Followers

Sunday, April 17, 2011

Jika mulut bisu, jari berkata-kata (Umrah)



As salam,

ketika penerbangan pulang di Jeddah Airport

Lagi 2 minggu je lagi Malaysia akan aku tinggalkan buat seketika. Dan 2 minggu pula aku akan jadi tetamu di tanah haram mengerjakan umrah. 

di hadapan makan Saidina Hamzah

Ini bukan kali yang pertama aku ke sana, tapi jarak masa tika itu membuatkan kenangan aku terungkap kembali. Tenang. Ya, di sana memang tenang. Apa yang kita nak sibukkan lagi selain beribadat kepada Allah. Tak payah nak pikir soal kerja, soal masalah di Malaysia ke apa ke, hanya beribadat dan berdoa sahaja. Memang tempat percutian yang aku galakkan untuk sesiapa yang nak lari dari kesibukan kota. Buat mereka yang merasakan duit terlalu banyak hingga tak tahu nak buat apa. Ke sana lebih afdal dari bercuti semata-mata ke tempat lain yang silap hari bulan boleh tambah dosa je lagi.

di hadapan Masjid Nabawi

Aku masih ingat, pertama kali aku ke sana bersama mak dan seorang nenek saudara. Sayangnya tika itu kamera hanya ada satu roll filem, maka tak banyak sangat gambar yang boleh diambil. Dan untuk kali ini, InsyaAllah aku kembali untuk mengambil gambar-gambar yang lebih menarik dengan kamera yang lebih proper. 

di kaki bukit Gua Hiraq

Buat yang tak pernah ke sana, pemandangannya sangat menakjubkan. Korang boleh melopong hanya melihat betapa besar dan cantiknya masjid Nabi dan masjidil haram. Korang boleh terkesima melihat Kaabah live depan mata. Korang boleh rasa kagum dapat pegang kain Kaabah (tak disyorkan sangat) dan korang boleh menangis jika dapat cium hajar aswad. Tu belum benda-benda lain yang ada di sekitar tanah haram. Subhanallah... tiada apa yang lebih mengkagumkan aku selain dari melihat benda-benda ini di sana. 

di ladang Unta (time ni dah botak licin)

Blog aku mungkin akan tak update starting next 2 weeks sampai lah aku balik semula ke Malaysia (insyaAllah). Selepas tu barulah aku akan ceritakan pengalaman dan gambar-gambar aku di sana mengikut peringkat-peringkat. Kemungkinan juga aku akan cuba ambil video perjalanan umrah di sana, sekadar kenangan dan juga semangat travel yang aku ingin sampaikan melalui blog ini.

Semoga ianya dapat membantu korang-korang yang memang berhajat untuk pergi ke sana menunaikan umrah, insyaAllah. Jika dapat peluang jangan dilepaskan, kerana peluang takkan datang sewenang-wenangnya.

No comments: