Untuk siri kamera oh kamera kali ni aku tak nak berceloteh. Takde isu nak dibangkitkan buat seketika, cuma aku ingin mempertontonkan 2 buah kamera DSLR dari Canon yang khabarnya akan dikeluarkan bulan April ni.
Kedua-duanya di kelas entry level, means harga sekitar bawh RM3k.
Model yang pertama adalah Canon EOS 1100D. Tengok number siri mungkin boleh agak ianya adalah upgrade dari 1000D. Seperti yang pernah aku beritahu (ye ke, aku pun tak ingat) selepas kemunculan 550D, Canon dah tak berapa keluarkan DSLR entry level. Nampaknya aku silap, bila ramai yang dok bertanya kamera entry level apa yang bagus untuk beginner, nampak gayanya Nikon dah ada pencabar baru. Mungkin lepas ni ramai yang akan pikir balik bila nak beli D3100.
Kalau dulu 1000D cukup menjadi trend apabila harganya jauh lebih rendah dan lebih power dari entry level Nikon time tu, sekarang ni dah jadi balik. 1100D nampaknya dah betul-betul upgrade setanding D3100. Mungkin ada kalah sikit dari segi MP, size LCD dan video. Tapi untuk kali ni, Canon memperkenalkan kit lens baru iaitu EF-S 18-55 IS II, versi upgrade dari yang lama. Khabarnya lens ni boleh differentiate kiraan stop (efek kepada shutter speed) dari portraiture biasa dengan panning (ambil gambar benda laju).
Model yang kedua adalah Canon EOS 600D. Versi upgrade dari 550D. Tapi yang model ni tak banyak sangat upgrade kecuali processor, ada 3inch vari-angle LCD, dengan LCD skrin yang lebih bright 1000k+ dot. Apa pun info masih tak banyak pasal kedua-dua model ni. Tunggu sampai ada orang dah test, baru boleh tahu kehebatan dan kelemahan model-model ni.
Bulan April, sama-samalah kita tunggu review dari pakar-pakar kamera.
p.s: buat yang nak beli DSLR bawah RM3k, better hold dulu, tunggu review dan model ni keluar di Malaysia. Mana tahu ada benda yang best kan?
2 comments:
uuuhhh..hold dulu2!! haha
betol2..haha
sesame tunggu =)
Post a Comment