidak tapi memandangkan kelasnya berbeza aku tahu hasilnya nanti akan lebih baik sebab size sensornya yang tidak di crop seperti D5000 aku tu.
Then pengantin ajak bergambar, aku pon pas lah kamera aku tu dekat OP. Disebabkan malam dan aku inginkan hasil yang lebih baik, aku switch lens kepada 35mm F1.8 dengan harapan gambar akan lebih ok. Yes, walaupun 2 orang member aku lagi agak tak puas hati dengan hasil kamera diorang di tangan OP yang sama, aku hanya senyum sebab kita tak boleh nak expect lebih-lebih sangat. Pada aku asalkan gambar orang ambil tu cukup sifat (tak blur, gambar semua orang cukup, tak senget dan masih boleh ditayangkan) pon dah alhamdulillah.
Tapi keterujaan aku berhenti pada keesokan harinya.
gambar yang diambil OP, aku? langsung tak kelihatan dalam gambar... |
Pada sesi group photo bersama pengantin, aku menyerahkan kamera yang same, lens yang same dan ditambah dengan support monopod kepada OP yang sama dengan harapan akan ada gambar kenangan bersama pengantin. Tapi sebaliknya bila aku dapat balek kamera, aku check dalam 3-4 keping gambar tu, satu pon takde gambar aku. Since group kitorang agak ramai dan aku masuk paling last, aku dok tepi sekali. Tapi agak kecewa bila gambarnya senget, blur dan muka aku langsung tiada. Mula lah mulut nak mencarut je kerjanya. Tapi dok kecewa pon aku sabarkan hati lagi sebab mungkin dalam kamera orang lain ada gambar aku nanti. 2 orang member aku yang semalam pon kena yang sama dan diorang turut tak puas hati macam aku.
still gambar aku takde, gambar member aku senget tah apa-apa, nak tag kawan pon segan |
Pada hari ketiganya, sakit hati aku bertambah melantun-lantun bila pada group photo gambar langsung takde. Dan dari situ lagi aku tak faham ape kejadahnya OP ni?
Persoalan aku ialah, susah sangat ke nak guna prime lens? Hina sangat ke D5000 aku ni sebab dah guna D700, nak guna D5000 aku pon buat main-main aje. Nak kata tak reti guna DSLR tapi dekat tangan DSLR full frame. Nak kata tak reti guna prime lens, dia pon guna prime lens (50mm). Kalo rasa tak muat, boleh je ke belakang pakai kaki, bukannya sempit pon. Terasa beban sangat ke kitorang minta tolong ambilkan sekeping gambar? Busy sangat ke sampaikan mengganggu sesi photoshoot diorang tu?
Rata-rata member aku mempersoalkan gak kenapa OP tu buat camtu. Hanya kerana mereka diupah takkan orang minta tolong buat taik je. Kalo macam ni lah sikapnya, apa guna jadi OP sedangkan passion for photography itu takde?
Aku bukanlah orang yang cepat sangat nak mengamuk tapi kalo OP yang ambil gambar tapi hasilnya macam ni, siapalah yang tak mengamuk. Sendiri fikir kenapa jadi photographer pon, adakah kerana passion atau duit semata-mata?
p.s: orang respek kita, kita perlu respek orang lain juga.
7 comments:
mak aih
baik aku ambil elok lagi
Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda
hahaha, dalam kes ko ni, boleh tak aku nak salahkan pengantin yg mengupah OP tu?
kenduri tu dah tentu takkan berulang, kalau berulang pon tidak akan sama dengan sebelumnya...
jadi, apa laa sangat berhabis sikit duit utk upah professional sbg OP kalau mmg nak hasil yg terbaik...
lagipun, byk lagi amatur lain yg tetap hebat walaupun amatur...
dan tak salah aku, setiap photog yg nak pergi komersial buat bisnies, slalunya ada portfolio supya pelanggan boleh tengok dan banding hasil kerja mereka, kan??
jadi, silap kat sini ialah si OP tu seorg yg kurang professional..kan??
hans: btol2, member aku yg lain pon cakap bende yg same "kalo aku amek pon lagi ok".
cero: die cani kesnya, die agak pro la based on gambar yang aku dah tengok melalui sesi photoshoot pre wedding. memang lawa la, satu mungkin skill die, dan kedua kamera full frame yang dipegang tu.
yang jadi masalah ditimbulkan oleh aku dan 2 orang lagi member adalah sikap acuh tak acuh hendak tolong ambilkan gambar melalui kamera kami.
tu yg aku kate, hanya kerana d700, d5000 aku tu buat macam taik je ambil gambarnya, dengan setting sume tak tengok, takde inisiatif nak beranjak dan takde inisiatif nak betolkan gambar yang tak ok. Yang die pentingkan adalah gambar dalam kamera dia aje, sebab gambar tu berbayar.
benda tu yg aku kecewa tu, sebab patotnye orang yang banyak skill ni kalo bagi kamera apa pon at least bagi la yg the best, setakat sekeping dua gambar apa lah sangat.
dan aku bukan mintak gambar superb pon angle die ke ape ke, just cukup sifat tu ok la, ni... picture describe everything...
p.s: aku guna mode paling senang nak adjust setting, lain la aku guna manual ke.
nampak sgt si OP tu cam berkira..
klu hasil pic si OP camtu..better ko amik sendiri..pakai la timer or remote ke.hasil pun lg bagus dr hasil si OP tu
kalo ade tripod mmg tak bagi je op pegang, tapi takde tripod, aku ade mono je time tu.
Salam. sy kbnyk setuju dgn stiap post awk.. huhu, sy hanya budak skolah menengah dan hnya seorang photographer yg ameteur. But I had the experiences just like u. Mmg geram rasenye kan. Huhu. Nak share post ni boleh? jgn risau... SAYA CREDIT ke awak.. jgn risau, sy hormat penulisan org. And just tolong nk luahkan ape yg sy rase. Thanks :)
sile2, thanx sudi bace =)
Post a Comment