2-3 bulan dah berlalu aku rasa cuaca di Bumi ni agak tenat. Banyak benda yang sepatutnya jadi dia terbalik lak.
Aku ingat lagi kata-kata seorang member lama yang kini belajar dia Aussie "Biasanya sekarang ni patut musim panas, tapi tengoklah ada tempat di sini dah banjir".
Tu di Aussie, di Malaysia pun tak kurang hebat tempiasnya. Patutnya pon sekarang musim kemarau. Tapi tengoklah cuaca, kejap panas, kejap-kejap hujan melampau. Pernah satu hari tu hujan sekali dengan ribut-ribut. Pengalaman aku naik motor redah hujan selama lebih dari 6 tahun tak pernah lagi aku stop hanya kerana anginnya terlalu kuat, petirnya bagai berapa inci atas kepala dan hujan dah bagai air batu yang turun. Tu lah hari yang pertama kali aku terpaksa lepak beramai-ramai menyertai kumpulan mat-mat rempit yang terkandas dek kerana hujan yang bunyinya macam bunyi trompet zaman diraja dulu-dulu. Walaupun aku lepak bawah stesen minyak tapi aku rasa macam anytime je stesen minyak tu boleh hancur dek kerana hujan campur petir dan ribut. Subhanallah...
Then bila cuaca asyik kerap bertukar hujan panas, hujan, panas, mana-mana manusia yang antibodinya agak lemah akan mulalah start demam + selsema + batuk + sakit tekak.
Alhamdulillah aku tergolong dalam golongan antibodi yang agak kuat. Dalam setahun boleh dibilang berapa kali je aku demam. Dan kalo orang lain boleh kena demam kerana kena hujan, aku jarang demam walaupun aku main dalam hujan. Sebab tu kalo aku naik motor, hujan bukan benda yang aku risau sangat kecuali angin yang laju dan petir.
Tapi walaupun antibodi aku agak kuat, once aku demam, demam aku akan setinggi-tingginya. Jarang sangatlah aku demam suhu rendah-rendah. Biasanya memang suhu yang nak kena masuk hospital. So bila aku nak demam, persediaan rapi mesti disediakan, paling penting teknik sponging atau guna gel ais sangat signifikan untuk turunkan suhu badan.
Dulu-dulu aku demam selalu gak mengeluh kenapa la demam bla bla bla, then dengar ceramah agama kata dari mengeluh lebih baik menginsafi diri kerana time sakit ni lah Allah hapuskan dosa-dosa kita. So dari kita kumpul dosa mengeluh itu ini lebih baik kita perbanyakkan ibadah dan berdoa kepada Nya supaya cepat sembuh. Benda paling penting kena yakin dan redha semua penyakit itu datang dari Allah dan daripada Nya juga akan ada ubat atau penawarnya.
Mungkin bunyi macam agak mustahil tapi cubalah sebab sakit itu datangnya dari akal dan hati. Jika akal dan hati kita tenang, apa jenis penyakit pun kita dapat tempuhinya dengan hati yang terbuka.
Ingat tak kisah seorang Nabi yang Allah uji dengan memberikan baginda sejenis penyakit yang tiada ubatnya ketika itu. Baginda hanya redha dan berserah kepada Allah yang hanya Allah yang mampu mengubati penyakitnya itu.
Maka dengan ini aku menasihati kawan-kawan bloggers, andainya ditimpa sakit or musibah, janganlah terlalu banyak merungut or memaki hamun bahawa penyakit itu menyusahkan, tak suka ke apa ke, kerana sedarlah melalui penyakit itulah dosa-dosa kita sedikit sebanyak dihapuskan dan melalui sakitlah Allah nak uji keimanan kita, adakah semakin bersyukur atau semakin kufur.
Semoga coretan ini dapat membantu korang sedar akan kita hidup di ambang dunia akhir zaman. Seperti telur di hujung tanduk, anytime boleh jatuh dan pecah dan begitulah jua kita sebagai hamba Nya. Wallahualam...
p.s: aku adalah seorang bekas pesakit denggi yang beruntung kerana Allah masih memberi peluang untuk hidup hingga kini. Jika maut telah tertulis, hanya seekor nyamuk sudah cukup untuk dijadikan sebagai puncanya, Subhanallah...
1 comment:
sama2 kita saling mengingatkn ant satu sme lain..:)
Post a Comment